teks ucapan yb dato’ sri richard riot anak · pdf filepekerjaan return to work perkeso...

8
TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM MENTERI SUMBER MANUSIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN “KARNIVAL PEKERJAAN RETURN TO WORK PERKESO 20156 OKTOBER 2015 (SELASA) 11.30 PAGI NU SENTRAL, KL

Upload: trinhthu

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK · PDF filePekerjaan Return to Work PERKESO 2015 yang saya difahamkan telah ... saya memuji langkah PERKESO menggunakan ... 7 16. Akhir

TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM

MENTERI SUMBER MANUSIA

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN

“KARNIVAL PEKERJAAN RETURN TO WORK PERKESO 2015”

6 OKTOBER 2015 (SELASA) 11.30 PAGI

NU SENTRAL, KL

Page 2: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK · PDF filePekerjaan Return to Work PERKESO 2015 yang saya difahamkan telah ... saya memuji langkah PERKESO menggunakan ... 7 16. Akhir

1

Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan salam sehati sejiwa

Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Saripuddin bin Haji Kasim

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia

Yang Berbahagia Datuk Abu Huraira bin Abu Yazid

Pengerusi Lembaga PERKESO

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara

(NIOSH)

Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohammed Azman bin Dato’ Aziz

Mohammed

Ketua Eksekutif PERKESO

Timbalan - Timbalan Ketua Eksekutif PERKESO

Ketua-ketua Jabatan, Agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia

Ahli-ahli Lembaga PERKESO

Dato’-Dato’, Datin-Datin,

Pegawai-pegawai Kanan PERKESO, wakil-wakil Majikan, wakil media

massa, peserta Program Return to Work, agensi-agensi Kerajaan dan

badan-badan bukan Kerajaan (NGO) serta tuan-tuan dan puan-puan

yang saya hormati sekalian.

Page 3: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK · PDF filePekerjaan Return to Work PERKESO 2015 yang saya difahamkan telah ... saya memuji langkah PERKESO menggunakan ... 7 16. Akhir

2

1. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan terima kasih dan

penghargaan kepada PERKESO kerana menganjurkan “Karnival

Pekerjaan Return to Work PERKESO 2015 yang saya difahamkan telah

memasuki tahun ke-6. Saya amat berbangga dengan usaha dan

kesungguhan PERKESO dalam membantu golongan pekerja yang

hilang upaya untuk kembali semula bekerja dan kekal produktif.

2. PERKESO, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian

Sumber Manusia memainkan peranan amat penting dalam

menyediakan perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif

kepada golongan pekerja dan majikan di negara ini. Peranan ini dilihat

semakin hari semakin berkembang menerusi perluasan skop

perlindungan sosial yang bukan sahaja meliputi aspek pemberian

pampasan tetapi turut menjangkau aspek pemulihan dan pencegahan

secara lebih meluas.

3. Pada tahun 2007, PERKESO telah menambah baik sistem

penyampaian perkhidmatannya dengan memperkenalkan program

Return to Work. Program ini adalah satu program pemulihan yang

komprehensif berlandaskan konsep biopsychosocial dan pendekatan

multi disiplin yang bertujuan membantu pencarum PERKESO yang

mengalami hilang upaya untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja.

Menerusi program ini, pencarum akan dibantu kembali bekerja semula

sama ada dengan majikan asal ataupun majikan yang baru, bersesuaian

dengan kemahiran dan kemampuan mereka.

4. Di peringkat antarabangsa, International Social Security

Association (ISSA) telah mengiktiraf program Return To Work

PERKESO sebagai salah satu amalan baik dalam keselamatan sosial

Page 4: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK · PDF filePekerjaan Return to Work PERKESO 2015 yang saya difahamkan telah ... saya memuji langkah PERKESO menggunakan ... 7 16. Akhir

3

(good practice in social security). Menurut ISSA, program ini memberi

kesan positif kepada pencarum, majikan, PERKESO dan stakeholders

yang lain. Para pekerja dapat dipulihkan dan kembali semula bekerja

pada kadar yang lebih cepat manakala pihak majikan dapat

mengekalkan pekerja mahir dan mengoptimumkan produktiviti.

Hadirin sekalian,

5. PERKESO menganjurkan Karnival Pekerjaan Return To Work

PERKESO ini untuk memastikan perlindungan sosial melalui pekerjaan

kepada golongan yang mengalami hilang upaya. Ia bertujuan

mengurangkan risiko golongan mudah terjejas ini (vulnerable groups)

terjerumus ke jurang kemiskinan. Program ini sangat penting bukan

sahaja kepada golongan yang ditimpa bencana malah kepada majikan

yang menggajikan mereka. Tanpa hala tuju yang jelas, ia akan

melambatkan proses pemulihan orang terbencana dan dikhuatiri pekerja

tersebut tidak berupaya bekerja hingga menyebabkan majikan hilang

pekerja yang diperlukan. Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah

pengangguran memandangkan risiko pengangguran di kalangan

golongan orang kurang upaya (OKU) adalah lebih tinggi.

6. Kajian-kajian antarabangsa mendapati bahawa pengangguran

mempunyai hubungan yang signifikan dengan penurunan tahap

kesihatan fizikal dan mental serta mampu mengancam nyawa. Walau

pun negara kita secara konsisten mencatatkan kadar guna tenaga

penuh iaitu kadar pengangguran di bawah 4 peratus, Kerajaan amat

memandang serius dan sentiasa melaksanakan program-program

pengupayaan bagi meningkatkan lagi kebolehkerjaan tenaga kerja

termasuk di kalangan OKU.

Page 5: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK · PDF filePekerjaan Return to Work PERKESO 2015 yang saya difahamkan telah ... saya memuji langkah PERKESO menggunakan ... 7 16. Akhir

4

7. Kementerian Sumber Manusia umpamanya sentiasa

melaksanakan pelbagai program dan aktiviti seperti karnival pekerjaan,

menyediakan latihan kemahiran bagi mewujudkan tenaga mahir,

bantuan penempatan pekerjaan dan bekerjasama dengan majikan

dalam menyediakan peluang pekerjaan. Kerajaan yang mendukung

tinggi prinsip keterangkuman amat komited untuk memastikan bahawa

tiada golongan yang terpinggir dalam menikmati kemakmuran ekonomi

negara.

Hadirin sekalian,

8. Untuk memastikan penawaran dan permintaan pekerjaan dapat

dipadankan seterusnya membendung isu pengangguran di kalangan

OKU atau mereka yang ditimpa bencana kerja, pendekatan strategik

dan sistematik perlu dilaksanakan. Selain membantu mewujudkan

peluang-peluang pekerjaan, pelaksanaan pengurusan proses pencarian

pekerja juga mestilah dipantau dengan sempurna supaya dapat

memberi kesan positif kepada golongan sasaran.

9. Dalam hal ini, saya memuji langkah PERKESO menggunakan

pendekatan pengurusan kes yang sistematik dan komprehensif yang

bukan sahaja dipraktikkan dalam pengurusan pemulihan tetapi turut

mencakupi proses penempatan pekerjaan. Penempatan pekerjaan tidak

harus bergantung kepada penggunaan sistem berkomputer sahaja

untuk mendapatkan peluang pekerjaan atau padanan pekerjaan.

Penglibatan aspek kepakaran teknikal, dedikasi dan kreativiti khususnya

sentuhan manusia (human touch) dalam mengurus dan memudahkan

invididu yang mengalamai kecedaraan atau penyakit untuk kembali

bekerja juga tidak kurang pentingnya.

Page 6: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK · PDF filePekerjaan Return to Work PERKESO 2015 yang saya difahamkan telah ... saya memuji langkah PERKESO menggunakan ... 7 16. Akhir

5

10. Saya difahamkan bahawa PERKESO melaksanakan langkah-

langkah intervensi awal sebelum peserta program bersedia untuk

kembali bekerja. Ini termasuklah penyediaan pemulihan yang

maksimum, latihan pekerjaan bagi membimbing mereka dari segi

penyediaan resume, pemilihan kerja yang bersesuaian (job matching),

work hardening, job coach, khidmat perundingan dan perbincangan

dengan doktor yang merawat peserta.

11. Majikan juga diberi pendedahan mengenai aspek hilang upaya

dan kaedah mengendalikan golongan ini di tempat kerja. Selain itu,

karnival pekerjaan ini bukan sahaja memaparkan maklumat kekosongan

jawatan, malah para peserta juga berpeluang mengikuti sesi kaunseling

dan persediaan memohon jawatan yang dikendalikan sendiri oleh

pegawai-pegawai PERKESO yang mesra dan prihatin. Ini boleh

dikatakan sebagai satu perkhidmatan yang melebihi ekspektasi

pelanggan dan memperlihatkan keprihatinan PERKESO. Syabas dan

tahniah kepada PERKESO! Saya menaruh keyakinan tinggi bahawa

pendekatan seumpama ini akan membantu para peserta Return To

Work dan golongan kurang upaya dalam proses penempatan pekerjaan

dengan lebih baik.

Hadirin sekalian,

12. Saya melihat pendekatan pengurusan kes yang dilaksanakan oleh

PERKESO ini adalah satu strategi yang efektif dalam membantu pencari

kerja mendapatkan pekerjaan yang sesuai, sebagaimana kejayaan

program Return To Work.

Page 7: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK · PDF filePekerjaan Return to Work PERKESO 2015 yang saya difahamkan telah ... saya memuji langkah PERKESO menggunakan ... 7 16. Akhir

6

13. Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya proses pengurusan

kes ini turut dilaksanakan oleh agensi-agensi lain yang menyediakan

perkhidmatan penempatan pekerjaan memandangkan pemantauan dan

bantuan yang rapi telah terbukti berkesan meningkatkan kadar

penempatan pekerjaan.

14. Melalui perkongsian kepakaran PERKESO, organisasi seperti

Talent Corporation, Suruhanjaya Keselamatan Sosial Namibia dan

BPJS Ketenagakerjaan Indonesia juga memaklumkan bahawa kaedah

penempatan ini sangat berjaya. Saya meminta PERKESO untuk terus

memperluaskan perkongsian kepakaran ini dengan agensi-agensi lain

supaya lebih ramai orang mendapat manfaat.

Hadirin yang saya hormati,

15. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan

setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada 26 majikan yang mengambil

bahagian dalam Karnival Pekerjaan Return To Work PERKESO 2015

ini. Besarlah harapan saya supaya peluang yang sewajarnya diberikan

kepada pencari kerja khususnya dari kalangan peserta program Return

To Work dan golongan OKU. Saya juga berharap supaya majikan-

majikan lain dapat menyertai karnival ini pada masa akan datang

seterusnya memberi peluang pekerjaan yang lebih meluas kepada lebih

ramai orang yang memerlukan. Kepada para peserta, berikanlah yang

terbaik dan komitmen yang tinggi supaya berjaya mendapatkan

pekerjaan. Saya percaya PERKESO sentiasa bersedia untuk membantu

tuan-tuan dan puan-puan dari segi bimbingan dan khidmat nasihat.

Saya ucapkan selamat maju jaya.

Page 8: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK · PDF filePekerjaan Return to Work PERKESO 2015 yang saya difahamkan telah ... saya memuji langkah PERKESO menggunakan ... 7 16. Akhir

7

16. Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada PERKESO atas

usaha murni membantu golongan hilang upaya untuk kembali semula

bekerja dan terus menyumbang bakti kepada negara yang tercinta.

17. Dengan ini, sukacita saya merasmikan Karnival Pekerjaan Return

to Work PERKESO 2015.

Sekian,terima kasih.

MENTERI SUMBER MANUSIA 6 OKTOBER 2015