teks ucapan penutup yang berhormat dato’ - moe.gov.my · pdf fileteks ucapan penutup ......

7
1 Teks Ucapan Penutup Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia Sempena: Majlis Penutup Pertandingan KVSkills 2015 Peringkat Kebangsaan Pada: 19 November 2015 (Khamis) Bertempat di: Kolej Vokasional Sepang, Selangor

Upload: vanminh

Post on 06-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Penutup Yang Berhormat Dato’ - moe.gov.my · PDF fileTeks Ucapan Penutup ... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT,

1

Teks Ucapan Penutup

Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

Sempena:

Majlis Penutup Pertandingan KVSkills 2015 Peringkat Kebangsaan

Pada:

19 November 2015 (Khamis)

Bertempat di:

Kolej Vokasional Sepang, Selangor

Page 2: Teks Ucapan Penutup Yang Berhormat Dato’ - moe.gov.my · PDF fileTeks Ucapan Penutup ... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT,

2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalaamualaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

Perpaduan dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih saudara/saudari Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Tajudin bin Jab

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Yang Berusaha Puan Hajah Zalihar binti Abdul Ghani

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Semua Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua Pengarah Kolej Vokasional (KV) dan Pengetua Sekolah Menengah

Teknik (SMT)

Peserta-peserta Pertandingan KVSkills 2015, wakil media, para pensyarah,

guru-guru, pelajar-pelajar dan semua tetamu yang dihormati sekalian,

Page 3: Teks Ucapan Penutup Yang Berhormat Dato’ - moe.gov.my · PDF fileTeks Ucapan Penutup ... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT,

3

1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam buat

junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT,

kerana dengan keizinan-Nya, kita dapat berhimpun pada petang ini di

Kolej Vokasional Sepang dalam Majlis Penutup Pertandingan KVSkills

2015 Peringkat Kebangsaan.

2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada

pihak Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian

Pendidikan Teknik dan Vokasional atas kejayaan menganjurkan

Pertandingan KVSkills 2015 ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua

pihak yang terlibat khususnya Jawatankuasa Induk dan Jawantankuasa

Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan Pertandingan

KVSkills 2015 ini.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Senario Negara

3. Pembangunan modal insan dan pembangunan tenaga kerja golongan

muda merupakan dua elemen utama yang amat penting dalam

membawa negara kita kepada status negara maju berpendapatan tinggi

menjelang 2020. Kejayaan sektor industri bukan sahaja bergantung

kepada faktor kos tetapi juga kepada kemahiran tenaga kerja negara.

Dalam hal ini, kemahiran tenaga kerja golongan muda berkeupayaan

memacu operasi sektor industri dan swasta.

4. Selain itu, cabaran-cabaran daripada proses liberalisasi juga dilihat kini

memberi tekanan kepada banyak negara termasuk Malaysia ke arah

memperkasa dan meningkatkan kapasiti kemahiran golongan muda

dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kebanyakan sektor

pekerjaan di luar negara telah lama memberi fokus kepada sektor

tenaga berkemahiran teknikal dan vokasional dalam pelan

pembangunan modal insan. Negara kita juga tidak ketinggalan dalam

memantapkan pembangunan modal insan terbaik di bidang teknikal dan

vokasional bagi menyokong pembangunan industri dan penguasaan

teknologi, seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap

teknologi dan tenaga kemahiran dari negara luar.

Page 4: Teks Ucapan Penutup Yang Berhormat Dato’ - moe.gov.my · PDF fileTeks Ucapan Penutup ... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT,

4

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

5. Bagi tujuan itu, adalah penting bagi semua pihak dalam negara kita

khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia mengubah pemikiran

masyarakat terhadap sektor pendidikan dan latihan teknikal dan

vokasional (TVET) yang sering dianggap sebagai sektor pendidikan

kelas kedua. Menyedari hakikat ini, Rancangan Malaysia Ke-11 yang

dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun

Abdul Razak, memberi penekanan khusus untuk meningkatkan kapasiti

dan keupayaan modal insan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020.

6. Melalui pembangunan modal insan ini, dalam Rancangan Malaysia ke-

11, sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu dijangka akan diwujudkan di

mana lebih 60 peratus daripadanya memerlukan kelayakan berkaitan

Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ini

menunjukkan TVET akan menjadi platform penting bagi meningkatkan

jumlah tenaga kerja mahir dalam hasrat menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang tahun 2020.

Transformasi Pendidikan Vokasional

7. Untuk makluman para hadirin, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional sedang melaksanakan

Transformasi Pendidikan Vokasional mulai tahun 2012 yang bertujuan

melahirkan sumber manusia atau tenaga kerja berkemahiran tinggi dan

fleksibel serta menghasilkan pekerja yang inovatif, kreatif dan berdaya

saing selaras dengan keperluan semasa negara. Salah satu komponen

utama dalam Transformasi Pendidikan Vokasional ialah menaiktaraf

Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional. Pada

tahun 2012 sebanyak 15 Kolej Vokasional Rintis telah diwujudkan,

diikuti dengan 72 Kolej Vokaisonal pada tahun 2013 dan sehingga kini

80 Kolej Vokasional telah beroperasi seluruh negara.

8. Kejayaan Transformasi Pendidikan Vokasional yang dilaksanakan tidak

akan menjadi realiti sekiranya dilakukan secara sendirian mahupun

secara in-silo oleh KPM. Oleh itu, saya memohon agar semua warga

KPM khususnya BPTV serta pelbagai agensi dan industri agar

Page 5: Teks Ucapan Penutup Yang Berhormat Dato’ - moe.gov.my · PDF fileTeks Ucapan Penutup ... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT,

5

memecahkan sebarang dinding perbezaan dan bekerja secara

berpasukan menerokai pelbagai kemungkinan atau endless possibilities

ke arah mencapai visi dan misi Kementerian khususnya Transformasi

Pendidikan Vokasional dan negara kita amnya.

9. Di samping itu, pengaruh liberalisasi juga akan mendorong kita untuk

terus berusaha memperkasa dan meningkatkan kapasiti kemahiran

pelajar kolej vokasional. Penerimaan sektor industri dan swasta

terhadap pelajar Kolej Vokasional boleh dijadikan kayu pengukur sama

ada sesuatu pendidikan dan latihan yang dianjurkan menepati dan

memenuhi permintaan serta keperluan sebenar di luar sana. Sekiranya

pelajar ini mampu memenuhi kehendak pasaran, saya yakin

pergantungan kepada tenaga kerja asing akan dapat ditangani dan

seterusnya menjana peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Penganjuran Pertandingan KVSkills

10. Seperti yang kita sedia maklum, teras bagi mana-mana ekonomi

berpendapatan tinggi yang produktif terletak pada tenaga kerja yang

kompetitif, kreatif dan inovatif. Penganjuran Pertandingan KVSkills yang

julung-julung kali dilaksanakan ini adalah selaras dengan usaha

kerajaan ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan

bertaraf dunia (world class). Saya melihat penganjuran Pertandingan

KVSkills ini bukan sahaja amat penting dan sejajar dengan visi dan misi

Kementerian Pendidikan Malaysia, malah merupakan prasyarat untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang

tahun 2020.

11. Pertandingan KVSkills ini juga bertujuan mencungkil bakat dan

kemahiran pelajar dan seterusnya mempromosi pelajar Kolej Vokasional

kepada masyarakat khususnya pihak industri dan swasta. Saya

difahamkan Pertandingan KVSkills 2015 dilaksanakan dengan tumpuan

diberikan kepada 18 bidang kemahiran yang terdapat di Kolej

Page 6: Teks Ucapan Penutup Yang Berhormat Dato’ - moe.gov.my · PDF fileTeks Ucapan Penutup ... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT,

6

Vokasional yang meliputi pelbagai aspek dan bidang yang diperlukan

oleh industri.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia

12. Adalah menjadi harapan KPM Pertandingan KVSkills ini akan menjadi

platform untuk menggilap dan mencungkil bakat kemahiran pelajar Kolej

Vokasional sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan

kemahiran peringkat kebangsaan dan antarabangsa khususnya

Pertandingan Kemahiran Malaysia (MySkills Competition) Pertandingan

Kemahiran ASEAN (ASEANSkills Competition – ASC) dan Pertandingan

Kemahiran Sedunia (WorldSkills Competition – WSC). Adalah

diharapkan melalui penganjuran Pertandingan KVSkills ini, KPM dapat

menghasilkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan

dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

13. Penganjuran KVSkills ini juga diharapkan akan merupakan acara

tahunan yang dianjurkan oleh KPM melalui BPTV. Jalinan kerjasama

yang wujud antara KPM dengan pelbagai agensi serta sektor industri

dan swasta dalam menganjurkan pertandingan KVSkills ini adalah

selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue

Ocean Strategy (NBOS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Melalui

kerjasama ini, KPM tidak lagi menggunakan pendekatan silo dalam

merancang dan melaksanakan program-program kemahiran. Malah

pendekatan horizontal digunapakai bagi mengoptimumkan penggunaan

sumber-sumber yang ada dengan cekap dan berkesan bagi

mendapatkan outcome yang diharapkan terutama dalam memastikan

kebolehpasaran (marketability), kebolehkerjaan (workability) dan

kebolehgajian (employability) graduan Kolej Vokasional.

14. Saya juga berharap penganjuran Pertandingan KVSkills ini akan dapat

meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan muda serta

pelajar terhadap bidang kemahiran yang mampu menjana pendapatan

tinggi di samping mewujudkan platform bagi jaringan kerjasama antara

pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta sektor industri dan

swasta. Saya menyeru para majikan terutamanya daripada sektor

Page 7: Teks Ucapan Penutup Yang Berhormat Dato’ - moe.gov.my · PDF fileTeks Ucapan Penutup ... selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT,

7

industri dan swasta supaya tampil untuk menyokong dan menaja

Pertandingan KVSkills ini agar ia menjadi lebih kompetitif dan berprestij

pada masa hadapan.

Penutup

15. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih

kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian

Pendidikan Teknik dan Vokasional di atas kejayaan menganjurkan

Pertandingan KVSkills 2015 Peringkat Kebangsaan ini. Semoga inisiatif

yang dilaksanakan ini akan membawa kejayaan kepada agenda

pembangunan negara yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Saya

yakin sepenuhnya bahawa dengan kesanggupan untuk bekerja secara

strategik dan penuh komitmen, kita akan terus memainkan peranan

yang penting dalam memastikan hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara maju pasti tercapai. Sesungguhnya komitmen

dan kerjasama yang diberikan ini dapat diterus dan dipertingkatkan demi

kemajuan bidang kemahiran negara.

16. Dengan lafaz Bismillahhir rahmanirrahim, maka dengan ini saya dengan

rasminya menutup Pertandingan KVSkills 2015 Peringkat Kebangsaan

ini.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

19 November 2015