temu bual dengan guru

4
TEMU BUAL DENGAN GURU (CIKGU LU JOU) Saya : Selamat Pagi Cikgu. Mentor : Selamat Pagi. Apakah yang boleh saya bantu? Saya :Cikgu, saya ingin menemu bual cikgu tentang kefahaman cikgu terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Mentor : Boleh. Apakan soalah yang ingin kamu Tanya? Saya :Apakah yang cikgu faham tentang FPK dan FPG iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru? Mentor : Falsafah Pendidikan Negara(FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideology negara pada tahun 1988. Kini, dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, kedua-duanya penting dalam sistem pendidikan di Malaysia. Saya : Pada pandangan anda, bagaimanakah FPK dan FPG dapat menyumbang dalam perkembangan sektor pendidikan negara? Mentor :FPK dan FPG akan memberikan kesan kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan, iaitu dari segi perkembangan potensi individu, melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, berketampilan, berakhlak mulia dan mampu mencapai kesejahteraan diri. Saya :Bagaimanakah FPK dan FPG boleh membantu anda dalam menjalankan tanggungjawab anda sebagai pentadbir/guru? Guru paniatia sains/ Bilik Guru/ 1000/ 7-8-2014 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

Upload: johnny-lee

Post on 14-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

falsafah

TRANSCRIPT

Page 1: Temu Bual Dengan Guru

TEMU BUAL DENGAN GURU (CIKGU LU JOU)

Saya : Selamat Pagi Cikgu.

Mentor : Selamat Pagi. Apakah yang boleh saya bantu?

Saya :Cikgu, saya ingin menemu bual cikgu tentang kefahaman cikgu terhadap Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Mentor : Boleh. Apakan soalah yang ingin kamu Tanya?

Saya :Apakah yang cikgu faham tentang FPK dan FPG iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan Falsafah Pendidikan Guru?

Mentor : Falsafah Pendidikan Negara(FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar

dan ideology negara pada tahun 1988. Kini, dikenali sebagai Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru,

kedua-duanya penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Saya : Pada pandangan anda, bagaimanakah FPK dan FPG dapat menyumbang dalam

perkembangan sektor pendidikan negara?

Mentor :FPK dan FPG akan memberikan kesan kepada keseluruhan perjalanan sistem

pendidikan, iaitu dari segi perkembangan potensi individu, melahirkan rakyat Malaysia

yang berpengetahuan, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, berketampilan,

berakhlak mulia dan mampu mencapai kesejahteraan diri.

Saya :Bagaimanakah FPK dan FPG boleh membantu anda dalam menjalankan

tanggungjawab anda sebagai pentadbir/guru?

Mentor :FPK dan FPG ini telah menjadi amalan kehidupan dan garisan panduan yang bertujuan

meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin perkhidmatan.

Saya :Adakah terdapat perbezaan dalam diri anda khususnya dari aspek profesionalisme

dengan adanhya FPK dan FPG?

Mentor : Ya.

Saya :Pada Pandangan anda, adakah menjadi satu keperluan bagi setiap guru untuk

memahami dengan jelas dan tepat kandungan FPK dan FPG?

Guru paniatia sains/ Bilik Guru/ 1000/ 7-8-2014

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

Page 2: Temu Bual Dengan Guru

Mentor : Ya. Seorang guru tersebut akan berpegang teguh kepada nilai-nilai moral sebagai

prinsip diri, mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang cukup kuat, mempunyai daya

keyakinan yang tinggi, menyedari bahawa tanggungjawab sepenuhnya ke atas dirinya

sendiri dan perbuatan sendiri serta membantu setiap individu menyesuaikan diri dalam

pelbagai keadaan tidak kira sama ada senang atau susah.

Saya : Sejauh manakah anda memanfaatkan FPK dan FPG dalam menjalankan PdP?

Mentor : Saya telah mencungkil bakat pelajar berdasarkan kebolehan mereka dan menyediakan

PdP mengikut aras pelajar.

Saya : Pada Pandangan anda, adakah perlu bagi seseroang pentadbir/guru untuk menghayati

FPK dan FPG dalam melaksanakan tanggungjawabnya? Bolehkan cikgu jelaskan

tentangnya.

Mentor : Ya. Tentunya penting. Guru-guru juga perlu sedar bahaw di samping tugas mengajar

mengikut sukatan pelajaran, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni ini secara tidak

formal melalui komunikasi yang baik antara guru dan murid, melalui sesi pengajaran di

kelas dan banyak lagi kaedah atau strategi mengikut kreativiti seorang guru,

Saya : Bagaimanakah setiap satu dari elemen-elemen dalam FPK dapat direalisasikan dalam

PdP anda? Elemen-elemen tersebut seperti emosi, rohani, spiritual, intelektual dan

sosial.

Mentor : Dari segi Emosi, tidak cepat marah, Rohani, tidak mengeluarkan kata-kata kasar,

Spiritual, tiada gangguan seks terhadap pelajar, Intelektual, membimbing murid menjadi

pelajar cemerlang dan Sosial, mengambil berat terhadap pelajar.

Saya : Secara keseluruhannya, bagaimanakah anda menilai kualiti guru masa kini?

Mentor : Saya rasa memuaskan kerana mempunyai kreatif dan inovatif.

Saya :Anda sebagai warga pendidik, apakah harapan anda terhadap program latihan

perguruan?

Mentor : Saya harap program ini boleh menambah masa dari segi praktikum dan guru pelatih

boleh menjalankan praktikum di kawasan pedalaman dan juga di kawasan Bandar.

Guru paniatia sains/ Bilik Guru/ 1000/ 7-8-2014

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

Page 3: Temu Bual Dengan Guru

Saya :Bagaimanakah anda melihat masa hadapan pendidikan negara dalam memenuhi

matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)?

Mentor :Bagi pendangan saya, seseorang guru perlu sentiasa berusaha mempelajari dan

mengkaji teori belajar, teori mengajar, teori perkembangan kiwa kanak-kanak dan

sentiasa peka mengikuti perkembangan atau perubahan kurikulum terkini supaya tidak

tersasar dari matlamat PPPM.

Saya :Setakat ini sahaja tentang temu bual saya, Ribuan terima kasih kepada cikgu kerana

sudi meluangkan masa kepada saya.

Mentor : Sama-sama.

Guru paniatia sains/ Bilik Guru/ 1000/ 7-8-2014

55

56

57

58

59

60

61

62

63

64