faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar … fileapabila seseorang mempunyai kesediaan...

26
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN TEKNIKAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (PERTANIAN) CHENOR, MARAN, PAHANG AMIR SYAMAIZAR BIN ROSLAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 19-Sep-2019

70 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR

PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN TEKNIKAL SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK (PERTANIAN) CHENOR, MARAN, PAHANG

AMIR SYAMAIZAR BIN ROSLAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN TEKNIKAL SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK (PERTANIAN) CHENOR, MARAN, PAHANG.

SESI PENGAJIAN: 2001/2006

Saya AMIR SYAMAIZAR BIN ROSLAN

( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PN. KHADIJAH BINTI DAUD Rumah Pengurus, Felda Jengka 7, 26410 Bandar Jengka, Pahang DM. Tarikh: _______________________ Tarikh: _______________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan : …………………………………….

Nama Penyelia : Pn. Khadijah binti Daud

Tarikh : …………………………………….

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR

PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN TEKNIKAL SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK (PERTANIAN) CHENOR, MARAN, PAHANG

AMIR SYAMAIZAR BIN ROSLAN

Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2006

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ............................................................

Nama Penulis : Amir Syamaizar bin Roslan

Tarikh : ............................................................

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

i

DEDIKASI

Khas buat ayahanda (Roslan bin Sidek) dan bonda (Rahmah binti Samad) yang amat

kukasihi, terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan kalian selama ini.

Buat adinda-adinda yang tersayang, (Nurul Amnina, Nurul Shuhada, Amar Haziq

Haidhar, Nurul Aini Nadhirah dan Amirul Asyraf) yang banyak memberikan semangat

dan dorongan serta mendoakan kecemerlanganku.

Buat rakan-rakan seperjuangan terutama rakan pelajar 5 SPJ 2005/06 dan yang

istimewa, terima kasih diucapkan kepada kalian semua kerana telah sudi berkongsi suka

dan duka sepanjang berada di Universiti Teknologi Malaysia. Moga ukhuwah yang

terjalin di sini akan kekal ke akhir hayat.

Kepada pensyarah-pensyarah pembimbing, Puan Hanim binti Sulaiman dan Puan

Khadijah binti Daud, jasa kalian dalam membimbingku amat kuhargai dan tidak ternilai

untuk kubalas dengan wang ringgit.

Buat individu lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, kejayaan yang

kuperoleh ini adalah kejayaan kita bersama. Terima kasih atas segala bantuan dan doa

yang kalian berikan.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

ii

PENGHARGAAN

Dalam usaha menyiapkan kajian ini, pelbagai pihak telah menghulurkan bantuan

dan tunjuk ajar. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar ini, tidak mungkin penyelidikan ini dapat

diselesaikan dalam jangka waktu yang ditetapkan dengan sempurna.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Hanim binti Sulaiman dan Puan

Khadijah binti Daud selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini. Mereka tidak jemu dalam

membimbing dan membetulkan segala kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang

projek ini dijalankan. Ketegasan dan keikhlasan mereka tidak akan saya lupakan

sehingga ke akhir hayat.

Pada masa yang sama juga, jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Fakulti Pendidikan atas kebenaran dan

kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menjalankan penyelidikan ini.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan ingin disampaikan kepada pengetua, guru-

guru dan para pelajar Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Chenor, Maran, Pahang atas

kerjasama yang telah diberikan dalam proses saya menyiapkan penyelidikan ini.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

iii

ABSTRAK

Apabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut

dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman dan pembelajaran baru dengan

berkesan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi kesediaan belajar pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik

(Pertanian) Chenor. Penyelidik mengkaji daripada empat faktor iaitu pengalaman, ibu

bapa, rakan sebaya dan persekitaran. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai

instrumen kajian untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian

ini. Sejumlah 70 orang responden telah dipilih dalam kajian berbentuk deskriftif ini.

Data maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Packages For The Social Science versi 11.5 dan penghuraian

dilakukan berdasarkan frekuensi, peratus dan min. Keputusan yang diperolehi daripada

penyelidikan ini menunjukkan bahawa responden telah memberikan persepsi yang positif

berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Kesemua faktor didapati mempengaruhi

kesediaan belajar pelajar. Pengkaji turut mengemukakan cadangan untuk digunakan

dalam memperbaiki tahap kesediaan belajar pelajar.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

iv

ABSTRACT

When an individual is ready to learn, he or she is already prepared to get new

experience and knowledge effectively. This research is done to study the factors that

influenced learning readiness of form four students from Sekolah Menengah Teknik

(Pertanian) Chenor. Researcher stated four factors to be study which are an experiences

factor, parent factor, peer-group factor and environment factor. A set of questionnaire

was used as the instrument of this study in order to get the important information. A

number of 70 students were chosen to be the respondent of this descriptive study. Data

obtained were analyzed by using Statistical Packages For The Social Science version

11.5. All data are presented in frequencies, mean and percentage. The form of result

shows that the respondents give a positive perception to all the topics discussed. All

factors are influenced their learning readiness. Researcher also stated some opinion to be

used regarding on mending student’s learning readiness.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

v

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

KANDUNGAN v

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Faktor 10

1.8.2 Pengaruh 10

1.8.3 Kesediaan Belajar 10

1.8.4 Pengalaman 11

1.8.5 Ibu Bapa 11

1.8.6 Sekolah Menengah Teknik 11

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

vi

2 SOROTAN PENULISAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kesediaan Belajar 12

2.3 Faktor-faktor mempengaruhi kesediaan belajar pelajar 14

2.3.1 Pengalaman 14

2.3.2 Ibu Bapa 16

2.3.3 Rakan Sebaya 18

2.3.4 Persekitaran Sekolah 19

3 METODOLOGI KAJIAN 23

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 23

3.3 Tempat Kajian 24

3.4 Kerangka Kajian 25

3.5 Sampel Kajian 26

3.6 Instrumen Kajian 27

3.7 Kajian Rintis 29

3.8 Analisis Data 30

3.9 Jangkamasa Kajian 32

4 ANALISIS DATA 33

4.1 Pengenalan 33

4.2 Pengelolaan Data 34

4.3 Dapatan Kajian Bahagian A 35

4.3.1 Latar belakang responden 35

4.3.1.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan

Responden Mengikut Jantina 35

4.3.1.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

vii

Responden Mengikut Bilangan

Adik-beradik 36

4.3.1.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan

Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa atau Penjaga 37

4.3.1.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan

Responden Mengikut Pendapatan

Bapa atau Penjaga 38

4.3.1.5 Taburan Frekuensi dan Peratusan

Responden Mengikut Pekerjaan

Ibu/Penjaga Perempuan 39

4.3.1.6 Taburan Frekuensi dan Peratusan

Responden Mengikut Pendapatan

Ibu/Penjaga Perempuan 40

4.3.1.7 Taburan Frekuensi dan Peratusan

Responden Mengikut Pihak Yang

Menjaga di Rumah 42

4.3.1.8 Taburan Frekuensi dan Peratusan

Responden Mengikut Hubungan

Ibu bapa/Penjaga 43

4.3.1.9 Taburan Frekuensi dan Peratusan

Responden Mengikut Tempat

Tinggal Sewaktu Bersekolah 44

4.4 Dapatan Kajian Bahagian B. 45

4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 45

4.4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden

Terhadap Faktor Pengalaman Mengikut

Jantina 48

4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 49

4.4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratus

Responden Terhadap Faktor Ibu Bapa

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

viii

Dengan Hubungan Ibu Bapa 52

4.4.5 Taburan Frekuensi Dan Peratus

Responden Terhadap Faktor Ibu Bapa

Mengikut Jantina 54

4.4.6 Dapatan Persoalan Kajian 3 55

4.4.7 Taburan Frekuensi Dan Peratus

Responden Terhadap Faktor

Rakan Sebaya dan Persekitaran

Mengikut Jantina 58

4.5 Penutup 59

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 60

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan Kajian 60

5.2.1 Faktor Pengalaman Dalam Mempengaruhi

Kesediaan Belajar Pelajar 61

5.2.2 Faktor Ibu Bapa Dalam Mempengaruhi

Kesediaan Belajar Pelajar 62

5.2.3 Faktor Rakan Sebaya dan

Persekitaran Dalam Mempengaruhi

Kesediaan Belajar Pelajar 64

5.3 Rumusan 66

5.4 Cadangan 68

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70

BIBLIOGRAFI 72

LAMPIRAN 78

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

ix

SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah pelajar Tingkatan Empat bagi empat kursus

aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik

(Pertanian) Chenor 26

3.2 Pemilihan sampel bagi pelajar Tingkatan Empat 27

3.3 Kedudukan nombor item mengikut persoalan kajian 28

3.4 Senarai item soal selidik 29

3.4 Pertimbangan skor min yang digunakan oleh penyelidik

untuk menjawab persoalan kajian yang berkaitan 31

4.1 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut

Jantina 35

4.2 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut

Bilangan Adik-beradik 36

4.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut

Pekerjaan Bapa atau Penjaga 37

4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut

Pendapatan Bapa atau Penjaga 38

4.5 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut

Pekerjaan Ibu/Penjaga Perempuan 39

4.6 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut

Pendapatan Ibu/Penjaga Perempuan 41

4.7 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut

Pihak Yang Menjaga di Rumah 42

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

x

4.8 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut

Hubungan Ibu bapa/Penjaga 43

4.9 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut

Tempat Tinggal Sewaktu Bersekolah 44

4.10 Min dan bilangan ( peratus ) responden bagi item-item

faktor pengalaman dalam mempengaruhi kesediaan

belajar pelajar 45

4.11 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden Terhadap

Pengaruh Faktor Pengalaman Mengikut Jantina 48

4.12 Min dan bilangan ( peratus ) responden bagi item-item

faktor ibu bapa dalam mempengaruhi kesediaan

belajar pelajar 49

4.13 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Terhadap

Faktor Ibu Bapa Dengan Hubungan Ibu Bapa 52

4.14 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Terhadap

Pengaruh Faktor Ibu Bapa Mengikut Jantina 54

4.15 Min dan bilangan ( peratus ) responden bagi item-item

faktor rakan sebaya dan persekitaran dalam

mempengaruhi kesediaan belajar pelajar 55

4.16 Taburan Frekuensi Dan Peratus Responden Terhadap

Faktor Rakan Sebaya dan Persekitaran Mengikut Jantina 58

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

xi

SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Kerangka Kajian Penyelidik 25

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

xii

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN = - Sama Dengan

∑ - Jumlah

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

n - Bilangan Responden

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SMT - Sekolah Menengah Teknik

PS - Pemboleh ubah bersandar

PB - Pemboleh ubah bebas

SPSS - Statistical Packages for Social Sciences

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 79

B Pengesahan Item Soal Selidik 85

C Surat Pengesahan Fakulti Pendidikan 86

D Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia 87

E Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Pahang 89

F Alpha Cronbach Kajian Rintis 90

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat utama institusi pendidikan adalah untuk menyediakan dan

melengkapkan pelajar dalam menghadapi pekerjaan dan dunia sebenar. Dalam kedua-

dua kes, pelajar perlu memperoleh daya pembelajaran yang berterusan. Pembelajaran

secara tradisi ditakrifkan sebagai pemindahan maklumat dalam bilik darjah yang

tersusun dan statik. Burhanuddin (2002) menyatakan, perubahan proses yang memberi

penekanan kepada pembelajaran dan cara menggalakkan pembelajaran telah membawa

kepada definisi yang lebih dinamik iaitu satu proses aktif secara sedar atau sebaliknya

yang melibatkan pengambilan bahagian oleh seseorang secara menyeluruh diikuti

dengan perubahan tingkahlaku dari segi minat, sikap, prestasi dan kemahiran yang baik.

Pendidikan sebenarnya merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan

dalam diri manusia. Proses tersebut berlaku sama ada disedari secara langsung mahupun

tidak langsung. Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran yang tidak disedari

berlaku secara tak langsung melalui pancaindera, manakala pembelajaran yang disedari

berlaku melalui fokus yang dibuat oleh individu tersebut bagi tujuan pemantapan

pengetahuan.

Berdasarkan kepada Zahari (1998), di negara kita, institusi pelajaran yang mula-

mula bagi kanak-kanak menjalani pembelajaran formal yang dikendalikan olah

Kementerian Pelajaran ialah sekolah rendah. Bagi seseorang kanak-kanak, untuk

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

2

memulakan persekolahan rendah perlulah memenuhi syarat umur yang telah ditetapkan,

iaitu sekurang-kurangnya tujuh tahun. Walaupun umur digunakan sebagai ukuran, pada

hakikatnya pada usia sebegini, kanak-kanak didapati telah mempunyai kelengkapan diri

dan bersedia untuk mula bersekolah.

Menurut Zahari (1998) lagi, kesediaan pembelajaran didefinisikan sebagai masa-

masa tertentu yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar itu telah mempunyai

kelengkapan diri, sama ada dari segi fizikal, mental, emosi ataupun sosial, untuk

membolehkannya melakukan sesuatu proses pembelajaran, dan umur digunakan sebagai

ukuran untuk menentukan kelengkapan dirinya itu.

Pendidikan merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam pemabangunan

negara. Oleh itu, perancangan pendidikan yang disediakan patut menitikberatkan

keperluan negara memenuhi kurikulum yang mencerminkan rakyat Malaysia yang

berbilang bangsa. Menurut Kamarudin dan Kamarul (1994), dalam usaha untuk

memberikan peluang pendidikan yang bermutu kepada pelajar-pelajar sekolah,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan beberapa program bagi

memastikan sumber pendidikan digunakan sepenuhnya.

Menurut Wan Mohd Azmi (1999), dalam pembentukan negara perindustrian,

sumber tenaga manusia yang produktif, kreatif serta inovatif amat penting dalam

mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam melahirkan dan menyediakan sumber tenaga manusia mahir

yang dilatih di peringkat akar umbi lagi. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari

rebungnya’. Segalanya perlu dilakukan daripada peringkat awal lagi di mana anak-anak

ini masih muda dan mudah dibentuk.

Selaras dengan permintaan terhadap sumber tenaga dalam perindustrian, semakin

banyak Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang dibuka bagi menampung permintaan

pelajar yang semakin meningkat untuk melanjutkan pelajaran ke bidang teknik dan

vokasional. Dewasa ini, pelajar-pelajar mula sedar kepentingan pendidikan teknik dan

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

3

vokasional dalam usaha untuk mendapatkan pekerjaan yang profesional di kemudian

hari.

Negara kita merupakan sebuah negara membangun dan berstatus negara industri.

Oleh yang demikian, semakin ramai ahli-ahli teknologi serta jurutera yang cekap dan

mahir diperlukan untuk mengendalikan sesuatu bidang kerja teknikal. Persediaan ini

tidak dapat lari daripada melalui saluran pendidikan yang secara langsung memberi

pendidikan secara khusus kepada para pelajar.

Dalam usaha mencapai hasrat yang termaktub dalam Wawasan 2020, negara kita

telah dan sedang mengalami banyak perubahan. Keperluan-keperluan baru perlu

dipenuhi agar negara kita dapat mencapai taraf sebuah negara maju dalam tempoh yang

terdekat ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Jabatan Pendidikan

Teknikal juga tidak ketinggalan dalam usaha mencapai hasrat wawasan negara

(Syeharizad, 2003). Lantaran itu KPM mengambil langkah drastik untuk menerapkan

komponen-komponen baru dalam kurikulum pendidikan di negara ini selaras dengan

perkembangan terkini. Perubahan kurikulum dalam sistem pendidikan negara mengikut

peredaran waktu dan keperluan semasa yang berpandangan jauh.

Negara kita sedang menuju ke arah negara maju. Oleh sebab itu peluang

pekerjaan yang melibatkan bidang teknikal dan vokasional semakin diperlukan pada

masa kini. Selari dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi, bidang teknikal mempunyai potensi tinggi untuk berkembang dan menawarkan

banyak peluang pekerjaan bermutu bagi belia Malaysia (Saufi dan Mohd Anwar dalam

Berita Harian). Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian

Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang memperbanyakkan sekolah-sekolah

dan institusi pengajian tinggi yang berkaitan dengan bidang teknikal dan vokasional.

Selain itu, kerajaan terutama pihak Kementerian Pelajaran Tinggi telah

menubuhkan beberapa buah lagi kolej universiti di samping kewujudan universiti-

universiti yang telah sedia ada bagi menampung jumlah pelajar dalam bidang teknikal

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

4

yang semakin bertambah. Contohnya seperti penubuhan Kolej Universiti Kejuruteraan

Utara Malaysia (KUKUM), Kolej Universiti Teknikal dan Kejuruteraan Malaysia

(KUTKM), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dan lain-lain.

Segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini diharapkan bukanlah satu usaha

yang sia-sia. Jika dilihat, usaha tersebut sebenarnya adalah untuk melahirkan tenaga-

tenaga mahir mahupun separa mahir selain pakar-pakar dalam bidang teknologi untuk

keperluan industri negara. Oleh yang demikian, pelajar juga berperanan penting dalam

memastikan pencapaian mereka adalah sejajar dengan permintaan kelayakan keputusan

yang diingini oleh kebanyakan pihak terutamanya pihak Kementerian Pelajaran sendiri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Wawasan 2020 menghasratkan kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara

perindustrian dengan masyarakat bersatu padu, progresif dan makmur, dinamis serta

mempunyai keyakinan diri dan daya ketahanan yang tinggi. Oleh yang demikian,

perhatian yang sewajarnya harus diberikan kepada sektor perindustrian dalam usaha

negara untuk mencapai matlamat tersebut. Antara aspek penting yang perlu diberi

penekanan ialah melahirkan tenaga mahir yang dapat memberikan sumbangan kepada

sektor perindustrian negara. Demi merealisasikan impian ini, pihak kerajaan telah

membina pelbagai kemudahan dan prasarana khas untuk bidang teknik dan vokasional

serta pelbagai program latihan teknologi tinggi selaras dengan perkembangan kemajuan

negara.

Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia

bukan sahaja hanya untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran, bahkan jua mampu

memperkembangkan lagi kemahiran dan teknologi yang telah sedia ada.

Pemilihan sesuatu aliran bagi pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah

(PMR), merupakan perkara penting dan tidak boleh dipandang remeh oleh pelbagai

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

5

pihak terutama sekali bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran contohnya ke SMT.

Adalah sangat penting bagi mereka untuk memilih aliran yang bersesuaian dengan minat

dan cita-cita sera kesediaan dan keyakinan mereka untuk belajar bagi memastikan

bidang yang dipilih mampu memberi prestasi dan pencapaian yang baik dan cemerlang.

Dengan ini, hasrat permintaan negara terhadap tenaga mahir negara dapat dipenuhi.

Menurut Jamilah (2002),

Pada hakikatnya, dalam sesuatu pemilihan, terdapat pengaruh luar seperti ibu

bapa dan rakan sebaya yang mendorong pelajar memilih sesuatu aliran tanpa

meneliti sejauh mana mereka benar-benar mempunyai minat, kebolehan dan

pengetahuan mereka dalam sesuatu bidang.

Menurut Dr. Adham Baba (Berita Harian, 1 Feb. 2001) dalam Burhanuddin

(2002), sikap yang terlalu bergantung kepada nota kuliah serta cepat berpuas hati adalah

antara halangan utama pelajar mencapai kecemerlangan akademik. Faktor pemakanan

serta kemudahan pengangkutan turut memberi kesan terhadap pencapaian akademik

pelajar. Pelajar lebih suka mencari penempatan yang sewanya murah sekalipun terpaksa

tinggal dalam rumah yang sempit dengan penghuni kerana kesesakan wang. Ditambah

lagi dengan pemakanan yang tidak seimbang serta ketiadaan pengangkutan, mereka

tidak berupaya mewujudkan suasana selesa bagi mengulangkaji pelajaran.

Menurut Tyler (1991), dalam memastikan sesuatu matlamat pengajaran tercapai,

terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terutama sekali masalah dalam

pembelajaran itu sendiri. Masalah dalam pembelajaran mempunyai pro dan kontra sama

ada berpihak kepada pelajar ataupun faktor lain. Masalah pembelajaran banyak berkait

dengan persembahan dan pencapaian pelajar dalam bidang yang diceburi. Tidak

dinafikan, para guru sering memikirkan konsep yang jelas, bahan yang penting, topik

yang sesuai, apakah bahan yang sesuai dan bagaimanakah kesannya terhadap pelajar

yang bergantung kepada cara pelajar itu belajar.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

6

Menurut Honey dan Mumford (1992) dalam Burhanuddin (2002), pembelajaran

telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru sama ada dalam

bentuk pemahaman, kesedaran atau pun kemahiran.

Konsep kesediaan belajar jelas difahami sebagai kerelaan menerima pengalaman

pembelajaran yang berlaku pada bila-bila masa sahaja (Syeharizad, 2003). Kenyataan

Bruner (1966) dalam Lee Shok Mee (1994) menyatakan bahawa kesediaan belajar

berlaku apabila apa jua perkara dapat disampaikan secara berkesan kepada pelajar pada

bila-bila peringkat perkembangannya.

John Dewey dalam Rozainal (2001) menyatakan bahawa kurangnya pengalaman

pembelajaran di kalangan murid untuk mengenalpasti maklumat pembelajaran terbahagi

kepada lima perkara. Pertama ialah murid sering menghafal idea bukannya memahami

idea atau mengaplikasikannya. Kedua ialah kadar kelupaan yang tinggi. Menurut

Meumann dalam Tyler (1991), murid akan lupa 50% apa yang telah dipelajarinya dalam

tempoh setahun dari tempoh ia tamat belajar dan meningkat kepada 75% dalam masa

dua tahun. Ketiga, kurangnya susunan pemahaman. Keempat, darjah kekaburan yang

tinggi dan gagal mengumpul semula fakta serta kelima, tidak tahu gaya pembelajaran

yang sesuai.

1.3 Pernyataan Masalah

Melalui pendidikan di SMT, pelajar sebenarnya telah mencorak sedikit sebanyak

masa depan mereka terutama dalam bidang kerjaya. Suatu aspek yang pelajar perlu

peka ialah tingkatan empat merupakan asas bagi pelajar melancarkan hala tuju hidup dan

kerjaya mereka. Ini menunjukkan bahawa keputusan PMR memainkan peranan penting

dalam membantu mereka untuk mengikuti program di SMT ketika tingkatan empat.

Pong Ying dan Ragbir (1998) menyatakan bahawa definisi kesediaan belajar

adalah keadaan dalam diri individu yang bersedia dan berkebolehan untuk memperoleh

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

7

pengalaman pembelajaran yang baru. Zahari (1998) pula menyatakan bahawa kesediaan

pembelajaran didefinisikan sebagai masa-masa tertentu yang menunjukkan bahawa

seseorang pelajar itu telah mempunyai kelengkapan diri, sama ada dari segi fizikal,

mental, emosi ataupun sosial untuk membolehkannya melakukan sesuatu proses

pembelajaran dan umur digunakan sebagai ukuran untuk menentukan kelengkapan

dirinya itu.

Berdasarkan kepada Pong Ying dan Ragbir (1998), masalah yang wujud dalam

perbezaan kesediaan belajar ialah ada pelajar yang dapat belajar dengan cepat dan ada

yang sangat berminat dalam mengikuti pembelajaran guru. Tetapi ada pelajar yang

lambat dan tidak terdorong untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Menurut Bruner dalam Pong Ying dan Ragbir (1998), kesediaan belajar ialah apa

jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada peringkat

perkembangan yang berlainan. Piaget pula menyatakan bahawa kesediaan belajar ialah

‘pembelajaran pada peringkat tertentu mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak’.

Implikasi hukum kesediaan Thorndike pula ialah pembelajaran tidak boleh dipaksa

sekiranya pelajar belum bersedia.

Kesediaan belajar adalah penting dalam memastikan pelajar bersedia untuk

belajar dan seterusnya mendapat ilmu yang diingini dan digunakan untuk masa-masa

akan datang. Jadi, menerusi kajian ini, penyelidik ingin mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi kesediaan belajar pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah

Teknik (Pertanian) Chenor, Maran, Pahang. Faktor-faktor tersebut difokuskan kepada

faktor-faktor pengalaman, ibu bapa serta rakan sebaya dan persekitaran.

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR … fileApabila seseorang mempunyai kesediaan belajar yang tinggi, individu tersebut dalam keadaan rela untuk menerima pengalaman

8

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk :

1.3.1 mengenalpasti adakah faktor pengalaman pelajar mempengaruhi

kesediaan belajar mereka di SMT.

1.3.2 mengenalpasti adakah faktor ibu bapa mempengaruhi kesediaan belajar

pelajar di SMT.

1.3.3 mengenalpasti adakah faktor rakan sebaya dan persekitaran sekolah

mempengaruhi kesediaan belajar pelajar di SMT.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian berkaitan dengan masalah kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Adakah faktor pengalaman pelajar mempengaruhi kesediaan belajar

mereka di SMT?

1.4.2 Adakah faktor ibu bapa mempengaruhi kesediaan belajar pelajar di SMT?

1.4.3 Adakah faktor rakan sebaya dan persekitaran sekolah mempengaruhi

kesediaan belajar pelajar di SMT?

1.6 Kepentingan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauhmana faktor

pengalaman, faktor ibu bapa dan faktor rakan sebaya serta persekitaran sekolah

mempengaruhi kesediaan belajar pelajar di dalam pelajaran di Sekolah Menengah

Teknik (Pertanian) Chenor.