teksmcsempenamajlisharirayaaidilfitri2013-131028123028-phpapp02

5
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH SMK TENGKU IBRAHIM Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Haji Suhaimi bin Zakaria, Pegawai Khas Ko- Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Setiu , ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Smk Tengku Ibrahim. Lemah gemalai tuan puteri, Berbaju kurung cantik sekali, Pohon kemaafan di aidilfitri, Moga ukhuwah kekal abadi. Yang Berbahagia, Haji Suhaimi bin Zakaria, Pegawai Khas Ko-Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Setiu, Yang Dihormati, Encik Johari bin Ismail, Naib Yang Dipertua PIBG Smk Tengku Ibrahim, Yang Berusaha, Tuan Haji Abdullah bin Mohd Noor, Pengetua Smk Tengku Ibrahim, Yang Dihormati, Encik Mohammad bin Awang Teh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Rusmawati binti Mahmood, Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, Encik Mohd Fakaru Azhar bin Yunus, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, barisan ketua bidang, kaunselor sekolah, guru cemerlang, guru-guru serta rakan-rakan pelajar sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Aidilfitri diucapkan. Sebelum tirai majlis dibuka, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh saudara Muhammad Al-Azzim bin Mohd Zaki . Dengan ini majlis mempersilakan.

Upload: apan81

Post on 05-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

skrip

TRANSCRIPT

Page 1: teksmcsempenamajlisharirayaaidilfitri2013-131028123028-phpapp02

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT

SEKOLAH SMK TENGKU IBRAHIM

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Haji Suhaimi bin Zakaria, Pegawai Khas Ko-

Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Setiu, ke majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat

Sekolah Smk Tengku Ibrahim.

Lemah gemalai tuan puteri,

Berbaju kurung cantik sekali,

Pohon kemaafan di aidilfitri,

Moga ukhuwah kekal abadi.

Yang Berbahagia, Haji Suhaimi bin Zakaria, Pegawai Khas Ko-Akademik Pejabat

Pelajaran Daerah Setiu, Yang Dihormati, Encik Johari bin Ismail, Naib Yang Dipertua PIBG

Smk Tengku Ibrahim, Yang Berusaha, Tuan Haji Abdullah bin Mohd Noor, Pengetua Smk

Tengku Ibrahim, Yang Dihormati, Encik Mohammad bin Awang Teh, Guru Penolong Kanan

Hal Ehwal Murid, Puan Hajah Rusmawati binti Mahmood, Guru Penolong Kanan Ko

Kurikulum, Encik Mohd Fakaru Azhar bin Yunus, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam,

barisan ketua bidang, kaunselor sekolah, guru cemerlang, guru-guru serta rakan-rakan pelajar

sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Aidilfitri diucapkan.

Sebelum tirai majlis dibuka, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan

oleh saudara Muhammad Al-Azzim bin Mohd Zaki. Dengan ini majlis mempersilakan.

Page 2: teksmcsempenamajlisharirayaaidilfitri2013-131028123028-phpapp02

Amin, amin, amin ya Rabbal Alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita pada hari

ini akan berjalan lancar serta mendapat berkat dari-Nya.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan, dan SMKTI Sekolah

tercinta. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh wakil pelajar iaitu Afiq

Firdaus bin Aladin merangkap ketua pelajar Smk Tengku Ibrahim.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Majlis merakam kan ucapan terima kasih.

Seterusnya, majlis menjemput Ustazah Norazilla binti Yusoff, pengerusi Kelab Guru Smk

Tengku Ibrahim bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Page 3: teksmcsempenamajlisharirayaaidilfitri2013-131028123028-phpapp02

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama mendengar ucapan yang

akan disampaikan oleh wakil PIBG Smk Tengku Ibrahim, iaitu Encik Johari bin Ismail. Dengan

segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin yang dimuliakan,

Tidak lengkap rasanya majlis kita pada pagi ini sekiranya tidak mendengar ucapan daripada

Tuan Pengetua yang kita sayangi dan hormati. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya

menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Abdullah bin Mohd Noor untuk memberikan ucapan.

Dipersilakan.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Page 4: teksmcsempenamajlisharirayaaidilfitri2013-131028123028-phpapp02

Pergi ke kota beli selasih,

Sayang si dara buat halwa;

Berilah kata simpulan kasih,

Sulamkan mesra satukan jiwa.

Dengan penuh takzimnya, majlis mempersilakan Haji Suhaimi bin Zakaria, Pegawai Khas ko-

Akademik Pejabat Pelajaran Daerah Setiu untuk menyampaikan sepatah dua kata seterusnya

merasmikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Smk Tengku Ibrahim.

Dengan segala hormatnya majlis menjemput dan mempersilakan.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Seterusnya, majlis kita pada hari ini akan dihidangkan dengan tayangan video istimewa sempena

Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyaksikannya.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

Demikianlah tayangan video ringkas sempena majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri kita pada

kali ini. Dengan berakhirnya tayangan video itu tadi, maka berakhirlah majlis perasmian

sambutan Hari Raya Aiilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2013.

Terbang rendah burung tempua,

Hinggap berdua di dahan ara,

Hidangan di meja sudah tersedia,

Dijemput tuan menjamu selera,

Page 5: teksmcsempenamajlisharirayaaidilfitri2013-131028123028-phpapp02

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput para tetamu jemputan, guru-guru serta

pelajar untuk mengunjungi gerai-gerai juadah Hari Raya yang dihidangkan khas oleh para pelajar

Smk Tengku Ibrahim. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Untuk makluman, semua pelajar dikehendaki menjamu hidangan Hari Raya di

dalam atau di sekitar dewan sahaja kerana beberapa acara istimewa akan

disediakan sebentar lagi. Terima kasih.

Bersongkok sampin segak bergaya

Berbaju kurung anggun jelita

Majlis selamat hari raya

Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita

Ketupat rendang pembuka selera

Tangan dihulur maaf dipinta

Agar ukhwah terjalin mesra

Awan bersua citra berkisah

Ukiran sukma kilauan kelisa

Sambil berbual nikmati juadah

Persembahan pelajar ceria acara