teks ucapan ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. … ucapan/text_ucapan_kp__utm.pdf · dimbau kembali...

56
TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. MOHD KHIR SEMPENA LAWATAN PROFESOR TAMU Ke Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia Tarikh : 19 Disember 2013 (Khamis) Masa : 2.15 petang Tempat : Fakulti Alam Bina, UTM 1

Upload: dodieu

Post on 18-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. MOHD KHIR

SEMPENA LAWATAN PROFESOR TAMU

Ke Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah, Fakulti Alam Bina,

Universiti Teknologi Malaysia

Tarikh : 19 Disember 2013 (Khamis) Masa : 2.15 petang Tempat : Fakulti Alam Bina, UTM

1

Page 2: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Bismillahirrahmanirrahim

Yang. Berusaha Dr Norsiah Binti Abdul Aziz Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Fakulti Alam Bina (FAB), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pensyarah-pensyarah dan staf akademi, JPBW, FAB, UTM.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan warga UTM yang dihormati sekalian

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada

Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya,

dapat kita berjumpa pada hari ini. 2. Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada Yang

Berusaha Dr Norsiah Binti Abdul Aziz, Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, di atas persiapan untuk

lawatan saya pada hari ini.

3. Seperti yang Tuan-Tuan dan Puan-Puan sedia maklum,

lawatan saya pada kali ini adalah merupakan lawatan yang

terakhir saya sebagai Profesor Tamu kepada UTM. Jika

dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai

Profesor Tamu sejak 1 Januari 2008, kini telah hampir 5

tahun saya berkhidmat sebagai Profesor Tamu kepada UTM.

2

Page 3: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

4. Pada 26 Februari 2014 nanti, hampir genaplah 9 tahun saya

berkhidmat sebagai Ketua Pengarah JPBD dan 35 tahun

dalam perkhidmatan awam bersama JPBD. Satu

pengalaman yang sungguh panjang untuk menimba ilmu,

bekerja, melebar luas perkhidmatan perancangan bandar

daripada kurang dikenali sehingga diberi pengiktirafan ke

tahap pada masa kini.

5. Pada hari ini, saya tidak berniat untuk memberi ceramah

pada tajuk tertentu sepertimana lawatan saya pada tahun-

tahun sebelumnya kerana saya berpandangan bahawa

lawatan pada kali ini saya ingin memberi perhatian kepada

perkongsian pengalaman yang telah saya tempuhi selama

lebih kurang 9 tahun memegang jawatan sebagai Ketua

Pengarah JPBD SM sekaligus sebagai ketua perkhidmatan

perancangan bandar untuk dikongsikan dan dijadikan

panduan dalam bidang pendidikan perancangan bandar

(urban planning education).

6. Namun begitu, saya akan cuba mengaitkan beberapa

perkara yang berkait rapat dengan bidang pendidikan

perancangan bandar khususnya yang melibatkan kertas

kerja Internationalization of Urban Planning Education. Untuk

makluman, kertas kerja ini telah disediakan sebagai

sebahagian daripada pelaksanaan Inisiatif 4 : Accreditation

of Tertiary Education Programs for Urban Planning To be

based On International Standard.

3

Page 4: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

CABARAN DAN PENCAPAIAN BAGI TEMPOH 2005 – 2013 23. Jika diimbau kembali sejak hari pertama memegang jawatan

sebagai Ketua Pengarah JPBD pada 4 Mac 2005, saya

dapat melihat pelbagai cabaran dalam bidang perancangan

bandar dan setahun demi setahun JPBD telah mengorak

langkah dalam memperkukuhkan peranan sebagai peneraju

utama dalam bidang perancangan bandar dan desa. Antara

pencapaian yang boleh dibanggakan adalah seperti:

Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) 24. Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah ditubuhkan

pada tahun 2003 di bawah peruntukan Subseksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Pindaan) 2001, (Akta A1129) sebagai usaha untuk menangani

masalah pasaran dalam sektor hartanah yang berpunca

daripada ketidakseimbangan kuasa di antara kerajaan pusat

dengan kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan dalam hal

ehwal perancangan bandar dan desa.

25. Majlis ini merupakan Majlis tertinggi yang bertanggungjawab

ke atas perancangan bandar dan desa di Semenanjung

Malaysia. MPFN yang dibantu oleh 3 Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kerja MPFN, Jawatankuasa Teknikal dan

juga Jawatankuasa Kawal Selia.

4

Page 5: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

26. Pengarah Negeri dalam hal ini berperanan sebagai

setiausaha kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri yang

mengangkat dan memperakukan kertas-kertas yang perlu

dirujuk ke MPFN.

27. Sehingga kini (Disember 2013) sebanyak 18 mesyuarat telah

bersidang sejak tahun 2003. Daripada 18 Mesyuarat MPFN,

saya telah menjadi Setiausaha MPFN sebanyak 15 MPFN

iaitu semenjak tahun 2005 hingga 2013 dan sebanyak 102

kertas kerja telah dibentangkan yang merangkumi :

i. Perkara-perkara dasar berkaitan perancangan bandar

dan desa,

ii. Perkara berkaitan Rancangan Fizikal Negara

iii. Perkara berkaitan Rancangan Struktur Negeri,

iv. Perkara berhubung dengan Perancangan Wilayah,

v. Perkara yang dirujuk oleh Kerajaan Negeri, Subsek. 22

(2A), Akta 172,

vi. Perkara yang dikemukakan oleh Jawatankuasa-

Jawatankuasa Teknikal dan Pasukan Petugas,

vii. Perkara yang berkaitan dengan Akta 172,

viii. Garis panduan, piawaian dan peraturan perancangan;

dan

ix. Perkara yang diarah oleh pengerusi / Majlis.

5

Page 6: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Penambahbaikan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam Dalam Bidang Hartanah (Prosedur dan Proses Cadangan Pemajuan serta Pelaksaan Pusat Setempat)

28. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

melalui Jabatan Perancangan bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia telah mengambil inisitif untuk

membuat perekayasaan (re-engineering) ke atas sistem,

prosedur dan proses kelulusan cadangan pemajuan yang

dilaksanakan melalui Pusat Setempat (OSC).

Penambahbaikan ini merupakan salah satu inisitif yang telah

ditetapkan semasa Persidangan Mempertingkatkan Sistem

Penyampaian Perkhidmatan Awam yang telah dilancarkan

oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad

Badawi pada 13 April 2007.

29. Penambahbaikan ini telah memperkenalkan satu halacara

baru iaitu sistem memproses secara serentak bagi

permohonan-permohonan cadangan pemajuan. Halacara

baru memproses secara serentak bagi projek-projek di

bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), projek-projek

impak tinggi, pelaburan asing dan projek kerajaan diluluskan

dalam tempoh 4 bulan. Manakala permohonan secara

serentak bagi projek-projek di bawah Konsep Jual Kemudian

Bina (JKB) diluluskan dalam tempoh tidak lebih dari 6 bulan.

6

Page 7: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

30. Lanjutan daripada penambahbaikan tersebut, OSC telah

ditubuhkan di setiap PBT dan mula berkuatkuasa pada 13

Jun 2007. Jawatankuasa Pusat Setempat telah diwujudkan

bagi menggantikan Jawatankuasa Perancangan dan

Pembangunan dalam memproses cadangan-cadangan

pemajuan.

31. JPBD telah mengambil langkah menempatkan pegawai-

pegawai JPBD di PBT Semenanjung Malaysia. Seramai 180

penjawat awam dari perkhidmatan perancangan bandar dan

desa telah ditempatkan di OSC daripada jumlah perjawatan

keseluruhan iaitu 566 orang.

32. Doing Business 2014 oleh World Bank telah meletakkan

Malaysia pada kedudukan ke-6 daripada 189 negara.

Kedudukan ke-6 (kedudukan ke 8 pada tahun sebelumnya)

ini dicapai melalui peningkatan dalam bidang Dealing With

Construction Permits yang mencatatkan peningkatan yang

paling ketara iaitu dari kedudukan 99 ke kedudukan 43

(peningkatan 56 tangga).

33. Menurut PEMUDAH, salah satu punca kepada peningkatan

ini adalah penambaikan yang dibuat kepada Pusat Setempat

(OSC) dalam menyelia pembangunan hartanah. Kita maklum

bahawa OSC ini ditunjangi oleh pegawai-pegawai kita yang

berkhidmat di semua pihak berkuasa tempatan diseluruh

Semenanjung Malaysia.

7

Page 8: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Rancangan Tempatan

34. Rancangan Tempatan merupakan hierarki rancangan

pemajuan di peringkat ketiga. Ia merupakan Pelan Terperinci

yang menterjemah polisi-polisi dan cadangan am

Rancangan Struktur di peringkat Pihak Berkuasa Perancang

Tempatan.

35. Fungsi Rancangan Tempatan:

i. Menterjemah dasar RS;

ii. Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan

PBPT berkaitan melalui Peta Cadangan Gunatanah;

iii. Menyediakan garis panduan bagi kawalan perancangan;

iv. Mengenalpasti projek utama daerah; dan

v. Menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan

36. Sehingga Disember 2013, sebanyak 84 daripada 91 RT

(92%) telah diwartakan, manakala 7 RT (8%) masih belum

diwartakan. RT yang belum diwartakan adalah:

i. RT Daerah Bandar Baharu;

ii. RT MP Pulau Pinang;

iii. RT Daerah Seberang Perai Utara;

iv. RT Daerah Seberang Perai Tengah;

v. RT Daerah Seberang Perai Selatan;

vi. RT Daerah Kota Tinggi; dan

vii. RT Kuala Lumpur.

8

Page 9: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Rancangan Tempatan sebagai Pemudahcara melalui Program Kolaborasi Perancangan dan Pelaksanaan Ke atas Cadangan Pembangunan Projek-Projek RMKe-10 dengan Kementerian dan Agensi di Peringkat Persekutuan dan Negeri

37. Program ini adalah bagi membantu memudahcara jabatan

dan agensi terlibat dalam mengenalpasti cadangan tapak

projek pembangunan yang akan dilaksanakan dalam tempoh

pelaksanaan RMKe-10. Ini adalah selaras dengan kerangka

penyediaan program dan projek RMKe-10, di mana bagi

semua cadangan projek fizikal, Kementerian yang berkaitan

hendaklah membuat perancangan program dan projek

secara bersepadu ngan mengambil kira dokumen RFN, RS

dan RT yang disediakan oleh Jabatan. Ianya adalah selaras

dengan Garis Panduan Kedua RMKe-10, Penyediaan Palan

Pelaburan Sektor Awam, 2011-2012 yang telah dikeluarkan

pada 17 November 2009.

38. Program ini melibatkan pengumpulan data dan

maklumatcadangan pembangunan mengikut sektor terpilih

daripada semua RT yang telah disediakan. Antara sektor

yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Kemudahan landskap dan rekreasi;

ii. Kemudahan Bomba dan Penyelamat;

iii. Kemudahan pelupusan sampah dan sisa pepejal;

iv. Kemudahan pendidikan;

v. Kemudahan kesihatan;

9

Page 10: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

vi. Cadangan pembangunan kampung tradisi;

vii. Kemudahan keselamatan (kemudahan balai polis);

viii. Program perumahan rakyat dan perumahan kos

rendah;

ix. Pelancongan;

x. Rangkaian jalan raya; dan

xi. Perindustrian.

39. Program ini telah dibentangkan di Mesyuarat Ketua

Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan pada 9

Disember 2009 sebagai makluman kepada semua jabatan

dan agensi peringkat persekutuan mengenai memudahcara

pembangunan berdasarkan kajian-kajian RT yang telah

disediakan oleh JPBD.

Garis Panduan Perancangan

40. Semenjak 1997 jumlah garis panduan yang disediakan ialah

sebanyak 41 GP. Semakan semula garis panduan dilakukan

bermula 2008 bagi mengemaskini garis panduan dengan

keperluan-keperluan baru seperti dasar/polisi baru, isu

semasa, piawaian agensi yang terkini dan sebagainya.

41. Ini adalah penting bagi memastikan suatu pembangunan

dapat disediakan secara teratur, terkawal dan terancang

dalam memastikan kepentingan semua pihak terpelihara.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan akan dapat

10

Page 11: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

menyokong pembangunan yang dicadangkan serta dapat

memandu dan mendisiplinkan semua pihak yang terlibat

dalam bidang tersebut.

42. Sebanyak 41 garis panduan yang telah dikaji semula

digabungkan menjadi 17 garis panduan sahaja iaitu:

i. GPP Masjid dan Surau

ii. GPP Tokong, Kuil, Gereja dan Gurdwara

iii. GPP Taman Tema

iv. GPP Taman Atas Bumbung

v. GPP Reka Bentuk Sejagat (Universal Design)

vi. GPP Pembangunan Pulau-Pulau dan Taman Laut

vii. GPP Laluan Kemudahan Utiliti

viii. GPP Kemudahan Masyarakat

ix. GPP Tanah Perkuburan dan Krematorium

x. GPP Perumahan

xi. GPP Perdagangan

xii. GPP Tempat Letak Kereta

xiii. GPP Perindustrian

xiv. GPP Tanah Lapang dan Rekreasi

xv. GPP Pemeliharaan dan Pembangunan Kawasan

Sensitif Alam Sekitar

xvi. GPP Tapak Utiliti dan Infrastruktur

xvii. GPP Padang Golf

43. Selain itu, terdapat juga garis panduan baru yang telah disediakan antaranya:

11

Page 12: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

i. Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar;

ii. Garis Panduan Perancangan `Gated Community and

Guarded Neighbourhood’;

iii. Garis Panduan Perancangan Pengenalpastian Bagi

Pembangunan Semula Kawasan `Brownfield’;

iv. Garis Panduan Perancangan Terminal Kenderaan

Berat;

v. Garis Panduan Perancangan Lorong Belakang;

vi. Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau;

vii. Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

44. Garis panduan baru yang sedang dalam penyediaan pula

adalah seperti berikut :

i. Draf Garis Panduan Perancangan Chalet Atas Air;

ii. Draf Garis Panduan Perancangan Ubiquitous City (U-

City);

iii. Draf Garis Panduan Perancangan Bandar Padat

Berdaya Huni;

iv. Draf Garis Panduan Perancangan Untuk Warga Emas;

v. Panduan Pelaksanaan 5 Inisiatif Kejiranan Hijau

45. Kesemua garis ini adalah penting terutamanya dalam

dijadikan panduan untuk meluluskan dan mengawal

pembangunan oleh pihak berkuasa perancang tempatan

(PBPT) supaya pembangunan yang terhasil adalah bersifat

seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah.

12

Page 13: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Perundangan dan Kawal Selia Perancangan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

46. Selepas 37 tahun (sejak 1976), Akta 172 telah dipinda

sebanyak 4 kali.

i. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 1993 [Akta

A866] - mengambil kira peruntukan Akta Perkhidmatan

Pembentungan 1993 [Akta 508]

ii. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 1995 [Akta

A933] - lanjutan dari kejadian highland tower;

mengukuhkan aspek pemeliharaan alam sekeliling dan

penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)

iii. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 2001 [Akta A1129] - lanjutan dari isu property overhang;

mewujudkan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN),

Jawatankuasa Perancang Wilayah, penyediaan

Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan

Struktur yang merangkumi seluruh Negeri.

iv. Akta Perancangan Bandar & Desa, pindaan 2007 [Akta

A1313] -mengambil kira peruntukan Akta Pengurusan

Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].

53. Akta 172 sekali lagi akan dipinda. Status pindaan kali ke 5

ini adalah di peringkat penyediaan Memorandum Daripada

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan : Rang

Undang-Undang Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan)

13

Page 14: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

2012 di mana memorandum ini telah diedarkan kepada 6

Kementerian/Agensi terlibat untuk mendapatkan ulasan

Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan

54. Penyediaan Draf Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan yang

melibatkan mesyuarat/bengkel/perbincangan telah

dimulakan semenjak tahun 2004.

55. Pada Ogos 2006 Kertas Kerja Kaedah-Kaedah Caj

Pemajuan telah dibentangkan dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Perancangan & Pembangunan (JPP) KPKT

untuk pandangan dan ulasan. Kertas kerja ini juga telah

diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Akta 172.

56. Kertas Kerja ini juga telah dibentangkan kepada Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (MMKN) untuk

mendapatkan pandangan dan persetujuan.

57. Berdasarkan rekod, Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan ini telah

diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor pada tahun

2010.

14

Page 15: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Draf Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan Tanah Tinggi Dan Lereng Bukit) 2007

58. Tujuan penyediaan Draf Kaedah-Kaedah Tanah Tinggi dan

Lereng Bukit ini adalah untuk mengukuhkan prosedur bagi

proses kebenaran merancang dan menambah baik kawalan

perancangan di kawasan-kawasan tanah tinggi dan lereng

bukit.

59. Jabatan telah menyediakan Draf Kaedah-Kaedah

Pengawalan Perancangan (Pemajuan Tanah Tinggi dan

Lereng Bukit) di bawah kuasa subseksyen 58(1A) pada

tahun 2007 dan telah dkemukakan kepada PUU KPKT untuk

semakan pada 9 April 2009.

60. Walau bagaimanapun, Draf Kaedah-Kaedah 2009 tersebut

telah ditarik balik dan digantikan dengan Draf Kaedah-

Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan Tanah Tinggi dan

Lereng Bukit) 2010 yang telah digubal di bawah

kuasa subseksyen 58(1) iaitu di bawah kuasa mutlak Pihab

Berkuasa Negeri (PBN). Penglibatan JPBDSM adalah untuk

menasihati JPBD Negeri dan untuk memastikan keselarasan

dari segi perundangan dan pentadbiran.

61. Draf Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan

Tanah Tinggi dan Lereng Bukit) telah dihantar kepada 11

JPBD Negeri pada 18 Oktober 2010. Didapati dua negeri

15

Page 16: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

iaitu JPBD Negeri Kelantan dan Pahang telah

membentang draf kaedah-kaedah ini kepada Jawatankuasa

Perancang Negeri (JPN) masing-masing untuk mendapatkan

kelulusan.

62. Maklum balas dari sesetengah JPBD Negeri berkaitan Draf

Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan Tanah

Tinggi dan Lereng Bukit) 2010 adalah tiada keperluan untuk

menerima pakai kaedah-kaedah tersebut, memandangkan

prosedur kawalan perancangan semasa adalah memadai

terutamanya negeri-negeri yang telah menerima pakai Garis

Panduan Perancangan Tanah Tinggi, RFZPPN, RKK

Kawasan Warisan dll.

Penubuhan Lembaga Rayuan

63. Semua Negeri telah menubuhkan Lembaga Rayuan kecuali

Negeri Perlis sedang dalam proses penubuhan iaitu di

peringkat kelulusan Menteri Besar bagi pelantikan Pengerusi

Lembaga Rayuan Perlis. Penubuhan Lembaga Rayuan

mengikut Negeri adalah seperti berikut:

Bil. NEGERI TAHUN DITUBUHKAN

1. Pulau Pinang 1989

2. Perak 1996

3. Selangor 1999

16

Page 17: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Bil. NEGERI TAHUN DITUBUHKAN

4. Kedah 2001

5. Melaka 2004

6. Pahang 2004

7. Negeri Sembilan 2005

8. Kelantan 2005

9. Terengganu 2008

10. . Johor 2008

11. . Perlis 2013 - MMKN

64. Sehingga Jun 2013, sebanyak 492 kes telah didaftarkan di Pulau Pinang, 95 kes di Perak, 320 kes di Selangor, 52 kes

di Kedah, 1 kes di Melaka, 1 kes di Pahang, 6 kes di Negeri

Sembilan, 24 kes di Kelantan, 12 kes di Terengganu dan 23

kes di Johor.

65. Mesyuarat bagi Pendaftar Lembaga Rayuan pertama kali

diadakan pada tahun 2004 diikuti pada tahun 2007. Walau

bagaimanapun, sejak tahun 2010 Mesyuarat Pendaftar

Lembaga Rayuan telah diadakan secara tahunan dan

sehingga tahun 2013 sebanyak 4 kali mesyuarat telah

diadakan. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengetahui

perkembangan dan kemajuan Lembaga Rayuan setiap

Negeri di samping menyediakan platform bagi pendaftar-

pendaftar untuk membincangkan hal ehwal isu dan masalah

Lembaga Rayuan.

17

Page 18: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

66. Draf Panduan Pelaksanaan Akta (PPA) 172 : Lembaga

Rayuan pada masa kini dalam semakan akhir untuk cetakan.

Draf PPA ini disediakan bagi membantu dalam

meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Lembaga Rayuan

termasuk dari segi pentadbiran Lembaga Rayuan di sebelas

negeri di Semenanjung Malaysia.

Panduan Pelaksanaan Akta 172 : Kawasan Pemajuan

67. Tujuan penyediaan Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan

adalah sebagai panduan kepada PBPT untuk menubuhkan

sesuatu perbadanan bagi memajukan sesuatu kawasan khas

yang telah diisytiharkan sebagai kawasan pemajuan di

bawah subseksyen 38(1) Akta 172. Penyediaan kaedah-

kaedah ini mengambil kira keperluan perundangan seperti

Akta 172, Akta Pengambilan Tanah 1960, Kanun Tanah

Negara 1965, Pekeliling-pekeliling Perbendaharaan dan

struktur organisasi 4 perbadanan terpilih iaitu Johor

Corporation (JCorp), Perbadanan Putrajaya, Lembaga

Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Kemajuan

Johor Tenggara (KEJORA).

68. Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah dibentang

dan diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan

Pembangunan (JPP) JPBD Bil. 4/2010 pada 14 Disember

2010.

18

Page 19: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

69. Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah diserahkan

kepada PUU KPKT pada 23 Disember 2010 untuk

mendapatkan nasihat dan semakan.

70. Draf Kaedah-Kaedah Kawasan Pemajuan telah diedarkan

kepada 11 JPBD Negeri untuk penerimapakaian pada 13

Januari 2011.

71. Walau bagaimanapun, PUU 2 KPKT berpandangan melalui

sesi perbincangan yang telah diadakan pada 29 Jun 2011

bahawa JPBD boleh menyediakan satu panduan

pelaksanaan yang mengandungi proses dan tatacara

pelaksanaan menurut Bahagian VIII Akta 172. Panduan

tersebut adalah Panduan Pelaksanaan Akta Perancangan

Bandar dan Desa1976 [Akta 172] : Kawasan Pemajuan.

72. Hasil perbincangan tersebut, JPBD telah menghantar surat

mengenai penangguhan penerimapakaian Draf Kaedah-

Kaedah Kawasan Pemajuan kepada semua JPBD Negeri

pada 13 Julai 2011.

73. Pada masa kini, Panduan Pelaksanaan Akta 172 : Kawasan

Pemajuan telah siap disediakan dan telah diedarkan kepada

Bahagian-Bahagian (Ibu Pejabat), pejabat projek zon-zon,

JPBD Negeri dan pihak berkuasa tempatan sebagai

panduan.

19

Page 20: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

74. Sehingga kini, taklimat berkenaan Panduan Pelaksanaan

Akta 172 : Kawasan Pemajuan telah diadakan kepada JPBD

Negeri Melaka pada 29 Oktober 2013 untuk

penerimapakaian.

Rancangan Fizikal Negara (RFN)

75. Kajian Rancangan Fizikal Negara telah bermula pada tahun

2000. Pada tahun 2001, Laporan Awal RFN telah disediakan

dan diedarkan kepada pelbagai Kementerian,

Jabatan/Agensi Kerajaan, IPT, Agensi bukan kerajaan dan

agensi-agensi lain yang berkaitan untuk pandangan dan

ulasan.

76. Sepanjang tahun 2005, aktiviti RFN melibatkan mesyuarat

pelaksanaan dan penyelarasan RFN dengan RSN, RT yang

dibuat di peringkat wilayah. Selain itu, taklimat dan

perbincangan RFN semasa perundingan di peringkat

persekutuan dan kerajaan negeri juga dilaksanakan sebelum

RFN dimukatamadkan.

77. RFN mengandungi 8 Tema, 36 Dasar dan 194 langkah.

RFN diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April 2005 dan Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005.

20

Page 21: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

78. Pada 25 Julai 2005, RFN telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’

Seri Lokman Hakim b. Mohd. Jasan, KSU KPKT dalam satu

majlis bersempena Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan

Perancang Bandar dan Desa Kali ke-19 dan program

pemahaman RFN telah diadakan melibatkan semua

peringkat iaitu Persekutuan, negeri dan tempatan.

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN Ke-2)

79. RFN Ke-2 telah disediakan pada tahun 2010. Ia merupakan

Kajian Semula ke atas RFN pertama yang disediakan pada

tahun 2005. RFN Ke-2 diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah

Menteri pada 10 Ogos 2010 dan Majlis Perancang Fizikal

Negara pada 13 Ogos 2010.

80. Dasar-dasar RFN Ke-2 mencakupi dimensi yang luas ke

arah menuju Wawasan 2020 mencapai negara maju dan

berpendapatan tinggi. Terdapat 8 tema yang masih

dikekalkan kerana masih relevan dalam keadaan semasa.

81. Selain itu, RFN Ke-2 mengandungi 41 dasar dan 7

daripadanya adalah dasar baru. Selebihnya merupakan

dasar sediada yang diperkukuhkan dan ditambahbaik dari

segi pernyataan dasar itu sendiri supaya lebih jelas. Selain

itu, langkah-langkah dalam dasar berkenaan juga

ditambahbaik.

21

Page 22: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Dasar Perbandaran Negara (DPN)

83. Penggubalan DPN adalah bertujuan untuk memandu dan

menyelaras perancangan dan pembangunan bandar ke arah

yang lebih efisien dan bersistematik. Kajian DPN telah

bermula pada akhir 2005 dan penyediaannya, sebahagian

besar adalah di sepanjang tahun 2005.

84. DPN mengandungi 6 Teras, 30 dasar dan 201 Langkah-

langkah. DPN telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Ogos 2006 dan MPFN pada 8 Ogos 2006. Dua (2)

ketetapan telah diputuskan iaitu:

i. DPN dijadikan rangka kerja asas dalam aktiviti

perancangan dan pembangunan bandar; dan

ii. DPN dilaksanakan di pelbagai Kementerin, jabatan dan

agensi di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.

85. DPN telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Ong Ka Ting,

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 9

November 2006 bersempena Sambutan Hari Perancangan

Bandar Sedunia 2006.

86. Scera peribadi, saya merasakan bahawa DPN dan RFN ini

sesuai dijadikan sebagai asas utama kepada pembelajaran

khususnya dalam bidang perancangan bandar dan wilayah

terutamanya dalam topik perancangan makro kerana ia

melibatkan dasar-dasar utama di peringkat negara dan

antarabangsa.

22

Page 23: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Kajian Profil Bandar 87. Kajian Profil Bandar (KPB) ini disediakan susulan dari DPN2,

Langkah III iaitu “Mewujudkan Sistem Maklumat Bandar

Melalui Kajian Profil Bandar”. Kajian Profil Bandar meliputi 2

Fasa iaitu KPB Fasa 1 (Tahun 2009) melibatkan 150 buah

bandar manakala KPB2 (Tahun 2013) melibatkan 99 buah

bandar.Keseluruhan Kajian KPB Fasa 1 dan KPB2

memprofilkan 249 bandar di Semenanjung Malaysia.

88. Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan sempadan

bandar bagi setiap bandar serta mewujudkan sistem

maklumat mengenai profil bandar tersebut. Sempadan

bandar ini adalah penting untuk mendapatkan keseragaman

khususnya dari segi data-data perbandaran yang digunakan

oleh semua agensi diseluruh negara. Pada masa kini definisi

dan sempadan bandar yang digunakan adalah berbeza-beza

mengikut agensi.

NKRA Mengurangkan Jenayah- Program Bandar Selamat

89. Di bawah GTP 1.0, NKRA Mengurangkan Jenayah bermula

dari tahun 2010 sehingga 2012, JPBD di bawah KPKT

bertanggungjawab melaksanakan 2 daripada 55 inisiatif

yang disyorkan oleh Lab GTP 1.0 iaitu:

23

Page 24: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

i. NKPI 1.2.1 : Mengaktifkan semula dan memperluaskan

Program Bandar Selamat di 151 PBT seluruh negara,

dan

ii. NKPI 1.1.4 : Mempertingkatkan kemudahan

keselamatan rumah melalui Crime Prevention Through

Environmental Design (CPTED)

89. Pelaksanaan NKRA Mengurangkan Jenayah Bandar

Selamat adalah satu-satu program JPBD KPKT yang

dilaksanakan secara kolobrasi dan smart partnership

terutamanya KDN, PDRM dan PBT dengan menumpukan

kepada pencegahan jenayah jalanan di kawasan hotspot

90. Pada tahun 2010, Pelaksanaan langkah Program Bandar

Selamat hanya bertumpu di 12 PBT hotspots (DB Kuala

Lumpur, MB Shah Alam, MB Petaling Jaya, MP Klang, MP

Selayang, MP Subang Jaya, MP Ampang Jaya, MB Johor

Bahru, MP Johor Bahru Tengah, MP Pasir Gudang, MP

Pulau Pinang dan MP Seberang Perai).

91. 12 PBT hotspots telah menyumbangkan sebanyak 70%

daripada keseluruhan jenayah jalanan di negara ini pada

tahun 2009, dan tindakan ini akan memberi impak “big result fast” .

24

Page 25: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

92. Dari tahun 2011 sehingga 2012 pelaksanaan langkah PBS

diperluaskan kepada semua 151 PBT di seluruh negara

termasuk 24 PBT di Sabah dan 26 PBT di Sarawak. PDRM

membantu mengenal pasti semua kawasan hotspot di

semua PBT terlibat.

93. Sehingga akhir 2012, langkah PBS telah dilaksanakan di

semua PBT iaitu:-

i. 18,102 unit lampu telah dinaik taraf dan dipasang baru,

ii. 2,460 unit cermin keselamatan

iii. 280.7 KM tonggak jalan atau rel penghadang

(panjangnya sejauh dari Kuala Lumpur hingga Ipoh)

iv. 3 unit Penggera keselamatan

v. 1,165 unit papan tanda talian kecemasan PDRM

vi. 34,813 unit tempat letak motosikal berkunci telah

disediakan,

vii. sebanyak 35 PBT dan 216 daripada 764 balai polis di

seluruh negara mempunyai Sistem Pemantauan Bandar

Selamat (SPBS) termasuk peningkatan kapasiti talian

internet di balai polis terlibat.

viii. 496 CCTV (Fasa 1: 496 CCTV telah dipasang di 25 PBT di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan – RM70 juta)

25

Page 26: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) atau Pemetaan GIS bagi Jenayah dan Program Bandar Selamat

94. SPBS dibangunkan semenjak 2010 di atas persetujuan

PDRM KDN untuk membuka Sistem Pelaporan Polis (PRS)

supaya maklumat dan data jenayah dapat dikongsi dengan

JPBD KPKT dan PBT.

95. Matlamat ini dapat dicapai melalui pengintegrasian elemen

penandaan kejadian jenayah di atas peta GIS dalam Sistem

Pelaporan Polis (PRS) di balai polis. Tujuan:

i. Memantau keberkesanan PBS

ii. Mengenal pasti kawasan hotspots jenayah sedia ada

dan berpotensi, corak jenayah mengikut masa (aoristic)

dan corak jenayah yang berulang;

iii. Menyediakan maklumat untuk penguatkuasaan langkah

pencegahan jenayah oleh PDRM dan PBT

96. Sehingga tahun 2013, SPBS telah dibangunkan di 127 PBT

daripada 151 PBT atau meliputi 84% , 414 daripada 764

balai polis (54.2%) di seluruh negara. Dijangka sehingga

2015 SPBS dapat dibangunkan di semua PBT dan balai

polis yang mempunyai PRS. SPBS ditadbirkan oleh Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa, SM KKBPKT. Satu unit baru

disyorkan untuk diwujudkan di JPBD bagi mentadbir sistem

ini secara berterusan dan tanpa gangguan.

26

Page 27: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

GTP 2.0 (2013-2015) NKRA Mengurangkan Jenayah

97. GTP 2.0 (2013-2015) NKRA Mengurangkan Jenayah

mempunyai 35 inisiatif dengan sasaran :-

i. Penurunan indeks jenayah keseluruhan sebanyak 5 %

setiap tahun

ii. Penurunan indeks jenayah pecah rumah sebanyak 5%

setiap tahun

iii. Peningkatan persepsi rasa selamat orang awam

sebanyak 5% setiap tahun

98. JPBD telah dipertanggungjawabkan melaksanakan 2 daripada 35 inisiatif iaitu:-

i. Inisiatif Pemutihan Black Spot merupakan projek

iconic GTP 2.0 NKRA Jenayah untuk mengurangkan perasaan takut menjadi mangsa jenayah (fear of

becoming victim of crime);

ii. Meningkatkan ciri-ciri keselamatan rumah melalui

CPTED untuk mengurangkan indeks jenayah pecah

rumah

27

Page 28: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS)

99. Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) diperkenalkan untuk

mengubah kaedah penyampaian perkhidmatan kepada

rakyat dengan melaksanakan projek-projek luar biasa untuk

menangani isu-isu yang menyentuh hati rakyat dengan cepat

(1 hingga 5 bulan), murah serta berimpak tinggi.

100. Sumber-sumber sedia ada yang terdapat di pelbagai

kementerian, jabatan, agensi serta swasta peringkat

persekutuan, negeri dan tempatan diguna pakai secara

maksimum dan bersepadu.

101. Melibatkan tidak kurang 32 jentera kerajaan iaitu 12 Kementerian (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan

Wilayah, Pertanian, Kewangan, Dagangan Dalam Negeri

dan Koperasi, Sumber Manusia, Pembangunan Wanita dan

Komuniti, KKBPKT, Dalam Negeri, Kesihatan, Pertahanan,

Pelancongan, dan Pendidikan Tinggi) serta 10 jabatan dan agensi kerajaan (MAMPU, Angkatan Tentera Malaysia

(ATM), PDRM, JPA, EPU, Unit Kerjasama Awam Swasta

(UKAS), National Strategic Cordination Unit (NSCU) dan

1M4U).

28

Page 29: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

102. Pelaksanaan NBOS dipantau oleh Ketua Setiausaha Negara setiap minggu dalam Mesyuarat Pre Summit NBOS, setiap bulan oleh Penasihat NBOS (Prof. W. Chan Kim) dalam Mesyuarat Summit NBOS, dan setiap 6 bulan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Mesyuarat Summit NBOS bersama YAB Perdana Menteri akan diadakan 18 Jun 2013.

103. Semua KSU dan Ketua Jabatan yang terlibat adalah ahli

Mesyuarat Pre dan Summit NBOS. Jabatan Perancangan

Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia ditugaskan

sebagai Urusetia Induk NBOS KPKT.

Penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW)

104. Ditubuhkan dibawah peruntukan subseksyen 6(A) Akta 172,

Memperuntukkan bahawa selepas berunding dengan Pihak

Berkuasa Negeri yang berkenaan, MPFN boleh menubuhkan

Jawatankuasa Perancang Wilayah yang terdiri daripada

sesuatu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau

lebih.

105. Penubuhan JPW bagi Kawasan Bersempadanan antara

Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah diluluskan oleh

Mesyuarat MPFN pada 27 Julai 2012.

29

Page 30: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Kajian Central Forest Spine (CFS) : Pelan Induk Rangkaian Ekologi 106. Central Forest Spine (CFS) seperti yang diterjemahkan di

dalam RFN merupakan tulang belakang bagi rangkaian

Persekitaran Kawasan Sensitif dalam Semenanjung

Malaysia, yang terdiri daripada empat (4) kelompok hutan

iaitu:

i. Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran

Nakawan;

ii. Taman Negara-Banjaran Timur;

iii. Pahang Tenggara, Chini dan kawasan berpaya Bera;

iv. Taman Negara Endau Rompin-Rezab Hidupan Liar

Kluang.

107. Pelan Induk ini telah menyediakan rangka kerja untuk:

i. Strategi rangkaian untuk mewujudkan kesinambungan di

antara kompleks-kompleks hutan atau kelompok-

kelompok hutan utama di mana rangkaian utama dan

rangkaian sekunder dikenalpasti;

ii. Cadangan pencegahan, inisiatif dan tindakan yang

diperlukan dalam Strategi Rangkaian yang telah

dicadangkan; dan

iii. Mekanisme pelaksanaan bagi melaksanakan

kesinambungan koridor.

30

Page 31: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

108. Keseluruhannya, sebanyak 37 rangkaian telah dikenalpasti

yang melibatkan rangkaian utama dan 20 rangkaian

sekunder. Kombinasi kesemua rangkaian ini akan dapat

mewujudkan kesinambungan dalam CFS dan

menterjemahkan polisi RFN 19.

Penambahbaikan Urusan Rundingan Bagi Projek-Projek Jabatan Kerja Raya 109. Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membangkitkan isu

mengenai kelewatan kelulusan kebenaran merancang dari

pihak berkuasa tempatan (PBT) semasa Mesyuarat

Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN) pada 30 April

2009. JKR antara lain turut mencadangkan supaya pihak

JKR dan pihak-pihak yang diberi kuasa boleh

mengemukakan pemberitahuan pembangunan sahaja

kepada PBT dan tidak perlu mengemukakan permohonan

kebenaran merancang.

110. Bagi mengatasi masalah tersebut, KPKT telah

mencadangkan supaya pendekatan rundingan dijadikan

sebagai kaedah bagi mempercepat proses permohonan bagi

projek-projek Kerajaan.

111. Pada 8 Julai 2009, Memorandum Penambahbaikan Urusan

Rundingan Bagi Projek-Projek Jabatan Kerja Raya telah di

31

Page 32: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

bentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Tujuan

memorandum ini adalah untuk mendapat persetujuan

Jemaah Menteri berkenaan cadangan Penambahbaikan

Urusan Rundingan Bagi Semua Projek Jabatan Kerja Raya.

112. Sehubungan itu, JPBD melalui KPKT telah mengeluarkan

Pekeliling KSU yang bertujuan memberi penjelasan dan

panduan supaya semua projek-projek Kerajaan yang

dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) hendaklah

berunding dengan Jawatankuasa Perancang Negeri

sepertimana peruntukan seksyen 20A, Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), untuk pertimbangan

pengecualian kebenaran merancang sebelum dilaksanakan.

Pekeliling ini telah diedarkan kepada Ketua Setiausaha

Kementerian Kerja Raya, Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan

Negeri dan Semua Pihak Berkuasa Tempatan.

MURNInets

113. MURNInet adalah merupakan singkatan kepada Jaringan

Penunjuk-Penunjuk Bandar Malaysia (Malaysian Urban

Indicators Network). Ia adalah merupakan satu pendekatan

yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah

bandar serta kawasan gabungannya melalui

penggunaan Penunjuk-Penunjuk Bandar.

32

Page 33: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

114. Objektif asal MURNInet adalah untuk :

i. Menentukan tahap kemampanan setiap bandar dalam

negara berdasarkan Penunjuk Bandar Malaysia;

ii. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap bandar

mengikut penunjuk;

iii. Mencadangkan peluang-peluang penambahbaikan

bagi mencapai tahap mampan; dan

iv. Menjadikan MURNInet sebagai alat mengukur bagi

pelbagai peranan termasuk pentadbiran, teknikal,

penglibatan awam dan pemantauan pelaksanaan

pelan tindakan.

115. MURNInets ini merangkumi set penunjuk di bawah 6 dimensi

dan 21 tema dan 36 petunjuk yang menggambarkan tahap

kemampanan bandar di Malaysia. Melalui penunjuk

MURNInets ini, tindakan boleh dirangka untuk dilaksanakan

oleh PBT ke arah pembangunan mampan. Dalam konteks ini,

penekanan boleh diberi dalam mewujudkan persekitaran

perbandaran yang mampan dengan penyediaan perumahan

dan perkhidmatan yang berkualiti.

116. Sebanyak 32 bandar telah di anugerahkan sebagai bandar

mampan bagi penilaian pada tahun 2013 dan hadiah telah

disampaikan kepada semua penerima pada Sambutan Hari

Perancangan Bandar Sedunia 2013 yang telah diadakan

pada 12 November 2013.

33

Page 34: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008

117. Selaras dengan komitmen Jabatan dalam meningkatkan

kualiti perkhidmatan di samping memenuhi harapan

pelanggan dan seiring dengan pelaksanaan standard terkini

iaitu MS ISO 9001:2008, Jabatan telah mendapat

pengiktirafan taraf pensijilan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM

QAS International Sdn. Bhd. pada 7 Januari 2010 dengan

skop perdaftaran bagi perkhidmatan perancangan bandar

dan desa yang meliputi kesemua perkhidmatan teras seperti

Kajian RFN, Rancangan Wilayah, RS, RT, Kajian

Penyelidikan Perancangan dan Aktiviti di bawah peruntukan

Akta 172 serta aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perancangan

bandar dan desa. 118. Untuk makluman, JPBD baru sahaja diaudit untuk pensijilan

Semula (recertification) pada 25 hingga 27 November 2013

yang lalu dan telah disahkan oleh SIRIM untuk diberi

pensijilan semula setelah pihak SIRIM mendapati tiada

Peluang penambahbaikan (Oppurtunity For Improvement)

dan ketidakpatuhan (Non Comformity Record) dicatatkan. 119. Untuk imbasan, JPBD sebenarnya telah memperolehi

Persijilan MS ISO 9001:2000 pada 7 Januari 2005 di bawah

skop pendaftaran bagi MS ISO 9001:2000 Bahagian

Rancangan Pembangunan (Aktiviti Rancangan Tempatan)

sahaja.

34

Page 35: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Pemantapan Struktur Organisasi JPBD

120. Dalam menangani cabaran-cabaran tugas, saya sebagai

ketua sebuah organisasi juga hendaklah memastikan

kecekapan serta keberkesanan pelaksanaan fungsi dapat

dijalan dengan sebaiknya. Bagi meastikan perkara tersebut,

pemantapan terhadap struktur organisasi perlu dilaksanakan

bagi memastikan JPBD mencapai matlamat untuk menjadi

organisasi yang cermerlang, gemilang dan terbilang dalam

bidang perancangan bandar dan desa.

121. Selaras dengan itu, pemantapan struktur organisasi JPBD

telah dilaksanakan dan diluluskan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) pada 16 April 2008 melalui

waran Bil. S.87 tahun 2008 walaupun kertas pemantapan ini

telah disediakan seawal tahun 2005. Alhamdulillah,

pemantapan ini telah menaikkan taraf jabatan

keseluruhannya dengan kenaikan gred Ketua Pengarah ke

Gred Utama JUSA A, dan dua (2) Timbalan Ketua Pengarah

ke Gred Utama JUSA B.

122. Sementara itu, kenaikan gred juga melibatan dua (2)

Pengarah JPBD Negeri iaitu Pulau Pinang dan Pahang, dua

(2) pengarah bahagian iaitu Bahagian Penyelidikan dan

Pembangunan dan juga Bahagian Rancangan Fizikal

Negara ke Gred Utama JUSA C.

35

Page 36: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

123. Kenaikan gred yang lain melibatkan penambahan bilangan

gred 54, 52, 48, 44,36, 26,22 dan seterusnya penambahan

bilangan gred lantikan di mana bagi kategori pengurusan

dan professional adalah gred 41 dan kumpulan pelaksana

gred 29, 17 dan kumpulan gunasama yang ditempatkan di

jabatan ini bagi membantu pentadbiran jabatan.

124. Pada keseluruhannya, peratus pertambahan adalah lebih

kurang 25% daripada jumlah asal perjawatan jabatan.

Pengisian perjawatan dilaksanakan dengan segera secara

berperingkat. Struktur organisasi sebenar masih sama di

mana enam (6) bahagian termasuk empat (4) Pejabat Projek

di bawah dua (2) Timbalan Ketua Pengarah dan 11 JPBD

Negeri di bawah Ketua Pengarah.

Penarafan Bintang (Star Rating) oleh MAMPU 125. Jabatan telah menerima penarafan 4 BINTANG oleh pihak

MAMPU pada September 2010. Hasil penilaian adalah

merangkumi tiga (3) komponen iaitu Komponen Pengurusan,

Perkhidmatan Teras dan Pengurusan Pelanggan.

36

Page 37: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Malaysian Government Portal and Websites Assessment oleh Multimedia Development Corporation (MDEC) 126. JPBD juga telah dianugerahkan 5 bintang bagi Malaysia

Government Portals and Websites Assessment (MGPWA)

pada tahun 2013 yang telah dilaksanakan oleh MDEC dan

MAMPU. Bagi penilaian tahun 2013 ini JPBD telah

mendapat tempat ke-6 daripada keseluruhan 1,285 portal

dan website agensi kerajaan yang telah dinilai.

127. Untuk makluman bagi tahun 2011 JPBD juga telah

mendapat penarafan 5 bintang manakala bagi tahun 2012

JPBD diberikan penarafan 4 bintang.

Budaya Kerja JPBD

128. Pengwujudan Budaya Kerja JPBD merupakan satu usaha

Jabatan untuk memupuk budaya kecemerlangan di kalangan

warga JPBD serta mereaslisasikan usaha-usaha ke arah

peningkatan kualiti dan produktiviti perkhidmatan Jabatan.

Bagi memastikan semua budaya kerja JPBD sentiasa

dijadikan amalan dalam perkhidmatan, Jabatan telah

memperlengkapkan Budaya Kerja 8K dengan penambahan

2 lagi nilai iaitu Kreativiti dan Inovasi dan Kesegeraan.

37

Page 38: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

1. KETAQWAAN Taat perintah Allah dan bekerja sebagai satu amalan ibadat

2. KEINDAHAN Melaksanakan tugas-tugas secara konsisten bagi mencapai kecekapan dan kredibiliti Jabatan

3. KESOPANAN Mengamalkan sifat hormat menghormati, toleransi dan muafakat bagi mewujudkan organisasi yang mesra di kalangan kakitangan dan pelanggan

4. KEMESRAAN Mewujudkan suasana kemesraan dan kekeluargaan di kalangan lapisan pegawai

5. KOMITMEN Menjalankan tugas-tugas dengan penuh iltizam bagi mencapai objektif dan wawasan Jabatan

6. KONSISTEN Melaksanakan tugas-tugas secara konsisten bagi mencapai kecekapan dan kredibilii Jabatan

7. KEBOLEHPERCAYAAN Amanah dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan

8. KECEMERLANGAN

Sentiasa berusaha untuk menjadikan Jabatan sebagai Pusat Kecemerlangan dalam perkhidmatan perancangan bandar dan desa.

9. KREATIVITI DAN INOVASI Melahirkan idea-idea yang kreatif dan berinovasi

10. KESEGERAAN Sentiasa peka, responsif dan cepat dalam mencari penyelesaian

38

Page 39: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

PENEKANAN MASA HADAPAN (WAY FORWARD) Liberalisasi Sektor Perkhidmatan Perancangan Bandar

129. Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa merupakan

subsektor perkhidmatan yang telah dikenal pasti bagi tujuan

liberalisasi. JPBD Semenanjung Malaysia terlibat secara

langsung sebagai fasilitator dalam melaksanakan Inisiatif

Makmal Liberalisasi Sektor Perkhidmatan Perancangan

Bandar antara Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan

(PEMANDU) dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia

(LPBM). JPBD Semenanjung Malaysia selaku custodian

kepada perkhidmatan ini memainkan peranan penting bagi

memikul tanggungjawab dalam menyelaras dan memberi

perkhidmatan terbaik ke arah proses liberalisasi.

130. Lanjutan itu, sebanyak lapan (8) inisiatif telah dibentuk untuk

memastikan liberalisasi Sektor Perkhidmatan Perancangan

Bandar dapat dilaksanakan iaitu :

Inisiatif 1 : Review Amendment to Town Planners Acts 1995 (Act 538) and Develop Domestic Regulations;

Inisiatif 2 : Develop Domestic Regulations;

Inisiatif 3 : Management System Based on International Standards;

Inisiatif 4 : Accreditation of Tertiary Education Programs For Urban Planning To Be Based On International Standards;

39

Page 40: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Inisiatif 5 : Mutual Recognition Agreements (MRA) With Selected Countries To Enable Access To Foreign Markets;

Inisiatif 6 : Promote Malaysian Town Planners and Showcase Malaysian Urban Planning;

Inisiatif 7 : Market Intelligence System;

Inisiatif 8 : Technical Cooperation Program.

40

Page 41: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

131. Liberalisasi adalah pembukaan pasaran yang memberi

pilihan yang lebih luas bagi barangan atau perkhidmatan

kepada pengguna yang menyumbang kepada kepuasan

pengguna. Kemasukkan barangan atau pemberi

perkhidmatan ke pasaran tempatan akan menyemarakkan

persaingan daripada pelbagai aspek seperti kualiti, kos dan

penggunaan teknologi yang lebih canggih. Persaingan akan

berupaya meningkatkan kecekapan dan menggalakkan

inovasi dan kreativiti di kalangan pemberi perkhidmatan di

pasaran dan seterusnya akan meransang pertumbuhan

ekonomi Negara.

132. Status bagi Inisiatif-Inisiatif ini adalah seperti berikut:

Inisiatif 1 : Review Amendment to Town Planners Acts 1995 (Act 538) and Develop Domestic Regulations; Pasukan kerja ini telah mencapai 75% bagi kemajuan

kerja sehingga September 2013. Kedudukan semasa

Draf Kertas Cadangan Pindaan Akta 538 ini adalah

sedang dalam semakan Bahagian Undang-Undang

KPKT. Bengkel Penyediaan Domestic Regulation

bersama Stakeholders-Kaedah-Kaedah Perancangan

Bandar 1998 di bawah Akta 538 telah diadakan pada

20 Jun 2013. Pasukan Kerja 1 dalam proses untuk

memantau dan memastikan Draf Undang-Undang

Akta 538 dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi

Mac 2014.

41

Page 42: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Inisiatif 4 : Accreditation of Tertiary Education Programs For Urban Planning To Be Based On International Standards; Ringkasan Kerta Kerja bertajuk Internationalization of

Urban Planning Education telah dibentangkan. Kertas

Kerja ini merumuskan input yang diperolehi

Perunding Perancang Bandar Tempatan dan Pakar

dari luar (External Experts) iaitu Emeritus Professor

Ted Kitchen dan Dr. Belinda Yuen terhadap jurang

dalam bidang pendidikan Perancang Bandar dan hala

tuju masa hadapan (possible way forward) melalui

perbincangan kumpulan fokus (focus group

discussion), borang soal selidik, perbincangan

dengan 5 Universiti (UiTM, UIAM, UTM, UM dan

USM) dan sesi dialog.

Inisiatif 5 : Mutual Recognition Agreements (MRA) With Selected Countries To Enable Access To Foreign Markets;) Penjelasan telah diperolehi dari pihak MITI

berhubung way forward bagi MRA Perancangan

Bandar iaitu merujuk kepada mesyuarat Business

Services Sectoral Working Group pada 28 September

2012 di Kuala Lumpur, para 24 menyatakan bahawa

mesyuarat telah bersetuju untuk memberi fokus

kepada MRA sedia ada dan tidak membincangkan

42

Page 43: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

berkenaan MRA terhadap perkhidmatan

Perancangan Bandar buat masa ini. Semakan

semula dengan pihak MITI perlu dilakukan untuk

memastikan persetujuan Menteri-Menteri di peringkat

ASEAN terhadap perkara ini.

Internationalization of Planning Education

133. Berdasarkan kepada pembentangan oleh Prof. Madya Wan

Mohamed Yusoff bin Abdullah selaku wakil kepada

Jawatankuasa Kecil Perhubungan Antarabangsa semasa

Mesyuarat Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM)

pada 7 November 2013 telah merumuskan kandungan

Laporan Akhir Internationalization of Urban Planning

Education yang telah dilaksanakan.

134. Pembentangan ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Wan

Mohamed Yusoff bin Abdullah yang telah memperincikan

output dari kajian bagi mengenalpasti jurang graduan

perancangan bandar di Malaysia dalam pasaran yang luas

serta mengkaji kurikulum perancangan bandar dalam

menyokong program pengantarabangsaan serta inisiatif

liberalisasi bidang perkhidmatan perancangan bandar di

Malaysia. Kajian meliputi 2 aspek iaitu:

43

Page 44: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

i. Local expert Dijalankan dalam bentuk soalselidik, wawancara dan

Focus Group Discussion (FGD) terhadap firma

perancangan bandar, pemaju, Pihak Berkuasa

Tempatan serta akademia. Soal selidik telah diadakan

pada 16 hingga 23 November 2013 melibatkan 30

firma daripada 101 firma yang berdaftar dengan

Malaysia Institute of Planners (MIP) dan dipilih secara

rawak berdasarkan lokasi dan saiz organisasi.

ii. External Expert Sesi FGD bersama IPTA dan sesi bersama pakar luar

negara telah diadakan. Bagi FGD yang melibatkan

institusi pengajian tinggi perancangan bandar, seramai

30 orang akademia telah terlibat (UTM, UiTM, UIA,

USM dan UM) dan telah diadakan pada 29 November

2012.

Bagi sesi bersama pakar luar pula, dua pakar telah

dibawa iaitu Professor Emeritus Ted Kitchen dan Dr

Belinda Yuen. Program perbincangan melibatkan

pakar-pakar ini dengan 3 universiti sekitar Lembah

Klang (UiTM, UIA dan UM) telah diadakan pada 11-13

Disember 2012. Manakala bagi UTM dan USM tidak

dapat diadakan atas faktor kekangan masa, jarak dan

kos.

iii. Rumusan

44

Page 45: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

135. Hasil daripada kajian ini, beberapa penemuan telah

dicatatkan seperti berikut :

i. Restrictions linked to existing accreditation system;

ii. Education programs focus on physical planning;

iii. Limited sharing of knowledge and manpower resources within urban planning community; and

iv. Poor analytical, communication and appraisal skills among students.

136. Bagi menangani isu yang timbul ekoran penemuan-

penemuan tersebut, beberapa cadangan telah diutarakan

oleh kajian ini :

i. In producing urban planning graduates that satisfy

international standard, the urban planning programs should be reviewed to facilitate competitive

participation at international level;

ii. The urban planning process should comprise of various expertise inputs such as the sociology,

economic and market analysis, engineering, traffic and

transportation, architecture, landscape, bio-diversity,

geology, among others; to enhance the quality of

planning and making support services relevant to the

planning profession;

iii. Smart partnership between urban planning practitioners in both public and private sectors with the institutions of higher learning to enable the

graduates to have better exposure, skills and

knowledge as required by the industry;

45

Page 46: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

iv. The universities should also build greater collaboration with local and foreign urban planning

practitioners;

v. Engaging the private sector in curriculum development and dissemination of latest urban

planning information would enable the universities to

be more industry-responsive;

vi. Promotion of knowledge and manpower sharing

between public and private sectors can be done

through contractual employment;

vii. The establishment of an “Institute of Urban Studies”, which is a multi-disciplinary institute focused on

research and development, training and education of

all urbanization aspects, is envisaged; and

viii. Bilateral agreements between Malaysia and other

countries can help promote the exportation of

Malaysian urban planning services and education. The

focus should be on the emerging developing countries.

137. Rumusan telah memperincikan halatuju/way forward seperti

berikut :

i. Review the entry requirement - The admission criteria

should be sufficiently high in standard and always seek

look for good quality student rather than quantity of the

student.

46

Page 47: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

ii. Review the Board of Town Planners accreditation criteria - The accreditation of the Board of Town Planners

on the urban planning curriculum should allow for

flexibility. The content of the academic programme

should integrate the teaching of theory and practice.

Further the programme should promote creative, strategic

and integrative thinking. The international and global

concern should be incorporated in the syllabus.

Postgraduate programme should be accredited as this

programme promote graduate to have better knowledge

and skills in specific areas of expertise as required by the

market;

iii. Enhance International Education linkages - The Global

Planning Education Association Network could play a role

in providing the platform for linkage with the international education linkages. Further the linkage

could be established through visiting lecturers, exchange

programme, international guest lecturer and etc;

iv. Greater collaboration with private/public sector - There are many good practitioner of urban planning in the

market locally and globally. The urban planner should be

invited to participate in the teaching to share their experience and knowledge; and

47

Page 48: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

v. Involvement in overseas planning through government to government agreement - The

government to government agreement allows for sharing of resource management between the countries. The

government should tie connection especially with the third

world and developing countries to promote the Urban

Planning Services.

138. Secara keseluruhannya, mesyuarat LPBM bersetuju

terhadap lima perkara dalam halatuju/way forward seperti

yang dibentangkan kecuali perkara yang kedua. Ini adalah

kerana mesyuarat membuat keputusan bahawa tiada

persoalan mengenai fleksibiliti patut timbul dan graduan

perancangan bandar perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda

dalam bidang Perancangan Bandar dan bukan bidang lain.

Ijazah Sarjana atau Kedoktoran dalam bidang lain yang

berkaitan adalah suatu nilai-tambah.

139. Mesyuarat turut memutuskan bahawa perkara ini perlu

dibentangkan semula dalam mesyuarat akan datang bagi

mendapatkan persetujuan ahli lembaga yang lain.

48

Page 49: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Penyediaan Pelan Pelaksanaan

140. Berdasarkan senario pembangunan negara, penekanan

projek-projek pembangunan di bawah RMKe-11 perlu

diberikan terhadap aspek pelaksanaan atau implementation

centric. Fokus perlu menjurus kepada pelaksanaan dengan

memastikan projek atau program memberi faedah kepada

rakyat atau people centric initiatives. Penglibatan Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

dalam pelaksanaan sesuatu projek atau program adalah

melalui pendekatan seperti berikut :

i. Penyelarasan;

ii. Pemudahcara; dan

iii. Pelaksanaan.

141. Pendekatan penyediaan pelan pada masa akan datang

perlulah menekankan kepada konsep kebolehlaksanaan

atau dalam erti kata lain pelan yang disediakan adalah untuk

melaksanakan sesuatu projek yang telah dikenalpasti. 142. Penyediaan RKK pada masa akan datang juga perlu

dilaksanakan secara kolaborasi dengan agensi-agensi yang

berkaitan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD),

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi-agensi lain

yang telah dikenalpasti semasa pengenalpastian projek.

49

Page 50: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Garis Panduan Perancangan 131. Penyediaan garis panduan perancangan pada masa

hadapan perlu memberi perhatian kepada aspek

kemampanan. Garis panduan yang disediakan hendaklah

memikirkan tentang keperluan dan permintaan masyarakat

terhadap teknologi pintar. Pada masa yang sama,

pembangunan mampan perlu di ambilkira.

132. Justeru, bagi menepati keperluan masa hadapan, antara

garis panduan perancangan yang sedang dan telah

disediakan antaranya:

i. Garis Rekabentuk Bandar Padat dan Berdayahuni

Kajian Garis Panduan Perancangan dan Reka Bentuk

Bandar Padat Berdaya Huni dijalankan untuk mengenalpasti

komponen perancangan dan elemen reka bentuk bandar

yang perlu ada bagi menjadikan sesuatu bandar itu padat

dan berdaya huni dalam persekitaran dan budaya Malaysia.

Output kajian ini adalah satu garis panduan bagi memandu

penggubal dasar dan agensi pelaksana di peringkat

persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan serta

pemaju dalam melaksanakan pembangunan.

50

Page 51: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

ii. Garis Panduan Perancangan Ubiquitous City

Garis Panduan Perancangan ini disediakan sebagai

panduan kepada PBN, PBT, agensi teknikal serta pemaju

dan pihak yang berkepentingan dalam membangunkan

‘Ubiquitous City’ (U-City) selaras dengan usaha

mempertingkat inovasi pintar di dalam perancangan

pembangunan bandar untuk dimanfaatkan oleh generasi kini

dan akan datang.

Konsep U-City adalah bagi memberi nilai tambah kepada

pelaksanaan konsep bandar pintar yang telah sedia

diaplikasi di Malaysia dengan menerapkan penambahbaikan

berasaskan infrastruktur dan infostruktur ‘ubiquitous’ (ubiq). Garis panduan U-City ini bukan sahaja merujuk

kepada skala sebuah bandar tetapi ia juga boleh diterapkan

bagi pembangunan kecil seperti zon tertentu di dalam

sebuah bandar ataupun pembangunan sebuah kawasan

kejiranan sama ada di pembangunan baru dan juga bandar sedia ada.

51

Page 52: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

iii. Program Bandar Sejahtera Masa Depan (Future Cities)

Selain daripada menggubal garis panduan perancangan,

Jabatan juga sedang merangka Konsep Pembangunan

‘Future Cities’ atau Bandar Sejahtera selaras dengan

penekanan Kementerian kepada aspek kesejahteraan

bandar. Kekuatan ‘Future Cities’ adalah untuk mewujudkan

‘human-centered cities’ (penglibatan aktif masyarakat /

rakyat) dan ‘green-oriented development’ dalam aktiviti

pembangunan bandar dan kawasan penempatan. Bagi

tujuan ini, Jabatan akan menjalankan dua (2) program iaitu:

a. Kajian Kerangka Pelaksanaan Bandar Sejahtera

Malaysia (Malaysia Future Cities) pada tahun 2014 yang

akan menghasilkan ‘template’ dan panduan bagi

melaksanakan ‘Future Cities’ di peringkat kejiranan,

bandar kecil dan bandar besar; dan

b. Pembangunan Projek Perintis ‘Bandar Sejahtera

Malaysia’ di Kawasan Kejiranan sedia ada di sekitar

Lembah Kelang pada tahun 2015. Projek ini akan

mengaplikasi secara bersepadu dan menyeluruh inisiatif

kejiranan hijau, inisiatif pembangunan perumahan

mampan, inisiatif pembangunan ubiquitous city dan

inisiatif-inisiatif pembangunan penempatan warga emas

dan rekabentuk sejagat sebagaimana yang terkandung

di dalam garis panduan perancangan yang digubal oleh

JPBD.

52

Page 53: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

Centre Of Excellent 133. Selaras dengan fungsi JPBD yang merupakan salah satu

Jabatan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, satu institusi yang

bertanggungjawab terhadap kesejahteraan bandar telah

dicadangkan. JPBD telah dipertanggungjawabkan untuk

menyediakan kertas kerja bagi pelaksanaan ini.

134. Institusi ini atau dinamakan sebagai Centre Of Excellent

adalah merupakan satu badan yang bertanggungjawab bagi

tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi aspek

yang berkaitan dengan kesejahteraan bandar bersesuaian

dengan fungsi dan tanggungjawab KPKT.

135. Pada masa kini KPKT telah mempunyai Institut Latihan

KPKT atau dikenali sebagai I-KPKT yang menjalankan

fungsi pusat latihan kepada kesemua anggota KPKT. Namun

begitu, fungsi R&D dan penasihat (research and advisory) di

institut ini adalah kurang jelas dan dengan penubuhan

Centre of Excellent ini adalah diharapkan ia dapat saling

melengkapi (compliment each other) dan seterusnya menjadi

satu institusi unggul dalam bidang kesejahteraan bandar

yang merangkumi aspek perancangan bandar.

53

Page 54: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

136. Sebagai contoh beberapa institusi yang dijadikan penanda

aras dalam pembentukan Centre Of Excellent ini adalah

seperti Korean Research Institute for Human Settlement

(KRIHS), Centre for Liveable Cities (CLC) Asia di Singapura

dan LESTARI di Universiti Kebangsaan Malaysia.

137. Centre of Excellence ini akan memainkan 3 peranan utama

iaitu untuk menjalankan penyelidikan (research), memberi

pelajaran (educate) dan membudayakan ilmu (promote

knowledge) untuk kesejahteraan penduduk bandar.

138. Melalui penyelidikan, pusat ini akan menghasilkan

penemuan-penemuan saintifik/evident based untuk

menyokong penyelesaian secara inovasi, pembentukan

polisi dan membantu membuat keputusan bagi

meningkatkan kualiti kehidupan bandar.

139. Melalui pembelajaran, pusat ini akan membantu

meningkatkan capacity building & kompetensi melalui latihan

kepada penjawat awam dan eksekutif dalam bidang

perbandaran dari dalam dan luar negara.

140. Melalui pembudayaan ilmu pula, pusat ini akan

mempromosikan hasil-hasil penyelidikan dan inovasi melalui

penerbitan, wacana, pameran dan khidmat perundingan

kepada pihak yang berkepentingan dalam mencapai

kesejahteraan bandar.

54

Page 55: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

141. Adalah diharapkan dengan penubuhan Centre of Excellent

ini akan membuka lembaran baru kepada bidang

kesejahteraan bandar amnya dan khususnya kepada bidang

perancangan bandar dalam memastikan bahawa kualiti

hidup penduduk bandar di Malaysia adalah pada tahap yang

sejahtera.

PENUTUP

Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta hadirin sekalian

142. Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan

dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen

menyebabkan kita terasa dan adakalanya kita tidak perasan

bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas

itu jugalah tempoh perkhidmatan saya di JPBD.

143. Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai

aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari

setiap warga UTM terutamanya kepada semua pensyarah

dan, kakitangan akademik dan pelajar-pelajar atas segala

tutur kata dan perbuatan sepanjang perkhidmatan saya

sebagai Profesor Tamu di UTM ini. Yang baik itu datang

dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri.

55

Page 56: TEKS UCAPAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. … ucapan/Text_Ucapan_KP__UTM.pdf · dimbau kembali sejak pelantikan pertama saya sebagai Profesor Tamu sejak 1 ... perancangan bandar

144. Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan

berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun

jauh di mata, UTM akan tetap di hati saya apatah lagi UTM

juga tempat asal saya menimba ilmu sehingga berada ke

tahap ini. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman

berharga ini jauh di lubuk hati saya.

Sekian, saya sudahi dengan wabillahi taufiq walhidayah

assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

BAHAGIAN KORPORAT

JABATAN PERANCANGAN BANDAR & DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

DISEMBER 2013

56