jabatan pengangkutan darat kementerian · pdf filejabatan pengangkutan darat kementerian...

38
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN PERHUBUNGAN GARISPANDU PEMBINAAN, PENDAFTARAN DAN MELESENKAN TRELER PERAHU $ BAHAGIAN PENDAFTARAN, PERLESENAN DAN PEMERIKSAAN

Upload: buibao

Post on 16-Feb-2018

310 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

GARISPANDU PEMBINAAN, PENDAFTARAN DAN MELESENKAN TRELER PERAHU

$

BAHAGIAN PENDAFTARAN, PERLESENAN DAN PEMERIKSAAN

Page 2: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

i

PERANAN TRELER DI DALAM AKTA DAN PERATURAN LALULINTAS JALAN RAYA.

Pengertian treler secara keseluruhan.

Treler adalah terdiri dari jenis kenderaan yang tidak mempunyai kuasa motif bebas yang tersendiri (injin). Treler hanyalah dipasang pada atau dijalankan oleh sesebuah kenderaan bermotor . Treler direka sama ada untuk dipasang atau tunda yang bermakna sesuatu treler adalah dari jenis kenderaan yang berasingan dengan kenderaan bermotor yang akan membawa treler tersebut ketempat yang dituju. Jenis treler yang dimaksudkan adalah umum dan tidak terhad kepada bentuk dan jenis barang yang diangkut.

Pendaftaran Treler.

Treler tidak boleh digunakan diatas jalan-jalan raya awam melainkan treler tersebut telahpun berdaftar dibawah Akta Lalulintas Jalan Raya. Treler tersebut mestilah juga melekatkan tanda pengenalan (bilangan pendaftaran kenderaan) mengikut cara yang ditetapkan seperti yang diperuntukan dalam peraturan. Plat berkenaan hendaklah dilekatkan di belakang treler bersama dengan plat pendaftaran kenderaan yang menarik treler tersebut.

Lesen Kenderaan (Road Tax).

Sesebuah treler apabila digunakan di atas jalan-jalan raya awam hendaklah mempunyai lesen kenderaan (road tax) yang tidak berkuat kuasa (yang sah dan tidak mansuh). Peruntukkan ini adalah tidak dikenakan:-

i. Treler yang digunakan oleh peniaga kenderaan dibawah Bab 11 Akta Lalulintas Jalan Raya.

ii. Pemilik trailer yang berdaftar bagi kegunaan di jalan-jalan persendirian.

Page 3: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

ii

DOKUMEN GARISPANDU PEMBINAAN, PENDAFTARAN DAN MELESENKAN TRELER PERAHU.

Pada umumnya, keperluan treler adalah bagi kegunaan untuk pengangkutan barang-barang sama ada barangan yang berukuran besar, kuantiti yang banyak atau berat muatan.Terdapat juga keperluan treler adalah khusus seperti treler perahu, treler ternakan, perjalanan treler dan sebagainya. Dokumen garispandu ini adalah khusus bagi treler perahu dan barang iaitu jenis treler ringan yang sering terdapat di negara ini yang mengandungi binaan yang mengikut peraturan dan juga syarat syarat yang perlu diikuti jika treler tersebut digunakan di jalan-jalan awam. Keterangan-keterangan yang terdapat di dalam dokumen ini adalah bukan saja digunapakai bagi treler yang di impot dari luar negeri bahkan juga bagi yang di perbuat dari dalam negeri. Dokumen garispandu ini juga adalah sebagai ringkasan peruntukan yang terdapat pada perundangan akta dan peraturan-peraturan untuk rujukan bagi pengedar atau pembuat treler tempatan mahupun pemilik-pemilik treler supaya dapat memahami dan mengetahui agar tidak terkeluar daripada peraturan dan syarat binaan treler yang terdapat dinegara ini. Ianya juga menjurus dari perihal had ukuran bagi membuat treler dan hal ehwal pemanduan ketika menunda treler. Beberapa perjumpaan telah pun dibuat dengan pembuat-pembuat dan pengedar-pengedar treler syarikat tempatan dan juga persendirian bagi membincangkan yang berkaitan pendaftaran dan melesenkan treler perahu serta memberi maklumat dan buah fikiran sehinggalah terhasilnya dokumen garispandu ini. Syarikat-syarikat yang terlibat seperti:-

1) Syarikat Hai Hwang Trading Campony; 2) Razqul Barakah Transportation And Services; 3) JRB Marine Sdn Bhd; 4) Perusahan Seri Malati dan 5) Ken And Tan Sdn Bhd.

Jabatan merancang, bermula pada bulan Ogos 2016 tahun ini, setiap treler perahu yang baru adalah dikehendaki untuk didaftar dan dilesenkan. Bagi pembuat atau penedar treler perahu tempatan sama ada syarikat atau pun persendirian bolehlah mendapatkan dokumen garispandu ini sebagai rujukan untuk membina dan seterusnya mendaftar serta melesenkan treler sebelum treler tersebut dapat dipandu dijalan-jalan raya awam. Dokumen ini boleh didapati di Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Tinggkat bawah Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat, Kampong Beribi, Jalan Gadong BSB BE1110.

Page 4: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

iii

ISI KANDONGAN

1. KOMPONEN UTAMA DAN AKSESORI TRELER……………………………………………………. 1

2. SPESIFIKASI TEKNIKAL TRELER………………………………………………………………………….. 7

3. TRELER IMPOT DARI LUAR NEGERI………………………………………………………………….. 13

4. PERJANJIAN (APPOINTMENT) TARIKH PEMERIKSAAN TEKNIKAL…………………….. 14

5. KEDUDUKAN PENEMPATAN NOMBOR SIRI RANGKA TRELER…………………………… 17

6. PEMERIKSAAN TEKNIKAL…………………………………………………………………………………. 17

7. MENDAFTAR DAN MELESENKAN TRELER………………………………………………………….. 21

8. PEMERIKSAAN TRELER YANG MENCAPAI UMUR DUA TAHUN DAN

KEATAS……………………………………………………………………………….…………………………..

22

9. LESEN MEMANDU MENUNDA TRELER………………………………………………………………… 23

10. KATEGORI KENDERAAN YANG SESESUAI MENUNDA PERAHU………………………….. 25

11. PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM MEMUNDA PERAHU……………………….. 26

12. MEMANDU SEMASA MENUNDA TRELER………………………………………………………….. 26

13. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG AKTA LALULINTAS JALAN RAYA (PENGGAL

68)…………………………………………………………………………………………………………………...

27

14. PERATURAN-PERATURAN LALUINTAS JALAN RAYA………………………………………….. 29

15. AKTA LALULINTAS JALAN RAYA (PENGGAL 68) – PERATURAN-PERATURAN

LALULINTAS JALAN RAYA (PENDAFTARAN KENDERAAN BERMOTOR DAN

TRELER), 2013……………………………………………………...............................................

32

16. AKTA LALULINTAS JALAN RAYA (PENGGAL 68) – PERATURAN-PERATURAN

JALAN RAYA (TANDA-TANDA PENGENALAN), 2008…………………………………………..

32

17. SEKOLAH MEMANDU YANG DIIKTIRAF OLEH JABATAN PENGANGKUTAN

DARAT BAGI MENDAPATKAN LESEN KELAS 2B………………………………………………….

33

Page 5: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 1 -

1. KOMPONEN UTAMA DAN AKSESORI TRELER

1.1 Treler perahu mempunyai komponen yang penting yang perlu sentiasa

dipantau dan dibuat pemeliharaan, kerana treler khususnya treler perahu

adalah terdedah pada persekitaran pantai dan cara penurunan perahu

dimana bahagian belakang treler termasuk roda akan masuk ke permukaan

air yang memyebabkan komponen ini akan mudah berkarat.

1.2 Komponen treler perahu adalah mudah diperolehi mahupun dibuat

pemasangan hinggalah ianya menjadi satu unit treler yang dapat

menampong untuk membuat pengangkutan barangan seperti perahu.

Pembuat-pembuat treler hendaklah tahu jenis dan bentuk treler yang

hendak dibuat, dan tertakluk kepada ukuran atau pun berat sesebuah

perahu yang dapat ditempong oleh treler tersebut.

1.3 Secara asas pengenalan dan juga fungsi komponen bagi sesebuah treler

telah pun di muatkan didalam dokumen garispandu ini seperti yang

ditunjukkan pada Jadual 1 dibawah:-

Jadual 1. Jenis-jenis komponen dan aksesori bagi treler:

1. Rangka (Frame)

Struktur terbuka yang memberi bentuk dan menyokong kepada sesuatu

2. Gandar (Axle)

Gandar (Axle) ialah menyokong pada atau dengan mana roda atau satu set roda berkisar

Page 6: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 2 -

3. Tayar dan rim (Tire and rim)

Tayar dan rim mestilah mencukupi untuk beban mereka untuk membawa dan kelajuan di mana mereka akan ditunda

4. Pegas (spring)

Setiap treler hendaklah dilengkapi dengan pegas (spring) jenis Leaf Spring atau Coil spring yang bersesuaian diantara setiap roda dan rangka.

5 Brek (Brake) Brek Penggerak Hidraulik Slaid (Hydraulic brake actuator)

Setiap treler yang berat dengan muatan (Gross Trailer Weight) melebih dari 750 kg hendaklah mempunyai system brek yang sempurna dan boleh digunakan semasa ditunda. Brek penggerak hidraulik slaid digunakan ketika pemandu kenderaan penunda menekan brek menyebabkan treler untuk menolak ke hadapan, brek penggerak hidraulik slaid bersama-sama dan master silinder serta brek yang digunakan akan berfungsi.

6.

Alat pengadang (Mudguard / Fenders)

Semua roda treler mestilah dipasang dengan pengawal roda yang direka untuk melindungi pengguna jalan raya yang lain terhadap batu-batu, lumpur, air dan sebagainya terlempar atau terhumban ketika roda bergerak.

Page 7: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 3 -

10.

Lampu Belakang dan Lampu Brek berserta Lampu Isyarat (Rear Lamp, Stop Lamp and Indicator Lamp)

2 biji Lampu Belakang dan lampu brek berwarna merah berserta lampu isyarat berwarna ember hendaklah dipasang di tepi badan belakang treler. Atau Jenis Lampu yang berasingan

Lampu Merah di Belakang (Rear Lamp)

2 biji Lampu Belakang berwarna Merah (Rear Lamp)

7.

Pementul (reflector)

Pemancar (reflector) hendaklah di pasang sekurang-kurangnya 2 biji pemancar merah di belakang treler tinggi tidak lebih 1067mm dari paras tanah. Manakala pelekat pemancar (reflector) hendaklah di pasang di tepi treler.

8.

Plat Bilangan Pendaftaranberserta Lampu Plat pendaftaran

Plat bilangan pendaftaran hendaklah disediakan dengan mengikut ukuran dan warna yang telah ditentukan berserta lampu plat nya sekali.

9.

Plat Had Laju (Speed Limit Plate)

Plat Had Laju hendaklah dipasang di tepi belakang treler. Ukuran Plat Had Laju hendaklah mengikut yang telah diluluskan dan boleh didapati dikedai-kedai tempat membuat plat pendaftaran kenderaan yang telah di lantik oleh JPD

50

km/j

Page 8: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 4 -

Lampu Brek

2 biji Lampu ini menunjukkan kepada bahagian belakang treler yang pemandu memohon brek perkhidmatan.

Lampu Isyarat (Indicator Lamp)

Lampu ini juga boleh menunjukkan ke belakang dan sisi treler bahawa pemandu itu bercadang untuk menukar arah ke kiri atau kanan. Warna lampu ini ialah amber.

11. Penyambung Wayar (Trailer adapter plug)

Penyambungan wire bagi lampu treler dari kenderaan penarik treler ke treler perahu.

12.

Penarik manual (winch –gear hand trailer cable winch or automatic winch : boat loader)

Ini adalah alat mekanikal yang digunakan untuk menarik atau melongarkan atau melaraskan "ketegangan" sesuatu tali atau tali dawai. Dalam bentuk yang paling mudah ia terdiri daripada kili dan dilampirkan engkol tangan

Page 9: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 5 -

13.

Penunda Cangkuk (Towing Hook / coupler)

Ini adalah alat yang melekat pada rangka kenderaan untuk menunda treler. Treler yang tidak melebihi 3.5 tan (BTM) mesti mempunyai gandingan pelepasan cepat (quick release coupling ) yang direka untuk engaged dan disengaged tanpa menggunakan alat.

14 Tow Bar Belakang.

Bagi kenderaan yang tidak dilengkapi dengan penunda cangkuk, anda akan perlu memasang tow bar ynag boleh di dapati di pasaran yang sesuai dengan kenderaan.

14

Rantai Keselamatan(SafetyChains)

Rantai keselamatan hendaklah dipasang

kekenderaan yang menarik treler untuk

keselamatan jika penarik perahu mengalami

kegagalan atau terlepas daripada penarik

(Towing hook)

15

Kili / penggerak lunas (Spool / keel roller)

Spool roller membantu untuk menaikkan dan menurunkan perahu dari atas treler. Ianya juga membantu untuk mengurangkan gegaran kepada perahu semasa ditarik.

Page 10: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 6 -

16

Jack kaki (Drop-leg jack)

Jack digunakan pada treler untuk menegakkan dan meletakkan towing treler untuk tujuan memasang kekenderaan yang menunda

17.

(Getah Penahan) Rubber bow stop

Bow stop dipasang untuk mengelakkan perahu daripada terkena kenderaan yang menunda semasa perahu ditarik keatas treler menggunakan winch.

18.

Pembawa gentian tayar (Spare tire carrier)

Gantian tayar digunakan untuk menggantikan tayar yang digunakan mengalami kebocoran (tidak dimestikan).

19.

Penahan roda (Tire chook / wheel stop).

Penahan roda digunakan untuk mengelakkan pergerakan tidak sengaja pada treler perahu atau kenderaan penarik.

20.

Penggerak Panduan tepi (Roller side guides)

Roller side guides digunakan untuk mengelakkan / menjaga perahu dari terjatuh atau tercalar semasa ditarik diatas treler.

Page 11: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 7 -

Rajah 1. Sukatan maksima keseluruhan pajang dan lebar treler

2. SPESIFIKASI TEKNIKAL TRELER

2.1. Pembinaan Badan Treler

2.1.1 Maxima Panjang keseluruhan - Tidak melebihi 6.096m (20 Kaki)

2.1.2. Maxima Lebar keseluruhan - Tidak melebihi 2.438m (8 Kaki)

2.1.3. Berat Tanpa muatan - Tidak melebihi 6,096kg (6 ton)

2.1.4. Alat Pengadang (Mudgard) - Setiap roda hendaklah dilindungi atau ditutup oleh alat pengadang atau apa jua yang serupa dengan nya.

Page 12: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 8 -

2.2 Sistem Gantungan (Suspension System)

2.2.1 Tayar

Tayar yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan berat yang

ditanggung oleh treler dengan muatan. Sebagai contoh, bagi treler

dengan berat muatan 1200 kg, tayar yang bersesuaian ialah jenis Radial

185 SR13.

2.2.2. Pegas (Spring)

Treler mestilah dilenglapi dengan pegas yang bersesuaian dan mencukupi diantara setiap roda dan rangka treler.

2.2.3. Susunan Pemampasan (Compensating Arrangment)

Treler yang mempunyai lebih dari 4 roda hendaklah diadakan susunan pemampasan bagi memantapkan tayar–tayar diatas permukaan jalan raya

2.3 Warna Dan Bentuk Lampu-Lampu

2.3.1. Lampu Belakang - lampu belakang berwarna merah 2.3.2. Lampu Brake - lampu Brake berwarna merah 2.3.3. Isyarat - Kuning (amber) 2.3.4. Pementulan (Reflactor) - Pementulan berwarna merah 2.3.5. Lampu Plat Pendaftaran - Lampu yang menerangi warna

putih 2.3.6. Bentuk Lampu dan pementul treler perahu:-

2.3.6.1. Lampu dan pementul bagi treler bolehlah menggunakan dengan

bentuk:-

Page 13: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 9 -

Rajah 2a. Jenis lampu berbentuk bulat atau segi empat yang dipasang pada bar belakang treler

Rajah 2b. Jenis lampu dan pementul berbentuk bulat dan segi empat yang dipasang

pada tiang dan bar treler.

1. Bentuk Bulat dan

2. Bentuk segi empat.

Page 14: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 10 -

2. Menggunakan Tiang di bahagian belakang treler

1. Lampu belakang, brek dan isyarat dipasang pada tiang kiri kanan tepi dibahagian belakang roda treler.

2. Jenis penempatan lokasi lampu-lampu ini dimestikan untuk memasang dua (2) biji pementul (reflector) dibahagian belakang treler.

3. Ukuran pementul dan maksima lampu-lampu belakang, brek, isyarat serta pementul daripada paras tanah seperti yang tercatat didalam rajah 3b.

2.4 Alternatif Lokasi Penyimpanan Lampu-Lampu Belakang, Isyarat Dan Brek.

2.4.1. Penempatan dibahagian belakang treler belakang.

1. Menggunakan bar dibelakang treler

1. Dipasang pada bahagian belakang treler.

2. Pemasangan lampu pada bar yang mudah dibuka dan dikunci. Bar tersebut mudah dipisahkan daripada badan treler terutama apabila perahu akan diturunkan dipermukaan air.

3. Plat pendaftaran kenderaan dan treler betuk segi empat atau segi empat tepat dipasang pada tempat pada bar tersebut berserta dengan lampu-lampu plat.

4. Sukatan jarak pemasangan bagi lampu-lampu belakang, brek, isyarat dari tepi badan treler, tinggi dari paras tanah dan minima jarak diantara kedua lampu di sebelah kiri dan kanan seperti yang tercatat dalam rajah 3a.

Rajah 3a. Ukuran ketinggian dan jarak pemasangan lampu.

Rajah 3b. Ukuran had ketinggian dan jarak bagi lampu

yang menggunakan tiang lampu.

Page 15: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 11 -

2.5 Lampu atau Pementul Pada Tepi Treler.

2.5.1. Lampu atau pementul hendaklah dipasang pada kedua belah tepi kiri dan kanan treler. Pemasangan alat ini adalah penting, terutama pada waktu malam agar pengguna-pengguna jalan raya lain yang berada di persimpangan jalan ataupun ketika treler tersebut memasuki simpang akan nampak treler yang ditunda ketika pengguna-pengguna jalan raya.

2.5.2. Pemasang lampu dan pementul tepi ini juga dapat memperlihatkan keadaan panjang treler tersebut agar pengguna jalan raya lain dapat menganggarkan waktu memperlahankan kelajuan kenderaan yang mereka pandu.

2.5.3. Cahaya lampu lampu atau pementul tepi treler hendaklah berwarna kuning (amber). Jenis material pementul adalah dari jenis retro yang tulen.

Rajah 4. Pemasang lampu atau pementul hendaklah pada kedua belah tepi treler.

Page 16: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 12 -

brake hose drum brek

Drum hub

Brake Actuator

Rajah 5. Komponen yang terdapat pada sistem brek treler perahu

2.6. Brek Treler.

2.6.1. Pengguna atau pemasangan brek bagi treler hendaklah mematuhi seperti yang di tetapkan didalam Owner’s Manual Book kenderaan yang menarik. 2.6.2. Jika kenderaan yang menarik tersebut tidak mempunyai terdapat mencatatkan had berat dengan muatan Treler (Gross Trailer Weight) yang mempunyai berat dengan didalam Owner’s Manual Book, maka setiap teler yang melebihi 750 kg yang akan hendaklah mempunyai brek system yang teratur. 2.6.3. Pemasang brek melalui penyambungan hydraulic kenderaan yang menunda adalah tidak dibenarkan dimana perkara ini boleh mendatangkan bahaya seperti ketidak kemampuan atau penggubahan prestasi system brek kenderaan yang menunda.

Page 17: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 13 -

Rajah 6. Proses permohonan AP di Jabatan Pengangkutan Darat

3. TRELER IMPOT DARI LUAR NEGERI.

3.1. Permohonan AP (Approval Import) 3.1.1 Treler yang diimpot dari luar negeri

ada yang perlu untuk memohon AP dan terdapat juga jenis yang tidak perlu

membuat permohonan AP. Adalah disarankan untuk memohon ketetapan

daripada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja berhubung dengan keadaan

treler yang akan dibawa masuk sama ada jenis yang memerlukan permohonan

AP. Pada lazimnya jika treler tersebut tidak berbentuk satu unit yang lengkap,

iaitu komponen treler tersebut adalah bersaingan dan hanya memerlukan

pemasangan di negera ini, maka mengimpot trailer yang serupa ini adalah tidak

dikehendaki untuk memohon AP.3.1.2 Proses bagi permohonan untuk

mendapatkan AP bagi treler luar negeri adalah seperti tertera dalam carta aliran

dalam Rajah 6 dibawah:-

Page 18: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 14 -

4. PERJANJIAN (APPOINTMENT) TARIKH PEMERIKSAAN TEKNIKAL

4.1 Permohonan untuk mendaftar dan melesen terlebih dahulu pemohon

hendaklah menghadapkan pemeriksaan teknikal secara bertulis ditujukan

kepada Pengarah pengangkutan Darat, Bahagian teknikal, Ibu Pejabat

Jabatan Pengangkutan Darat, Kg Beribi Jalan Gadong BE1110.

4.2 Tempahan teknikal boleh dibuat setelah mendapat kebenaran AP bagi

treler yang di import dari luar negeri (bagi yang impot melalui permohonan

AP).

4.3 Perjanjian pemeriksaan Teknikal juga dimestikan bagi treler impot yang

dibuat pemasangan didalam negeri atau treler buatan tempatan.

4.4 Setiap permohonan hendaklah menghadapkan berserta plan lukisan yang

diiktiraf oleh pakar kejuruteraan yang bertauliah, 3 keping gambar dari tiga

sudut, Penentuan Teknikal untuk diteliti dan seterusnya dikeluarkan sijil

Kelulusan Teknikal.

4.5 Dokumen yang diperlukan untuk perjanjian (Appointment) tarikh

pemeriksaan teknilkal (Jadual. 2).

Jadual. 2. Dokumen bagi perjanjian pemeriksaan teknikal. Dokumen yang diperlukan

Treler lengkap (1

unit) yang

diimpot

Treler impot yang

dipasang dalam

negeri

Treler buatan

Tempatan

Surat permohonan Pemeriksaan Teknikal

dari Syarikat/Agent treler o

Model Code Explanation o

Chassis Code Explanation untuk model

kenderaan yang dipohonkan o

Borang permohonan nombor siri rangka

treler (ruj. 4.6) o

Pro-Forma Invoice o

Page 19: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 15 -

SERIAL NUMBER BREAKDOWN/EXPLANATION - EXAMPLE

SERIAL NUMBER FOR PERUSAHAAN SDN BHD 13 FEET 1 AXLE 2016 BOAT TRAILER :

BBMPSM13116001

POSITION 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

SERIAL NUMBER B B M P S B 1 3 1 1 6 0 0 1

Rajah 7. Borang permohonan nombor siri rangka treler

Rajah 8. Contoh nombor siri rangka treler

4.6 Permohonan membuat nombor siri rangka bagi treler tempatan atau treler

impot yang dipasang di Negara ini yang tidak mempunyai nombor.

Page 20: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 16 -

4.7 Spesifikasi Plat Nombor rangka bagi treler perahu (Rajah 9.).

4.7.1 Jenis.

Plat adalah dari jenis Aluminium Plat mestilah dilekapkan dengan paku sumbat (rivet) pada rangka treler.

4.7.2 Bentuk Dan Ukuran.

Plat hendaklah berbentuk segi empat (rectangle) berukuran 127 mm (5inch) x 38.1 mm(1.5 inch). Spesifikasi (font dan ukuran huruf dan nombor) untuk plat yang adalah seperti berikut:

Rajah 9. Ukuran bagi perkataan: NO.RANGKA dan BERAT TRELER:

NO. RANGKA 3mm BERAT TRAILER : 100 KG 3mm

2mm 2 mm

Ukuran bagi huruf dan nombor rangka:

BTUSML13116001 6mm

4m

38mm

NO. RANGKA : BTUSML13116001 BERAT TRELER : 100 KG.

BERAT MUATAN : 150 KG.

BERAT SEMUA : 250 KG.

127 mm

Page 21: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 17 -

Rajah 10. Kawasan peletakan Nombor siri rangka treler

5. KEDUDUKAN PENEMPATAN NOMBOR SIRI RANGKA TRELER

5.1 Kedudukan pemasangan nombor siri atas rangka hanyalah bagi treler yang

tidak terdapat nombor siri treler yang diimpot dan dibuat pemasangan

didalam negeri dan treler tempatan.

5.2 Penasangan nombor siri mestilah dipasang dibahagian depan sebelah atas

atau dipasang dibahagian depan sebelah tepi kiri ataupun kanan.

Pemasangan adalah menggunakan plat sama ada dipateri atau dengan

menggunalan revit dan hendaklah jelas dan sempurna.

6. PEMERIKSAAN TEKNIKAL

6.1 Pemeriksaan teknikal bagi sesebuah treler baru yang telah membuat

perjanjian pada tarikh yang telah ditetapkan. Pemeriksaan teknikal dibuat

Page 22: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 18 -

Jadual 3. Dokumen bagi pemeriksaan teknikal.

di ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Darat Jalan Gadong dan di

cawangannya di setiap daerah.

6.2 Bagi pemohon-pemohon yang tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan

dikehendaki membuat perjanjian baru dan pembayaran perkhidmatan

sebanyak lima ringgit ($5.00) akan dikenakan.

6.3 Dokumen yang diperlukan untuk pemeriksaan teknikal (dihadapkan ke

Jabatan Pengangkutan Darat tidak lewat satu (1) hari sebelum pemeriksaan

treler).

Dokumen yang diperlukankan

Treler lengkap (1

unit) yang

diimpot

Treler impot yang

dipasang dalam

negeri

Treler buatan

Tempatan

Surat permohonan membawa

kenderaan dan permohonan buku

pendaftaran

/ o

Surat kebenaran membawa masuk

kenderaan baru yang telah

diluluskan dari JPD

o o

Borang Permohonan bagi

mengimport kenderaan Baru o o

Surat nombor siri treler o

Spesifikasi kenderaan/ Owner’s manual o

Alat-alat tambahan o

Type Approval form (SPD)

Borang laporan pemeriksaan teknikal

Borang permohonan buku

pendaftaraan kenderaan

Page 23: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 19 -

Dokumen deklarasi jabatan kastam o

Invoice pembelian/packing list o

Penterjemahan data-data spec o

Cancellation certificate atau export

certificate o

Gambar kenderaan

Bagi kenderaan Berat:

Plan kenderaan timbangan

Timbangan kenderaan

Axle rating

Tyre rating

Gross vehicle weight GVW

6.4 Proses Bagi Pemeriksaan Teknikal

6.4.1 Treler yang telah lengkap dipasang dengan keperluan yang telah siap

yang mengikut seperti yang terdapat dalam dokumen garispandu ini.

6.4.2 Pegawai pemeriksa akan membuat pemeriksaan treler tersebut dengan

pemestikan ukuran-ukuran seperti keseluruhan panjang, lebar dan tinggi

treler. Lampu-lampu treler juga akan dicatat bagi pemasangannya,

warna-warna dan bentuk serta penempatan. Tayar dan rim treler juga

dibuat pemeriksaan dan juga nombor siri treler seperti yang telah di

tetapkan ketika dibuat permohonan.

6.4.3 Laporan pemeriksaan akan dihadapkan kepada pegawai melesen untuk

pengesan dan seterusnya sijil treler akan dikeluarkan bagi keperluan

pendaftaran.

Page 24: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 20 -

Rajah 11. PROSIS PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN SIJIL TEKNIKAL

Page 25: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 21 -

7. MENDAFTAR DAN MELESENKAN TRELER.

7.1 Pemohon hendaklah melengkapkan borang “First Schedule” Form A (42(1)

untuk urusan pendaftaran. Keterangan yang diperlukan dalam borang

tersebut seperti:-

Bilangan pendaftaran treler Keterangan Pemohon Keterangan Pemilik treler Spesikasi treler Keterangan peniaga treler Keterengan lesen treler Pembayaran

7.2 Mana-mana treler yang didaftar di luar negeri dan dibawa masuk ke negara

ini hendaklah mendaftar mengikut Akta dan Peraturan–Peraturan Lalu Lintas

Jalan Raya negara ini. Pemohon hendaklah terlebih dahulu mendapatkan

kebenaran untuk membawa masuk daripada Jabatan-Jabatan yang

berkenaan. Pemohon juga dikehendaki untuk mrnghadapkan butir- butir

keterangan pemilik asal berserta keterangan impot-ekpot yang lengkap.

7.3 Tiada treler boleh didaftar keculi:-

a) Treler tersebut mempunyai nombor rangka yang terang, jelas dan tidak

terusik;

b) Cukai yang ditetapkan telah dibayar.

7.4 Treler tidak boleh didaftar jika ia tidak memenuhi Akta mengenai

pembinaan, berat, kelengkapan, kegunaan dan usia melainkan treler

tersebut telah dikecualikan daripada pemetuhan sedemikian dibawah kuasa-

kuasa yang diberi oleh Akta Lalu Lintas Jalan Raya.

Page 26: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 22 -

Rajah 12. Proses Pendaftaran Treler

8. PEMERIKSAAN TRELER YANG MENCAPAI UMUR DUA TAHUN DAN KEATAS

8.1 Treler akan mula didaftar akan diberikan lesen kenderaan (cukai jalan)

dalam tempoh sahlaku selama satu (1) Tahun bagi tempoh selama 3 tahun

berturut-turut.

8.2 Treler akan dibuat pemeriksaan setiap 6 bulan apabila mencapai umur dua

(2) tahun dari tarikh pendaftaran asal. Lesen kenderaan akan di keluarkan

sahlaku bagi timpoh 6 bulan.

8.3 Setiap lesen kenderaan yang dikeluarkan hendaklah dilindongi insuran.

8.4 Pemeriksaan treler akan dibuat di Jabatan Pengangkutan Darat Gadong adau

dicawangan disetiap daerah bagi mengeluarkan laporan pemeriksaan dan

hanya yang lulus pemeriksaan akan di berikan lesen kenderaan.

Page 27: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 23 -

8.5 Pembayaran pemeriksaan adalah sebanyak $5.00, dan bagi pemeriksaan kali

kedua setelah gagal adalah sebanyak $10.00

8.6 Pemohon bolehlah mendapatkan lesen kenderaan dengan membawa

laporan pemeriksaan, sijil kelayakan kenderaan dan juga insuran ke Jabatan

Pengangkutan Darat dan di-cawangan-cawangannya di seluruh daerah dan

juga di Jabatan Perkhidmatan Pos yang dilantik.

9. LESEN MEMANDU BAGI MENUNDA TRELER.

9.1 Lesen Memandu.

9.1.1 Setiap pemandu yang berhajat untuk menunda treler adalah

dikenendaki memiliki lesen memandu khusus bagi menunda treler

mengikut berat treler berkenan. Kelas lesen bagi menunda treler

adalah seperti berikut;-

Kelas 2B - berat treler tanpa muatan 3000 kg dan kebawah Kelas 2A - berat treler tanpa muatan antara 3000 kg – 6000 kg Kelas 2 - Berat Treler tanpa muatan 6000 kg dan keatas.

9.1.2 Lesen memandu bagi menunda treler boleh diperolehi Di Litar dan

ujian memandu di sungai Akar, dan di cawangan-cawangan jabatan

Pengangkutan Darat di setiap Daerah.

9.2 Cara dan syarat Mendapatkan Lesen Memandu Kelas 2B dan2A mengikut

berat treler yang hendak ditunda.

Pemohon mestilah mempunyai lesen memandu Kelas 3. Melengkapkan borang permohonan lesen memandu Berjumpa dengan pegawai Melesen untuk ditemuduga serta

menghadapkan lesen memandu Membuat pembayaran $5.00 lesen memandu sementara kelas 2B

atau 2A

Page 28: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 24 -

Membuat pembayaran tempahan $10.00 Ujian Memandu dengan mengisi borang ujian memandu.

Surat panggilan Ujian akan dikeluarkan.

9.3 Perkara yang Perlu dibawa semasa Ujian

Lesen Memandu Sementara Buku pendaftaran kenderaan dan treler serta Insurance (asal &

Salinan) Surat kebenaran dari Tuan punya kenderaan yang menunda dan

treler (jika bukan dimiliki pemohon) Insuran Tambahan khas untuk Ujian Memandu khusus pada tarikh

ujian termasuk melindongi pegawai penguji. Kenderaan dan treler untuk ujian. Menyediakan plat ON TOW dengan tinggi huruf nya mestilah 15 cm.

memaparkan nombor pendaftaran kenderaan.

9.4 Jenis Ujian

Ujian mata Pengelihatan – membaca no kenderaan dengan jarak 23 meter.

Ujian Lisan “Show Me & Tell Me” Memandu dalam kawasan Litar (Brunei Muara). Memandu diatas jalan raya sehala jalan berkembar (dual

Carriageways). Termasuk pusing keliling. Membuat olah gerak secara berundur. (parking) Melepaskan dan memasang treler. Naik dan turun bukit.

Page 29: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 25 -

10. KATEGORI KENDERAAN YANG SESESUAI MENUNDA PERAHU

Jadual 4. Had berat penggunaan brek dalam Owner’s Manual Book

Page 30: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 26 -

11. PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM MENUNDA PERAHU.

11.1 Ada beberapa perkara keselamatan yang perlu di ambil perhatian setiap kali

memulakan penarikan treler (memandu).

Periksa semua tayar kenderaan dan treler dan pastikan tekanan angin tayar sesuai.

Buat pemerikasaan biasa seperti minyak kenderaan, batteri air,

lampu dan minyak pelincir injin kenderaan.

Pastikan coupling ball dan socket sesuai dan di pasang dengan baik.

Pastikan rantai keselamatan di pasang dan rantai tersebut mesti lah kuat untuk menahan sebarang tarikan dari beban berat treler jika coupling terlepas.

Pastikan lampu dan lampu brek pada treler disambung dengan betul

dan semua lampu berfungsi dengan baik.

Lakukan sekali atau dua (2) kali pemeriksaan brek dengan pergerakan perlahan untuk memastikan brek berfungsi dengan baik.

Pastikan semua palang pintu dan sebarang muatan aman dari jatuh

dan penutup di pasang dengan sempurna.

Pastikan tidak membawa muatan lebih dari yang di benarkan.

Memasang bendera merah disebelah kanan.

12. MEMANDU SEMASA MENUNDA TRELER

12.1 Semasa menunda treler ketempat yang hendak dituju, beberapa perkara

yang perlu diambil perhatian bagi mengelakan sebarang kemalangan yang

tidak diingini seperti berikut;

Page 31: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 27 -

Memandu dengan perlahan.

Kawal stering dengan baik, membuat pusing secara tiba-tiba menyebabkan bergoyang-goyang.

Jangan menekan-nekan brek dengan kuat kerana boleh menyebabkan treler terlipat (jack knifing).

Apabila membuat perhentian sebentar pastikan: o semua coupling dan rantai masih terpasang dengan baik. o Soket lampu masih tersambung. o Tekanan tayar.

Penutup (cover) masih sempurna.

Pemasangan lampu diwaktu matahari tengelam hingga terbit

matahari

Penggunaan bendera

Jangan mengekori kenderaan dihadapan terlalu dekat.

Perlahankan dan ketepikan kenderaan ke kiri tempat yang sesuai untuk memberikan pemandu lain memotong untuk mengelakan long traffic.

13. PERUNTUKAN PERUNDANGAN AKTA LALULINTAS JALAN RAYA PENGGAL 68

13.1. Bab 4(1)

Pengarah hendaklah menyimpan buku daftar kenderaan bermotor dan treler

dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan dan buku daftar berasingan

hendaklah disimpan oleh pegawai melesen dalam mana-mana kawasan

sebagaimana yang diarahkan oleh Pegarah.

Page 32: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 28 -

13.2. BAB 5(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukan kemudian dari ini, tiada seorang pun

menggunakan kenderaan bermotor atau treler dijalan raya melainkan kenderaan

berkenaan telah didaftar di bawah Akta ini dan telah melekatkan padanya mana-

mana tanda pengenalan yang ditetapkan. Hukuman, penjara selama 3 bulan dan

denda sebanyak $2000.00;

Dengan syarat tiada seorang pun boleh dikenakan hukuman kerana melangar

syksyen ini jika dia membuktikan bahawa dia telah melaksanakan semua langkah

yang berpatutan untuk memenuhi keperluannya.

13.3. BAB 8(1)

Tiada seorang pun boleh menggunakan kenderaan bermotor atau treler di jalan

raya yang lesen kenderaan bermotor berkenan tidak berkuatkuasa, atau

menggunakan kenderaan bermotor untuk sebarang tujuan yang tidak dibenarkan

oleh lesen kenderaan bermotor yang berkuatkuasa itu bagi penggunaannya.

13.4. BAB 8(2)

Seseorang yang melangar subseksyen (1) adalah melakukan kesalahan: Hukuman,

penjara 3 bulan dan denda sebanyak $4000.00.

13.5. BAB 9

Pegawai melesen boleh membatalkan atau tidak membaharui lesen kenderaan

bermotor atau treler, jika semua pemeriksaan yang dilakukan menurut

peruntukan syksyen 7, dia didapati kenderaan bermotor atau treler berkenan

berkenaan dibuat atau dalam sesuatu keadaan yang menjadi punca bahaya

kepada seseorang penumpang kenderaan tersebut, atau kepada pengguna jalan

raya yang lain, atau menyebabkan kerosakan jalan raya, atau melanggar mana-

mana peruntukan peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat

dibawah Akta ini:

Dengan syarat bahawa seseorang yang terkilan hendaklah meminta yang

keputusan pegawai melesen disahkan oleh Pengarah yang boleh mengsahkan

atau membatalkan perkara yang sama atau mengganti mana-mana keperluan

yang boleh dibuat menurut undang-undang oleh pegawai melesen.

Page 33: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 29 -

14. PERATURAN-PERATURAN LALUINTAS JALAN RAYA.

14.1. Peraturan 5(1)

Panjang Keseluruhan Sesebuah treler tidaklah melebihi dua puluh kaki.

14.2. Peraturan 7

Lebar keseluruhan sesebuah kenderaan bermotor atau treler tidaklah boleh

melebihi lapan kaki

14.3. Peraturaan 9

Berat tanpa muatan sesebuah kenderaan bermotor atau treler tidaklah boleh

melebehi 6 ton

14.4. Peraturan 11

Tiap-tiap kenderaan bermotor atau treler hendaklah dilengkapi dengan spring

yang bersesuaian dan mencukupi antara setiap roda dan rangka kenderaan

tersebut.

14.5. Peraturan 13(1)

Kecuali sebagai mana yang diperuntukan dalam peraturan (2), tiap-tiap treler

yang berat tanpa muatannya melebihi beberat dua ratua (102 Kg) hendaklah

mempunyai system brek uang berkesan dan breknya boleh digunakan apabila

treler itu ditarik dengan –

(a) Sekurang–kurang empat roda dalam hal sesebuah treler yang mempunyai

tidak lebih dari empat roda; dan

(b) Sekurang-kurang empat roda dalam hal sebuah treler yang mempunyai

lebih empat roda.

14.6. Peraturan 13(2)

Dalam hal semua treler, system brek hendaklah dibina dengan sebegitu rupa

supaya tidak menyebabkan tidak berkesan dengan tiada berputarnya enjin

kenderaan yang menarik.

Page 34: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 30 -

14.7. Peraturan 23

Tiap-tiap kenderaan bermotor, treler dan basikal hendaklah disediakan dengan

sayap atau kelengkapan engin yang serupa untuk menahan, setakat mena yang

boleh, lumpur atau air yang diterbangkan oleh putaran roda melainkan jika

perlindungan yang mencukupi diberikan oleh badan kenderaan tersebut.

Dengan syarat bahawa peraturan ini tidak boleh dikenakan okepada traktor –

traktor atau bagi pihak Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang

sedang membaiki jalan atau sebagai sebuah van untuk tinggal, pedati untuk

mengangkat air atau treler yang hanya digunakan untuk, atau digunakan

berhubung dengan, penggangkutan balak, atau treler yang ditarik oleh sesebuah

kenderaan yang kelajuannya maksimanya had kepada dua puluh batu sejam atau

kurang.

14.8. Peraturan 24

Tiap-tiap kenderaan barangan dan tiap-tiap treler hendaklah dipasang dengan

dua Pementul (reflector) merah yang garis pusatnya tidak kurang dari dua inci di

bahagian belakang kenderaan tersebut. Dan diletakan sebegitu rupa supaya dapat

mementulkan cahaya dari lampu-lampu depan kenderaan-kenderaan yang

memotong.

14.9. Peraturan 29

(1) Tidak kenderaan boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah

Kenderaan Darat dan tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang

mungkin dikenakan olehnya, membawa apa jua pun muatan yang menganjur

dalam mana-mana arah dengan cara yang mendatangkan bahaya atau

mungkin mendatangkan bahaya mana-mana orang di atas jalan raya.

(2) Bagi apa jua muatan yang menganjur ke bahagian belakang sesebuah

kenderaan maka hendaklah ditunjukkan antara waktu matahari terbit atau

matahari terbenam suatu bendera merah, yang berukuran tidak kurang dari

dua belas inci persegi, dan antara waktu matahari terbenam dan matahari

terbit suatu lampu merah yang menyala, disuatu tempat tidak lebih dari dua

belas inci dari belakang kenderaan tersebut.

Page 35: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 31 -

14.10. Peraturan 39

Tiada treler boleh digunakan bagi membawa penumpang-penumpang untuk sewa

dan upah.

14.11. Peraturan 104

Kecuali sebagaimana yang diperuntukan sebaliknya dalam Bahagian ini tiap-tiap

kenderaan yang berada di atas mana-mana jalan raya hendaklah antara waktu

mata hari terbenam dan matahari terbit membawa:-

a) Dua lampu setiap satu menunjukkan di hadapan cahaya putih yang boleh

dilihat dari jarak yang munasabah;

b) Satu lampu yang menunjukan di belakang cahaya merah yang boleh dilihat

dari jarak yang munasabah; dan

c) Dalam hal sesebuah kenderaan bermotor, satu lampu atau lampu-lampu

yang dipasang di belakang dan menerangi dengan cahaya putih plat

pendaftaran bahagian belakang kenderaan bermotor atau treler itu;

14.12. Peraturan 105

Peruntukan-peruntukan peraturan 104 hendaklah dikenakan dalam hal sesebuah

kenderaan yang menarik mana-mana kenderaan lain tertakluk kepada

pengubahsuaian-pengubahsuaian yang berikut:-

a) Lampu yang menunjukkan cahaya merah tidak perlu dibawa oleh

kenderaan yang menarik, dan

b) Lampu yang menunjukkan cahaya yang dihadapan tidak perlu dibawa di

dalam mana-mana kenderaan yang ditarik.

14.13. Peraturan 111

Lampu yang menunjukkan di belakang cahaya merah yang dikehendaki untuk

dibawa di dalam mana-mana kenderaan bermotor di bawah peraturan 104

hendaklah dipasang sedemikian bahawa:-

a) Lampu itu adalah sama di atas garis tengah atau di tepi kenderaan itu;

Page 36: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 32 -

b) Bahagian tengahnya adalah pada ketinggian yang tidak melebihi tiga kaki

enam inci dari bumi; dan

c) Tiada bahagian kenderaan itu menganjur pada bila-bila masa kebelakang

lebih dari enam kaki yang diukur secara mendatar melimpasi lampu

tersebut.

15. Akta Lalulintas Jalan Raya (Penggal 68) – Peraturan-Peraturan Lalulintas

Jalan Raya (Pendaftaran Kenderaan Bermotor dan Treler), 2013.

15.1. Peraturan 3(1)

Tiap-Tiap permohonan bagi pendaftaran sesebuah kenderaan bermotor atau

treler hendaklah dibuat oleh pemiliknya atau ejen motor bagi pihak orang itu

dalam borang yang dinyatakan dalam borang sebagaimana yang mungkin

dibenarkan oleh Pengarah.

16. Akta Lalulintas Jalan Raya (Penggal 68) – Peraturan-peraturan Jalan Raya

(Tanda-Tanda Pengenalan), 2008

16.1. Peraturan 13

Apabila mana-mana treler telah dipasang belakang kenderaan daripadanya, satu

salinan tanda pengenalan kenderaan mestilah dipamirkan belakang yang paling

belakang treler sama cara seperti tanda pengenalan yang diperlukan untuk

melekatkan keatas kenderaan menarik trailer.

16.2. Peraturan 7(1)

Plat-plat hendaklah mempunyai taanda pengenalan kenderaan, dimana huruf-

huruf hendaklah mengikut dengan Jadual berikut dan dimana ukuran dan margin

hendaklah seperti yang dinyatakan masing-masing didalam peraturan 9 dan 10.

Page 37: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 33 -

16.3. Peraturan 9

Setiap huruf dan angka pada tiap-tiap plat hendaklah 65 millimeter tinggi, setiap

bahagian bagi tiap-tiap huruf dan angka hendak 10 millimeter keluasan dan

jumlah ruang kelebaran yang diambil bagi setiap huruf dan angka hendaklah 45

millimeter, kecuali bagi angka 1 dimana hendaklah 28 millimeter lebar:

16.4. Peraturan 10

(1) Ruang antara bersempadanan huruf-huruf dan angka-angka hendaklah 40

millimeter.

(2) Margin-margin antara bahagian yang terdekat bagi huruf dan huruf dan –

a. Bahagian yang terdekat agi mana-mana huruf atau angka hendaklah

sekurang-kurangnya 8 millimetre;

b. Tepi atas dan bawah plat hendaklah sekurang-kurangnya 15 millimetre; dan

c. Setiap belah plat hendaklah sekurang-kurangnya 15 millimetre.

17. Sekolah Memandu yang Diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Darat bagi

mendapatkan lesen kelas 2B

Hajah Selamah Binti Haji Ramli

Sekolah Latihan Memandu Syarikat Saldi,

No. 51, Kampong Suran Tutong,

Brunei Darussalam

Tel: +673 8734034 / 8211734

[email protected]

[email protected]

Mahabumi Enterprise

No.2, 1st Floor, Spg 590

Telanai Point Complex, Jalan Tutong

Brunei Darussalam

Tel: +673 2652556 / HP: +673 8717676

Page 38: JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN · PDF filejabatan pengangkutan darat kementerian perhubungan garispandu pembinaan, pendaftaran dan melesenkan treler perahu $ bahagian pendaftaran,

- 34 -

Nota: Jabatan Pengangkutan Darat berhak untuk mengubah, menambah dan

mengemaskinikan Buku Garis Pandu ini dari masa kesemasa.