teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri … yb skn... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan...

13
TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMPENA MAJLIS PENUTUP SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN DARI PERSPEKTIF JABATAN AUDIT NEGARA Pada 25 November 2013 (Isnin), Jam 4.30 Petang di Auditorium, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu

Upload: truongphuc

Post on 11-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

TEKS UCAPANY.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

SEMPENA MAJLIS PENUTUP SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN DARI PERSPEKTIF JABATAN AUDIT NEGARA

Pada 25 November 2013 (Isnin), Jam 4.30 Petang di Auditorium, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Kota Kinabalu

Page 2: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

2

Terima kasih pengacara majlis.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan

izinNya, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam satu program ilmu yang

cukup penting dan bermakna iaitu Seminar Pengurusan Kewangan Dari

Perspektif Jabatan Audit Negara Tahun 2013. Syabas dan tahiniah kepada

pihak penganjur atas penganjuran seminar ini. Saya merakamkan ucapan

terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur khususnya Setiausaha

Persekutuan Sabah atas kesudian menjemput saya untuk bersama-sama dan

seterusnya merasmikan penutupan seminar ini.

Page 3: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

3

OBJEKTIF SEMINAR

2. Sebagaimana dimaklumkan oleh Yang Berbahagia Setiausaha

Persekutuan Sabah, program ini merupakan program yang julung-julung kali

diadakan dengan matlamat utamanya adalah untuk memberikan kesedaran

kepada ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai yang berkaitan dengan

pengurusan kewangan, perolehan Kerajaan dan juga ketidakpatuhan terhadap

peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

3. Di pihak Perkhidmatan Awam Negeri, dan sudah tentunya saya percaya

di pihak Setiausaha Persekutuan Sabah juga, amat mengalu-alukan

penganjuran program seperti ini, khususnya selepas pembentangan Laporan

Ketua Audit Negara 2012 yang dibuat pada 01 Oktober yang lepas. Matlamat

penganjuran program ini bukanlah untuk mencari salah sesiapa atau

Page 4: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

4

mensasarkan jabatan dan agensi-agensi tertentu dalam perbincangan atau

pembentangan kertas kerja hari ini, seperti mana yang terdapat dalam

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012.

4. Sebaliknya, penganjuran seminar sehari ini, adalah bermotifkan untuk

memberi kesedaran bagi tujuan ‘pencegahan’ atau lebih kepada ‘preventive

actions’ yang boleh diambil oleh pegawai-pegawai yang

dipertanggungjawabkan untuk mengurus hal-ehwal kewangan Kerajaan.

PENGANJURAN PROGRAM SECARA KOLABORASI

5. Saya juga amat amat mengalu-alukan penganjuran program secara

bekerjasama atau kolaborasi antara agensi-agensi Kerajaan Negeri dan

Kerajaan Persekutuan seperti yang kita adakan pada hari ini. Tahniah kepada

Page 5: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

5

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia dan MAMPU Sabah kerana dapat bersama-

sama menganjurkan program seperti ini. Di pihak Perkhidmatan Awam Negeri,

kami mengucapkan terima kasih kerana menjemput Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri dan agensi-agensi Kerajaan Negeri untuk turut sama

menjayakan program perkongsian ilmu seperti yang kita adakan pada hari ini.

Ini membuktikan adanya kerjasama erat di antara kita agensi-agensi negeri

dan persekutuan di negeri ini.

KESERIUSAN KERAJAAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

6. Seperti kita sedia maklum, Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Yang

Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman selaku Ketua Menteri

dan Menteri Kewangan amat menitik beratkan pengurusan kewangan yang

Page 6: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

6

efisien. Dalam ucapannya semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan

Pengurusan Kewangan agensi-agensi Kerajaan Negeri Sabah pada 19

November yang lepas, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menggesa

supaya sektor perkhidmatan awam sentiasa beriltizam untuk memperbaiki

kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

7. Sebagai makluman, dalam majlis tersebut, sebanyak 9 buah agensi

Kerajaan Negeri telah diberi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan

Berdasarkan Indeks Akauntabliti (AI) Tahun 2012. Jumlah agensi yang

mendapat empat bintang (iaitu bintang tertinggi dalam indeks akauntabliti)

bertambah kepada 9 agensi pada tahun 2012 berbanding 6 agensi pada tahun

2011. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat serius dalam perkara-

perkara berkaitan pengurusan kewangan dan sentiasa menekankan betapa

Page 7: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

7

pentingnya agensi-agensi memastikan pengurusan kewangan mereka berada

pada tahap kepatuhan yang tinggi setiap tahun.

8. Dalam majlis tersebut juga, Ketua Audit Negara telah mengumumkan

bahawa buat tahun ke-13 berturut-turut, pengurusan kewangan Kerajaan

Negeri telah menerima apa yang dipanggil sebagai “Clean Bill of Certificate”

dari Jabatan Audit Negara. Sudah tentu apa yang dicapai ini sangat

membanggakan kita semua, tetapi pencapaian tersebut tidak akan diperolehi

tanpa kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat.

ISU-ISU DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012

9. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 telah pun dibentangkan di

Parlimen pada 01 Oktober yang lepas. Pelbagai perkara didedahkan dalam

Page 8: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

8

laporan tersebut berhubung aspek-aspek pengurusan kewangan. Unsur-unsur

ketidakpatuhan ke atas pengurusan kewangan, pemborosan, pembaziran,

penyelewengan dan ketidak cekapan pengurusan perolehan Kerajaan oleh

agensi-agensi tertentu menjadi hasil dapatan dan auditan Jabatan Audit

Negara pada tahun 2012. Seperti yang dilaporkan juga, ada kertas siasatan

yang telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

untuk melihat dan mengkaji sama ada terdapat unsur-unsur penyelewangan

dan rasuah oleh pegawai-pegawai dan kakitangan tertentu dalam kes-kes

ketidakpatuhan pengurusan kewangan seperti yang dilapor dalam Laporan

Ketua Audit Negara Tahun 2012 tersebut.

10. Sudah tentu laporan yang menyentuh aspek-aspek ketidakpatuhan

pengurusan kewangan tersebut memberi impak dan implikasi tertentu, bukan

Page 9: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

9

sahaja kepada jabatan dan Kementerian terbabit, tetapi juga kepada masa

depan dan nasib penjawat awam sekiranya terbukti terlibat dalam

penyelewengan dan rasuah. Saban tahun Laporan Ketua Audit Negara

dibentangkan, dan setiap kali pembentangan tersebut jugalah akan

didedahkan kelemahan-kelemahan aspek pengurusan kewangan yang

kadangkala merupakan kesalahan berulang setiap tahun.

SARANAN KEPADA AGENSI NEGERI

11. Saya percaya, kita semua sedar bahawa pengurusan kewangan dan

akaun mesti diurus mengikut undang-undang dan peraturan bagi memastikan

semua sumber diurus dengan cekap, berkesan dan tidak membazir serta

memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan menepati dan mencapai objektif

yang ditetapkan. Pada kesempatan ini, saya sekali lagi ingin mengingatkan

Page 10: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

10

semua Ketua Jabatan khususnya agensi negeri, pengurus-pengurus

kewangan dan mereka yang dipertanggungjawabkan mengurus ‘dana awam’

di agensi masing-masing tentang akauntabiliti dalam pengurusan kewangan

dan akaun di agensi masing-masing. Maksudnya, kita perlu bertanggungjawab

ke atas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia menghadapi implikasi ke

atas apa juga keputusan atau tindakan yang kita lakukan.

NILAI INTEGRITI

12. Penganjuran seminar seperti yang kita adakan pada hari ini dengan

pembentangan kertas kerja dari Jabatan Audit Negara, SPRM dan

Perbendaharaan Malaysia Sabah diharap akan dapat menjadi panduan

Page 11: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

11

kepada kita semua untuk sentiasa meletakkan nilai integriti pada tahap yang

paling tinggi, sekaligus akan mencerminkan integriti jabatan dan agensi kita.

13. Kualiti pengurusan kewangan jabatan bukanlah sesuatu yang boleh

‘diwarisi’ TETAPI merupakan sesuatu yang ‘dimiliki’ oleh jabatan melalui

individu-individu yang mempunyai tahap integriti yang tinggi, mempunyai ilmu

dalam pengurusan kewangan dan mengguna pakai ilmu tersebut untuk

kejayaan jabatan pada satu-satu masa. Justeru, apabila agensi atau

Kementerian kita mungkin tidak disebut atau tidak termasuk dalam Laporan

Ketua Audit Negara Tahun 2012 atau tahun-tahun sebelum ini, bukan

bermakna kita selamat dan boleh terlepas dari unsur-unsur ketidakpatuhan

dan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan kita pada masa hadapan.

Atas sebab itulah betapa pentingnya nilai integriti di kalangan semua penjawat

Page 12: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

12

awam walau di mana juga mereka di tempatkan dan walau apa juga

tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

PENUTUP

14. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada

semua peserta yang hadir dan menjayakan seminar pada hari ini. Tidak lupa

juga ucapan terima kasih kepada Setiausaha Persekutuan Sabah (yang juga

penganjur utama program ini) atas kesudian menjemput pegawai-pegawai

jabatan dan agensi Negeri untuk turut sama dalam seminar ini. Terima kasih

daun keladi, lain kali jemputlah lagi. Buah Pala Tepi Perigi, Ins Sha Allah, lain

kali kita adakan lagi.

Page 13: TEKS UCAPAN Y.B. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI … YB SKN... · teks ucapan y.b. setiausaha kerajaan negeri sempena majlis penutup seminar pengurusan kewangan dari perspektif jabatan

13

15. Dengan lafaz ‘Bismillah Hirrahman Nirrahim’ saya dengan sukacitanya

Merasmikan Majlis Penutupan Seminar Pengurusan Kewangan Dari Perspektif

Jabatan Audit Negara Tahun 2013.

Sekian.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.