bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

14
BAB 14:KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN NAMA AHLI: NUR QAMARINA NORAZALI NUR HAZIRAH

Upload: cikguzarinamn-mn

Post on 19-Jun-2015

10.703 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

BAB 14:KEPERLUAN

PENGANGKUTAN DAN

PERHUBUNGANNAMA AHLI:NUR QAMARINA NORAZALI

NUR HAZIRAH

Page 2: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

• Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jalan darat dan jalan air untuk menghubungi satu tempat dengan tempat yang lain.

• Menggunakan denai dan lorong-lorong untuk mecari hasil hutan seperti makanan,buah-buahan, dan damar.

• Keadaan bentuk muka bumi yang berhutan tebal,berpaya,dan berbukit bakau menyebabkan jalan darat sukar direntasi dan dihubungi.

• Masa yang diambil pula agak lama dan barangan yang diangkut agak terhad.

• Pengangkutan air,iaitu melalui sungai dan laut merupakan pengangkutan awal yang penting.Perahu,rakit dan jong digunakan sebagai alat untuk mengangkut barangan,orang dan perutusan surat

Page 3: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

Perdagangan yang dijalankan pada masa itu adalah melalui sistem barter atau bertukar tukar barang dan penggunaan mata wang ,iaitu duit emas.

Hasil dagangan ialah cendana,damar,rotan,buluh dan gading Melalui sungailah hasil-hasil dagangan ini dibawa ke merata-rata

tempat untuk ditukarkan dengan hasil yang lain Dari segi perhubungan, manusia menggunakan isyarat asap dan

bunyi untuk menghubungi orang lain.• Api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara bagi memberi

isyarat yang dapat difahami pihak yang lain.• Isyarat bunyi dihasilkan dengan memukul beduk,ketuk-ketuk dengan

bahan kayu/buluh, dan laungan.

Page 4: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL PADA JAMAN

PENJAJAH• Kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula pada

abad 1800 – an telah mempengaruhi perkembangan pengangkutan dan perhubungan di negara kita.

• Mereka mengeksploitasi sumber khususnya, biji timah dan getah.

• Jalan pengangkutan seperi jalan kereta api, jalan raya dan pelabuhan dibina untuk memudahkan kegiatan mengeksport sumber-sumber tersebut

Page 5: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

PENGANGKUTAN JALAN DARAT• Pada awal abad ke-19,semenanjung Tanah Melayu telah

muncul sebagai pengeluar biji timah yang penting.• Kemasukan British bagi mengeksploitasikan biji timah telah

memodenkan sistem pengangkutan.• Kerajaan Birtish telah membina landasan kereta api yang

pertama dari Taiping ke Port Weld (kuala Sepetang)bagi mengangkut biji timah untuk dieksport.

• Landasan kereta api ini sepanjang 13KM dibuka pada tahun 1885.

• Pembinaan kereta api ini berbentuk landasab kereta api jarak dekat dan tumpuan pembinaan adalah di kawasan pengeluaran sahaja.

Page 6: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

Landasan kereta api selanjutnya dibuka dari Seremban ke Port Dickson pada tahun 1891.

Menjelang akhir abad ke-19 pula, Kuala Lumpur mempunyai hubungan terus dengan Port Swettenham.

Perkembangan sistem kereta api ini telah mengubah kegiatan ekonomi negara daripada sara diri kepada ekonomi eksport.

Tumpuan kegiatan ekonomi adalah di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.

Keadaan ini menyebabkan kawasan ini mempunyai rangkaian pengangkutan yang lebih padat daripada bahagian pantai timurnya.

Di Sabah, landasan kereta api dibina dari Weston ke Beaufort dan dari Tenom ke Jesselton(kota Kinabalu).

Di Sarawak, pembinaan landasan kereta api oleh kerajaan Brooke untuk menghubungkan bandar Kuching dengan Batu 10.

Landasan ini sepanjang 6.21KM.

Page 7: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

• Landasan ini tidak begitu penting dalam pembangunan sistem pengangkutan negeri Sarawak kerana negeri ini bergantung pada sistem pengangkutan air untuk mengangkut hasil pertanian.

• Selain pembinaan landasan kereta api , pembukaan kawasan perlombongan biji timah di kawasan pedalaman turut menyebabkan terbinanya jalan raya.

• Jalan raya petama dibina ialah jalan kereta lembu yang menghubungkan Taiping dengan Matang. Kemudiannya jalan ini bersambung ke Krian dan seterusnya ke Seberang Perai.

• Melalui jalan raya,biji timah,buruh,dan keperluan perlombongan dapat diangkut dari stesen kereta api dan perlabuhan ke kawasan perlombongan atau sebaliknya.

• Jaringan jalan raya ini menghubungkan kawasan perlombongan di Larut ke Perlabuhan Pulau Pinang.Pada peringkat ini,jenis kenderaan yang digunakan ialah kereta lembu, beca(lenca) dan kereta kuda.

Page 8: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

• Penemuan enjin dan kenderaan bermotor telah memperkenalkan penggunaan lori dan bas.

• Peningkatan dalam penggunaan kedua-dua jenis kenderaan ini dijadikan sistem pengangkutan jalan raya lebih penting daripada jalan kereta api.

• Tahap ketersampaiannya memudahkan barang diangkut dari kilang/gudang ke kedai secara terus ke tempat yang hendak dituju

Page 9: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

PENGANGKUTAN AIR Pada zaman penjajahan british,pengangkutan air iaitu

melalui sungai dan perlabuhan adalah penting. Tongkang dan kapal susur pantai digunakan untuk

mengangkut bekalan makanan,jentera,dan buruh. Hasil dibawa ke gudang yang terdapat di tepi-tepi sungai

sebelum dipunggah ke kapal-kapal untuk dieksport. Kerja-kerja pemunggahan dilakukan oleh buruh. Kapal wap digunakan untuk membawa hasil seperti biji

timah dan getah ke negara penjajah. Kemasukan buruh asing dari negara India dan negara China

ke Tanah Melayu juga melalui pengangkutan air. Pihak British telah membuka beberapa buah perlabuhan

seperti perlabuhan Pulau Pinang,Port Swettenham dan perlabuhan labuan.

Perlabuhan lain, seperti Port Dickson dan Port Swettenham telah berkembang sebagai perlabuhan yang menjadi pusat untuk mengeksport barang seperti biji timah dan getah.

Page 10: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

PERHUBUNGAN AWAL Penjajahan British telah memulakan perhubungan awal

melalui pos dan telegraf. Jabatan Perkhidmatan Pos yang pertama telah ditubuhkan

pada tahun 1862 di Negeri-negeri Selat yang beribu pejabat di Pulau Pinang.

Perkhidmatan pos pada masa itu hanya tertumpu pada pengendalian surat-menyurat.

Perkhidmatan ini telah diperkembang dan melibatkan pengangkutan surat khabar,dokumen perniagaan,dan bungkusan.

Perkembangan jalan darat bukan saja membolehkan penghantaran pos yang lebih teratur dan cepat tetapi memperkembangkan jaringan telegraf Malaysia.

Perkembangan telegraf selari dengan perkembangan landasan kereta api.Dengan ini, satu kaedah perhubungan yang lebih pantas di antara bandar-bandar besar di negara Malaysia telah diperkenalkan.

Page 11: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

Sistem telegraf yang pertama digunakan di Perak pada tahun 1876. Sistem perhubungan telegraf ini sangatlah penting dalam

pentadbiran dan penguatkuasaan penjajahan negeri-negeri Melayu. Pada peringkat awal,sistem telegraf ini dibina untuk menjaga

kepentingan pihak British di kawasan perlombongan di Perak dan Selangor.

Jaringan sistem telegraf juga membolehkan maklumat dan arahan dari pusat pentadbiran disampaikan dengan cepat dan lebih efisien ke pusat pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu.

Di Malaysia,perkhidmatan telefon mula diperkenalkan di Negeri-negeri Selat pada tahun 1886, iaitu sepuluh tahun selepas penciptaan telefon.

Pada masa itu telefon digunakan bagi tujuan keselamatan dan dipasang untuk menghubungi balai polis.

Kemudian, penggunaan telefon talah berkembang bukan saja untuk tujuan pentadbiran tetapi juga digunakan oleh peniiaga,pemodal dan pengusaha estet yang memerlukan maklumat dengan lebih cepat.

Keadaan ini meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan telefon dan menyebabkan perkembangan jaringan telefon di negara Malaysia

Page 12: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

SOALAN. 1- Antara Berikut, yang manakah merupakan alat

pengangkutan awal yang digunakan untuk mengangkut barangan,orang dan surat perutusan

I. PerahuII. Kapal wapIII. TongkangIV. Jong

A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV

Page 13: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

2-Mengapakah jalan darat jarang-jarang digunakan di negara Malaysia pada masa dahulu jika dibandingkan dengan jalan sungai?

I. Bentuk muka bumi berhutan tebalII. Mengambil masa yang agak lamaIII. Barangan yang diangkut agak terhadIV. Ancaman serangan lanun

A. I,II dan IIIB. I,II dan IVC. I,III dan IVD. II,III dan IV

Page 14: Bab14 keperluan pengangkutan dan perhubungan

SEKIAN TERIMA KASIH