tema 6 - pengangkutan dan perhubungan (1)

17
GEOGRAFI TEMA 6 – PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN BAB 15 – PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL CARA PENGANGKUTAN AWAL DAN PERHUBUNGAN AWAL NEGARA MALAYSIA Pengangkutan 1. Darat - Denai - Lorong-lorong jalan kaki - Jalan tidak berturap - Cara pengangkutan – kereta lembu, kereta kerbau, kereta kuda, kereta andu, dan beca. 2. Air - Sungai - Laut - Cara pengangkutan – rakit dan perahu di sungai, jong di laut. Perhubungan 1. Isyarat asap 2. Beduk 3. Laung 4. Ketuk-ketuk. - Isyarat ini digunakan untuk menyampaikan maklumat antara penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain. - Asap dihasilkan dengan menyalakan unggun api – asap yang naik berkepul-kepul ke udara menjadi isyarat untuk memaklumkan sesuatu perkara. - Beduk dan ketuk-ketuk pula dipukul untuk mengeluarkan bunyi – cara ketukan yang berbeza akan mengeluarkan bunyi yang berlainan – setiap bunyi dan cara ketukan membawa isyarat atau maksud tertentu. - Laung pula ditiup menghasilkan bunyi – bunyi memberi isyarat tertentu. - Laung dan ketuk-ketuk digunakan sebagai isyarat keselamatan dan pemberitahuan sesuatu aktiviti. - Apabila berlaku kecemasan para penduduk akan menggunakan laung atau ketuk-ketuk untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan. - Laung dan ketuk-ketuk juga digunakan memberitahu penduduk setempat tentang sesuatu aktiviti seperti gotong-royong ataau permainan rakyat. KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL NEGARA MALAYSIA Pengangkutan Sebelum penjajahan 1. Pengangkutan Darat - Digunakan untuk mencari hasil hutan seperti buah-buahan, pucuk-pucuk kayu, kayu- kayan, rotan, buluh dan dammar. - Kereta lembu digunakan untuk mengangkut barangan dan penumpang. - Kereta andu ditarik oleh kerbau digunakan di sawah padi, dusun dan kawasan pedalaman untuk angkut padi, Nota Geografi – Cikgu Azura Page 1

Upload: subanesha

Post on 14-Dec-2015

130 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

geo

TRANSCRIPT

Page 1: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

GEOGRAFI

TEMA 6 – PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

BAB 15 – PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

CARA PENGANGKUTAN AWAL DAN PERHUBUNGAN AWAL NEGARA MALAYSIA

Pengangkutan

1. Darat- Denai- Lorong-lorong jalan kaki- Jalan tidak berturap- Cara pengangkutan – kereta lembu,

kereta kerbau, kereta kuda, kereta andu, dan beca.

2. Air- Sungai - Laut- Cara pengangkutan – rakit dan perahu di

sungai, jong di laut.

Perhubungan

1. Isyarat asap2. Beduk3. Laung4. Ketuk-ketuk.

- Isyarat ini digunakan untuk menyampaikan maklumat antara penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

- Asap dihasilkan dengan menyalakan unggun api – asap yang naik berkepul-kepul ke udara menjadi isyarat untuk memaklumkan sesuatu perkara.

- Beduk dan ketuk-ketuk pula dipukul untuk mengeluarkan bunyi – cara ketukan yang berbeza akan mengeluarkan bunyi yang berlainan – setiap bunyi dan cara ketukan membawa isyarat atau maksud tertentu.

- Laung pula ditiup menghasilkan bunyi – bunyi memberi isyarat tertentu.

- Laung dan ketuk-ketuk digunakan sebagai isyarat keselamatan dan pemberitahuan sesuatu aktiviti.

- Apabila berlaku kecemasan para penduduk akan menggunakan laung atau ketuk-ketuk untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan.

- Laung dan ketuk-ketuk juga digunakan memberitahu penduduk setempat tentang sesuatu aktiviti seperti gotong-royong ataau permainan rakyat.

KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL NEGARA MALAYSIA

Pengangkutan

Sebelum penjajahan

1. Pengangkutan Darat

- Digunakan untuk mencari hasil hutan seperti buah-buahan, pucuk-pucuk kayu, kayu- kayan, rotan, buluh dan dammar.

- Kereta lembu digunakan untuk mengangkut barangan dan penumpang.

- Kereta andu ditarik oleh kerbau digunakan di sawah padi, dusun dan kawasan pedalaman untuk angkut padi, buah-buahan, kayu api dan barang-barang berat.

2. Pengangkutan Air

- Menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain.

- Perahu alat pengangkutan utama.

- Perahu untuk angkut penumpang dan barangan.

- Barangan diangkut dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk didagangkan secara system barter.

- Perahu juga digunakan untuk mencari hasil sungai dan laut seperti ikan, udang dan kerang.

3. Perhubungan Awal

- Bertujuan member isyarat dan keselamatan – cth sewaktu sesat di hutan – guna asap untuk dapatkan bantuan

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 1

Page 2: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

Semasa penjajahan

1. Kedatangan British untuk membuka ladang getah dan bijih timah memerlukan jalan pengangkutan.

2. Oleh itu, jalan raya berturap dibina untuk mengangkut bijih timah dan getah dari ladang dan lombong ke pelabuhan.

3. Jalan raya awal dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham (Pelabuhan Klang)

4. Pada masa yang sama penjajah British membina jalan kereta api.

5. Jalan kereta api awal dibina untuk mengangkut bijih timah menghubungkan antara Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang).

6. Pada masa itu kawasan Larut di Taiping merupakan kawasan pengeluar bijih timah yang utama.

7. Beberapa jalan kereta api dibina untuk: angkut bijih timah dan getah. - Kuala Lumpur – Port Swettenham (Pelabuhan Klang).- Tapah – Teluk Anson (Teluk Intan)- Seremban – Port Dickson

8. Jalan kereta api pertama di Sabah dibina dari Jesselton (Kota Kinabalu) ke Beaufort dan seterusnya ke Tenom.

9. Tongkang dan kapal wap digunakan sebagai alat mengangkut barangan di sungai dan laut.

10. Perkhidmatan tongkang dan kapal wap dapat mempercepat penghantaran barangan ke Negara penjajah.

11. Contohnya : emas dan rempah- ratus dibawa dengan Tongkang dan kapal wap dari Tanjung Ketapang (Tanjung Emas) di Kuala Sungai Muar ke Belanda dan Portugis.

12. Tongkang dan kapal wap turut digunakan untuk membawa buruh-buruh asing dari India dan China ke Malaysia.

Perhubungan

1. System perhubungan pada zaman penjajahan Bermula pada abad ke-19.

2. Perhubungan awal Bermula dengan adanya perkhidmatan telegraf, telefon dan pos.

3. Talian telegraf pertama dibina di sepanjang jalan kereta api.

4. Talian ini menjadi satu rangkaian komunikasi.

5. Talian Telegraf pertama menghubungkan Kuala Kangsar dengan Taiping dan dari Taiping diteruskan ke Kamunting dan Bukit Gantang.

6. Pada tahun 1920-an penghantaran maklumat melaui telegram ke Bandar-bandar kecil dilakukan melalui balai polis dengan menggunakan radio polis.

7. Perhubungan radio didapati amat berkesan untuk menyampaikan maklumat dan mengendalikan usaha menyelamat – cth : pada tahun 1926 semasa banjir besar melanda Semenanjung Malaysia perhubungan radio membantu usaha-usaha menyelamat.

8. Perkhidmatan pos mula diperkenalkan oleh penjajah British pada tahun 1800.

9. Pada tahun 1826 pejabat pos yang pertama dibina di Pulau Pinang.

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 2

Page 3: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

BAB 16 – PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN

PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN NEGARA MALAYSIA

PENGANGKUTAN DARAT

Jalan Raya

1. Selepas merdeka rangkaian jalan raya berturap dibina di seluruh Negara.

2. Jaringan jalan raya padat terdapat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

3. Jaringan jalan raya mengalami perkembangan pesat bagi menampung peningkatan bilangan kenderaan.

4. Jaringan jalan raya akhirnya membentuk Lebuhraya Utara – Selatan yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam di Utara dengan Johor Bahru di Selatan.

5. Lebuhraya Timur – Barat pula dibina menghubungkan Grik di Perak dengan Jeli di Kelantan. Lebuhraya ini tidak melalui kawasan Bandar.

6. Pembinaan lebuhraya telah memendekkan masa perjalanan.

7. Kerja menaik taraf Jalan Persekutuan II telah dijalankan untuk melebar dan memperbaiki jalan yang sedia ada – misalnya Lebuhraya Persekutuan telah diperbesar daripada empat lorong kepada enam lorong.

8. Lebuhraya Tun Abdul Razak menghubungkan Kuantan dengan Segamat.

9. Lebuhraya Jerangau ke Jabor menghubungkan Kuantan dengan Kuala Berang.

10. Jalan darat juga dibina menghubungkan Negara Malaysia dengan Singapura melaui Tambak Johor.

11. Laluan ke 2 dibina menghubngkan Gelang Patah di Johor dengan Tuas di Singapura.

12. Projek Gerbang Selatan projek memperbesar, mempertinggi dan menaik taraf Tambak Johor.

13. Di Sarawak jalan raya utama menghubungkan Bandaraya Kuching dengan Miri.

14. Di Sabah jalan raya dibina di sepanjang Pantai Barat dari Kudat ke Kota Kinabalu dan dari Papar ke Sindumin.

15. Lebuhraya Trans-Borneo menghubungkan Bandaraya Kuching dengan Kota Kinabalu melalui Bandar-bandar Sri Aman, Bintulu dan Miri.

Sistem Pengangkutan Pintar

1. Perkembangan teknologi membolehkan Sistem Pengangkutan Pintar diperkenalkan di lebuhraya.

2. Sistem ini menggabungkan pengangkutan, penggunaan alat elektronik dan komunikasi untuk meningkatkan kecekapan dan keselamatan lebuhraya.

3. Contoh : Lebuhraya Damansara – Puchong yang siap dibina pada tahun 1999 menggunakan Sistem Pengangkutan Pintar.

4. System ini mengandungi alat pengesan susunan kenderaan, rangkaian maklumat dan video berkeupayaan tinggi.

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 3

Page 4: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

Jalan Kereta Api

1. Pada zaman penjajah kereta api digunakan untuk mengangkut bujih timah dan getah.

2. Kereta api menggunakan tenaga daripada pembakaran kayu api dan kemudiannya menggunakan arang batu.

3. Kereta api juga menggunakan kuasa elektrik dan diesel.

4. Jalan kereta api dibina dari Taiping ke Port Weld, dari Kuala Lumpur Ke Pelabuhan Klang dan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

5. Jalan kereta api telah dibina dari Johor Bahru ke Gemas hingga ke Terminal Tumpat di Pantai Timur.

6. Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia jalan kereta api menghubungkan Terminal Johor Bahru hingga Terminal Padang Besar di Perlis.

7. Perkhidmatan kereta api diuruskan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

8. Terdapat jalan kereta api berkembar dan perkhidmatan komuter yang menggunakan kuasa elektrik.

9. Jalan kereta api ini menghubungkan Sentul dengan Pelabuhan Klang dan dari Seremban melalui Kuala Lumpur ke Rawang.

10. Beberapa jalan kereta api baru telah dibina contohnya pembinaan jalan kereta api dari stesen Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Barat dan Jalan kereta api dari stesen Butterworth ke Pelabuhan Kontena Butterworth.

11. Jalan kereta api berkembar turut dibina dari Ipoh ke Rawang.

12. Jalan kereta api Trans Asia diwujudkan menyambungkan Singapura dengan Kunming di China melalui Malaysia, Thailand, Cambodia, Vietnam dan Laos

Sistem pengangkutan Bandar

1. Di Lembah Klang dibina system pengangkutan Bandar iaitu Rel Transit Ringan (LRT).

2. Terdapat dua jenis perkhidmatan LRT iaitu STAR dan PUTRA.

3. LRT STAR memulakan perkhidmatan pada tahun 1996 menghubungkan Sri Petaling dengan Ampang dan Sentul.

4. LRT PUTRA memulakan perkhidmatan pada tahun 1998 menghubungkan Kelana Jaya dengan Gombak.

5. Panjang jajaran LRT ialah 56 kilometer.

6. Express Rail Link (ERL) atau Hubungan Kereta api Ekspres telah memulakan perkhidmatan dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) pada tahun 2002.

7. KL Sentral ialah terminal pengangkutan awam yang menyatukan perkhidmatan komuter KTMB dengan ERL, LRT PUTRA, monorel, bas, teksi dan pejalan kaki.

8. KL Sentral juga berfungsi sebagai Terminal udara banadar ke KLIA.

9. Monorel ialah system rel ringan sepanjang 8.6 kilometer yang dibina di Bandaraya Kuala Lumpur.

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 4

Page 5: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

PENGANGKUTAN AIR

1. Pengangkutan awal terdiri daripada pengangkutan sungai dan laut.

2. Jalan sungai masih merupakan pengangkutan yang penting di kawasan –kawasan terpencil terutamanya di Sabah dan Sarawak.

3. Di Semenanjung Malaysia Sungai Pahang dan Sungai Terengganu masih digunakan untuk pengangkutan.

4. Alat pengangkutan sungai juga mengalami perubahan dari guna perahu kepada guna bot berenjin – masa dapat dijimatkan.

5. Pengangkutan laut turut berkembang dengan pembinaan beberapa buah pelabuhan baru dan pembesaran serta menaik taraf pelabuhan lama.

6. Antara pelabuhan baru ialah Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Jati Teluk Ewa.

7. Pelabuhan lama yang diperbesar ialah Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Bintulu.

8. Langkah-langkah yang diambil untuk menaik taraf pelabuhan ialah:

- Mendalamkan kawasan pelabuhan

- Menambah kelengkapan serta kemudahan seperti penggunaan kren yang dapat meningkatkan kecekapan pengurusan barangan.

9. Perkhidmatan feri dan bot disediakan menghubungkan pulau-pulau dengan tanah besar contohnya dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi dan dari Mersing ke Pulau Tioman.

10. Pelabuhan kecil dibina di persisiran pantai Negara Malaysia – cth: Pelabuhan Port Dickson, Pelabuhan Melaka, Pelabuhan Batu Pahat dan Pelabuhan Muar.

11. Pelabuhan kecil ini menyediakan perkhidmatan antara pelabuhan.

12. Perkembangan pengangkutan sungai menyebabkan beberapa pelabuhan di Sabah dan Sarawak diperbesar – cth: Pelabuhan Air Dalam di Kampung Senari, Kuching dan Pelabuhan Lahad Datu di Sabah.

13. Penggunaan computer diperkenalkan dalam operasi pelabuhan – meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelabuhan.

14. Aktiviti pelabuhan seperti pengurusan trafik turut meningkatkan kecekapan perkhidmatan di pelabuhan.

15. Pelabuhan kontena ialah :

- Pelabuhan Pulau Pinang- Pelabuhan Kuantan- Pelabuhan Klang- Pelabuhan Pasir Gudang- Pelabuhan Tanjung Pelepas

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 5

Page 6: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

PENGANGKUTAN UDARA

1. Pada tahun 1967 pengangkutan udara dikendalikan oleh Malaysia – Singapore Airlines (MSA).

2. Pada tahun 1970 pengangkutan udara berpecah. Mulai tahun tersebut pengangkutan udara dikendalikan oleh Malaysia Airlines System (MAS).

3. Lapangan terbang utama pada waktu itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

4. Sejak tahun tersebut pengangkutan udara berkembang dengan pembinaan lapangan terbang sama ada lapangan terbang domestic atau lapangan terbang antarabangsa.

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibina pada tahun 1998 untuk menampung keperluan pendaratan yang semakin meningkat.

6. Pengangkutan udara merupakan pengangkutan paling cekap, cepat dan moden.

7. MAS telah mengadakan usaha sama dengan syarikat-syarikat penerbangan yang lain bagi melancarkan perkhidmatan.

8. Selain MAS perkhidmatan udara turut dikendalikan oleh Air Asia Sdn Bhd, Berjaya dan Pelangi Airways Sdn Bhd.

9. Lapangan Terbang Antarabangsa :

- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi.

- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 6

Page 7: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI JARINGAN PENGANGKUTAN

1. Fizikal

- Bentuk muka bumi memainkan peranan penting.

- Jalan kereta api di bina di kawasan muka bumi yang landai.

- Jalan raya banyak bertumpu di Pantai Barat kerana bentuk muka bumi yang rata dan luas.

- Di Pantai Timur jalan raya dan lebuh raya sukar dibina kerana bentuk muka bumi berbukit-bukau.

- Di Sabah dan Sarawak jaringan jalan raya bertumpu di sepanjang pantai kerana bentuk muka bumi rata dan luas.

- Kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bergunung-ganang menyukarkan pembinaan jalan raya.

2. Ekonomi

- Pada zaman penjajah jalan raya dan jalan kereta api dibina akibat perkembangan kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih timah.

- Perkembangan kegiatan perniagaan dan perdagangan mewujudkan kawasan petempatan baru dan Bandar-bandar baru.

3. Teknologi dan Dasar Kerajaan

- Kerajaan menyediakan peruntukan memajukan system pengangkutan dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

- Kerajaan membina jalan baru seperti Lebuhraya Kuala Perlis ke Changloon di Kedah – jalan ini menyediakan laluan terus dari Lebuhraya Utara – Selatan ke Kuala Perlis.

- Jalan air digunakan untuk mengangkut pelancong ke destinasi tertentu – Taman Negara Pahang.

- Pengangkutan laut penting kerana kedudukan Malaysia terletak di kedudukan strategic iaitu di Selat Melaka yang menghubungkan Laut China Selatan di timur dan Lautan Hindi di barat.

- Pembinaan pelabuhan telah membantu meningkatkan kecekapan pengangkutan laut -.

- Pelabuhan utama di Negara Malaysia ialah – Pelabuhan Klang, Tanjung Pelepas, Pulau Pinang, Bintulu dan Sandakan.

- Pelabuhan ini menyediakan perkhidmatan untuk aktiviti perdagangan pesisir pantai dan antarabangsa.

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 7

Page 8: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN

1. Penting untuk pembangunan sesebuah Negara.

2. Di Malaysia jalan kereta api dan jalan raya member perkhidmatan yang penting kepada perusahaan bijih timah dan getah

3. Jalan raya dan kereta api turut digunakan untuk mengangkut barangan pukal.

4. Perkhidmatan kereta api Bandar iaitu LRT dan ERL dapat mengurangkan kesesakan lalulintas dan pencemaran udara.

5. LRT dan ERL dapat memendekkan masa perjalanan serta member keselesaan kepada pengguna.

6. Perkhidmatan Kereta Api Ekpres Rakyat dan Kereta Api Sinaran Pagi dari Singapura, Johor Bahru, Kuala Lumpur ke Padang Besar dapat menghubungkan tempat-tempat tersebut dengan cepat. Ini meningkatkan tahap ketersampaian dari satu tempat ke satu tempat.

7. Pembinaan jalan raya dan lebuh raya mempercepat pembangunan kawasan tertentu.

8. Kawasan pedalaman dapat dihubungi dengan mudah.

9. Pengangkutan sungai penting sebagai jalan pengangkutan bagi penduduk di pedalaman. Contohnya Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan.

10. Pengangkutan sungai untuk aktiviti ekopelancongan – Sungai Tembeling digunakan untuk mengangkut pelancong ke Taman Negara di Pahang.

11. Pelabuhan memainkan peranan penting kepada pertumbuhan perdagangan melalui laut.

12. Pelabuhan juga dijadikan pusat persinggahan kapal layar untuk tujuan rekreasi dari Negara-negara lain.

13. Pelabuhan digunakan untuk tujuan keselamatan Negara seperti Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Di Lumut dan Pengkalan TLDM di Tanjung Pengelih.

14. Tentera Laut Diraja Malaysia dan polis marin mengawal pesisiran pantai dan perairan Negara.

15. Perkhidmatan pengangkutan udara menyediakan pengangkutan penumpang dan perkhidmatan kargo udara.

16. Perkhidmatan kargo udara dikendalikan oleh MAS Kargo Sdn Bhd.

17. Pengangkutan udara juga bertujuan untuk keselamatan, contohnya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan perkhidmatan udara untuk mengawal keselamatan ruang udara Negara Malaysia.

18. Di Sabah dan Sarawak doctor udara memberi rawatan kesihatan menggunakan perkhidmatan udara ke kawasan-kawasan terpencil.

19. Dalam sector pertanian kapal terbang turut digunakan untuk menabur baja dari udara.

20. Renjer hutan membuat pemantauan hutan daripada kebakaran dan pembalakan haram.

21. Pembinaan satelit membolehkan pemantauan hutan dengan lebih berkesan, tepat dan cepat oleh renjer hutan.

22. Ini dapat mengurangkan berlakunya pencerobohan hutan dan dapat mengesan kebakaran hutan dengan segera.

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 8

Page 9: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN DI KANADA

1. Kanada mempunyai dua jalan kereta api yang penting:

- Jalan Keretapi Pasifik Kanada menghubungkan Halifax di Timur dengan Vancouver di barat melalui Montreal, Ottawa, Winnipeg dan Regina.

- Jalan Keretapi Kebangsaan Kanada menghubungkan Halifax di timur dengan Prince Rupert di barat melaui Quebec, Winnipeg dan Edmonton.

2. Jalan keretapi digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan seperti logam, kayu balak, bijirin, bahan api dan ternakan.

3. Kanada mempunyai jalan air yang terpanjag di dunia iaitu sepanjang 3760km.

4. Jalan Air Tasik-tasik Besar St Lawrence menguhubungkan Sungai St Lawrence dengan Tasik Ontario ke Tasik Erie, Tasik Huron, tasik Michigan dan ke Tasik Superior.

5. Dengan adanya jalan air ini kapal-kapal besar dan tongkang boleh belayar dari Lautan Atlantik hingga ke Duluth di Tasik Superior.

6. Penggunaan jalan air menghadapi masalah seperti halangan jeram, air terjun dan aras tasik yang tidak sama tinggi.

7. Jalan air digunakan untuk mengangkut hasil galian seperti arang batu, bijih besi, petroleum dan gas asli.

8. Jalan air turut digunakan untuk mengangkut hasil pertanian, ternakan dan keluaran kilang.

9. Pengangkutan udara menghubungkan kawasan di pedalaman.

KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR

POSITIF

1. Mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan Bandar.

2. Mengurangkan pencemaran udara.

3. Mengubah Landskap di sekitarnya. Lanskap fizikal telah bertukar menjadi landskap budaya – pembinaan teres-teres bukit, terowong, tanaman bunga dan tanaman pokok di sepanjang lebuh raya.

4. Pembangunan mapan

5. Penebangan pokok diatasi dengan menanam semula pokok-pokok di sepanjang lebuh raya.

6. Kegiatan meneres lereng-lereng bukit untuk pembinaan jalan menyebabkan hakisan telah diatasi dengan membina tembok simen.

7. Di tembok simen dibina saluran air membolehkan air dari cerun-cerun bukit mengalir dengan lancar ke system perparitan di lebuh raya.

8. Hakisan diatasi dengan pembinaan teres dan penanaman rumput

9. Di kawasan Bandar pokok-pokok ditanam di sepanjang jalan raya untuk tujuan penghijauan bumi.

NEGATIF

1. Pembinaan jalan raya menyebabkan pertambahan bilangan kenderaan.

2. Peningkatan pelepasan bahan pencemaran seperti karbon monoksida dan karbon dioksida.

3. Pembinaan jalan raya menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

4. Projek meratakan cerun untuk pembinaan jalan raya menyebabkan kejadian tanah runtuh.

5. Pembinaan jalan kereta api menyebabkan pemotongan tanah di kawsan tanah tinggi – akibatnya berlaku perubahan landskap dan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar.

6. Pencemaran air akibat tumpahan minyak dari kapal-kapal dagang – mencemarkan air laut dan mengancam hidupan laut.

7. Pembinaan lapangan terbang mengakibatkan pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh kapal terbang yang mendarat dan berlepas.

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 9

Page 10: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

BAB 17 – PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN

PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN NEGARA MALAYSIA

RADIO – TELEVISYEN – SATELIT – TELEFON – SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

1. RADIO

- Pada awal 1950-an siaran radio beroperasi secara sementara di stesen Jalan Young (Jalan Cenderasari).

- 1956 stesen berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur.

- Beberapa stesen radio diwujudkan termasuk di Sabah dan Sarawak- Siaran radio ketika itu adalah terhad.

- Perkembangan teknologi dan dasar kerajaan mengakibatkan bidang penyiaran terus berkembang dengan pembinaan stesen Angkasapuri pada tahun 1969.

- Radio dan televisyen telah bergabung di bawah Kementerian Penerangan - Rangkaian radio nasional mula beroperasi 24 jam.

- Perkembangan bidang penyiaran radio terus berkembang dengan kewujudan radio swasta.

2. TELEVISYEN

- Pada tahun 1963 Perkhidmatan Televisyen Malaysia telah dilancarkan.

- Siaran televisyen dalam bentuk hitam putih - Masa siaran selama 5 jam setengah

- Pada tahun 1972 Perkhidmatan Televisyen Pendidikan diperkenalkan ke Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan tujuan menyalurkan maklumat pendidikan.

- 1978 siaran televisyen warna diperkenalkan.

- 1984 stesen televisyen swasta pertama iaitu TV3 dan stesen swasta lain turut beroperasi dengan kebenaran kerajaan.

3. SATELIT

- 1970 stesen satelit bumi pertama di Negara Malaysia dibina di Kuantan.

- Pembinaannya menghubungkan Negara Malaysia dengan Negara luar melaui satelit di Lautan Pasifik - Ini telah memperluas komunikasi antarabangsa melalui satelit di Lautan Hindi.

- Stesen satelit juga dibina di Gunung Raya, Pulau Langkawi.

- Satelit pertama iaitu MEASAT I dilancarkan pada bulan Januari 1996.

- MEASAT II dilancarkan pada bulan Oktober 1996.

- Pelancaran satelit-satelit ini menjadikan perkhidmatan penyiaran lebih berkesan dan teratur.

- September 2000 TiungSAT dilancarkan. TiungSAT merupakan satelit mikro pertama yang dihasilkan oleh teknologi tempatan.

- TiungSAT menjadi pemacu dalam kemajuan Teknologi angkasa Negara Malaysia.

- Pelancaran MEASAT membolehkan televisyen satelit digunakan di Malaysia. Contohnya Astro – Astro dikendalikan oleh MEASAT Broadcast Network System Sdn Bhd.

- System penyiaran televisyen ini dipancarkan melalui satelit MEASAT.

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 10

Page 11: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

4. TELEFON

- Pembinaan kabel memudahkan penggunaan telefon untuk menghantar dan menerima maklumat dengan serta merta.

- Melalui talian telefon, telegram. Teleks, dan telegraf boleh dihantar ke sesuatu tempat.

- 1959 rangkaian telefon gelombang mikro diperkenalkan – stesen pertama didirikan di Bukit Nanas Kuala Lumpur.

- 1963 ibu sawat telefon automatic yang pertama dibuka diikuti dengan penggunaan teleks automatic pada tahun 1975.

- Ibu sawat telefon elektronik dibuka pada tahun 1979 – ibu sawat ini mempunyai kemudahan Perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail (ISD)

- Pembinaan kabel Gentian Optik dasar laut memudahkan penghantaran dan penerimaan maklumat dengan serta-merta.

- Pembinaan ini mendekatkan hubungan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

- Perkembangan system telefon ditingkatkan dengan penggunaan telefon selular.

- Melalui rangakain selular perkhidmatan baru seperti Perkhidmatan Mesej Ringkas (SMS), mel suara dan Aplikasi Protokol Tanpa Tali (WAP) diperkenalkan.

5. SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

- Penggunaan computer peribadi diperkenalkan pada peringkat awal untuk kerja- kerja menaip diikuti dengan penggunaan internet.

- 1996 Koridor Raya Multimedia (MSC) ditubuhkan.

- MSC menyediakan ICT betaraf dunia dan membangunkan Bandar siber di Cyberjaya.

- ICT digunakan dalam pelbagai sector sama ada kerajaan atau swasta. Contohnya penggunaan email, tele – sidang, e-perubatan, e-dagang, e-pembelajaran, e-kerajaan dan sekolah bistari.

- E-mail merupakan satu cara berinteraksi melalui internet.

- Tele sidang pula membolehkan persidangan dilakukan secara terus.

- E-perubatan menyediakan perkhidmatan berbentuk pengetahuan dan nasihat tentang kesihatan kepada orang ramai.

- E-dagang membolehkan urusan perniagaan dan perdagangan dijalankan secara meluas.

- E-pembelajaran CD-ROM, proses pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan.

- E-kerajaan membantu meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan.

- Sekolah bestari menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 11

Page 12: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

KEPENTINGAN PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI NEGARA MALAYSIA DAN KANADA

1. Banyak Universiti di Kanada menggunakan e-pembelajaran, manakala di Malaysia terdapat university maya seperti UNITAR dan Universiti Multimedia yang menggunakan tutorial secara online.

MALAYSIA KANADA

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 12

Koridor Raya Multimedia» Diperkenalkan untuk meningkat penggunaan ICT untuk mencapai visi Negara maju

Menara KL» Didirikan bagi memajukan sistem perhubungan penyiaran radio dan televisyen di Malaysia» Fungsi sebagai menara perhubungan dalam satu sistem komunikasi yang pantas» Tarikan pelancong untuk menikmati pemandangan KL dari aras tinggi

Sekolah Bestari» Sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan mulltimedia/ komputer yang terkini» Pengurusan sekolah lebih cekap dan berkesan» Rangkaian sekolah Global diperkenalkan untuk menghubungi dengan sekolah-sekolah terpilih di seluruh dunia melalui sistem elektronik

Niagara International Teleport (NIT)» Kegiatan perdagangan adalah berkaitan dengan pengurusan maklumat yang didapati daripada teknologi ICT» Merangkumi Bandar Eric di Kanada hinggga Buffalo di Amerika Syarikat

Menara CN» Sebagai sistem perhubungan radio dan televisyen

Grass Roots Twin School» Kebudayaan dan matapelajaran sains diperluaskan» Penggunaan ICT secara meluas

Page 13: Tema 6 - Pengangkutan Dan Perhubungan (1)

KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR

POSITIF

Penggunaan komputer dan telekomunikasi

menyebabkan tugas menjadi mudah dan cepat

contoh;

a) Institusi kewangan

- ATM

- Tele-Perbankan

b) Sistem pembelajaran

- Multimedia interaktif (penggunaan CD –

pembelajaran lebih menarik)

- Tele-Sidang – kemudahan berhubung

melalui teknologi maklumat iaitu dengan

menggunakan video.

c) Bidang perubatan

- Tele-Perubatan

- Meningkatkan kualiti kesihatan

d) Kerajaan Elektronik

- Pembayaran dan pembaharuan lesen

- Pusat Pentadbiran Putrajaya – kerajaan

tanpa kertas.

- Hospital Selayang – Hospital tanpa

kertas.

e) E-Dagang

- Mempercepatkan pasaran barangan

- Pusat pemasaran tanpa sempadan

f) Satelit - Ramalan Cuaca dan memantau

kebakaran hutan serta jerebu melalui satelit.

NEGATIF

a) Maklumat tanpa batasan termasuk maklumat

berunsur negatif.

b) Keselamatan negara terancam apabila

berlaku pencerobohan dalam sistem

komputer agensi kerajaan.

c) Peningkatan kes cetak rompak perisian

computer.

d) Penyebaran fitnah dan hasutan.

LANGKAH MENGURANGKAN

1. Menguatkuasakan Akta

2. Undang-undang Siber

Nota Geografi – Cikgu Azura Page 13