tiga kementerian laksana pelan pembangunan pendidikan · pdf fileuniversiti yang pertama kali...

13
BPPDP BIL. (07) 2017, EDISI JULAI ____________________ Kementerian Pendidikan kaji beban buku dibawa murid ke sekolah YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Kementerian Pendidikan akan pergi ke beberapa sekolah rendah di negara ini untuk mengkaji jumlah buku yang dibawa murid setiap hari ke sekolah. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan jumlah buku yang dibawa murid sekolah tidak terlalu berat seterusnya membebankan mereka setiap hari. Sumber: Berita Harian, 23 Julai 2017 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan STEM Datuk P. Kamalanathan Kementerian Pendidikan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang turut dianggotai wakil Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bagi melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, pelan pembangunan pendidikan itu yang sedang diusahakan akan kelihatan lebih lebih holistik dan inklusif dengan memfokuskan terhadap lapan bidang utama. Beliau berkata, lapan bidang tersebut melibatkan dasar, pengajaran dan pembelajaran, fasiliti, program kesedaran kerjaya, kerjasama strategik, data serta penyelidikan, pengkomersialan serta inovasi. “Untuk memastikan pendidikan STEM benar-benar didedahkan kepada murid, kaedah pengajaran pasif dalam kelas perlu diubah menjadi pembelajaran aktif yang menekankan idea-idea kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),” Pengukuhan STEM merupakan inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, namun hanya 47 peratus pelajar mengikuti aliran STEM di negara ini. Sumber: Utusan Malaysia, 5 Julai 2017 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Upload: phamhanh

Post on 06-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

BPPDP BIL. (07) 2017, EDISI JULAI

Disember 2016

____________________

Kementerian Pendidikan kaji beban buku dibawa murid ke sekolah

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan akan

pergi ke beberapa sekolah rendah di negara ini untuk mengkaji jumlah buku yang dibawa murid setiap hari ke sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan jumlah buku yang dibawa murid sekolah tidak terlalu berat seterusnya membebankan mereka setiap hari.

Sumber: Berita Harian, 23 Julai 2017

Maklumat dan Pertanyaan

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

Tiga kementerian laksana Pelan

Pembangunan Pendidikan STEM

Datuk P. Kamalanathan

Kementerian Pendidikan menubuhkan satu jawatankuasa khas

yang turut dianggotai wakil Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bagi melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, pelan pembangunan pendidikan itu yang sedang diusahakan akan kelihatan lebih lebih holistik dan inklusif dengan memfokuskan terhadap lapan bidang utama.

Beliau berkata, lapan bidang tersebut melibatkan dasar, pengajaran dan pembelajaran, fasiliti, program kesedaran kerjaya, kerjasama strategik, data serta penyelidikan, pengkomersialan serta inovasi.

“Untuk memastikan pendidikan STEM benar-benar didedahkan kepada murid, kaedah pengajaran pasif dalam kelas perlu diubah menjadi pembelajaran aktif yang menekankan idea-idea kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),”

Pengukuhan STEM merupakan inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, namun hanya 47 peratus pelajar mengikuti aliran STEM di negara ini.

Sumber: Utusan Malaysia, 5 Julai 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Page 2: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 2

Kata Kunci Kejayaan

“Orang yang boleh menggunakan dan menyimpan wang adalah orang

yang paling bahagia, kerana ia memiliki kedua-dua kesenangan” (Samuel Johnson)

Komunikasi berterusan bantu ibu bapa tingkat pengetahuan tentang KBAT

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan meminta agar ibu bapa dan

pihak sekolah berkomunikasi secara berterusan dalam usaha memahami kaedah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dipelajari anak mereka sekolah.

Menterinya, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, perubahan yang dilakukan itu merupakan anjakan paradigma untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan memerlukan pembabitan serta sokongan pelbagai pihak.

Kaedah berfikir dan cara menjawab dalam KBAT bermula dari peringkat prasekolah di tadika sehingga ke sekolah kebangsaan dan menengah yang dilaksanakan secara berterusan.

“Dalam konteks ini pihak sekolah dan PIBG boleh memainkan peranan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa bagi memahamkan KBAT yang dipelajari anak-anak mereka di sekolah”

Sumber: Utusan Malaysia, 21 Julai 2017

Elaun kos sara hidup guru pelatih belum muktamad

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan masih dalam

peringkat perbincangan dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenaraikan elaun sara hidup guru pelatih sebagai pinjaman bagi pengambilan tahun depan.

Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan kelak. Beliau berkata setakat ini penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) akan terus menerima elaun sara hidup RM430 sebulan tahun ini.

"Kerajaan kini masih menanggung yuran pengajian berjumlah lebih RM20,000 untuk setiap seorang pelajar IPG dan keputusan mengenai pemotongan elaun sara hidup masih dalam peringkat perbincangan.”

Sekiranya terdapat sebarang keputusan dicapai hasil daripada perbincangan ini, KPM akan umumkan dalam tempoh satu hingga dua bulan nanti,

Mahadzir menjelaskan perbincangan bersama pihak PTPTN masih di tahap awal dan sebarang keputusan hanya akan melibatkan pengambilan baharu untuk sesi pengajian bagi tahun 2018.

Sumber : Berita Harian, 18 Julai 2017

Page 3: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar bagi JULAI 2017

Maklumat bahan rujukan dan peminjaman

koleksi layari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

20172017 3

2. ARTIKEL AKHBAR

BIL BERITA HARIAN,

UTUSAN MALAYSIA,

NEW STRAITS TIMES

BILANGAN

TAJUK

BAHAN

JUMLAH 158

3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JUMLAH KOLEKSI

YANG DITERIMA

BILANGAN

DIKATALOG

43 43

Jumlah Kumulatif sehingga 31 Julai 2017:

192,045

1. PEROLEHAN

BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH

1. Koleksi Umum 0

2. Koleksi KPM 1

3. Koleksi Tesis 42

4. Koleksi CD-ROM 47

5. Koleksi Jurnal 0

6. Koleksi Risalah/

Hadiah/Sumbangan 0

JUMLAH 90

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR

BAGI BULAN JULAI 2017

1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/

Sukatan Mata Pelajaran

- 03 isu

2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

- 11 isu

3. Pengurusan Pendidikan

- 02 isu

4. Keselamatan/ Disiplin Murid

- 02 isu

STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI

BAGI BULAN JULAI 2017

Bilangan Pengguna 114

Pendaftaran Baharu 11

Pinjaman Buku/CD/Bahan

KPM

3

Rujukan Tesis 37

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY KPM

SEHINGGA 31 JULAI 2017

39,357 orang

Perkhidmatan Kaunter

Senyum Selalu

SEDIA BANTU 03-8884 6425

Page 4: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 4

Wujudkan subjek Perlembagaan

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan mata

pelajaran asas mengenai Perlembagaan diwujudkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menerapkan pemahaman yang lebih tinggi dalam kalangan golongan muda mengenai sejarah negara.

Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, subjek itu penting untuk menjaga hak-hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan dan perkara-perkara yang telah dipersetujui ketika pembentukan Malaysia.

Menurutnya, di sekolah, pendidikan mengenai Perlembagaan boleh diserapkan ke dalam mata pelajaran Sejarah manakala di IPT diwajibkan kursus Perlembagaan kepada pelajar.

“Selain golongan muda di sekolah dan IPT, taklimat secara berkala mengenai Perlembagaan juga harus diberikan kepada golongan profesional, kakitangan kerajaan serta kelompok masyarakat”

“Perkara ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pertikaian demi pertikaian oleh sesetengah pihak tentang hak keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan. Mereka ini buat begitu kerana tidak faham,” katanya.

Tambah Ibrahim, pengenalan mata pelajaran asas Perlembagaan merupakan penentu kelangsungan negara pada masa depan terutama dalam mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Sumber : Utusan Malaysia, 15 Julai 2017

!

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan

cuti umum

KEAHLIAN

Keahlian adalah percuma

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat &

Mesra

Page 5: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5

Informasi

YGMB perkenal produk baharu lebih komprehensif

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berusaha

memperkasakan aspek kebajikan dengan merangka produk baharu bagi mewujudkan skim perlindungan komprehensif yang memenuhi keperluan para guru.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, produk baharu yang akan dilancarkan pada bulan depan itu menyaksikan lebih banyak faedah dan manfaat diterima oleh guru yang menjadi ahli YGMB.

“Pada masa ini dengan hanya membayar RM10, ahli YGMB

mendapat 16 manfaat tetapi kita berasa apa yang kita tawarkan ini

tidak cukup melindungi guru.”

“Jadi, kita merancang satu skim dengan nilai terbaik yang memberi manfaat berganda,” katanya dalam sidang akhbar selepas program peningkatan profesionalisme bertajuk ‘Peranan Guru Muda 1Malaysia dalam Memperkasa Transformasi Pendidikan’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya, Jengka Maran, Pahang.

Sumber : Utusan Malaysia, 21 Julai 2017

ISU SEMASA JULAI 2017

Guru perlu buat laporan polis sekiranya dibuli murid – Mahdzir

Tiada arahan murid cuti kerana guru bertugas luar kawasan – Mahdzir

Mengulas pengedaran surat pemberitahuan di media sosial yang memaklumkan murid kelas peralihan, darjah satu dan dua bagi sesi pagi dan petang direhatkan pada 18 dan 19 Julai kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, Mahdzir berkata pemberitahuan itu disediakan secara 'pandai-pandai' oleh pengetua atau pihak sekolah berkenaan.

Elaun kos sara hidup guru pelatih belum muktamad

Guru didakwa tumbuk murid, ibu buat laporan polis

Tindakan tegas jika guru terlibat Daish

Kementerian Pendidikan kaji beban buku dibawa murid ke sekolah

Lapan murid sekolah antara 14 ditahan kerana bergaduh

Malaysia, Brunei jalin kerjasama

pendidikan berkaitan minyak dan gas

Sumber : Utusan Malaysia/ Berita Harian

Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, April 2017

Page 6: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

Bahasa Melayu indah dan mudah untuk dipelajarI

Keunikan, keindahan serta mudah dipelajari, itulah yang

menjadi tarikan kepada orang luar khususnya para peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) untuk mempelajari Bahasa Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, majoriti peserta pertandingan tahunan yang menawarkan hadiah utama piala Perdana Menteri memberitahu Utusan Online, mereka tidak menghadapi cabaran besar untuk

untuk mempelajari bahasa ini. Menurut peserta dari Jerman,

Benedikt Aspaches, 25, berbeza dengan bahasa ibundanya bahasa Melayu mempunyai lenggok yang lebih lembut sehingga membuatkan penuturnya kelihatan lebih mesra dan

mudah untuk didekati.

“Bahasa Jerman agak keras dan tegas menjadikan penuturnya kelihatan agak garang serta boleh menimbulkan salah faham

bagi mereka yang tidak biasa dengannya.

“Keadaaan ini tidak timbul dengan bahasa Melayu yang lebih lembut sifatnya menjadikan komunikasi antara penuturnya lebih berkesan,” kata mahasiswa Jurusan Ilmu Politik dan Ilmi Asia Tenggara Universiti

Goethe, Frankfut.

Bagi mahasiswa Jurusan Bahasa Melayu dan Indonesia, Universiti Bahasa Asing Hankuk, Seok Dahye, 25, pula, sepatutnya halangan untuk menguasai bahasa Melayu bagi

dirinya ialah penguasaan perbendaharaan katanya.

Gadis yang mempelajari bahasa Melayu sejak berusia 12 tahun ini berkata, dirinya agak beruntung kerana mempunyai ramai kenalan dari Malaysia dan Indonesia yang membantu dia

menguasainya.

“Pun begitu bahasa Melayu dari segi nahu serta tata bahasa lebih mudah untuk difahami berbanding bahasa Inggeris dan

Korea.

“Ini adalah kelebihan bahasa ini dengan bahasa-bahasa utama dunia yang lain” jelas gadis yang menggemari lagu-lagu

berbahasa Melayu ini.

Sumber : Utusan Malaysia, 24 Julai 2017

Benedikt dan Dahye merupakan sebahagian dariapada 20 peserta yang bersaing dalam

Kategori Antarabangsa PABM edisi ke-11 ni.

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5

INFO SEMASA BPPDP

TAHNIAH

Ucapan Tahniah dan

penghargaan kepada tiga pegawai Pengurusan

Tertinggi BPPDP yang telah dinaikkan pangkat.

YBhg Dato’ Sulaiman bin Wak

Timbalan Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia

(Dasar dan Pembangunan Pendidikan)

YBrs. Dr. Habibah binti Abdul Rahim

Pengarah BPPDP

Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim

Timbalan Pengarah (DP) BPPDP

Page 7: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

NOTA ILMIAH

PENEMPATAN GURU

BARU JULAI 2017

KPM memaklumkan bahawa bagi

penempatan guru baharu, iaitu guru yang

keluar dari IPGM dan IPTA akan dibuat

pada bulan Julai 2017. Jumlah mereka

adalah dianggarkan seramai 1,175 orang

meliputi seramai 746 orang untuk

ditempatkan di sekolah rendah dan seramai

429 orang untuk ditempatkan di sekolah

menengah.

Dalam hal ini juga, KPM ingin menjelaskan

bahawa bagi penempatan baru ini, semua

calon tersebut hendaklah akur terhadap

penempatan mereka kerana ia dibuat

berdasarkan kepentingan perkhidmatan di

seluruh negara. Mana-mana calon yang

menolak arahan penempatan tersebut

boleh dianggap menolak tawaran sebagai

guru.

KPM telah menetapkan bahawa

kekosongan jawatan di sesebuah negeri

akan diberi keutamaan untuk penempatan

guru-guru yang mohon bertukar

khususnya dalam kes-kes sakit kronik,

ancaman keselamatan, mengikut

pasangan, tempoh berkhidmat di sesebuah

sekolah termasuk kes-kes yang

dikategorikan sebagai duka lara.

PENGURUSAN PENEMPATAN DAN

PERTUKARAN GURU SECARA BERPUSAT

(ONE STOP CENTER)

KEBAJIKAN GURU

Bermula pada Januari 2018, KPM telah

menetapkan bahawa semua urusan pertukaran dan penempatan guru akan dilaksanakan secara berpusat atau One Stop Center. Semua urusan pertukaran dan penempatan guru antara negeri hanya akan dilaksanakan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM sebagai urus setia, dan tidak lagi dilaksanakan oleh bahagian-bahagian operasi yang lain di KPM. Manakala urusan pertukaran dan penempatan guru di semua jenis sekolah di sesebuah negeri pula akan hanya dibuat oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing.

Langkah penambahbaikan proses kerja pertukaran dan penempatan guru secara berpusat ini bertujuan untuk;

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanannya di mana tempoh masa yang akan digunakan untuk proses tersebut dapat disingkatkan.

Memudahkan rujukan dilaksanakan oleh pihak pengurusan tertinggi KPM dan juga pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam urusan tersebut.

Pengurusan data guru dan data pergerakan guru dapat dipantau secara tepat melalui satu pusat seterusnya dapat mengelakkan percanggahan terhadap data tersebut.

Memudahkan guru berurusan secara setempat, tidak lagi terpaksa bergerak untuk mencari tempat-tempat yang berbeza bagi menyelesaikan urusan mereka. Hal ini juga dapat mengurangkan karenah birokrasi di samping memudahkan aduan dan maklumbalas guru-guru terlibat yang akan dikendalikan di satu pusat sahaja.

KPM amat berharap dengan langkah-langkah yang diambil tersebut akan dapat menyelesaikan banyak masalah khususnya berkaitan ketidakpuasan yang timbul dalam kalangan guru-guru kita.

Sumber : Utusan Malaysia, 19 Julai 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 6

Page 8: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

Maklumat Perancangan Pendidikan

TN50: Pendidikan holistik bangunkan bakat Membina Kanak-kanak Generasi Gemilang

Transformasi Nasional

Sistem pendidikan holistik yang berupaya

membangunkan bakat individu adalah antara aspirasi disuarakan golongan kanak-kanak pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata generasi masa depan tidak mahu individu dibezakan berdasarkan kepandaian, sebaliknya bakat mereka digilap untuk lebih menyerlah dalam bidang diceburi.

Dialog ini turut dihadiri oleh, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

.

7 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Sesi berkenaan disertai lebih 500 kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah, antaranya Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Malaysia, anggota Mini Parlimen dan murid sekolah sekitar Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara lain dibangkitkan ialah mengenai menangani isu keselamatan kanak-kanak, termasuk membabitkan kesihatan mental dan pemerdagangan manusia.

Bertemakan 'TN50 Membina Kanak-kanak Generasi Gemilang', sesi dialog itu antara lain bertujuan memberi peluang kepada golongan kanak-kanak sebagai antara kumpulan sasar Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menyuarakan harapan dan aspirasi menjelang TN50.

Sementara itu, Rohani berkata, sekretariat akan mengumpulkan pandangan kanak-kanak yang ditulis dan juga luahan hati yang disampaikan dalam bentuk lukisan

TN50 (KANAK-KANAK)

* Pengurusan penggunaan gajet dengan pintar.

* Tiada lagi gelandangan.

* Pertingkatkan kemudahan psikologi dalam kalangan masyarakat.

* Sifar buli.

* Murid tidak digred ikut kepandaian.

Sumber : Utusan Malaysia, 21 Julai 2017

Page 9: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

Kajian Penyelidikan Pendidikan

8

POLA INTERAKSI SOSIAL DALAM

KALANGAN MURID PELBAGAI

ETNIK DI SEKOLAH MENENGAH

SAINS DI NEGERI SABAH

NORDIN BIN BULA (Ed.D)

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Kajian ini untuk mengkaji Pola Interaksi Sosial

dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik di Sekolah

Menengah Sains di Sabah. Kajian tinjauan semasa

digunakan terhadap 257 orang murid sebagai

sampel kajian yang terdiri dari murid tingkatan

satu, dua dan empat di Sekolah Menengah Sains

Sabah di Kota Kinabalu dan Lahad Datu. Responden

dipilih berdasarkan rawak berlapis. Instrumen

kajian menggunakan set soal selidik. Data dianalisis

dengan menggunakan perisian SPSS versi 16.0.

Analisis statistik inferens menggunakan ujian-t dan

Anova Sehala. Hasil ujian-t mendapati terdapat

perbezaan antara murid lelaki dan perempuan dari

segi interaksi sosial. Analisis Anova Sehala

mendapati tidak terdapat perbezaan atau sebarang

penghalang interaksi dalam kalangan murid lelaki

dan perempuan dari segi tahun akademik, wilayah

asal, etnik yang berbeza serta pegangan agama.

Dapatan kajian ini memberikan impak positif

terhadap pola interaksi sosial dalam kalangan

murid pelbagai etnik di Sekolah Menengah Sains di

Sabah dalam usaha untuk melahirkan warganegara

yang bertoleransi dan bertanggungjawab.

Kajian yang sangat baik bagi mengukur tahap

pola intraksi sosial murid daripada pelbagai

etnik sebagai asas bagi melihat perpaduan

dalam kalangan murid.

Kata Kunci : Pola, Interaksi Sosial, Murid,

Etnik, Sekolah Berasrama Penuh

Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian, BPPDP

ABSTRAK KAJIAN

Ringkasan sampel sekolah

Sekolah Menengah Sains Sabah (SMES merupakan

sekolah perintis kepada penubuhan Sekolah

Berasrama Penuh Malaysia di Sabah dan Sarawak.

Terletak berhampiran dengan Kelab Golf dan Desa

Kinabalu, sekolah ini asalnya dibina bagi

menempatkan pelajar matrikulasi sains Universiti

Kebangsaan Malaysia dan sebahagian bangunan

sekolah ini diduduki oleh Sekolah Menengah Agama

Kota Kinabalu (SMAKK). Sekolah Menengah Sains

Sabah sebelum ini dikenali sebagai Sekolah

Berasrama Penuh Sabah (SBPS) dan merupakan

Sekolah Kluster Kecemerlangan Gred A yang dinilai

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. SMESH kini

menduduki kedudukan pertama sebagai sekolah

terbaik di Sabah. Murid sekolah ini terdiri daripada

pelbagai etnik yang mampu membina hubungan baik

melalui aktiviti yang dilaksanakan secara bersama.

Contoh ABM atas talian

Jurnal

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Page 10: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

Berita KPM dan Aktiviti Utama BPPDP

Malaysia, Brunei jalin kerjasama

pendidikan berkaitan minyak dan

gas

Malaysia dan Brunei bersetuju menjalin

kerjasama dalam beberapa bidang termasuk berkaitan pendidikan mengenai minyak dan gas bermula di peringkat sekolah.

YB DATO’ SERI MAHDZIR KHALID

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri

Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, Suyoi Othman di sini hari ini. Pertemuan itu diadakan sempena Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) yang berlangsung selama empat hari 24-27 Julai 2017 di Jakarta, Indonesia.

Menurut Mahdzir, jika kerjasama itu berjaya direalisasikan, Malaysia bersedia mewujudkan sebuah kampus khas di Pengerang, Johor.

Sumber : Utusan Malaysia, 24 Julai 2017

Unjuran Keperluan Guru

Bengkel Kerja Unjuran Keperluan Guru

KPM Bagi Zon Selatan Tahun 2017

Bengkel Kerja Unjuran Keperluan Guru KPM Bagi

Zon Selatan Tahun 2017 telah dilaksanakan pada 3 hingga 5 Julai 2017 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan. Seramai 32 orang pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah hadir ke bengkel ini untuk menyelaras unjuran keperluan guru berasaskan sekolah bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk memenuhi keperluan guru di setiap daerah dan negeri masing-masing. Sehubungan dengan itu, bengkel kerja kali ini telah melibatkan pegawai-pegawai daripada JPN dan PPD bagi negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Justeru, bengkel ini merupakan satu platform untuk bersama-sama dalam menyediakan unjuran enrolmen, kelas dan guru mengikut daerah dan negeri. Hasil bengkel akan dapat membantu mengenalpasti sekiranya terdapat kekurangan atau lebihan guru pada peringkat JPN dan PPD serta keperluan guru pada masa akan datang.

Gambar wakil JPN dan PPD negeri Johor, Melaka dan

Negeri Sembilan pada 5 Julai 2017

Sumber : Sektor Unjuran, BPPDP

Sumber : Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP, 25 April 2017

Program

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 9

Page 11: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

PENGHARGAAN DAN UCAPAN TAHNIAH

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 10

1

Merealisasikan BPPDP sebagai ‘Nadi dan Payung’ Kementerian Pendidikan Malaysia

Amanat Sempena Perhimpunan Bulanan dan Majlis Serah Tugas Pengurusan Tertinggi BPPDP

YBhg Dato’ TKPPM menyampaikan dokumen serah tugas kepada YBrs. Dr. Habibah binti Abdul Rahim,

Pengarah BPPDP

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP) merupakan salah satu Bahagian KPM yang penting dalam menentukan dasar dan hala tuju Pendidikan Negara. Oleh itu, BPPDP mempunyai peranan dan fungsi dalam memastikan dasar-dasar yang diperakukan oleh Kementerian dapat dilaksanakan. Komitmen dan kerjasama antara BPPDP dengan Pengurusan Tertinggi KPM, Bahagian, Kementerian dan agensi lain dalam pengubalan dasar baharu, perancangan pembangunan dan penyelidikan pendidikan telah mencapai banyak kejayaan.

“BPPDP hendaklah berpegang teguh kepada dasar yang telah ditetapkan dan membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaannya” ujar YBhg Dato’ Sulaiman bin Wak, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) baharu, yang juga mantan Pengarah BPPDP semasa Majlis Serah Tugas dan Perhimpunan Bulanan Bahagian pada 14 Julai 2017.

Majlis tersebut turut meraikan dan perlantikan YBrs. Dr. Habibah binti Abdul Rahim yang mengantikan beliau sebagai Pengarah BPPDP. Manakala Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim di naikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Dasar dan Pembangunan).

Intipati Ucapan Dasar

Pengarah BPPDP

YBrs. Dr. Habibah Abdul Rahim Perhimpunan Bulanan BPPDP

Jumaat, 14 Julai 2017

Setiap warga BPPDP perlu berpegang kepada tujuan asal BPPDP ditubuhkan. Jika BPPDP disebut-sebut sebagai ‘nadi dan payung kementerian’, jadi itulah peranan yang perlu kita mainkan dan fungsi yang perlu kita laksanakan.

Ekspektasi orang terhadap BPPDP amat tinggi dan ekspektasi itu penting kerana ekspektasi itu akan mendorong kita untuk menunaikan tanggungjawab kita dengan melaksanakan peranan dan fungsi kita agar dapat memenuhi keperluan dan permintaan stakeholders.

Setiap unit, sektor di BPPDP mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza tetapi penting dalam menyokong antara satu sama lain. Besar atau kecil peranan kita sebagai warga BPPDP, impaknya adalah besar kerana setiap yang kita lakukan pasti akan memberikan impak kepada sistem pendidikan negara.

Hasil kerja BPPDP perlulah berdasarkan kepada bukti (evident based) dan kualiti kerja kita perlulah mantap sepertimana yang kita selalu beri tunjuk ajar kepada bahagian lain seperti dalam Mesyuarat Pemantapan Kualiti. Oleh itu, hasil kerja BPPDP juga perlu lebih mantap daripada orang lain.

Amanah dan tanggungjawab yang diberi perlu digalas dan menjadi sebahagian daripada ramuan yang akan membentuk komitmen kita atas tugas dan tanggungjawab. Komitmen yang tertanam daripada sikap amanah inilah yang akan dicernakan menerusi amalan-amalan kita.

Kita harus selalu merujuk kepada yang lebih tahu sebelum membuat sesuatu keputusan. Bukan pengarah sahaja yang memikul tanggungjawab tetapi semua di BPPDP perlu melaksanakan tugas dan memainkan peranan untuk mendokong fungsi BPPDP.

Sumber: Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP

Harapan : komitmen dan sokongan daripada semua warga BPPDP.

Page 12: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 11

1

Pemerkasaan STEM

Ekspo & Forum STEM, Florida, Amerika Syarikat

Ekspo & Forum STEM kali ke-6 anjuran National

Science Teachers Association (NSTA) telah diadakan di Gaylord Palms Resort & Convention Center, Florida, Amerika Syarikat pada 12 – 14 Julai, 2017. Ekspo kali ini telah menghimpunkan kumpulan pendidik, pentadbir dan wakil-wakil syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran peralatan dan sumber-sumber dalam membantu menjayakan implementasi STEM di sekolah dan komuniti. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah diwakili oleh Dr Rosli Ismail, Ketua Sektor Penyelidikan dan Penilaian dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Dr Ihsan Ismail, selaku pengurus STEM Kebangsaan (KPM) telah menghadiri forum dan ekspo selama tiga hari ini bagi mendapatkan maklumat terkini secara langsung berkaitan bagaimana implementasi pendidikan STEM yang mengintegrasi pelbagai disiplin ilmu seterusnya menghapuskan sempadan yang memisahkan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Selain itu, pelibatan wakil negara dalam forum kali ini dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap bagaimana pendidikan STEM dapat diaplikasi, khususnya dalam menangani persoalan dan masalah kontekstual yang lebih kompleks menggunakan kemudahan dan teknologi terkini.

Konferens Pendidikan STEM,

Sydney, Australia.

Persidangan Pendidikan STEM (STEM

Education Conference) kali ke-4 yang diadakan

di InterContinental Sydney, Australia pada 26-27

Julai, 2017 telah dianjurkan oleh Informa

Australia. Persidangan ini melibatkan

pembentangan lebih daripada 30 pakar dalam

bidang pendidikan STEM seluruh dunia.

Penglibatan wakil Malaysia, Datin Kasmah binti

Abu Bakar dan Puan Nor Aidillina Mohd Ramli

sebagai peserta persidangan adalah untuk

mendapatkan maklumat terkini mengenai

kurikulum STEM serta kemahiran yang perlu

dikuasai oleh murid yang berminat untuk

menceburkan diri dalam profesyen berkaitan

STEM. Bagaimana kita boleh menghasilkan

mereka yang inovatif dalam STEM melalui

program-program pendidikan berkualiti turut

menjadi fokus utama persidangan.

Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian BPPDP

Sumber : UPEB BPPDP 2017

Page 13: Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan · PDF fileuniversiti yang pertama kali ... kerana sebahagian guru terlibat dengan taklimat petugas pilihan raya, ... secara 'pandai-pandai

MESYUARAT JAWATANKUASA

TEKNIKAL BERSAMA KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA DAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

(KPMKPT) BILANGAN 1 TAHUN 2017

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama

KPM-KPT Bil.1/2017 telah diadakan pada 11 Julai 2017 di Bilik Mesyuarat Utama, Blok E8, KPM. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dan menyelesaikan sebarang isu pelaksanaan sesuatu dasar/program/aktiviti berkaitan pendidikan yang melibatkan kerjasama kedua-dua Kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) demi kepentingan pendidikan di Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Tan Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM dan YBhg. Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPT. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh semua Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Pengarah dan Setiausaha Bahagian KPM, Penasihat Undang-Undang (PUU) KPM, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Timbalan Ketua Pengarah KPT, Pengarah dan Setiausaha Bahagian KPT, Penasihat Undang-Undang (PUU) KPT dan Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri Pendidikan dan YB Menteri Pendidikan Tinggi.

Sebanyak 2 kertas cadangan telah dibentangkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Islam, KPM dan 1 kertas makluman dibentangkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia, KPT. Mesyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar dan berjaya menyelesaikan beberapa isu yang memerlukan kerjasama antara kedua-kedua kementerian.

Kolaboratif terbaik dalam menangani isu antara KPM dan

KPT demi kepentingan pendidikan di Malaysia

Sumber : Sektor Dasar BPPDP 2017

INFO KESELAMATAN

Selamat Menyambut

Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 12