teks ucapan ybhg tan sri sidek hassan ketua … agensi/2011/disember/ucapan_ksn_sempena... ·...

25
TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN STRATEGIK ICT; BUKU MANUAL PSP/SPP SISTEM KUL SUBMISSION DBKL; DAN BUKU MANUAL PENGEMUKAAN PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN MELALUI PUSAT SETEMPAT (OSC) DBKL 2011 8 DISEMBER 2011 (KHAMIS), 2.30PTG AUDITORIUM DBKL, KUALA LUMPUR

Upload: ngonga

Post on 16-Jun-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN STRATEGIK ICT; BUKU MANUAL

PSP/SPP SISTEM KUL SUBMISSION DBKL; DAN BUKU MANUAL

PENGEMUKAAN PERMOHONAN CADANGAN PEMBANGUNAN

MELALUI PUSAT SETEMPAT (OSC) DBKL 2011

8 DISEMBER 2011 (KHAMIS), 2.30PTG AUDITORIUM DBKL,

KUALA LUMPUR

Page 2: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

1

Bismillahir rahmanir rahim

Assalaamualaikum warahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1Malaysia.

Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Fuad bin

Ismail,

Datuk Bandar Kuala Lumpur

Y.Bhg. Datuk Hj. Salleh bin Yusup,

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur

Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur

Ahli-Ahli PEMUDAH

Page 3: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

2

Y.Bhg. Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-

Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita

memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah SWT kerana dengan limpah

kurnia dan keizinan Nya jua, kita

dapat berkumpul di dalam

Auditorium DBKL pada petang ini

bagi menyempurnakan pelancaran

Buku Pelan Strategik DBKL; Buku

Pelan Strategik ICT; Buku Manual

PSP/SPP Sistem KUL Submission

DBKL; dan Buku Manual

Pengemukaan Permohonan

Page 4: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

3

Cadangan Pembangunan Melalui

Pusat Setempat (OSC) DBKL.

2. Saya mengambil kesempatan

ini untuk merakamkan penghargaan

dan ucapan setinggi-tinggi terima

kasih kepada Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL) khususnya

kepada Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Fuad

bin Ismail, Datuk Bandar Kuala

Lumpur kerana sudi menjemput

saya dan rakan-rakan saya di

PEMUDAH bagi melancarkan buku-

buku pelan strategik dan buku

manual DBKL.

Page 5: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

4

3. Inisiatif-inisiatif menghasilkan

buku-buku pelan strategik dan buku

manual ini, sesungguhnya

merupakan cerminan kepada

komitmen serta sokongan yang

padu DBKL terhadap usaha

mewujudkan Perkhidmatan Awam

negara kita yang lebih cemerlang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Perkhidmatan Awam Malaysia

kini berada di persimpangan iaitu

sama ada meneruskan rutin kita

yang biasa dalam melaksanakan

langkah-langkah jangka pendek

Page 6: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

5

bagi mengurangkan kos serta

meningkatkan keberkesanan,

ataupun mendakap perubahan

strategik yang mampu merombak

peranan kita.

5. Namun begitu, berlatar-

belakangkan ketidaktentuan senario

ekonomi global serta diiringi

persaingan yang begitu pesat pada

masa ini, kita tidak mempunyai

pilihan melainkan menggantikan

Perkhidmatan Awam kita menjadi

responsif dan bersepadu, selaras

dengan pendekatan berteraskan

‘Rakyat Didahulukan’.

Page 7: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

6

6. Menyedari akan hakikat ini,

perkhidmatan awam tidak terkecuali

untuk bersama-sama serta

berganding bahu untuk

merealisasikan aspirasi-aspirasi

negara melalui Pelan Transformasi

Negara, Pelan Transformasi

Ekonomi, Model Baru Ekonomi

serta Rancangan Malaysia Ke-10.

Semangat dan usaha digembleng

secara bersepadu dan tersusun, ke

arah menjayakan hasrat dan

aspirasi yang sama, iaitu

mentransformasikan negara kepada

sebuah negara maju yang

Page 8: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

7

berpendapatan tinggi menjelang

tahun 2020.

7. Untuk itu, kita perlukan

perubahan minda dan perubahan

kepada cara berfikiran tradisi yang

banyak diamalkan. Penjawat awam

yang berfikiran secara produktif

akan sentiasa menghasilkan idea-

idea yang baru yang lebih inovatif

bersesuaian dengan kehendak dan

keperluan semasa di samping

mampu bertahan bila mendepani

arus perubahan yang mencabar.

Justeru itu, persekitaran

pengamalan budaya pemikiran

Page 9: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

8

produktif akan membawa kepada

mewujudkan langkah-langkah yang

terbaik dalam menjayakan agenda

transformasi Perkhidmatan Awam.

Hadirin yang dihormati sekalian,

8. Pada petang ini, kita akan

menyaksikan inisiatif-inisiatif yang

signifikan dan penuh bermakna

yang berkait rapat dengan agenda

transformasi Perkhidmatan Awam.

Pelancaran empat buah buku

terbitan Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur ini amat penting bagi

pengurusan Dewan Bandaraya

Page 10: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

9

Kuala Lumpur sebagai sebuah

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

yang besar dan menjadi tumpuan

banyak pelanggan dan

stakeholders.

9. Saya merasa amat gembira

dengan usaha dan kesungguhan

DBKL melahirkan pelan strategik

dan manual yang dapat

menggariskan hala tuju organisasi

pada masa hadapan, bersesuaian

dengan visi dan misi ke arah

kecemerlangan yang berterusan.

Adalah menjadi harapan saya agar

usaha dan aspirasi yang digerakkan

Page 11: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

10

oleh DBKL dalam menghasilkan

pelan strategik dan manual ini, turut

dapat dikongsi bersama oleh lain-

lain PBT dalam negara kita.

10. Saya ingin berkongsi dengan

semua agensi sektor awam,

beberapa ASPEK yang perlu diberi

penekanan dalam memastikan

kejayaan pelan dan manual yang

dihasilkan mencapai matlamat

strategik dan matlamat operasi

yang diinginkan.

11. Pertamanya, “simplicity” atau

mudah. Pelan dan panduan yang

Page 12: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

11

dihasilkan perlu mudah difahami

dan mudah dilaksanakan oleh

sasaran sama ada pegawai terlibat

atau oleh pelanggan yang

berkaitan. Mudah juga turut

bermaksud bahawa pelan tersebut

bersifat “friendly” kepada semua,

tanpa mengabaikan objektif yang

dihasratkan. Sekiranya, pelan atau

panduan berkenaan menggantikan

pelan atau panduan terdahulu, ia

perlulah lebih ringkas, lebih murah

dan amat memudahkan berbanding

manual yang terdahulu. Rakyat dan

pelanggan sentiasa mengharapkan

perubahan dan kemajuan positif

Page 13: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

12

daripada Kerajaan dari segi kualiti

dan juga dari segi kuantiti

perkhidmatan awam. Oleh yang

demikian, apa jua penambahbaikan

yang diusahakan perlu memastikan

perkhidmatan yang lebih cepat dan

yang lebih mudah kepada rakyat.

12. Kedua, “engagement” atau

penglibatan. Dalam menyediakan

pelan dan panduan, wajar semua

pihak yang berkepentingan

dilibatkan dan dirunding akan

pandangan mahupun idea-idea

mereka. Ini termasuk pelbagai

pihak dalaman organisasi, dan yang

Page 14: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

13

lebih penting penglibatan dengan

golongan sasar di mana pelan dan

panduan itu ditujukan. Ini bertujuan

supaya mereka dapat memahami

hasrat, objektif dan matlamat

transformasi yang ingin dijayakan,

di samping mengetahui faedah-

faedah yang akan diperolehi oleh

mereka.

13. Ketiga, fleksibel. Hendaknya

pelan atau panduan yang

diusahakan tidak bersifat “rigid”. Ia

perlu mempunyai elemen-elemen

penambahbaikan sekiranya terdapat

cadangan-cadangan atau idea yang

Page 15: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

14

bersesuaian untuk memperbaikinya,

tanpa mengira dari mana atau

daripada siapa yang

mengemukakan idea serta

cadangan-cadangan tersebut.

14. Keempat, pelan atau manual

berkenaan hendaklah

digunakan. Pelan atau manual yang

dihasilkan kebiasaannya amat

komprehensif dan dilihat cukup

sempurna bagi mencapai objektif

organisasi. Tetapi kalau ianya tidak

digunakan, ianya tidak berguna.

Oleh itu, penghasilan pelan atau

panduan perlu dipastikan

Page 16: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

15

mempunyai elemen “buy in”

daripada pengguna. Ini akan dapat

mengukur sejauh mana

keberkesanan dan kejayaan pelan

atau panduan berkenaan.

15. Kelima, “leadership” atau

kepimpinan. Usaha murni sebegini,

amat perlu kepada “leadership”,

bukan sahaja di peringkat

pengurusan tertinggi dalam

organisasi, tetapi merangkumi

kepimpinan di setiap bahagian dan

di setiap unit organisasi berkenaan.

Secara tidak langsung, kepatuhan

terhadap pelan dan panduan yang

Page 17: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

16

baru dapat dipastikan

pelaksanaannya sehingga ke

peringkat akar umbi, selain

mengelakkan sikap sambil lewa dan

lepas tangan.

16. Keenam, ialah pemantauan.

Fokus terhadap pemantauan

pelaksanaan pelan atau panduan

yang digubal perlu dilaksanakan

secara berterusan. Menerusi

pemantauan ia dapat membantu

agensi sektor awam untuk membuat

penilaian, mengetahui kekurangan

serta kelemahan yang wujud, dan

Page 18: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

17

seterusnya melaksanakan

penambahbaikan yang diperlukan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

17. Saya berharap langkah-langkah

yang saya gariskan sebentar tadi

dapat dikongsi oleh agensi-agensi

sektor awam yang lain dalam

melahirkan pelan atau manual

masing-masing supaya

transformasi yang dilaksanakan

akan mewujudkan lonjakan

berganda yang memberi impak

lebih besar daripada aspek

penyampaian perkhidmatan.

Page 19: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

18

18. Pada hari ini, saya merasa

bangga dengan inisiatif dan

kejayaan-kejayaan Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur. Banyak

penambahbaikan-penambahbaikan

yang telah dibuat dan telah

memberi sumbangan yang besar

kepada sistem penyampaian yang

lebih berkesan seperti dalam

urusan pengeluaran lesen

perniagaan dengan

memperkenalkan sistem e-Lesen,

MyTempahan, e-perumahan dan

pewujudan Call Centre sebagai

Page 20: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

19

frontliners yang melayani aduan-

aduan awam dari orang ramai.

19. Malahan, Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur telah menjadi agensi

yang pertama dengan

mengurangkan peratusan fail-fail

permohonan cadangan

pembangunan yang tertunggak.

Tempoh pemprosesan cadangan

pembangunan selama 25 hari telah

dapat dipercepatkan oleh Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur menjadi

14 hari sahaja. Kejayaan-kejayaan

ini menyokong terhadap kejayaan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Page 21: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

20

merangkul Anugerah Inovasi Pihak

Berkuasa Tempatan.

20. Pencapaian-pencapaian terbaik

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini

bukan sahaja memberi manfaat

kepada anggota kerjanya tetapi juga

telah menjadi ikutan atau trend-

setter kepada agensi-agensi yang

lain. Semangat perkongsian

pengetahuan serta pengalaman

seperti ini sangat digalakkan di

kalangan agensi sektor awam agar

seiring dengan keperluan negara

untuk menjadi negara maju

Page 22: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

21

berpendapatan tinggi menjelang

tahun 2020.

21. Saya menghargai inisiatif dan

usaha Dewan Bandaraya Kuala

Lumpur menggubal buku-buku

pelan strategik DBKL dan manual

seperti yang kita lihat pada hari ini.

Saya percaya buku-buku yang

dihasilkan ini adalah bukti

kesungguhan Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur untuk

mempertingkatkan kualiti sistem

penyampaian kepada pelanggan-

pelanggan kita. Usaha ini adalah

selaras dengan komitmen

Page 23: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

22

Perkhidmatan Awam untuk

menyediakan perkhidmatan yang

benar-benar berorientasikan

pelanggan serta membangunkan

tadbir urus yang mantap.

22. Adalah menjadi harapan saya

agar hasrat murni seperti mana

yang tersurat dan yang tersirat

dalam Pelan Strategik ini akan

menjadi budaya kerja di Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur. Ke arah

matlamat ini, semua warga kerja

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

perlulah terlibat sama, komited dan

berkorban demi menjayakan visi

Page 24: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

23

dan misi yang dirancang bersama.

Pemantapan diri melalui perubahan

sikap, penguasaan ilmu

pengetahuan dan peningkatan

kemahiran perlu dilakukan tanpa

jemu melalui pembelajaran

sepanjang hayat.

23. Maka begitu, dengan lafaz

Bismillahir rahmanir rahim, saya

dengan ini melancarkan keempat-

empat buku iaitu Buku Pelan

Strategik DBKL; Buku Pelan

Strategik ICT; Buku Manual

PSP/SPP Sistem KUL SUBMISSION

DBKL; dan, Buku Manual

Page 25: TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA … agensi/2011/Disember/Ucapan_KSN_sempena... · MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN STRATEGIK DBKL; PELAN ... yang besar dan menjadi tumpuan

24

Pengemukaan Permohonan

Cadangan Pembangunan Melalui

Urusetia Pusat Setempat (OSC)

DBKL.

Sekian,

Wabillahittaufiq walhidayah

Wassalamualakum warahmatullah

wabarakaatuh.