teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuhkan bahasa...

2
TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS PADA 13 -16 JUN 2011 Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Terima kasih saudari pengacara majlis, 1. Yg berusaha En Khairudin bin Khalid, ________________________________ 2. Yg berusaha Pn Yusaida binti _________ ___________________________________ 3.Yg dihormati En Haji Othman bin Hussin, Munsyi Dewan 4. Barisan urusetia dan seterusnya para peserta kursus yang dihormati; Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa Di sini ada guru-guru yang prihatin penuh jiwa Di sini ada penceramah yang tidak pernah kenal erti putus asa Di sini ada pentadbir yang berjasa Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia Kula hadirin yang dimuliakan, Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat kita berkumpul sekali lagi pada pagi ini bagi menyempurnakan majlis penutup Kursus Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Zon Utara 2011. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kami semua telah diberi kesempatan untuk menyertai perkongsian ilmu di Hotel Emerald Puteri. Buat penceramah yang dihormati : Jasamu dikenang Budimu tak terbilang

Upload: norazliah-ani

Post on 06-Jul-2015

5.060 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan memperkukuhkan bahasa inggeris pada 13

TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS PADA 13 -16 JUN 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia,

Terima kasih saudari pengacara majlis,

1. Yg berusaha En Khairudin bin Khalid, ________________________________

2. Yg berusaha Pn Yusaida binti _________ ___________________________________

3.Yg dihormati En Haji Othman bin Hussin, Munsyi Dewan

4. Barisan urusetia dan seterusnya para peserta kursus yang dihormati;

Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsaDi sini ada guru-guru yang prihatin penuh jiwaDi sini ada penceramah yang tidak pernah kenal erti putus asaDi sini ada pentadbir yang berjasaDi sini ada pemimpin yang berjiwa mulia

Kula hadirin yang dimuliakan,

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat kita berkumpul sekali lagi pada pagi ini bagi menyempurnakan majlis penutup Kursus Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Zon Utara 2011. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kami semua telah diberi kesempatan untuk menyertai perkongsian ilmu di Hotel Emerald Puteri.

Buat penceramah yang dihormati :

Jasamu dikenangBudimu tak terbilang

Page 2: Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan memperkukuhkan bahasa inggeris pada 13

Semangatmu dijulangKepimpinanmu gemilang

Sidang qarib silatul ulum,

Realitinya, program yang dianjurkan selama empat hari tiga malam ini telah dapat memberi kefahaman dan pengetahuan kepada kita semua. Sari ilmu yang dikongsi akan disebar luas dalam pengajaran dan pembelajaran selain menjadi bekal diri agar kita semua berupaya ke maqam guru yang bija, cekap, berdaya saing dan kompetitif selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melihat Bahasa Melayu dimartabatkan. Kursus ini membuktikan dan menyedarkan kita bahawa guru Bahasa Melayulah yang menjadi sendi untuk mengangkat keupayaan Bahasa Melayu sebagai alat membina tamadun bangsa walaupun ada keperluan kepada penguasaan bahasa-bahasa asing yang dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan negara, khususnya dalam bidang ekonomi dan industri, namun peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak mungkin dapat dikorbankan.

Rakan-rakan mursyid,

Sepanjang bersama-sama kita semua sedaya upaya memberikan kerjasama agar dapat melengkapkan diri dengan kemahiran berbahasa dan tidak kurang juga ada dalam kalangan guru-guru yang mencari peluang untuk berkongsi ilmu baru sekaligus meningkatkan kecemerlangan diri. Insya Allah amalan ini akan kita sentiasa praktikkan sehingga menjadi budaya dan turut diikuti oleh rakan-rakan seperjuangan.

Kluster ilmuan sekalian,

Ucapan penghargaan sekali lagi kepada En Khairudin bin Khalid, Pn Yusaida, En Othman bin Hussin dan Puan Rogayah binti Abdul Rahim selaku mediator maklumat serta barisan urusetia yang membantu kelancaran majlis. Kita bertemu, kita bermesra dan kita bersama-sama menuai ilmu namun perpisahan itu tetap menanti di penghujung. Ingin saya berkongsi dua rangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patahJangan disimpan di dalam petiMajlis penutupan bakal sudahJumpa lagi di lain kali

Kiri jalan kanan pun jalanTengah-tengah pohon mengkuduSelamat jalan saya ucapkanBerhati-hati ketika memandu

Tidak lupa juga saya mewakili seluruh peserta kursus ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata dan terlampau cara sepanjang kami berkursus.

Sekian sahaja, salam hormat, wa billahi taufiq walwidayah wassalamu `alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.