cikgu rozali_ peranan kerajaan dalam memartabatkan bahasa melayu mengikut konteks...

8
9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg… cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 1/8 Saturday, 19 May 2012 PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN- Kartinie Amat [diselenggarakan oleh Rozali Rajab] Abstrak Bahasa Melayu telah memainkan peranannya sebagai bahasa yang unggul sebaik sahaja diangkat menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di sekolah dan di pusat pengajian tinggi selain menjadi bahasa perpaduan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah setelah penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang bertujuan menjadikan bahasa itu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dan menjadi teras perpaduan. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang peranan kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu mengikut konteks pendidikan. Skop kajian yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah tentang implimentasi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara, halangan-halangan yang dihadapi pihak kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu serta peranan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Untuk merealisasikan hasrat murni tersebut, pendidikan merupakan medium utama yang berperanan penting dalam memenuhi impian tersebut. Majunya sesebuah negara itu bergantung kepada tahap keintelektualan rakyat serta sistem pendidikannya. Pendidikan yang berkualiti memerlukan komitmen daripada semua pihak khususnya warga pendidik dan golongan pelajar. Sebagai memenuhi impian tersebut bahasa Melayu selayaknya dijadikan wadah utama selain bahasa-bahasa lain yang telah sedia ada di negara kita. PENDAHULUAN Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam pembentukan masyarakat yang ideal di negara ini, terutamanya dalam kalangan pelajar. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang pendidikan memainkan peranan yang penting sama ada bahasa itu akan berkembang atau terus pudar ditelan zaman. Dari sehari ke sehari peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat dunia kian ketara sehingga wujud banyak bidang pengajian Melayu di pelbagai universiti luar mahupun dalam negara. Bahasa Melayu dikatakan merupakan antara enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi malahan mampu hidup untuk selama-lamanya terutama jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa bertaraf dunia satu ketika dahulu seperti bahasa Inggeris sekarang. Walaupun keadaannya berbeza sekarang, bahasa itu akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan negara. Slogan ‘Bahasa Melambangkan Bangsa dan Bahasa Jiwa Bangsa’ adalah antara slogan yang dapat menaikkan semangat patriotisme dan kemerdekaan daripada penjajah yang lebih mengutamakan bahasa mereka. Slogan ini begitu dihayati oleh pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diangkat semula sebagai bahasa intelektual, bahasa falsafah serta bahasa ilmu. Tiada bahasa lain yang dapat membentuk ketamadunan sesuatu bangsa itu melainkan bahasa bangsa itu sendiri termasuk ketamadunan bangsa Melayu oleh bahasa Melayu. Justeru, cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh bahasa Melayu hari ini haruslah ditangani dengan sewajarnya oleh semua golongan khususnya pihak kerajaan. Definisi Konsep Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2004 :34), pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan Kuala Lumpur Time PASTIKAN KEJAYAAN DALAM GENGGAMAN ANDA..!BAHASA MALAYSIA - SPM DAN PMR. 0 Share More Next Blog» Create Blog Sign In

Upload: saufi-aris

Post on 31-Dec-2015

114 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Cikgu Rozali_ Peranan Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Mengikut Konteks Pendidikan-kartinie Amat [Diselenggarakan Oleh Rozali Rajab]

9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…

cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 1/8

Saturday, 19 May 2012

PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKANBAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]

Abstrak

Bahasa Melayu telah memainkan peranannya sebagai bahasa yang unggul sebaik sahaja diangkat

menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di sekolah dan di pusat pengajian

tinggi selain menjadi bahasa perpaduan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di

sekolah setelah penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Penyata Razak 1956

dan Laporan Rahman Talib 1960 yang bertujuan menjadikan bahasa itu sebagai bahasa pengantar

utama di sekolah kebangsaan dan menjadi teras perpaduan. Kertas kerja ini akan membincangkan

tentang peranan kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu mengikut konteks pendidikan. Skop

kajian yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah tentang implimentasi bahasa Melayu

dalam sistem pendidikan negara, halangan-halangan yang dihadapi pihak kerajaan dalam

memartabatkan bahasa Melayu serta peranan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk

memartabatkan bahasa Melayu. Untuk merealisasikan hasrat murni tersebut, pendidikan merupakan

medium utama yang berperanan penting dalam memenuhi impian tersebut. Majunya sesebuah

negara itu bergantung kepada tahap keintelektualan rakyat serta sistem pendidikannya. Pendidikan

yang berkualiti memerlukan komitmen daripada semua pihak khususnya warga pendidik dan

golongan pelajar. Sebagai memenuhi impian tersebut bahasa Melayu selayaknya dijadikan wadah

utama selain bahasa-bahasa lain yang telah sedia ada di negara kita.

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam pembentukan masyarakat yang ideal di

negara ini, terutamanya dalam kalangan pelajar. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang

pendidikan memainkan peranan yang penting sama ada bahasa itu akan berkembang atau terus

pudar ditelan zaman. Dari sehari ke sehari peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan

masyarakat dunia kian ketara sehingga wujud banyak bidang pengajian Melayu di pelbagai universiti

luar mahupun dalam negara. Bahasa Melayu dikatakan merupakan antara enam bahasa di dunia

yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi malahan mampu hidup untuk selama-lamanya

terutama jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa

bertaraf dunia satu ketika dahulu seperti bahasa Inggeris sekarang. Walaupun keadaannya berbeza

sekarang, bahasa itu akan terus memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan negara.

Slogan ‘Bahasa Melambangkan Bangsa dan Bahasa Jiwa Bangsa’ adalah antara slogan yang dapat

menaikkan semangat patriotisme dan kemerdekaan daripada penjajah yang lebih mengutamakan

bahasa mereka. Slogan ini begitu dihayati oleh pejuang bahasa yang mahu bahasa Melayu diangkat

semula sebagai bahasa intelektual, bahasa falsafah serta bahasa ilmu. Tiada bahasa lain yang dapat

membentuk ketamadunan sesuatu bangsa itu melainkan bahasa bangsa itu sendiri termasuk

ketamadunan bangsa Melayu oleh bahasa Melayu. Justeru, cabaran dan halangan yang terpaksa

dihadapi oleh bahasa Melayu hari ini haruslah ditangani dengan sewajarnya oleh semua golongan

khususnya pihak kerajaan.

Definisi Konsep

Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara

berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu

dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras

bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2004 :34), pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan

menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan

Kuala LumpurTime

PASTIKAN KEJAYAAN DALAMGENGGAMAN ANDA..!BAHASAMALAYSIA - SPM DAN PMR.

0Share More Next Blog» Create Blog Sign In

Page 2: Cikgu Rozali_ Peranan Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Mengikut Konteks Pendidikan-kartinie Amat [Diselenggarakan Oleh Rozali Rajab]

9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…

cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 2/8

segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih

berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu. Awang

Sariyan (2006: 17) mengatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh pihak pemerintah negara

agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin melihat bahasa Melayu itu terus

berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu.Bahasa Melayu seharusnya telah diangkat

menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya dipertikai kewujudannya. Manakala,

Kamarudin Hj Kachar (1989 : 83) mengatakan bahawa konsep pendidikan dengan masyarakat tidak

dapat dipisahkan. Pendidikan memerlukan masyarakat untuk dijadikan asas falsafah, matlamat,dan

tujuan. Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-

individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Berdasarkan pendapat

tokoh bahasa di atas dapat disimpulkan bahawa untuk memartabatkan bahasa Melayu, banyak

usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan. Perkembangan bahasa

Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu perancangan

itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak kerajaan. Pemantapan

dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan pendidikan. Jika kedua-

dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dapat

dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Implimentasi Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan

Negara.

Laporan Razak 1956

Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara

Malaysia sudah terjamin, dari segi penggunaan yang luas dan perakuan oleh rakyat Malaysia. Pada

tahun 1956 telah diperkenalkan Laporan Razak setelah kerajaan pada masa itu berjanji untuk

memberi satu sistem pelajaran yang sama untuk semua penduduk. Usul penting Laporan Razak

yang berkaitan secara langsung dengan pendidikan kebangsaan yang dapat memupuk perpaduan

rakyat dengan bahasa Melayu menjadi salah satu asasnya. Menurut Penyata Jawatankuasa

Pelajaran 1956 (Laporan Razak), tujuan pendidikan kebangsaan ialah : “… menyatukan budak-budak

daripada semua bangsa di dalam negeri dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi

semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar,

walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat

dengan beransur.” (Perenggan 12 : Laporan Razak) Oleh itu, tujuan jawatankuasa ini adalah untuk

melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu. Untuk mencapai

matlamat perpaduan, Penyata Razak telah menggariskan dua asas utama iaitu :-

“Sistem persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan

bercorak kebangsaan.” ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1984 : 7) Khusus tentang taraf bahasa

Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan, Laporan Razak mengusulkan

• “…...Bahasa Melayu mestilah diajar di dalam semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan

yang diberi oleh kerajaan di dalam semua sekolah”. (Perenggan 18)

• “……Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapat Sijil Rendah (Lower

Certificate) dan Sijil Pelajaran Kebangsaan (National Certificate of Education)…”. (Perenggan 22(b)

• “…..Dalam sekolah-sekolah menengah yang demikian ini (Sekolah Jenis Kebangsaan), kami

cadangkan bahawa bahasa Melayu dan Inggeris wajib diajar”. (Perenggan 71) Laporan Razak, yang

menjadi asas Ordinan Pelajaran, 1957 dianggap sebagai suatu perkembangan baru dalam sejarah

pendidikan Tanah Melayu. Namun demikian, sebagai satu kertas dasar bagi sistem pendidikan

kebangsaan, laporan tersebut walaupun pada asasnya menampakkan dasar kompromi dan

akomodasi dalam falsafahnya, tetapi telah gagal untuk memuaskan harapan penduduk negara ini.

Sejak mulanya laporan dikeluarkan dan hinggalah berlakunya rusuhan kaum dalam tahun 1969, ia

tidak mendapat sokongan yang cukup untuk menghalang berlakunya konflik perkauman

sebagaimana yang berlaku dalam tahun tersebut. Perbezaan pendapat yang timbul bukanlah ke atas

falsafah laporan tersebut ataupun struktur dan kandungan kurikulum yang dicadangkan, tetapi

tertumpu kepada cara-cara untuk mencapai matlamatnya. Mengikut Laporan Razak, dalam sistem

persekolahan wujud dua jenis sekolah, iaitu Sekolah Umum yang berbahasa pengantar bahasa

Melayu dan Sekolah Jenis Umum yang terdiri daripada sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan sekolah

Tamil. Semua sekolah mewajibkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh kerana

perbezaan itu tertumpu kepada peranan dan kedudukan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain

dalam sistem pendidikan, secara tidak langsung bahasa terus menjadi punca masalah pendidikan di

Tanah Melayu ketika itu. Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1992 : 21) mengatakan

bahawa satu lagi kelemahan Laporan Razak ialah dalam konteks pembinaan negara, iaitu

pengekalan sekolah pelbagai aliran yang bebas menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan

hal ini tidak selaras dengan cita-cita kerajaan menjadikan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu)

untuk maksud perpaduan rakyat. Rasa tidak puas hati orang-orang Melayu pada amnya

menyebabkan kerajaan Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu) ketika itu, yang telah mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957 membentuk Jawatankuasa Penyemak Pelajaran pada tahun 1960

untuk meneliti kekurangan dalam Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957. Dengan

mengambil sempena nama pengerusinya Dato’ Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran

ketika itu, dikenal orang jawatankuasa tersebut sebagai Jawatankuasa Rahman Talib dan Laporan

Jawatankuasa Penyemak Pelajaran itu dikenal pula sebagai Laporan Rahman Talib.

Laporan Rahman Talib 1960

Join this sitew ith Google Friend Connect

Members (129) More »

Already a member? Sign in

Followers

Bilangan Pelawat

5 0 1 0 2 8

Terus beri komitmen bangunkanekonomi menjelang 2020

Wajib sokong usaha banteras jenayah

Penswastaan perkhidmatan sokongantingkatkan kualiti

Peruntuk insentif usahawan wanita

Semua exco pertahan jawatan

Utusan Online : Tajuk Utama

Berita Harian: MukaDepan

Time for reflection

Indonesian drug mule arrested afterhotel room raid

Stay alert and be wise, women told

Najib: Efforts to create a morebalanced economy crucial

Dr M: Emphasis on English a seriousmatter, look into it

The Star Online: Topnews

Kalimullah denied article was referringto Matthias Chang

Education Ministry disburse RM100allowance to 5.5 mil students

PM reveals 13 ETP projects worthRM5.85 billion

No age limit for 'winnable candidate',says Najib

ETP turns one LIVE

NST Online: Topnews

Page 3: Cikgu Rozali_ Peranan Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Mengikut Konteks Pendidikan-kartinie Amat [Diselenggarakan Oleh Rozali Rajab]

9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…

cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 3/8

Usaha-usaha ke arah perpaduan ini diteruskan lagi setelah ditubuhkan pula Laporan Rahman Talib

yang bertujuan untuk mengkaji semua syor Laporan Razak. Syor-syor Laporan Rahman Talib

akhirnya diluluskan sebagai rang undang-undang oleh parlimen sebagai Akta Parlimen No. 43 tahun

1961 (Akta Pelajaran 1961).“Penyata Razak dan Rahman Talib telah menjadi watershed (batu asas)

dalam matlamat perpaduan kaum di Malaysia”. Cadangan kedua-dua penyata ini adalah agar pada

akhirnya nanti wujud hanya satu bahasa pengantar di sekolah, iaitu bahasa Melayu. Jika Laporan

Razak mengasaskan idealisme menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada

suatu waktu yang ditetapkan, selaras dengan penekanan terhadap kedudukan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan negara (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152), maka Laporan

Rahman Talib menggariskan langkah untuk merealisasikan idealisme tersebut. Antara usulnya yang

berkaitan dengan hal tersebut termasuklah :

• Menukar bahasa pengantar Inggeris di peringkat sekolah rendah dengan bahasa Melayu.

• Peperiksaan umum peringkat sekolah menengah dijalankan dalam bahasa rasmi negara sahaja,

iaitu bahasa Melayu. Usul-usul Laporan Rahman Talib diperundangkan melalui Akta Pendidikan 1961

yang menjadi kerangka rujukan bagi pelaksanaan sistem pendidikan negara sehingga digantikan

dengan Akta Pendidikan 1996. Antara tindakan lanjut daripada usul Laporan Rahman Talib yang

berhubung dengan soal dasar tersebut termasuklah: Peperiksaan naik tingkatan bagi sekolah

menengah Cina dimansuhkan pada tahun 1961 dan Peperiksaan Akhir Sekolah Menengah Cina

dimansuhkan juga pada tahun 1963.

• Setiap calon diwajibkan lulus dalam Bahasa Kebangsaan bagi peperiksaan masuk sekolah

menengah.

• Kelulusan dalam Bahasa Kebangsaan wajib bagi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sejak tahun

1962.

• Langkah-langkah dilaksanakan untuk menambah bilangan guru terlatih sekolah menengah

kebangsaan dan guru khas Bahasa Kebangsaan untuk sekolah menengah jenis kebangsaan.

• Pembukaan sekolah menengah kebangsaan dipesatkan di seluruh negara. Dapat dirumuskan

daripada perbincangkan di atas bahawa dalam sistem pendidikan sesudah kemerdekaan, sudah mula

terbina falsafah yang mendasari pendidikan bahasa Melayu di negara ini, iaitu “Bahasa Melayu

sebagai asas perpaduan rakyat berbilang keturunan, atau konsep yang lebih luas lagi bahasa Melayu

sebagai salah satu asas pembinaan negara”. Dengan perkataan lain, di sisi faktor-faktor lain seperti

kebudayaan, ekonomi, politik, undang-undang, dan sebagainya, faktor bahasa kebangsaan menjadi

faktor penting dalam rangka pembinaan sebuah negara baru.

Dasar Pelajaran Kebangsaan

Langkah utama yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan selepas negara mencapai kemerdekaan pada

31 Ogos 1957 ialah membetulkan dan menyusun semula sistem pendidikan yang diwarisi daripada

penjajah Inggeris dengan mengadakan dasar-dasar pendidikan yang diperkukuhkan oleh

perlembagaan dan undang-undang. Cadangan-cadangan dasar yang dikemukakan oleh Laporan

Razak 1956 telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, sementara cadangan-cadangan dasar

daripada kedua-dua Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah dimaktubkan dalam

Akta Pelajaran 1961. Kedua-dua laporan tersebut menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar dalam sistem pendidikan. Penegasan yang terpenting dalam proklamasi Dasar Pelajaran

Kebangsaan adalah suatu sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa

Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat persekolahan dan dalam

semua institusi pendidikan tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Dasar Pelajaran Kebangsaan

telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu, dan

bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi telah menerima

seluruh pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bentuknya telah

disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan

rakyat Malaysia dan hari ini bahasa Melayu dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasa-

bahasa moden yang lain di dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia, dan

bahasa-bahasa lain.

Akta Bahasa Kebangsaan 1967

Antara langkah pertama pengisian kemerdekaan ialah mengikut bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan. Pengiktirafan ini termaktub di dalam Perlembangaan Persekutuan melalui Perkara 152:-

• Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu dan hendaklah dalam bentuk yang ditentukan oleh

Parlimen melalui undang-undang.

• Walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh 10 tahun selepas Hari Merdeka dan selepas

daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen bahasa Inggeris boleh digunakan dalam

kedua-dua Dewan Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan bagi semua maksud rasmi yang lain.

• Dalam perkara ini “maksud rasmi” bererti apa jua maksud kerajaan sama ada Persekutuan atau

Negeri dan termasuklah apa jua maksud pihak berkuasa awam. Dari aspek kedudukan bahasa

kebangsaan dalam sistem pendidikan negara, kita harus lihat kepada Akta Pendidikan 1996 yang di

dalam seksyen 17(1) dikatakan bahawa “Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar utama di

semua institusi pendidikan di dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali di sekolah jenis

Deruman Mesin, Simen, Batu &Kehidupan

Allah Bersama Orang Yang Sabar

Perlihatkanlah Kesan Nikmat Itu!

Mengapa Mesti Bersangka Baik?

Wanita Pertama Menghuni Syurga

iLuvislam.com : Islam Itu Indah

Bank Soalan PMR

Tutor PMR

PMR Skor Minda

Pautan Pelajar PMR

Tutor SPM

Bank Soalan Online

SPM Skor Minda

Komsas SPM

Pautan Pelajar SPM

Kamus ONLINE

Takwim Peperikasaan 2013

Kalender Persekolahan 2013

Akhbar Tempatan

Senarai Pautan

► 2013 (57)

▼ 2012 (125)

► December (1)

► October (8)

► September (13)

► August (10)

► July (14)

► June (30)

▼ May (32)

BAHASA MELAYU DALAMERA TEKNOLOGIMAKLUMAT DAPATM...

KEBANJIRAN WARGAASINGMENDATANGKANKEBURUKAN.

KESALAHAN BAHASADALAM KALANGANMASYARAKATMAJMUK-...

Blog Archive

Page 4: Cikgu Rozali_ Peranan Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Mengikut Konteks Pendidikan-kartinie Amat [Diselenggarakan Oleh Rozali Rajab]

9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…

cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 4/8

kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 dan mana-mana institusi pendidikan yang

dikeculikan oleh Menteri daripada seksyen ini.”

Halangan-Halangan Untuk Memartabatkan Bahasa Melayu Dalam Bidang Pendidikan Pengaruh

Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan

Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan negara

atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula berubah. Peranan Bahasa Melayu dalam

agenda pembangunan negara yang baru itu makin tidak diambil kira lagi. Rakyat Malaysia khususnya

orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi bangsa yang

maju. Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia

mesti mengetahui bahasa Inggeris. Pada hal sudah ada dasar sejak tahun 1957 yang diperakukan

oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di

sekolah. Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa kelemahan pelajar Melayu

dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-olah bahasa Inggeris itu

merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan pelajar

dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi. Tiada tindakan mahupun usaha untuk

memantapkan bahasa Melayu. Cabaran paling serius terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu. Di IPT berlaku apabila 600 lesen diluluskan kepada pihak swasta untuk menubuhkan

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996

menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai

bahasa pengantar utamanya, akta yang sama memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk

membenarkan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya. Di mana

letaknya kedaulatan Bahasa Melayu?.

Ketidakmampuan Menguasai Bahasa Melayu Dengan Baik Dan Sikap Negatif

Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan ialah kurangnya

tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya. Abdul Hamid

Mahmood (1993 : 21) menyatakan bahasa Melayu itu tidak dapat dimartabatkan jika guru-guru yang

mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Menurut kajian beliau, ramai guru masih menggunakan dialek setempat semasa mengajar mata

pelajaran bahasa Melayu dan bukannya menggunakan bahasa standard. Budaya berbahasa yang

sebenarnya tidak dapat diterapkan oleh golongan pengajar dan tenaga pengajar tersebut. Ini

menyebabkan golongan pelajar akan mendapat input yang salah dan bercelaru.Hal ini demikian

menyebabkan golongan pelajar khususnya pelajar Melayu tidak dapat mempelajari bahasa Melayu

dengan betul. Selain itu, masalah penggunaan dialek bahasa Melayu di bilik darjah masih ada hingga

hari ini. Tambahan pula, tidak semua pelajar dianggap sebagai orang Melayu adalah orang Melayu.

Sebilangan daripada mereka adalah orang Jawa dan menggunakan bahasa Jawa di rumah. Bahasa

Melayu ialah bahasa kedua dan bahasa Inggeris ialah bahasa ketiga bagi mereka. Bagi kebanyakan

pelajar sebegini, bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka dan mereka terpaksa

mempelajarinya. Menurut Sufean Hussin (1996 : 50) mengatakan bahawa di sekolah murid-murid

akan diajarkan aspek tatabahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana ia

amat penting untuk melahirkan murid yang pintar berbahasa selain dapat menggunakan tatabahasa

dengan betul. Tujuan pengajaran tatabahasa dijalankan di sekolah adalah untuk membolehkan murid-

murid dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan

menganalisis kedudukannya. Selain itu, ia juga dapat membantu murid-murid bertutur dengan lancar,

terang dan mudah difahami oleh orang lain serta murid dapat menggunakan frasa dengan jelas dan

tepat. Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa. Guru-guru perlu

melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. Guru-guru tidak boleh dengan

sewenang-wenangnya mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid tanpa membuat sebarang

rujukan berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu sendiri. Ini bersesuaian dengan zaman sekarang

di mana murid-murid perlu menguasai tatabahasa untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan

peperiksaan.

Pengaruh Bahasa Slanga

Kekacauan bahasa sering kali berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini sebenarnya

berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Dari mana datangnya kekacauan bahasa ini juga mendapat

jawapan yang samar. Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan

oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya

difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam

berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai golongan

mengikut identiti mereka. Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan

pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-akhir ini,

banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa

slanga dalam pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga

adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat

berubah. Bahasa ini sering 154 digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan

melepak, atau pelajar universiti seperti di UPM atau golongan profesional untuk menghindarkan

daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Bahasa Slanga ini cepat merebak dan

cepat pula hilang mengikut peredaran zaman. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan

pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-lain lagi. Para

pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan

hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk

KELAB BADMINTONSMKP PRESINT9[1]KEJOHANANTERTUT...

PENGALAMAN DI BUKITBROGA,SEMENYIH.

PERANAN MEDIA MASSADALAMMEMPERKASAKANBAHASA DAN...

BUDAYA DAN BAHASAMELAYU:PERANCANGANKORPUS UNTUK...

MAMPUKAH BAHASAMELAYU MENGHADAPICABARAN ABAD KE-...

BAHASA MELAYU DANPEMERKASAANNYA-Armalik b Mohd Al...

PERANAN BAHASAKEBANGSAANSEBAGAI LAMBANGJATI DIR...

BAHASA DAN BUDAYAMELAYU DALAMKONTEKS GAGASANSAT...

PERHATIAN KEPADAPELAJAR 3P,3U,3I[SMKPP9[1]-KERJA...

KONSEP BUDI DALAMBUDAYA MELAYU DANKAITANNYA DENG...

BAHASA MELAYU DALAMDUNIA GLOBALISASI-Mohd Salleh ...

PERANAN KERAJAANDALAMMEMARTABATKANBAHASA MELAYU...

BENGKEL TEKNIKMENJAWAB BMKERTAS II PMR

PEMERKASAAN BAHASAMELAYU CABARANDALAMPELAKSANAA...

BAHASA MELAYUBAHASA PERPADUAN-Nasira Mamood [dise...

LATTIHAN TATABAHASATINGKATAN 3-PMR

CONTOH USUL BAHASALAPARLIMEN-

LATIHAN BM KERTAS 2 -TINGKATAN 4

PEMBENTUKAN BANGSAMELALUI BAHASA DANBUDAYA MELAY...

KEPENTINGAN LARASBAHASA TERHADAPMASYARAKAT - Mo...

BAHASA MELAYU DANPERPADUAN BANGSA-Zainurin Zahari...

CABARAN BAHASAMELAYU SEBAGAI

Page 5: Cikgu Rozali_ Peranan Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Mengikut Konteks Pendidikan-kartinie Amat [Diselenggarakan Oleh Rozali Rajab]

9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…

cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 5/8

memartabatkan bahasa Melayu tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang

akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara.

Kekurangan Buku-buku Ilmiah Sebagai Rujukan

Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah kurangnya buku-

buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan

buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat

menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar universiti sukar membuat rujukan

tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini

didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar. Dasar mempercayai budaya orang luar telah

menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia. Para penerbit buku seharusnya lebih agresif

untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.

Peranan Kerajaan Untuk Memartabatkan Bahasa Melayu Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Menurut Abdullah Hassan (1987) mengatakan bahawa langkah pertama yang perlu dilakukan oleh

pihak kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah dengan melantik sebuah badan berkanun

seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu badan berkanun

yang berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP berperanan untuk memupuk

dan memperkaya bahasa kebangsaan, memperluas bidang pengetahuan masyarakat terhadap

penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu, menerbitkan, menggalakkan dan menyelaraskan

penerbitan buku dan jenis penerbitan lain yang berkaitan dengan kajian dan pembinaan bahasa

Melayu, membakukan sistem ejaan dan sebutan, mencipta istilah saintifik yang sesuai dengan

bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa kebangsaan. Dengan adanya

Dewan Bahasa dan Pustaka sedikit sebanyak dapat membantu pihak kerajaan terutamanya

Kementerian Pelajaran untuk memantapkan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.

Menaiktaraf Kelulusan Guru-Guru Bahasa Melayu

Pihak Kementerian Pelajaran seharusnya menyediakan lebih banyak peluang melanjutkan pelajaran

bagi guru-guru yang belum mempunyai ijazah pertama. Hal ini sedemikian dapat membantu

perkembangan potensi diri guru-guru dan memperoleh ilmu yang lebih mendalam daripada tenaga

pengajar yang sememangnya mahir dalam bidang bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran juga

sewajarnya memberikan latihan dan kursus kepada guru-guru untuk memperdalam bahasa Melayu

supaya guru-guru tersebut dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka peroleh kepada para pelajar.

Penekanan dari segi menguasai teknik mengajar bahasa Melayu yang betul harus diberi perhatian.

Segala usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ini banyak bergantung kepada kepakaran

golongan pendidik dalam menurunkan ilmu yang betul kepada golongan pelajar. Umum sedia

maklum, tidak semua golongan pelajar berbangsa Melayu dan menuturkan bahasa Melayu dengan

betul. Kebanyakan pelajar datangnya daripada latar belakang yang berbeza-beza. Ismail Jusoh (2000:

48) dalam kajiannya mengatakan bahawa antara faktor umum yang melahirkan bahasa yang berbeza-

beza ialah umur, tempat, minat, status sosial, faktor ekonomi, jantina dan tahap pendidikan. Bahasa

yang dibawa oleh setiap pelajar mengikut kaum dan tempat asalnya. Masalah inilah yang

menyebabkan perkembangan bahasa Melayu itu terganggu. Berdasarkan maklumat di atas, jelas

menunjukkan bahawa kemantapan bahasa Melayu banyak bergantung dengan masyarakat

penuturnya terutamanya golongan pelajar yang mana golongan pelajar inilah yang menjadi titik tolak

kepada kejayaan pihak kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu di samping tenaga pengajar

yang komited dalam membantu pihak kerajaan dalam merealisasikan impian kerajaan menjadikan

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Melaksanakan Transformasi Kurikulum Bahasa Melayu

Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran seharusnya

melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah dengan

memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui

pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni

bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum Bahasa

Melayu sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia

akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di

samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan

tatabahasa dan seni bahasa. Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan untuk

memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya

masyarakat Malaysia. Dengan keputusan ini, pihak kerajaan seharusnya menawarkan pendekatan

baru dalam pengajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pihak kerajaan

harus percaya bahawa dengan pendekatan baru ini kita akan dapat memartabatkan Bahasa Melayu,

memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai

ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan.

Mengiktiraf Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tinggi

Wan Hashim Wan Teh (2010) mengatakan bahawa, perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu

sebagai bahasa utama negara telah tiba di kemuncaknya apabila Bahasa Melayu menjadi bahasa

pengantar utama dalam sistem pendidikan sehingga ke universiti. Menurut beliau, ia menunjukkan

kesungguhan serta komitmen yang tinggi pihak kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu tinggi. Menurut Mohd Amin Arshad (2005 :13) mengatakan istilah bahasa Melayu tinggi

BAHASA ILMU DALAMKO...

BAHASA MELAYUSEBAGAI PAKSIPEMBENTUKANBANGSA MAL...

PEMERKASAAN BAHASAMELAYU SEBAGAIPEMBINA NEGARA B...

BAHASA 1 MALAYSIA -oleh Mohd Yusuf b HjSaud [di...

PENDIDIKAN BAHASAMELAYU PEMBENTUKNEGARA BANGSA-...

BAHASA DAN BUDAYAMELAYU SEBAGAIPEMANGKINKEJAYAA...

MALAYSIA:CABARANNYA KEPADABAHASA DAN BUDAYAMELA...

MEMARTABATKANBAHASA MELAYU ,oleh Masni Bujang [ ...

► April (11)

► March (2)

► January (4)

► 2011 (55)

Home

Kenali Saya

Laman Utama

USAHATANGGAKEJAYAAN.

Follow byEmail

Email address...Submit

Latar Belakang

Page 6: Cikgu Rozali_ Peranan Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Mengikut Konteks Pendidikan-kartinie Amat [Diselenggarakan Oleh Rozali Rajab]

9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…

cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 6/8

itu memang mendukung pengertian sosial yang tertentu yang dapat dibezakan dengan bahasa

rendah. Di kalangan budayawan, budaya tinggi ditafsirkan sebagai budaya ilmu, pemikiran dan

teknologi. Dengan kata lain, bahasa Melayu tinggi adalah ragam bahasa yang digunakan sebagai

pengantar ilmu, bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, bahasa baku dan bahasa standart.

Sehubungan dengan hal itu, amat wajarlah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat

Malaysia kini diiktiraf sebagai bahasa ilmu tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa

pembentuk budaya. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa

Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan. tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan

laras bahasa. Menurut pakar bahasa, Nik Safiah Karim, pemantapan sistem bahasa sebagai

persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu,

teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun

proses ini masih berterusan dan masih perlukan pemantapan. Kemajuan pendidikan dalam Bahasa

Melayu telah berlaku dengan pesatnya apabila kerajaan menubuhkan sekolah menengah berbahasa

pengantar Melayu dan terlaksananya Dasar Pendidikan Negara yang menjadikan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT). Usaha memperkasa

Bahasa Melayu di IPT adalah menggunakannya dalam situasi-situasi rasmi dan memupuk semangat

cintakannya. Rumusannya, bahasa Melayu akan dapat bangun kembali, mengambil tempatnya yang

asal apabila mendapat sokongan dan dukungan terhadap pengguna bahasanya terutama dalam

konteks penggunaan di IPT.

PENUTUP

Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa pengantar di sekolah hinggalah ke peringkat

pengajian tinggi. Walaupun banyak masalah serta cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu

perjuangannya mesti diteruskan. Pihak kerajaan seharusnya memandang serius setiap isu yang

berkaitan dengan bahasa Melayu lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bidang pendidikan. Hal ini kerana

warga pendidikan yang sebenarnya akan membawa wadah perjuangan sama ada bahasa Melayu

akan berkembang atau terus terkubur. Sejajar dengan hal itu, generasi muda terutama pelajar

sekolah harus dipupuk jati dirinya terhadap bahasa kebangsaan sejak di bangku sekolah. Usahlah

dibebankan mereka dengan bahasa yang lain untuk mempelajari ilmu pengetahuan moden. Kuasailah

bahasa Melayu terlebih dahulu kemudian barulah kuasai bahasa kedua. Dengan cara ini, Malaysia

akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun 2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu kita harus lebih dahulu memupuk jati diri dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang

tiada jati diri terhadap bahasa, yang terlalu kuat sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan

yang kurang kepercayaan dan keyakinan diri terhadap bahasa Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa

dan maju bahasa majulah bangsa.

BIBLIOGRAFI

Abd. Hamid Mahmood (1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printed (M).

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ani Awang dan Zumurni Hamzah. Ke arah Memartabatkan Bahasa Melayu.

Http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp. Diakses pada 14.2.2010.

Awang Sariyan (2006). Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya dari Sudut

Pengayaan Khazanah Ilmu. Dlm Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ismail Jusoh (2000). Bahasa dan Masyarakat. Dlm Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu.

Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Kamarudin Hj. Kachar (1989). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Teks

Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Amin Arshad ( 2005). Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang, Selangor.

Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekat Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1992). Pembinaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia – Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Http://www.utusan.com.my/utusan info.asp.- Martabatkan Bahasa Melayu Pada Zaman Globalisasi.

Diakses pada 14.2.2010.

Http://www.malaysiakini.com/news/108063-PPSMI Dimansuhkan

Tempat Bertugas:

Sekolah Menengah Kebangsaan{J}Hwa Lian,Mentakab,Pahang[ 1993-

2007]

Sekolah Menengah KebangsaanPutrajaya Precint 9 (1) ,Putrajaya.

[2008- ]

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Kepujian[USM]

Diploma Pendidikan [UPSI[

Sarjana Pendidikan(UPM)

Page 7: Cikgu Rozali_ Peranan Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Mengikut Konteks Pendidikan-kartinie Amat [Diselenggarakan Oleh Rozali Rajab]

9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…

cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 7/8

Newer Post Older PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Posted by Cikgu Rozali Rajab at 15:34

Labels: KAJIAN ILMIAH

Mulai 2012. Diakses pada 14.2.2010.

Recommend this on Google

Enter your comment...

Comment as: Google Account

Publish Preview

3 comments:

AINI KIFLI 5 October 2012 08:13

Terima kasih, penulisan ilmiah ini sangat berguna kepada saya. Mohon izin

menggunakannya.

Reply

htarng chong 15 March 2013 13:18

macam mana pihak kerajaan dapat melestarikan Bahasa Melayu pada papan kenyataan?

Reply

.ANA. 9 July 2013 18:09

Reply

This comment has been removed by the author.

Page 8: Cikgu Rozali_ Peranan Kerajaan Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu Mengikut Konteks Pendidikan-kartinie Amat [Diselenggarakan Oleh Rozali Rajab]

9/13/13 Cikgu Rozali: PERANAN KERAJAAN DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MENGIKUT KONTEKS PENDIDIKAN-Kartinie Amat [diselengg…

cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/peranan-kerajaan-dalam-memartabatkan.html 8/8

Awesome Inc. template. Powered by Blogger.