telegram: 'minfin kota kinabalu' negeri sabah, · pdf fileapabila berlaku...

11
Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' Telex MA 80048 KEWANG Telefon: 252692 KEMENTFRIAN KEWANGAN (MINISTRY OF FINANCE) KOTA KINABALU SABAH, MALAYSIA (Si!a sebutkan Bil, Fail Kami) NEGERI SABAH, MALAYSIA Ruj. Tuan Ruj Kami: FC .1103 /201/2 Tarikh 18 Ogos 1995 (Date) Semua Setiausaha Tetap Kementerian Semua Ketua Jabatan Negeri Semua Pegawai Daerah Semua Penolong Pegawai Daerah Semua Ketua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING KEMENTERIAN KEWANGAN BIL 2 TAHUN 1995 PERATURAN PENYEWAAN KERETA RASM1 KHAS DAN KERETA JABATAN/KEMENTERIAN DIBAWAH PENSWASTAAN KENDERAAN KERAJAAN NEGERI 1. TUJUAN 1.1 Pekeliling ini tujuan untuk memaklumkan peraturan mengenai penyewaan/ penggunaan kenderaan bagi Kementerian dan Jabatan (termasuk pegawai dan ahli pentadbiran Negeri mengikut kelayakan masing-masing berdasarkan peraturan yang ada) serta Pihak Berkuasa Tempatan di bawah penswastaan kenderaaan Kerajaan Negeri. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Pada 20 Mei 1995, Kerajaan Negeri telah menandatangani perjanjian penswastaan kenderaan Kerajaan Negeri. Di bawah konsep penswastaan ini. Kerajaan Negeri tidak lagi membeli kereta. untuk kegunaan Kernenterian dan Jabatan tetapi akan menyewa daripada syarikat yang telah diberi konsesi oleh Kerajaan Negeri iaitu Syarikat Angkatan Hebat Sdn. Bhd. .....2/-

Upload: vuonghuong

Post on 05-Mar-2018

242 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU'Telex MA 80048 KEWANGTelefon: 252692

KEMENTFRIAN KEWANGAN(MINISTRY OF FINANCE)KOTA KINABALUSABAH,MALAYSIA (Si!a sebutkan Bil, Fail Kami)

NEGERI SABAH, MALAYSIA

Ruj. TuanRuj Kami: FC .1103 /201/2Tarikh 18 Ogos 1995(Date)

Semua Setiausaha Tetap KementerianSemua Ketua Jabatan NegeriSemua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai DaerahSemua Ketua Pihak Berkuasa Tempatan

PEKELILING KEMENTERIAN KEWANGAN BIL 2 TAHUN 1995PERATURAN PENYEWAAN KERETA RASM1 KHAS DAN KERETAJABATAN/KEMENTERIANDIBAWAH PENSWASTAAN KENDERAAN KERAJAAN NEGERI

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini tujuan untuk memaklumkan peraturan mengenai penyewaan/penggunaan kenderaan bagi Kementerian dan Jabatan (termasuk pegawai dan ahlipentadbiran Negeri mengikut kelayakan masing-masing berdasarkan peraturanyang ada) serta Pihak Berkuasa Tempatan di bawah penswastaan kenderaaanKerajaan Negeri.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pada 20 Mei 1995, Kerajaan Negeri telah menandatangani perjanjianpenswastaan kenderaan Kerajaan Negeri. Di bawah konsep penswastaan ini.Kerajaan Negeri tidak lagi membeli kereta. untuk kegunaan Kernenterian danJabatan tetapi akan menyewa daripada syarikat yang telah diberi konsesi olehKerajaan Negeri iaitu Syarikat Angkatan Hebat Sdn. Bhd.

.....2/-

Page 2: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

- 2 -

2.2. Konsesi ini adalah bagi tempoh 20 tahun.

2.3. Kementerian Kewangan Negeri telah dilantik sebagai agensi pelaksana.

3. TAFSIRAN

3.1 Kenderaan Kerajaan Negeri yang dimaksudkan dalam konsesi ini ialah kereta-kereta penumpang termasuk station wagon, kenderaan pacuan 4 roda, lori/pick updi bawah berat 3 ton (tidak termasuk kereta yang dibeli di bawah TabungAmanah dan Projek).

4. SKOP

4.1. Konsesi im meliputi semua Kementerian Negeri, Jabatan Negeri dan Pihak.-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan danKuala Lumpur. Walaubagaimanapun Badan-Badan Berkanun Negeri adalah tidaktermasuk di dalam konsesi ini.

5. PERLAKSANAAN

5.1 Kerajaan Negeri akan menjual semua kenderaan yang tersebut di perenggan 3.1kepada Angkatan Hebat Sdn. Bhd., selepas mana nanti Syarikat berkenaan akanmembekalkan kenderaan yang diperlukan oleh Kerajaan dalam dua peringkatseperti berikut :-

5.1.1 penyewaan semula kereta yang dijual oleh Kerajaan Negeri kepada AngkatanHebat Sdn. Bhd. ; dan

5. 1.2 penyewaan kereta baru yang dibeli oleh Syarikat Angkatan Hebat Sdn. Bhd.

5.2 Dibawah konsep penyewaan semula., kenderaan Kerajaan yang berumur dua (2)tahun dan ke bawah akan dibeli oleh Angkatan Hebat Sdn. Bhd. dan kemudianakan disewakan semula kepada Kerajaan Negeri.

5.3 Syarikat Angkatan Hebat Sdn. Bhd., akan membeli kereta baru mulai 20September 1995 bagi memenuhi keperluan baru dan menggantikan keretaKerajaan yang berumur melebihi dua (2) tahun. Kenderaan berkenaan akandisewakan kepada Kerajaan Negeri.

.....3/-

Page 3: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

- 2 -

6. KADAR SEWA

6.1 Kadar sewa yang dikenakan bagi kereta-kereta di perenggan 5 akan ditetapkanoleh Kerajaan Negeri.

7. TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN/JABATAN

7.1 Bagi keperluan kenderaan masing-masing, Ketua Jabatan/Ketua organisasi adalahbertanggungjawab untuk :-

7. 1.1 menentukan bilangan kenderaan yang diperlukan;

7.1.2 memberitahu keperluan kenderaan kepada Kerajaan Negeri (Jabatan KetuaMenteri) dan Angkatan Hebat Sdn. Bhd.;

7.1.3 memberi maklumbalas kepada Kementerian Kewangan mengenai tarikhpenerimaan kereta dan lain-lain maklumat seperti di Lampiran 1;

7.1.4 menyediakan satu rekod pusat seperti Lampiran 2 dan 3.

7.2 Kerajaan Negeri akan bertanggunjawab keatas pemandu Kereta dan petrol sertadiesel.

8. TANGGUNGJAWAB SYARIKAT ANGKATAN HEBAT SDN BHD.

8.1 Syarikat Angkatan Hebat Sdn. Bhd. akan menggantikan kenderaan yangdisewakan kepada Kerajaan Negeri dengan kenderaan yang baru :

8. 1. 1 setiap lima (5) tahun bagi kenderaan Jabatan ; dan

8. 1.2 setiap empat (4) tahun bagi Kenderaan Khas/Rasmi seperti kereta Menteri,Pembantu Menteri, Speaker dan Timbalan Speaker dan lain-lain yangberkelayakan dan diluluskan dari masa ke semasa.

8.2 Penyenggaraan dan baik pulih kereta yang disewa akan dikendalikan sepenuhnyaoleh Syarikat Angkatan Hebat Sdn. Bhd.

8.3 Syarikat Angkatan Hebat Sdn. Bhd. akan menyediakan kereta ganti bagi KeretaRasmi dan Kereta Jabatan:

.....4/-

Page 4: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

- 4 -

8.3.1 yang rosak;

8.3.2 dalam tempoh senggaraan;

8.3.3 yang terlibat dalam kemalangan.

8.4 Butir-butir penuh mengenai perkara ini adalah seperti di dalam manual penggunayang akan diedarkan kemudian kelak.

8.5 Tanggungjawab-tanggungjawab lain syarikat adalah seperti di Lampiran 1.

9. PEMAKAIAN

9.1 Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama dengan pindaan mengenainya dari masake semasa.

10. ALAMAT SYARIKAT

10.1 Alamat syarikat konsesi adalah seperti berikut :

ANGKATAN HEBAT SDN. BHD.6 CF04, 6th FloorBlock C, Kompleks KaramunsingJalan Tuaran88300 KOTA KINABALUTel. No: 088- 266 663Fax: 088- 266 181

11. TARIKH KUATKUASA

11.1 Pekeliling Kementerian Kewangan berkuatkuasa mulai 20 Mei 1995.

Sekian.

" BERKHIDMAT UINTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

(DATUK HJ. HASSAN IBRAHIM)Setiausaha Tetap

Page 5: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

LAMPIRAN 1

CIRI UTAMA TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN/JABATAN DANSYARIKAT ANGKATAN HEBAT SDN BHD.

Peranan Kementerian/Jabatan Angkatan Hebat Sdn. Bhd.Siri

Penggantian/Penerimaan

Siri

Am

1. Mengeluarkan dan menerima semuamaklumat dan dokumen yangberkaitan kepada agensi pelaksaan.

1. Membekal kenderaan sebagaimanayang di pesan.

2. Mengisi borang Pesanan RasmiKenderaan. Sekiranya kenderaandiperlukan bagi memenuhiperjawatan-perjawatan yang sediaada, ianya hendaklah dikemukakankepada Kementerian Kewangan bagipesanan penyewaan.

2. Menyediakan bengkel/woksyopuntuk menjalankan kerjapenyenggaraan danpembaikan.

3. Berhunbung dengan syarikat bagiprogram pengggantian kenderaan.

3. Mengambil semua borang PesananRasmi Kenderaan dari KementerianKewangan dan menyelaras denganpihak Kementerian bagi tujuanproses pembayaran.

4. Menentukan bayaran sewa dansenggaraan oleh pengguna mulai 20September 1995 di dalam tempoh 30hari dari tarikh penyerahan.

4. Menghantar bil-bil bayaran kepadaKementerian Kewangan dan salinankepada Kementerian/Jabatan bagitujuan pembayaran.

5. Memperbaharui cukai jalan daninsuran setiap kenderaan. SiriPeranan Kementrian/Jabatan SiriAngkatan Hebat Sdn. Bhd.

5. Memaklumkan kepada penggunaberhubung dengan penyenggaranmengikut jadual

Page 6: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

6. Memberitahu agensi pelaksana keatas perkara-perkara berikut :-a: akaun penerimaan kenderaan;b: peraturan-peraturan yangdikeluarkan

6. Menyerahkan perkara-perkaraberikut:a: Kunci - 2b: buku log kenderaan - 1c: Fleetcard - 2d: drivers manual - 1e: baucer penyelenggaraan - 1 setf: salinan nota perlindungan insuran(covernote)

7. Memberitahu syarikat dari semasa kesemasa berhubung dengan pertukaranpegawai yang bertanggungjawab keatas kenderaan

7. Menentukan kenderaan dalamkeadaan"Road worthiness" dan selamat danboleh digunakanpada setiap masa.

8. Menyimpan rekod kenderaan yangdisewa.

8. Menyediakan kenderaan ganti bagikenderaan-kenderaan yang terlibat didalam kemalangan atau rosak.

9. Semua masalah berkaitan denganpnyewaan dan penyenggaraanhendaklah dirujuk kepada SyarikatAngkatan Hebat Sdn. Bhd. SekiranyaSyarikat gagal mengatasi danmenyelesaikannya perkara tesebuthendaklah dimaklumkan kepadaKementerian Kewangan Negeri.

9. Keselamatan KenderaanMengambil tindakan serta merta keataskenderaan yang rosak dalamperjalanan.

10. . Mendapatkan kadar sewaan dariKementerian Kewangan (Sabah). .

Page 7: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

Peranan Kementerian/JabatanSiri

Pengguna/Penyelia

Siri Angkatan Hebat Sdn. Bhd.

1. 6 bulan sebelum kenderaan layakdiganti baru pengguna hendaklahmemberitahu

a: Pegawai PenyelarasKementerian/Jabatanb: Kementerian Kewanganc: Angkatan Hebat Sdn. Bhd.

2. Pengawai/penyelia hendaklahmemberitahu Syarikat 3 bulansebelum tamat cukai jalan,perkara-perkara berikut:

a: tarikh tamat cukai jalanb: Tarikh tamat insuran

3. Penempatan Kenderaan - semuakenderaan Jabatan hendaklahdisimpan di pejabat sewaktutidak digunakan.

4. Sekiranya tanda logo/lambangjabatan diperlukan pada kenderaanbagi Kementerian Jabatanberkenaan, contoh hendaklah diberikepada Syarikat Angkatan HebatSdn. Bhd.

5. Keselamatan Kenderaan

a: satu set kunci dan fleetcardhendaklah diberi kepada pemandudan satu set lagi disimpan olehpegawai penyelaras.

Page 8: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

6. Kerosakan DalamPerjalanan/Stesen/Pusat

Sekiranya berlaku kerosakan SyarikatAngkatan Hebat Sdn.Bhd. hendaklahdiberitahu dengan segara.

7. Kehilangan/KemalanganApabila berlaku kehilangan/kemalangan laporan hendaklahdibuat kepada Syarikat AngkatanHebat Sdn. Bhd. dengan segera danpihak polis yang berdekatan dalam24 jam.

8. Penyelengaraan/Pembaikan Kecil

a: Kerja-kerja penyelengaraanhendaklah dibuat woksyop yangdilantik oleh Syarikat AngkatanHebat Sdn. Bhd. denganmenggunakan fleetcard kenderaanberkenaan. Setelah berpuashatidengan kerja-kerja yangdilaksanakan servis baucer bolehlahditandatangani.

b: kenderaan hendaklah dihantarkepada bengkel/ woksyop yangdilantik oleh syarikat AngkatanHebat Sdn. Bhd. mengikut jadualrawatan kenderaan jika sesuai.

c: untuk tujuan menjimat masa,tempahan awal bagi kerja-kerjapenyenggaraan hendaklah dibuat.

Mengambil kenderaan-kenderaanutnuk kerja penyelenggaranmengikut jadual rawatankenderaan.

9. Penggantian Kenderaan SemasaKerosakan Apabila sesuatukerosakan kecemasan berlaku dimana kenderaan ini sangat-sangatdiperlukan untuk tugas rasmi harianSyarikat Angkatan Hebat Sdn Bhd.hendaklah diberitahu bagimendapatkan kenderaan gantian.

Page 9: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

10. Kenderaan Luar JangkaanSekiranya Kementerian/Jabatanmemerlukan kenderaan berlebihan didalam keadaan tertentu (misalnyasesuatu upacara, persidangankebangsaan dan antarabangsa dll.)Kementerian Kewangan hendaklahdiberitahu terlebih dahulu bagimembolehkan penyediaan satuAngkatan Hebat ad-hoc dibuat.

11. Yuran letak kenderaan ataupun yuransaman yang dikenakan haruslahdihantarkan kepada Angkatan HebatSdn.Bhd. Yuran-yuran yangdikumpul kemudiannya dihantarkepada Kementerian Kewanganuntuk pembayaran balik. Yuran-yuran tersebut hendaklah disahkanoleh pengguna.

Page 10: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

LAMPIRAN 2

No. Sheet:.......................No. Jabatan:....................

REKOD PUSAT KENDERAANNo. Pendaftaran Jenis/Kelas

Pembuat......................................... Tahun Keluar ................................ Alat-alatKelengkapan Tambahan Ajensi/Pengedar Tempatan............. No.Casis....................................... Modal ............................................................................................No.Injin ........................................ No.Pesanan.................................................................................. No.Kontrak ..................................Tarikh Terima............................... ................................................. Harga dan No. Baucer ...................Tarikh ........................................... ................................................. Diuntukan...................

Tandatangan ..................................

Nama dan Jawatan.........................

Catatan ...................................................... (Nyatakan Kemalangan, Tarikh Tukar Injin dll.)

Dipindah Kepada

Tarikh Negeri/Bahagian Catatan Tandatangan dan Tarikh

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

Page 11: Telegram: 'MINFIN KOTA KINABALU' NEGERI SABAH, · PDF fileApabila berlaku kehilangan/ kemalangan laporan hendaklah ... kepada bengkel/ woksyop yang ... kerosakan kecemasan berlaku

LAMPIRAN 3

JUMLAH KOS PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN TAHUNAN

Tahun Jumlah Kos Catatan Mengenai Pembaikan,Penyelenggaraan dan Lain-lain

Tahun Jumlah Kos Catatan Mengenai Pembaikan,Penyelenggaraan dan Lain-lain