pembangunan dan penilaian sistem …€¦ · 3.2.5.2 instrumen temu bual 3.2.5.3 instrumen soal...

28
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM PENGURUSAN KOKURIKULUM BERASASKAN WEB SOH PEN HOW UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuhuong

Post on 23-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM PENGURUSAN

KOKURIKULUM BERASASKAN WEB

SOH PEN HOW

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum
Page 3: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum
Page 4: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM PENGURUSAN

KOKURIKULUM BERASASKAN WEB

SOH PEN HOW

Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2010

Page 5: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum
Page 6: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

iii

Untuk ayah, mak, isteri dan anak yang tersayang. Terima kasih atas segala pengorbanan dan sokongan kalian...

Page 7: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada

penyelia saya iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad bin Bilal Ali atas segala tunjuk ajar,

bantuan, pandangan, nasihat dan dorongan dalam memantapkan projek ini.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada En. S. Irwan Bin Mohamad

dan Cik Mariyana Bte Zainal atas kerjasama yang diberikan kepada saya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung di dalam menjayakan projek ini terutamanya rakan-rakan

seperjuangan iaitu Johnsen, Shufianah, Wong Cheui Keen, Sim Sze Kiong dan Wan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa,

Soh Lian @ Soo Eng Hwa, Tee Siew Lee, isteri, Ee Wai Sin dan anak, Soh Ning

saya yang tersayang atas sokongan yang diberikan selama ini.

Page 8: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

v

ABSTRAK

Program kokurikulum memainkan peranan yang penting untuk membina sahsiah

pelajar dan pembentukan pelajar yang berakhlak mulia. Pengurusan kokurikulum

yang sistematik dan cekap adalah komponen yang penting untuk menjayakan

program kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Justeru itu, pengkaji

menjalankan satu kajian untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem

pengurusan kokurikulum (Siskokum). Siskokum digunakan oleh pihak pengurusan

khasnya Penolong Kanan Kokurikulum, Setiausaha Kokurikulum, Guru Penasihat

dan Guru Tingkatan untuk pengurusan kokurikulum. Siskokum dibangunkan dengan

menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan pangkalan data MySQL. Tambahan

lagi, pengkaji menggunakan model ADDIE untuk pembangunan sistem tersebut.

Kemudahan dan tahap penerimaan pengguna terhadap sistem telah dinilai dengan

kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif. Berdasarkan hasil dapatan, semua

responden berpuas hati dengan sistem yang dibangunkan. Hasil daripada kajian ini

juga menunjukkan bahawa Siskokum dapat memberikan kemudahan kepada pihak

pengurusan kokurikulum di sekolah.

Page 9: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

vi

ABSTRACT

Co-curriculum programme is important to build student’s personality and their

morale development. Systematic and efficient of co-curriculum management are the

important components to ensure the success of co-curriculum programme

implementation in school. Thus the researcher conducts a research to design and

develop a co-curriculum management system called “Siskokum”. Siskokum is

designed for the use of school management personnel especially for Co-curriculum

Senior Assistant, Co-curriculum Secretary, Advisor Teacher and Form Teacher

whom are directly in charge of co-curriculum and co-curriculum management. The

system is developed using PHP scripting language together with MySQL database

system. In addition researcher employ ADDIE model to develop the whole system.

The efficiency and satisfaction of the system been tested using both quantitative and

qualitative approaches. The finding shows that all the respondents are satisfied with

the system. The result of the research also shows that Siskokum able to facilitate

efficiently to co-curriculum management personnel.

Page 10: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

1

PENGAKUAN PENULIS

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

PENGENALAN

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiii

xv

1

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kerangka Teori

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Skop

1.9 Definisi Operasi

1.9.1 Kokurikulum

1.9.2 Sistem Pengurusan Kokurikulum

(SisKokum)

1.9.3 Sistem Berasaskan Web

1.9.4 Sistem stand alone

1

4

8

9

10

11

13

13

14

14

15

15

15

Page 11: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

viii

1.10 Ringkasan

15

2 KAJIAN LITERATUR 16

2.1 Pengenalan

2.2 Kokurikulum

2.2.1 Penglibatan Pelajar

2.2.2 Penilaian Aktiviti Kokurikulum

2.3 Internet

2.3.1 World Wide Web (WWW)

2.4 Sistem BerasaskanWeb

2.5 Kajian Terhadap Bahasa Pengaturcaraan

2.5.1 Kelebihan PHP

2.6 Model Reka bentuk Pembangunan Sistem

2.6.1 Model Air Terjun

2.6.2 Model ADDIE

2.7 Kajian Ke Atas Pangkalan Data

2.7.1 Teknologi Pangkalan Data

2.7.2 MySQL

2.8 Kajian Ke Atas Sistem Sedia Ada

2.8.1 Sistem Pengurusan Ko-Kurikulum (SPK)

2.8.2 Sistem Pengurusan Kokurikulum Sekolah

(SPKS)

2.8.3 Sistem Maklumat Murid (SMM)

2.9 Ringkasan

16

16

18

21

21

22

23

24

26

27

27

30

32

32

33

35

35

36

37

38

3 METODOLOGI KAJIAN 39

3.1 Pengenalan

3.2 Model ADDIE

3.2.1 Fasa Analisis

3.2.1.1 Perbincangan

3.2.1.2 Temu Bual

3.2.1.3 Kajian Terhadap Rekod Fizikal

3.2.1.4 Analisis Sistem Sedia Ada

39

40

41

41

41

42

42

Page 12: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

ix

3.2.1.5 Hasil Analisis

3.2.1.6 Keperluan Perkakasan dan

Perisian Pembangunan Sistem

3.2.2 Fasa Reka Bentuk

3.2.2.1 Reka Bentuk Sistem

3.2.2.2 Seni Bina Sistem

3.2.2.3 Reka Bentuk Pangkalan Data

3.2.2.4 Reka Bentuk Modul

3.2.2.5 Reka Bentuk Antara Muka

3.2.3 Fasa Pembangunan

3.2.4 Fasa Perlaksanaan

3.2.5 Fasa Penilaian

3.2.5.1 Respoden Kajian Penilaian Sistem

3.2.5.2 Instrumen Temu Bual

3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS

3.2.5.4 Analisis Data Temu Bual

3.2.5.5 Analisis Data Soal Selidik QUIS

3.3 Ringkasan

44

45

47

48

50

52

54

55

56

56

57

57

58

59

60

61

61

4 DAPATAN KAJIAN 62

4.1 Pengenalan

4.2 Modul Login/ Pelawat

4.3 Modul Admin

4.3.1 Sub Modul Pengguna

4.3.2 Sub Modul Jenis kokurikulum

4.3.3 Sub Modul Tingkatan

4.3.4 Sub Modul Gred

4.4 Modul Penolong Kanan Kokurikulum

4.4.1 Sub Modul Laporan Kokurikulum

4.5 Modul Setiausaha Kokurikulum

4.5.1 Sub Modul Guru Penasihat

4.5.2 Sub Modul Pelajar

4.5.3 Sub Modul Markah

62

62

63

63

65

65

66

67

67

69

70

70

71

Page 13: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

x

4.5.4 Sub Modul Pengumuman

4.6 Modul Guru Penasihat/ Tingkatan

4.6.1 Sub Modul Tambah Aktiviti

4.6.2 Sub Modul Kehadiran

4.7 Modul Pelajar

4.7.1 Sub Modul Sijil

4.8 Perbandingan Siskokum Dengan Sistem Sedia Ada

4.9 Analisi Dapatan Temu Bual

4.9.1 Soalan 1

4.9.2 Soalan 2

4.9.3 Soalan 3

4.9.4 Soalan 4

4.9.5 Soalan 5

4.10 Analisis Dapatan Soal Selidik

4.10.1 Analisis Bahagian A

4.10.2 Analisis Bahagian B

4.10.3 Analisis Bahagian C

4.11 Ringkasan

72

72

74

74

75

76

77

77

78

79

80

82

83

85

85

86

87

88

5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 89

5.1 Pengenalan

5.2 Kelebihan Dan Kelemahan Sistem Sedia Ada

Dalam Pengurusan Maklumat Kokurikulum

5.3 Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Dalam Sistem

Pengurusan Maklumat Kokurikulum Pelajar

5.4 Siskokum Dalam Pengurusan Maklumat

Kokurikulum Pelajar

5.4.1 Tanggapan Pengguna Terhadap Siskokum

5.4.2 Bantuan Siskokum Dalam Urusan

Merekod Kehadiran, Jawatan Disandang,

Penglibatan Dan Pencapaian Pelajar

5.4.3 Bantuan Siskokum Dalam Urusan

Membuat Pengiraan Markah Kokurikulum

89

89

90

91

92

93

95

Page 14: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

xi

5.5 Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Siskokum

5.5.1 Reaksi Keseluruhan Terhadap Sistem

5.5.2 Keupayaan Sistem Dalam Pemprosesan

Maklumat

5.5.3 Prestasi Sistem Dalam Merekod Dan

Menghasilkan Maklumat Yang

Dikehendaki

5.6 Kekangan dan Cabaran

5.7 Kelebihan Sistem

5.8 Kelemahan Sistem

5.9 Cadangan Penambahbaikan

5.10 Kesimpulan

5.11 Penutup

97

97

98

99

99

100

101

101

102

103

RUJUKAN 104

LAMPIRAN A 111

LAMPIRAN B 112

LAMPIRAN C 113

LAMPIRAN D 115

Page 15: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Peruntukan Masa Kegiatan Kokurikulum 20

3.1

3.2

Rumusan Soalan Soal Selidik

Kaedah Analisis Data

59

61

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

Perbandingan Antara Sistem Sedia Ada

Jawapan bagi Soalan 1

Jawapan bagi Soalan 2

Jawapan bagi Soalan 3

Jawapan bagi Soalan 4

Jawapan bagi Soalan 5

Analisis Data Bagi Reaksi Keseluruhan

Analisis Data Bagi Keupayaan Siskokum

Analisis Data Bagi Prestasi Siskokum

77

78

80

81

83

84

85

86

87

Page 16: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teori 11

2.1 Model konsep hubungan kokurikulum

dengan kurikulum

19

2.2 Model Air Terjun 28

2.3 Model ADDIE 30

2.4 Antaramuka SPK 36

2.5 Antaramuka SPKS 37

2.6 Antara muka maklumat peribadi pelajar

SMM

38

3.1 Carta Alir Sistem 49

3.2 Senibina Sistem 50

3.3 Struktur Pangkalan Data (Perkaitan Antara

Jadual)

53

3.4 Struktur Hieraki SisKokum 54

4.1 Antara Muka Modul Login/ Pelawat 63

4.2 Antara Muka Modul Admin 64

4.3 Antara Muka Sub Modul Senarai

Pengguna

64

4.4 Antara Muka Sub Modul Jenis

Kokurikulum

65

4.5 Antara Muka Sub Modul Senarai

Tingkatan

66

4.6

4.7

Antara Muka Sub Modul Gred

Antara Muka Modul Penolong Kanan

Kokurikulum

66

67

Page 17: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

xiv

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

4.19

4.20

4.21

Antara Muka Laporan Organisasi

Kokurikulum

Antara Muka Laporan Aktiviti

Antara Muka Laporan Pertandingan

Antara Muka Laporan Pencapaian

Antara Muka Modul Setiausaha

Kokurikulum

Antara Muka Sub Modul Tambah

Penasihat

Antara Muka Sub Modul Pelajar Baru

Antara Muka Sub Modul Lihat Markah

Antara Muka Sub Modul Pengumuman

Antara Muka Modul Guru Penasihat/

Tingkatan

Antara Muka Sub Modul Tambah Aktiviti

Antara Muka Sub Modul Kehadiran

Antara Muka Modul Pelajar

Antara Muka Sub Modul Sijil

68

68

69

69

70

71

71

72

73

73

74

75

75

76

Page 18: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Senarai Semak Topik Perbincangan 111

B Senarai Semak Temu Bual Analisis

Keperluan 112

C Borang C dan Borang D 113

D Soalan Soal Selidik 115

Page 19: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menitikberatkan perkembangan insan

secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah tertumpu kepada aspek kurikulum manakala

untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum memainkan

peranan yang penting. Kegiatan kokurikulum meliputi semua kegiatan di luar bilik

darjah. Kegiatan kokurikulum juga adalah lanjutan daripada kurikulum. Kerr (1971)

menyatakan bahawa kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang

dirancang dan dibimbing oleh sesuatu institusi pendidikan untuk mencapai sesuatu

tujuan. Aktiviti ini merupakan sesuatu pengalaman yang dilakukan secara

perseorangan atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Konsep kegiatan

kokurikulum adalah merupakan satu pengajaran yang praktik iaitu mengajar pelajar

apa yang tidak dapat dipelajari di dalam bilik darjah.

Mengikut Akta Pendidikan 1996, kokurikulum adalah satu kegiatan yang

wajib dilaksanakan di sekolah. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1998,

Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan bahawa pihak sekolah perlu

memberikan perhatian yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara gerak kerja

kokurikulum dengan akademik. Pihak sekolah perlu melibatkan semua pelajar untuk

menyertai dalam aktiviti kokurikulum. Pada tahun 2006, Mesyuarat Jawatankuasa

Kabinet telah membuat keputusan untuk mengambil kira penglibatan pelajar dalam

Page 20: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

2

kokurikulum sebagai satu syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA). Pemberat bagi penglibatan pelajar dalam kokurikulum adalah sebanyak 10

peratus. Satu panduan penilaian aktiviti kokurikulum telah diberikan kepada sekolah

untuk diimplementasikan. Justeru itu, pengurusan maklumat kokurikulum pelajar

perlu dijalankan dengan lebih sistematik dan cekap.

Kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada polisi dan pengurusan

maklumat yang cekap dan berkesan (Muhammad, Hanafi dan Rozhan, 2004).

Memandangkan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah begitu penting dalam

memainkan peranan sebagai agen pemantau kepada pencapaian matlamat

perkembangan pelajar secara menyeluruh, maka adalah sangat perlu diwujudkan satu

sistem pengurusan kokurikulum yang bersistematik dan teratur di sekolah.

Penggunaan teknologi moden khasnya penggunaan komputer perlu diterapkan dan

diaplikasikan sepenuhnya dalam membantu meningkatkan kualiti pengurusan

kokurikulum pelajar di sekolah. Ini dapat dilihat apabila semakin ramai golongan

pentadbir di sekolah mulai sedar dan faham tentang potensi komputer sebagai alat

yang berguna dalam pentadbiran pendidikan sekolah.

Peningkatan beban tugas, pertambahan permintaaan terhadap penyelesaian

tugas seperti penyediaan laporan, memo dan dalam masa yang sama mengekalkan

dan mengemaskini data statistik untuk keperluan semua peringkat pentadbiran

menyebabkan meningkatnya kepentingan penggunaan komputer dalam tugas-tugas

pentadbiran (Cloke & Sharif, 2001). Kajian yang dijalankan oleh Muhammad,

Hanafi dan Rozhan (2004) telah menunjukkan bahawa penggunaan Sistem

Pengurusan Smart School di Smart School telah meningkatkan kecekapan

pengurusan dan pentadbiran sekolah. Penggunaan sistem maklumat berkomputer

akan memperbaiki penyimpanan rekod dan pengurusan maklumat (Bisaso et al.,

2008). Penggunaan sistem maklumat berkomputer juga akan mengurangkan

kehilangan rekod yang akan menimbulkan banyak masalah. Dengan adanya sistem

pengurusan tersebut, pentadbir sekolah boleh melaksanakan tugas pentadbiran

dengan lebih berkesan.

Page 21: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

3

Komputer adalah satu alat yang sangat berguna kerana keupayaannya untuk

memproses maklumat dan menyimpan banyak data dan maklumat. Komputer akan

menjadi lebih berkesan apabila berganbung dengan Internet. Internet adalah

rangkaian yang terbesar di dunia ini yang menghubungkan jutaan organisasi dan

individu. World Wide Web adalah aplikasi rangkaian sistem maklumat yang paling

popular dan berkesan yang memberi banyak maklumat atas talian. Pertumbuhan yang

pesat bagi Internet dan World Wide Web memberi peluang dan cabaran baru bagi

banyak bidang, salah satu bidang adalah pendidikan (Ayturk et al., 2009).

Pendidikan berasaskan web mempunyai banyak kelebihan seperti mengikuti kursus

tanpa meninggalkan tempat kerja dan menjimatkan kos (Berz, Erdelyi dan Hoefkens,

1999). Tambahan lagi guru-guru dan penyelidik pendidikan digalakkan untuk

mengintegrasikan rangkaian ke dalam bilik darjah dan sekolah (Chou, 1999).

Teknologi ICT diperlukan untuk mewujudkan jambatan di antara sekolah, pelajar,

ibu bapa dan juga komuniti. Ini akan menjadikan komunikasi lebih efisyen dan

mudah antara pelajar, sekolah dan ibu bapa (Muhammad, Hanafi dan Rozhan, 2004).

Sejak kebelakangan ini kebanyakan aplikasi sistem maklumat telah

diubahsuai daripada sistem stand alone kepada sistem berasaskan web (Tang and

Selwood, 2003). Sebagai contohnya pendaftaran peperiksaan PMR telah berubah

daripada pendaftaran secara stand alone kepada pendaftaran secara atas talian.

Perubahan ini adalah kerana kebaikan sistem berasaskan web berbanding dengan

sistem stand alone. Sistem stand alone mempunyai beberapa kelemahan seperti

menghadkan pencapaian pengguna dan juga memusatkan maklumat pada komputer

tempatan. Penggunaan sumber dan fungsi bagi sistem stand alone adalah terhad

kepada sesuatu tempat sahaja, oleh itu banyak masalah wujud. Salah satu masalah

adalah perkongsian maklumat dan penyampaian maklumat yang terhad (Zhu et al.,

2001). Manakala sistem berasaskan web boleh menyokong pengguna tanpa had dan

boleh diakses di mana- mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja melalui Web.

Pembangunan aplikasi berasaskan web telah menjadi keutamaan kepada

organisasi tidak kira di sektor swasta mahupun di sektor awam. Kebanyakan sektor

korporat telah menggunakan aplikasi berasaskan web untuk menyokong aktiviti

perniagaan mereka, contohnya perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh San

Page 22: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

4

Francisco MPower dan Andover.net (Babcock, 2000). Tambahan pula, perintis

penggunaan aplikasi berasaskan web seperti Amazon.com, Dell dan Federal Express

telah menunjukkan kejayaan dalam perniagaan mereka dengan bantuan aplikasi

berasaskan web (Oppel, 1999).

Penggunaan sistem pengurusan berasaskan web membawa banyak kebaikan,

contohnya The Sergeant Bluff-Luto School telah mengimplementasikan Sistem

Pengurusan Pelajar berasaskan web di sekolahnya dan dengan adanya sistem tersebut

pengurusan sekolah telah menjadi lebih cekap dan sistematik (Media & Method,

2000). Namum, tidak banyak sekolah membangunkan aplikasi berasaskan web untuk

pengurusan maklumat pelajar (Media & Method, 2000).

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyedari kepentingan ICT dalam

pendidikan. Salah satu objektif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-

2010 adalah pembangunan ICT dalam pendidikan. Pembangunan ICT ini termasuk

menaik taraf infrastruktur ICT dan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan.

Jadi, adalah bersesuaian dengan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

membangunkan satu Sistem Pengurusan Maklumat Kokurikulum Pelajar berasaskan

web yang menguruskan maklumat kokurikulum pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Peranan komputer dalam membantu kerja-kerja pengurusan pentadbiran

sekolah telah diakui kesahihannya. Penggunaan komputer dalam pendidikan meliputi

bidang pengurusan, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan (Muhammad,

Hanafi dan Rozhan, 2004). Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), sekolah disarankan

menggunakan komputer sebagai alat pengendalian pengurusan dan pentadbiran

supaya meningkatkan kecekapan dalam operasi pentadbiran. Pengurusan

kokurikulum pelajar yang juga merupakan sebahagian daripada pengurusan sekolah

juga harus menyahut saranan tersebut.

Page 23: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

5

Kebanyakan sekolah di Malaysia telah dilengkapi dengan infrastruktur ICT

dan diberi perisian pengurusan maklumat pelajar. Antara sistem pengurusan pelajar

yang digunakan di sekolah adalah Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem

Disiplin Pelajar (SisDisp). Kedua-dua sistem tersebut adalah sistem stand alone dan

sistem tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dalam masa beberapa tahun

sebelum ini. Walaubagaimanapun adalah tidak memadai dengan hanya menggunakan

sistem stand alone untuk rekod kokurikulum pelajar. Peredaran teknologi maklumat

telah berkembang pesat dari semasa ke semasa di mana perisian pengurusan

maklumat secara stand alone telah ketinggalan zaman dan mempunyai kelemahan

dari segi capaian sistem tersebut dan ia perlu dinaik taraf supaya sistem pengurusan

sejajar dengan peredaran teknologi semasa.

Walaupun sekolah telah dilengkapi dengan infrasturktur ICT, namun melalui

tinjauan yang dibuat oleh pengkaji terhadap 11 buah sekolah menengah di daerah

Kudat, Sabah didapati semua sekolah masih menggunakan kaedah tradisional iaitu

menggunakan borang dan buku catatan dalam pengurusan maklumat kokurikulum

pelajar. Maklumat seperti biodata pelajar dan penglibatan pelajar dalam kokurikulum

direkod dengan menggunakan borang atau buku rekod kehadiran kokurikulum dan

disimpan di dalam kabinet. Kaedah ini sebenarnya memakan masa dan prosesnya

adalah agak lambat. Proses pencarian semula rekod juga akan dilakukan secara

manual. Pencarian maklumat kokurikulum pelajar adalah sukar kerana perlu melihat

satu per satu rekod di dalam buku tersebut. Rekod yang tersimpan di dalam fail

kabinet perlu disediakan ruang fizikal yang besar dan pengguna perlu mengambil

masa yang lama untuk mendapatkan rekod yang diperlukan (John, 1998).

Pengurusan maklumat kokurikulum pelajar secara manual bukan sahaja

melemahkan sistem pentadbiran dan pengurusan malah pelbagai kelemahan akan

timbul dan sukar diatasi. Pernyataan ini dapat disokong dalam kajian Farzeli et al.

(2000) yang telah menggariskan contoh-contoh kelemahan yang telah wujud dalam

pengamalan sistem pengurusan kokurikulum pelajar secara kaedah konvensional.

Antaranya ialah:

Page 24: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

6

i. Sistem pengurusan sedia ada masih menggunakan banyak borang dan

menimbulkan masalah dalam proses penyimpanan dan dokumentasi.

Terdapat sesetengah laporan kokurikulum pelajar hilang akibat

pertukaran guru yang terlibat dan fail yang sentiasa bergerak.

ii. Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penasihat tidak dapat

mengakses laporan kokurikulum pelajar secara komulatif kerana

kemasukan data adalah dibuat dalam bentuk borang dan bertulis

tangan.

iii. Penggunaan komputer dan sistem maklumat seperti Sistem Maklumat

Murid amat terhad, tidak boleh diaplikasikan untuk kegunaan dalaman

dan lebih bersifat pungutan data untuk kegunaan pihak atasan seperti

PPD, JPN dan KPM.

Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006, 10

peratus markah kemasukan ke IPTA diperuntukan kepada penglibatan pelajar dalam

aktiviti kokurikulum. Buku Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah

Menengah telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan diedarkan ke

sekolah. Pihak sekolah perlu membuat penilaian kokurikulum pelajar berdasarkan

ciri-ciri yang ditetapkan oleh KPM. Antara tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan

oleh guru-guru adalah seperti berikut:

i. Guru Penolong Kanan Kokurikulum perlu menyediakan laporan

individu dan markah CGPA kokurikulum pelajar.

ii. Guru penasihat perlu merekod kehadiran pelajar dan menyediakan

borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum.

iii. Guru Kelas perlu melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum.

Page 25: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

7

Guru-guru tersebut perlu merujuk balik rekod pelajar satu per satu untuk

melengkapkan laporan yang dikehendaki. Pencarian maklumat sukar dan rumit

kerana maklumat yang direkod dan disimpan tidak disusunkan dengan sempurna.

Banyak masa diperlukan kerana semua kerja pencarian dan merekod dilakukan

dengan manual (Mohamad, 2001). Ini telah menambah beban kerja guru-guru

(NUTP, 2006).

Pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah masih lagi menjadi masalah

dan bebanan kepada guru yang selama ini memikul banyak tanggungjawab selain

mendidik. Hal ini menyebabkan pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah masih

kurang mendapat tempat yang sewajarnya jika dibandingkan dengan kurikulum

akademik. Oleh itu kesedaran harus timbul mengenai kepentingan pengurusan

kokurikulum yang lebih cekap supaya pelaksanaannya dapat diimplementasikan

dengan sepenuhnya (Abdul, 1996). Institusi pendidikan perlu memikirkan aspek

dapatan semula maklumat, penciptaan, pengedaran, penggunaan, capai,

penyenggaraan dan penyimpan kerana itu adalah komponen penting yang menjadi

fokus dalam teori pengurusan maklumat. Maklumat yang tepat, terkini, boleh

dipercayai dan sedia untuk dicapai pada ketika diperlukan adalah dianggap kritikal

bagi membolehkan keputusan yang berkesan dilakukan (Mariah dan Zawiyah, 2006).

Menurut Ugboma (1997) penggunaan komputer memang dapat membantu

tugas-tugas pengurusan pendidikan di institusi-institusi pendidikan. Hallinger (1998)

pula menyatakan bahawa perlunya perubahan dalam pengurusan maklumat dalam

pendidikan jika ingin bersaing dalam era globalisasi. Kajian beliau menunjukkan

bahawa terdapat hubungan yang sangat rapat di antara kemajuan pendidikan dengan

penggunaan komputer dalam pengurusan maklumat yang diamalkan dalam

pentadbiran pengurusan pendidikan. Penggunaan teknologi maklumat dalam

pentadbiran dan pengurusan sekolah dapat menjamin keadaan di mana maklumat

yang diperolehi oleh pengguna adalah tepat, mudah dan relevan (Rahman dan

Mohd., 2001). Tambahan lagi oleh mereka, dalam dunia serba canggih hari ini,

kepantasan memperolehi maklumat akan menentukan kedudukan sesebuah sekolah

di hadapan daripada barisan pesaingnya yang lain.

Page 26: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

8

Justeru itu, satu sistem pengurusan maklumat kokurikulum pelajar yang

menggunakan komputer perlu dibangunkan untuk mengatasi masalah-masalah

pengurusan maklumat kokurikulum di sekolah agar pengurusan rekod pelajar dapat

dijalankan dengan lebih sistematik dan cekap.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengurusan kokurikulum di sekolah pada masa kini masih mengamalkan

kaedah lama iaitu pengurusan secara manual. Kaedah ini telah menimbulkan

pelbagai kelemahan seperti penggunaan borang yang banyak, masalah penyimpanan

borang dan tidak dapat mengakses laporan kehadiran pelajar secara cekap. Oleh itu,

satu kaedah yang lebih sistematik dan cekap harus digunakan.

Menurut Ramlan Abd. Wahab (2004), untuk memastikan perlaksanaan

kokurikulum di sekolah memberi impak positif atau sumbangan yang konstruktif

kepada pembangunan intelektual dan kemanusiaan pelajar, maka perlaksanaan dan

pengurusan kokurikulum perlu dilaksanakan secara terancang, sistematik, telus dan

mematuhi panduan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan atau diluluskan

oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Oleh itu, sistem pengurusan maklumat kokurikulum pelajar yang cekap dan

berkesan adalah sangat penting bagi menjamin matlamat kokurikulum tercapai.

Gabungan teknologi pangkalan data dan web, Web-Database Management System

(Web-DBMS) telah diterima umum sebagai penyalur dan penyebar maklumat secara

interaktif dan berkesan. Kombinasi ini memberi satu alternatif menghasilkan suatu

sistem pengurusan rekod yang baik.

Justeru itu, pengkaji membangunkan satu sistem pengurusan kokurikulum

yang berasaskan web dan seterusnya membuat penilaian ke atas sistem tersebut

untuk menentukan sama ada sistem yang dibangunkan dapat membantu

memudahkan guru-guru dalam urusan merekod maklumat kokurikulum dan mengira

Page 27: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

9

markah kokurikulum. Selain itu, penilaian juga dibuat untuk mengenalpasti tahap

penerimaan pengguna terhadap sistem yang dibangunkan.

Sistem yang dibangunkan ini bertujuan untuk menggantikan borang dan buku

catatan yang digunakan oleh sekolah. Melalui sistem ini, semua maklumat

kokurikulum disimpan dalam bentuk elektronik. Ini bagi memastikan pengurusan

kokurikulum yang lebih sistematik, selamat dan memudahkan guru-guru.

1.4 Objektif Kajian

Dalam usaha memastikan projek ini mencapai matlamat yang telah

ditetapkan, lima objektif dikenalpasti dan ianya adalah seperti berikut:

i. Mengkaji kelebihan dan kelemahan sistem sedia ada dalam

pengurusan maklumat kokurikulum.

ii. Mengenalpasti ciri-ciri yang perlu ada dalam sistem pengurusan

maklumat kokurikulum pelajar.

iii. Membangunkan satu sistem pengurusan maklumat kokurikulum

pelajar berasaskan web iaitu Sistem Pengurusan Kokurikulum

(Siskokum) untuk membantu guru-guru dalam menguruskan

maklumat kokurikulum pelajar di sekolah menengah.

iv. Menilai Siskokum sama ada dapat membantu guru-guru dalam urusan

berikut:

a. merekod kehadiran, jawatan disandang, penglibatan dan

pencapaian pelajar.

b. membuat pengiraan markah kokurikulum.

Page 28: PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN SISTEM …€¦ · 3.2.5.2 Instrumen Temu Bual 3.2.5.3 Instrumen Soal selidik QUIS ... untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar, kegiatan kokurikulum

10

v. Menilai tahap penerimaan pengguna terhadap Sistem Pengurusan

Kokurikulum dalam pengurusan maklumat kokurikulum pelajar dari

aspek:

a. reaksi keseluruhan.

b. keupayaan sistem dalam pemprosesan maklumat.

c. prestasi sistem dalam merekod dan menghasilkan maklumat

yang dikehendaki.

1.5 Persoalan Kajian

Hasil daripada dua objektif di atas terhasil persoalan kajian yang boleh

dinyatakan seperti berikut:

i. Apakah kelebihan dan kelemahan sistem sedia ada dalam pengurusan

kokurikulum?

ii. Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam sistem pengurusan

kokurikulum?

iii. Adakah Siskokum dapat membantu memudahkan guru-guru dalam

urusan berikut:

a. merekod kehadiran, jawatan disandang, penglibatan dan

pencapaian pelajar?

b. membuat pengiraan markah kokurikulum?

iv. Apakah tahap penerimaan pengguna terhadap Sistem Pengurusan

Kokurikulum dalam pengurusan maklumat kokurikulum pelajar dari

aspek:

a. reaksi keseluruhan?

b. keupayaan sistem dalam pemprosesan maklumat?

c. prestasi sistem dalam merekod dan menghasilkan maklumat

yang dikehendaki?