temu bual dengan ketua panitia

23
TEMU BUAL DENGAN KETUA PANITIA (MENTOR) Tarikh : 8 September 2014 Masa : 9.30 a.m. Nama : Pn. Tan Seok Thuan Guru Pelatih : Apakah jawatan yang dijawat oleh cikgu sekarang? Guru : Saya merupakan ketua panitia bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pelatih : Apakah cabaran yang dihadapi oleh cikgu sepanjang anda melibatkan diri dalam bidang ini? Guru : Saya mempunyai jadual masa yang amat padat kerana tugas sebagai ketua panitia adalah mencabarkan. Selain mengajar kelas PSV, saya juga merupakan guru kelas bagi Tahun 2. Banyak urusan dokumentasi yang perlu disempurnakan mengikuti jadual yang ditetapkan.Pada masa yang sama, saya juga perlu mengurus kesemua perkara yang berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual termasuk menghadiri kursus-kursus dan mesyuarat, menyediakan rancangan mengajar tahunan, mengelenggarakan fail-fail, laporan mesyuarat dan sebagainya. Guru Pelatih : Apakah cadangan cikgu bagi mewujudkan suasana belajar PSV yang lebih kreatif dan menyeronokan? Guru : Saya akan membawa spesimen dan bahan-bahan yang berkaitan dengan topik yang saya ajar. Biasanya saya akan menunjukkan video yang berkaitan. Kadang kala saya akan memimpin pelajar menyanyi lagu,contohnya menyayi lagu <Keluarga Saya > sebagai permulaan bagi tajuk melukis Rumah Saya . Sekiranya saya mempunyai masa membuat persediaan sebelum mengajar, saya akan menyediakan aktiviti-aktiviti lain yang lagi kreatif seperti membuat puzzle dan teka-teki. Guru Pelatih : Apakah langkah yang boleh cikgu lakukan untuk penambahbaikan prestasi P&P ? Guru : Saya akan memastikan guru PSV berpeluang menghadiri kursus berkaitan demi meningkatkan kemahiran pengajaran dalam mata pelajaran PSV. Saya juga

Upload: minxuan-chan

Post on 18-Dec-2015

420 views

Category:

Documents


43 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

TEMU BUAL DENGAN KETUA PANITIA (MENTOR)Tarikh:8 September 2014

Masa:9.30 a.m.

Nama:Pn. Tan Seok Thuan

Guru Pelatih:Apakah jawatan yang dijawat oleh cikgu sekarang?

Guru:Saya merupakan ketua panitia bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Guru Pelatih:Apakah cabaran yang dihadapi oleh cikgu sepanjang anda melibatkan diri dalam bidang ini?

Guru :Saya mempunyai jadual masa yang amat padat kerana tugas sebagai ketua panitia adalah mencabarkan. Selain mengajar kelas PSV, saya juga merupakan guru kelas bagi Tahun 2. Banyak urusan dokumentasi yang perlu disempurnakan mengikuti jadual yang ditetapkan.Pada masa yang sama, saya juga perlu mengurus kesemua perkara yang berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual termasuk menghadiri kursus-kursus dan mesyuarat, menyediakan rancangan mengajar tahunan, mengelenggarakan fail-fail, laporan mesyuarat dan sebagainya.

Guru Pelatih:Apakah cadangan cikgu bagi mewujudkan suasana belajar PSV yang lebih kreatif dan menyeronokan?

Guru :Saya akan membawa spesimen dan bahan-bahan yang berkaitan dengan topik yang saya ajar. Biasanya saya akan menunjukkan video yang berkaitan. Kadang kala saya akan memimpin pelajar menyanyi lagu,contohnya menyayi lagu sebagai permulaan bagi tajuk melukis Rumah Saya. Sekiranya saya mempunyai masa membuat persediaan sebelum mengajar, saya akan menyediakan aktiviti-aktiviti lain yang lagi kreatif seperti membuat puzzle dan teka-teki.

Guru Pelatih:Apakah langkah yang boleh cikgu lakukan untuk penambahbaikan prestasi P&P ?

Guru :Saya akan memastikan guru PSV berpeluang menghadiri kursus berkaitan demi meningkatkan kemahiran pengajaran dalam mata pelajaran PSV. Saya juga mengalakkan perkongsian kepakaran dan pengalaman di kalangan guru PSV supaya potensi pelajar dalam bidang ini dapat diperkembangkan. Selepas berpindah ke sekolah baru, saya akan memastikan bilik seni yang disediakan dilengkapi dengan alat peralatan dan bahan rujukan yang berguna.

Guru Pelatih:Bolehkah saya tahu tentang sumber kewangan?

Guru :Sumber kewangan yang diperlukan disediakan oleh kerajaan, lebih kurang RM 20,000 untuk setiap tahun. Ia digunakan untuk pembelian alat peralatan, buku rujukan, latihan, bahan bantuan mengajar dan fasiliti PSV yang diperlukan untuk tujuan P&P.

Guru Pelatih:Bagaimana cikgu menguruskan kepelbagaian alat peralatan PSV yang sedia ada?

Guru :PSV memang suatu matapelajaran yang melibatkan banyak alat dan bahan. Saya telah menyediakan buku rekod stok supaya bilangan dan keadaan peralatan dikenalpasti dari semasa ke semasa. Masalahnya tempat penyimpanan di sekolah ini adalah terhad dan tidak mencukupi. Pada masa kini, kami hanya mempunyai bilik seni yang kecil untuk mempamerkan spesimen karya seni dan kertas serta kad warna. Bahan dan peralatan seperti glu, gunting dan bahan berkaitan disimpan dalam almari dan kotak yang disediakan. Keadaan akan bertambahbaik selepas kami berpindah ke sekolah baru pada bulan depan. Bilik seni yang luas akan disediakan dan masalah pengurusan peralatan kini akan diselesaikan.

Guru Pelatih:Sebagai panitia PSV, apakah harapan cikgu terhadap sekolah ini?

Guru :Saya berharap matapelajaran PSV dapat dipertingkatkan supaya potensi pelajar dalam bidang ini dapat mencapai tahap yang cemerlang. Pelajar yang berpotensi boleh mewakili sekolah menyertai pelbagai pertandingan yang berunsur seni dan menjadikan matapelajaran PSV sebagai salah satu niche areas yang dapat menyerlahkan watak sekolah.

Penolong & PenasihatLEE BOAY KEE(GPK 1)TAN SEOK THUANPenasihatWEE HIAU KEE( Guru Besar)Penolong & PenasihatTEAH PENG PENG(GPK KK)WEE POI SEE

Penolong & PenasihatYAP KWAI HEONG(GPK HEM)TAN SEOK THUANPengerusiTAN SEOK THUANLAI HOE CHIN

Tahun 1CHIN SIN YUETLOO CHOON YINGTAN MEEI YAUWAH KEN LILEE KIM YINGTAN AI LINGSAW HUI PENG

TAN SEOK THUANTahun 2NG KOOI KIMCHEAH WAN LORLIM HO GUATWONG PEI YEEWOON SOOK KEAN THIANG KEK HIANGTAN SEOK THUAN

TAN SEOK THUANTahun 3LIM SEOK HIANGZUL HALIFSAW BOON SIANGTEOH CHIN TEEMOHD FARID MARIATIE

TAN SEOK THUANTahun 5LIEOW SOK HOONGWEE POI SEESIM MOI CHINLAW CHIN YINLIM SEOK HIANGMOHD FARIDTAN SEOK THUAN

TAN SEOK THUAN

Tahun 6LAI HOE CHINCHOW MAY FONGLIEOW SOK HOONGMOHD KHAIRUL

MOHD FARID LIEOW SOK HOONGTAN SEOK THUANSetiausaha WEE POI SEE

Tahun 4NUR ISWANAHMARIATIE SIOK YOK PINAIMA NAJWATAN MOY SUATTAN AI LINGCHONG PEI FONG

TAN SEOK THUAN5.7 CARTA ORGANISASI PENDIDIKAN SENI VISUAL 20132014

Peranan Panitia PSVBerikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panita mata pelajaran:

Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran PSV. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatis dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan yang berasaskan sekolah dan awam dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atai berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik. Peranan PanitiaBerikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia sejajar dengan peranannya sebagai badan ikhtisas: 1. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia.2. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu darjah dan juga di antara darjah di mana ada kaitan.3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka. 4. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan jika perlu menubuhan bank soalan.6. Mengkaji dan menganalisasi keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan sekolah(khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran.7. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurag-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara" ad-hoc " bila dan jika perlu.8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia untuk memikirkan atau membincangkan masalah-masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan kaedah mengajar dan mencari penyelesaikan kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut.9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikut kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.10. menwujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.11. bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan, 12. bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam ussha ke arah memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.13. melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.14. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

Jadual Masa Guru PSVKELASNAMA GURU PSVWAKTU PSV

1ACHIN SIN YUETKHAMIS 11:05am 12:05pm

1BLOO CHOON YINGSELASA 7:45am 8:45am

1CTAN MEEI YAUISNIN 11:35am 12:35pm

1DWAH KEN LIJUMAAT 10:35am 11:35am

1ELEE KIM YINGKHAMIS 10:35am 11:35am

1FTAN A LINHSELASA 10:05am 11:05am

1GSAW HUI PENGSELASA 11:35am 12:35pm

2ANG KOOI KIMKHAMIS 10:35am 11:35am

2BCHEAH WAN LORSELASA 11:34am 12:35pm

2CLIM HO GUATISNIN 11:35am 12:35pm

2DYAP KENG PENGSELASA 10:05am 11:05am

2EWOON SOOK KEANRABU 10:35am 11:35am

2FTHIANG KEK HIENGSELASA 10:05am 11:05am

2GTAN SEOK THUANSELASA 11:35am 12:35pm

3ALIM SEOK HIANGJUMAAT 10:05am 11:05am

3BZUL HALIFJUMAAT 10:35am 11:35am

3CZUL HALIFRABU 11:05am 12:05pm

3DSAW BOON SIANGJUMAAT 11:05am 12:05pm

3ETEOH CHING TEERABU 10:05am 11:05am

3FMOHD FARIDJUMAAT 10:35am 11:35am

3GMARIATIESELASA 8:45am 9:45am

4AISWANAHSELASA 12:05pm 1:05pm

4BSITI NOOR ASHIKINJUMAAT 11:05am 12:05pm

4CSIOW YOK PINJUMAAT 10:35am 11:35am

4DAIMARABU 11:35am 12:35pm

4ETAN MOY SUATJUMAAT 10:35am 11:35am

4FTAN AI LINGJUMAAT 10:05am 11:05am

4GCHONG PEI FONGSELASA 11:35am 12:35pm

5ALIEOW SOK HOONGSELASA 7:45am 8:45am

5BWEE POI SEEKHAMIS 11:35am 12:35pm

5CSIM MOOI CHINJUMAAT 10:35am 11:35am

5DLAW CHIN YINJUMAAT 10:05am 11:05am

5ELIM SEOK HIANGRABU 11:05am 12:05pm

5FMOHD FARIDISNIN 10:05am 11:05am

5GTAN SEOK THUANJUMAAT 10:35am 11:35am

6ALAI HOE CHINISNIN 12:05pm 1:05pm

6BCHOW MAY PONGJUMAAT 10:35am 11:35am

6CLIEOW SOK HOONGKHAMIS 7:15am 8:15am

6DLAI HOE CHINSELASA 10:05am 11:05am

6EKHAIRULJUMAAT 11:35am 12:35pm

6FMOHD FARIDRABU 10:35am 11:35am

6GLIEOW SOK HOONGRABU 11:05am 12:05pm

PERANCANGAN TAHUNAN PANITIA PSVSJK (C) KEPONG 2PELAN TAKTIKAL TAHUN 2014PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

BilProgram/AktivitiObjektifTanggung-jawabTempohKos/SumberTOVETRIndikatorPencapaian

1.

2.

3.

Ceramah Motivasi

Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan

Latihan Dalam PerkhidmatanMemastikan tahap keyakinan diri murid bertambah.

Memastikan semua murid tahun 1-6 menguasai kemahiran melukis dan mewarna

Guru Pendidikan Seni Visual lebih memahami kemahiran melukis dan mewarna1. Guru Besar2. Guru Penolong Kanan3. Semua guru Pendidikan Seni Visual4. Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

1. Semua guru Pendidikan Seni Visual

2. Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

1. Guru Besar2. Guru Penolong Kanan3. Semua guru Pendidikan Seni Visual4. Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

April

Jan-Sept

Mei

-

-

-90% muriddapat menguasai

90% muriddapat menguasai

90% muriddapat menguasai100%murid dapat menguasai

100%murid dapat menguasai

100%murid dapat menguasaiPeratus murid suka belajar Pendidikan Seni Visual akan meningkat

Peratus murid menguasai minimum gred C bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

Murid lebih menguasai kemahiran asas Pendidikan Seni Visual

SJK (C) KEPONG 2PELAN STRATEGI TAHUN 2010-2014PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

IsuMasalahMatlamatStrategiIndikator

Pencapaian Pendidikan Seni Visual kurang memuaskan dalam kemahiran melukis dan mewarna1. Peratus murid mendapat C dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bagi PKSR masih tinggi.

2. Peratus murid yang mandapat gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tidak mencapai 100% dalam PKSR . 1. Meminimumkan Peratusan murid mendapat gred C

.2. Meningkatkan peratus gred A untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam PKSR iaitu 100% . 1. Meningkatkan kualiti pengajaran guru .2. Meningkatkan kualiti pembelajaran murid .3. Program Kecemerlangan Galus .1. Peratus murid yang mendapat gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam PKSR .2. Peratus murid yang mendapat gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam PKSR .

Laporan Hari PertamaPada hari pertama PBS, saya telah berjumpa dengan pentadbir sekolah, iaitu guru besar. Sebelum memberitahu tujuan saya, saya telahpun berkenalan dengan beliau. Selain itu, saya juga memberi salam kepada beliau. Beliau merupakan seorang yang mesra dan tidak disangka bahawa beliau juga pernah mengambil pendidikan seni visual semasa beliau berada di universiti. Saya berasa sangat gembira kerana saya boleh dikatakan berpeluang untuk berjumpa dengan abang senior saya. Beliau telah banyak memberi info yang amat berguna mengenai alam pendidikan saya pada masa depan. Setelah bertegur sapa dengan beliau, beliau telah pun memperkenalkan saya dengan penolong kanan sekolah. Saya didapati bahawa penolong kanan di sekolah ini terdiri daripada 3 bahagian, iaitu bahagian urusan guru, bahagian urusan murid dan bahagian urusan kokurikulum. Setiap penolong kanan telah memainkan peranan yang amat penting dalam menguruskan sesebuah sekolah. Dengan ini, ia telah memberi saya satu mesej yang penting, iaitu saya haruslah berusaha untuk menjadi sebagai seorang pendidik yang dapat melibatkan diri dalam mewujudkan sebuah sekolah yang dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selanjutnya, saya telah berjumpa dengan ketua panita Pendidikan Seni Visual (PSV). Ketua panitia PSV merupakan seorang wanita yang bernama Puan Tan dan saya telah mengambil kesempatan ini bagi menemu bual beliau. Dalam sesi temu bual ini, saya telah mengetahui bahawa sebagai seorang ketua panitia PSV, selain perlu mengurus kesemua perkara yang berkaitan dengan PSV, beliau juga harus menghadiri kursus-kursus dan mesyuarat, menyediakan rancangan mengajar tahunan, mengelenggarakan fail-fail, laporan mesyuarat dan sebagainya.Tambahan pula, saya telah mendapati bahawa beliau akan membawa spesimen dan bahan-bahan yang berkaitan dengan topik yang beliau ajar bagi mewujudkan suasana belajar PSV yang lebih kreatif dan menyeronokan. Biasanya beliau akan menunjukkan video yang berkaitan. Kadang kala beliau juga akan memimpin pelajar menyanyi lagu, contohnya menyayi lagu sebagai permulaan bagi tajuk melukis Rumah Saya. Sekiranya beliau mempunyai masa membuat persediaan sebelum mengajar, beliau akan menyediakan aktiviti-aktiviti lain yang lagi kreatif seperti membuat puzzle dan teka-teki.Selain itu, saya juga mendapati bahawa sumber kewangan yang diperlukan disediakan oleh kerajaan, lebih kurang RM 20,000 untuk setiap tahun. Ia digunakan untuk pembelian alat peralatan, buku rujukan, latihan, bahan bantuan mengajar dan fasiliti PSV yang diperlukan untuk tujuan P&P. Ini jelas kelihatan bahawa PSV merupakan subjek yang telah dipandang berat oleh pihak kerajaan. Melalui PSV, ia dapat melatih murid untuk berfikir secara kreatif. Di samping itu, dalam kurikulum terkini, pengintegrasian pendidikan seni visual dalam mata pelejaran lain amat digalakkan kerana melalui visual yang disampaikan, murid dapat lebih memahami perkara-perkara yang ingin disampaikan. Bagi sukatan pelajaran PSV Tahun 4, ia diggubal berdasarkan kurikulum terkini, iaitu kurikulum standard sekolah rendah (KSSR). Manakala bagi tahun 5 dan tahun 6, ia masih terpakai kurikulum yang lama, iaitu kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR). Kedua-dua kurikulum ini telah membentuk mata pelajaran PSV sekolah rendah. Namun, ia terdapat perbezaan antara kedua-dua kurikulum ini. Bagi KBSR, mata pelajaran PSV dikehendaki untuk mengajar kesemua teknik, manakala dalam KSSR, guru mata pelajaran Dunia Seni Visual hanya mengajar sedikit dalam satu bidang. Mereka tidak perlu mengajar kesemua sekaligus. Dengan ini, murid-murid dapat belajar dengan secara terperinci dan guru boleh memasti mereka dapat menguasai kemahiran yang diajar ini. Kesimpulannya, saya telah berjumpa dengan pihak pentadbir, berkenalan dengan ketua panitia PSV, menganalisis sukatan pelajaran PSV Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6, merekodkan carta organisasi Panitia PSV dan menemu bual guru-guru Panitia PSV.

Laporan Hari KeduaPada hari ini, apa yang saya hendak fokuskan ialah kedudukan bengkel pendidikan seni visual (PSV), pengurusan bengkel PSV dan amalan penstoran yang diaplikasikan di sekolah. Bilik PSV merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Biasanya, murid hanya akan berada di sana semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) sahaja. Walau bagaimanapun, semasa saya mengadakan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di SJK (C) Kepong 2, saya didapati bahawa murid-murid di sekolah ini suka pergi ke bengkel seni visual tidak kira apa- apa masa, iaitu waktu rehat dan juga waktu tamat persekolahan. Hal ini mungkin disebabkan kedudukan bengkel PSV terletak di tempat yang strategik, iaitu dekat dengan bilik-bilik darjah. Ini dapat memudahkan murid-murid untuk bertolak ke tempat tersebut.Dalam bengkel PSV, ia dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kerusi yang tidak bersandar, meja besar yang dibuat daripada kayu, almari dan tempat mempamer karya murid. Bahan PdP seperti glu, gunting dan bahan berkaitan disimpan dalam almari dan kotak yang disediakan. Manakala alat PdP seperti ruang LCD projektor, komputer, printer dan lain-lain tidak disediakan atas ruang yang terhad. Walau bagaimanapun, bagi bahagian pameran hasil kerja murid, poster keselamatan dan papan maklumat dapat disediakan walaupun ruang pamerannya agak terhad. Dengan ini, murid-murid dapat mengapresiasi karya yang dipamerkan ini. Bengkel seni visual merupakan tempat interaksi antara guru dan murid. Di sekolah ini, didapati bahawa kekuatan bagi bengkel PSV ialah ia diletakkan di tempat yang strategik. Seterusnya, tempat persekitaran adalah bersih dan kemas. Bukan begitu sahaja, ia juga mempunyai tempat yang mempamerkan hasil kerja murid. Walau bagaimanapun, ia terdapat kelemahan dari segi ruangnya. Ruang yang terhad telah menjadikan bengkel ini tidak mempunyai alat PdP yang lengkap, iaitu kekurangan LCD projektor, komputer dan printer. Ini telah menyebabkan jika guru PSV yang ingin menunjukkan video atau mengaplikasikan kemudahan teknologi dalam aktiviti seni, mereka tidak dapat menjalankan aktiviti seni dalam bilik seni. Mereka perlu menjalankan aktiviti seni dalam kelas masing-masing kerana hanya dalam kelas ia merupakan tempat yang mempunyai alat teknologi yang canggih. Selain itu, amalan penstoran yang diamalkan adalah kurang berkesan. Hal ini juga disebabkan ruang yang terhad. Oleh sebab itu, bagi stok seni, ia hanya diletakkan dalam satu almari yang kecil dan banyak bahan masih tidak lengkap seperti poster color, krayon dan kertas lukisan.Bagi menambahbaik keadaan ini, guru haruslah berusaha untuk mewujudkan bengkel yang menarik apabila masuk, iaitu mempunyai ciri kebersihan, keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa. Di samping itu, guru juga perlulah mengetahui cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan. Dengan ini, walaupun ruang yang disediakan adalah terhad, namun guru juga boleh menggunakan ruang yang terdapat dengan sepenuhnya. Seterusnya, guru boleh mengurus tempat pelekatan bahan-bahan pengajaran agar bengkel PSV dilengkapi dengan bahan-bahan asas yang dapat membantu dalam melaksanakan aktiviti seni. Bahan bahan PdP perlulah disimpan dalam rak dan kedudukan rak rak simpanan perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil. Suasana dalam bengkel seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga haruslah dipamerkan dalam bengkel seni. Alat P&P seperti LCD projektor, komputer, printer dan lain-lain juga perlu disediakan dalam bengkel seni untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat ini hendaklah berada di ruang akses ICT. Ruang ini digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat yang dikehendaki oleh pengguna-pengguna khususnya maklumat yang berkaitan dengan pendidikan seni dan visual atau digunakan bagi menunjukkan video demi memupuk minat murid terhadap PSV.Melalui PSV, ia dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam mencapai matlamat PSV dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan bengkel seni khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan PSV di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu bengkel PSV. Pendek kata, seiring dengan era globalisasi, pendidikan seni juga turut berubah ke arah kesenian yang lebih kontemporari. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, melalui peredaran masa dan zaman telah berlaku banyak perubahan di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan idea secara lisan tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek PSV. Justeru, perlu ada satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat seni dapat digilap.

Laporan Hari KetigaPenilaian dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid mengabungkan kefahaman kognitif, psikomotor dan afektif mereka. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dan sistematik dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya.Bagi sekolah SJK (C) Kepong 2, para guru telah menggunakan dokumen standard prestasi PSV bagi membuat penilaian PSV. Dokumen Standard Prestasi PSV telah dibuat secara offline. Dalam membuat penilaian bagi matapelajaran PSV, guru-guru akan memberi tahap pencapaian murid dengan menggunakan band 1 hingga band 6 dan band 6 merupakan tahap tertinggi. Semasa sesi temu bual dengan ketua panitia PSV, beliau pernah memberitahu bahawa dalam pemberian tahap ini, kebiasaannya murid-murid akan mendapat band 5 dan kurang orang yang boleh mendapat band 6. Hal ini kerana bagi mendapat band 6, murid tersebut haruslah dapat mengajar murid yang lain. Bagi penilaian tersebut, guru telah membuat penilaian secara pemerhatian dan dari segi kognitif, para guru akan melihat kefahaman murid terhadap unsur seni, prinsip rekaan, pengetahuan tentang alat serta teknologi bahan, bentuk gubahan serta kemasan dan pemahaman dan penghargaan. Sebagai contoh, guru melihatkan hasil karya murid sama ada karya mereka meliputi asas seni reka dan pengunaan teknologi dalam karyanya. Manakala dari aspek psikomotor pula, guru membuat penilaian terhadap murid semasa proses menghasilkan karya. Bagi penilaian aspek afektif pula, ia boleh dijalankan melalui pemerhatian, sikap dan perlakuan murid yang direkod. Cadangan bagi menambahbaik kaedah penilaian ialah guru haruslah membuat penilaian bukan sahaja dari segi pemerhatian, malah guru juga haruslah menggunakan kaedah lisan dan interaksi dan kaedah penulisan. Dalam kaedah pemerhatian guru boleh memerhati, membuat inerpretasi dan menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini, penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid. Semasa pemerhatian proses, guru perlu memerhati cara murid mentafsir, mengelola idea, pewujudan idea dan cara mereka menggunakan alat. Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul, guru perlu memberi bimbingan yang sewajarnya. Selain itu, perkara-perkara yang perlu dititikberatkan adalah pewujudan idea yang mana proses murid menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira. Selain daripada itu, pemilihan dan penyediaan alat dan bahan, proses dan teknik yang dipilih dan kemasan adalah beberapa elemen yang perlu diperhatikan.Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama, ketelitian dan kesempurnaan.Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.Bagi penilaian secara penulisan pula, guru dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran murid secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan taxonomy Bloom seperti ingatan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Di samping itu, guru juga boleh mengalakkan murid menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam pembelajaran serta menilai amalan dan sikap masing-masing bagi mempertingkatkan pembelajaran masing-masing. Murid boleh menjalankan penilaian kendiri dengan menilai hasil kerja sendiri, mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan sebaya dan membuat perbandingan hasil kerja. Penilaian kendiri lebih bermakna sekiranya murid berupaya memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.Secara tuntasnya, guru boleh menggunakan kaedah yang berlainan bagi menguji tahap penguasaan murid dan dengan ini guru dapat membetulkan mereka apabila mendapati kesalahan yang telah dilakukan dengan segera.

Laporan Hari KeempatPada hari keempat, saya berpeluang untuk mengikuti dua orang guru Pendidikan Seni Visual (PSV) bagi memerhati pengajaran dan pembelajaran (PdP) PSV di dalam kelas. Seorang guru adalah pengajar PSV daripada murid tahap 1 manakala seorang guru lagi merupakan tenaga pengajar daripada tahap dua. Kedua-dua guru ini merupakan guru yang berpengalaman. Oleh sebab peperikasaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dijalankan pada minggu itu, maka, bilik PSV telah dijadikan sebagai salah satu tempat untuk pusat peperiksaan. Oleh itu, PdP PSV telah dijalankan dalam kelas masing-masing. Bagi kelas tahap 1, iaitu tahun 3, guru telah memberi aktiviti lukisan semasa PdP. Sepanjang PdP ini dijalankan, murid-murid telah menggunakan krayon masing-masing yang dibawa dari rumah. Guru telah memberi kebebasan kepada murid untuk melukis apa sahaja yang mereka suka tetapi dengan temanya ayam. Para murid berasa sangat gembira apabila mereka mendengar tajuk ini. Mereka telah menggunakan daya imaginasi masing-masing bagi menghasilkan karya agungnya. Semasa menghasilkan karya, murid-murid telah mendisiplinkan diri dan mereka telah fokus dalam lukisan mereka. Melalui pemerhatian, saya didapati bahawa terdapat beberapa orang murid akan menggunakan kain untuk membersihkan krayon mereka selepas mereka mewarna lukisan. Ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid dapat memupuk nilai-nilai semasa aktiviti PSV dijalankan.Setelah mereka menyiapkan lukisannya, saya didapati bahawa lukisan mereka mempunyai nilai estetika yang tinggi dan mereka telah memenuhi beberapa syarat yang diutarakan oleh Victor Lowenfeld. Menurut Victor Lowenfeld, kanak-kanak pada peringkat ini sedang mengalami peringkat skematik. Oleh itu, lukisan mereka banyak menggunakan simbol tetapi sifatnya tidak kekal dan berubah mengikut tahap perkembangan. Mereka akan melukis manusia dan objek yang dapat menarik perhatian mereka dan dalam penghasilan karyanya, mereka akan banyak menggunakan bentuk geometri. Selain itu, dalam lukisan mereka, ruang digambarkan melalui 1 garisan dasar satah. Manakala bagi murid tahap 2 pula, iaitu murid tahun 5, guru telah memberi aktiviti catan. Guru telah memberi tema pesta tanglung dan murid-murid boleh melukis apa-apa sahaja yang mereka suka asalkan memenuhi tema yang ditetapkan. Murid-murid bagi tahun ini telah boleh menggunakan poster color dalam menghasilkan karya masing-masing. Dalam penghasilan karya, murid-murid telah melibatkan diri secara sepenuhnya bagi menghasilkan karya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Semasa menghasilkan karya, murid-murid telah berkongsi apa yang hendak dilukiskan dengan kawan mereka dan murid-murid berasa sangat gembira apabila kegiatan seni dilaksanakan.Setelah karya mereka dihasilkan, saya mendapati bahawa catan mereka telah memenuhi beberapa syarat yang diutarakan oleh Victor Lowenfeld. Menurut Victor Lowenfeld, kanak-kanak pada peringkat ini sedang mengalami peringkat realism. Pada peringkat ini, lukisan mereka menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina bagi manusia. Objek yang dilukis berdasarkan kesedaran tampak dan bukan melalui pengamatan mereka. Kefahaman mereka terhadap ruang digambarkan dengan kesan tindih-tindih objek. Objek yang dilukis oleh mereka akan tertumpu di bahagian bawah iaitu tanah dan pada peringkat ini, mereka akan melukis figura secara naturalistik.Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah, pendekatan, teknik serta strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan proses PdP di sekolah. Para guru seharusnya bijak menggunakan kemahiran mengajar berpandukan elemen-elemen tersebut untuk menarik minat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan. Para guru juga seharusnya bijak mengawal atau mengetahui keadaan serta keperluan semasa pelajar agar proses PdP tidak akan dilaksanakan dalam keadaan bosan. Bukan begitu sahaja, para guru juga haruslah menguasai ilmu mengenai teori pengutaraan tampak. Dengan ini, guru dapat lebih memahami ciri-ciri pelajar pada peringkat yang berlainan dan ini dapat membantu guru dalam menyusun aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid-muridnya.