teks ucapan penutup dan penyampaian sijil kursus...
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN PENUTUP DAN
PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS INDUKSI
KOPERASI ANGGOTA BARU
ANGKASA 2020 – JPAN SELANGOR
18 Januari 2020 (Sabtu)
12:00 tengah hari
2
HOTEL ALIYA, KLANG, SELANGOR
__________________________________
Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamulaikum WBT dan Salam
Sejahtera
Terima Kasih Pengacara Majlis
3
Yang Berbahagia
Dato’ Mohd Alias Hamzah
Pengerusi Perhubungan ANGKASA
Selangor
Yang Berusaha
Barisan Ahli Jawatankuasa
Perhubungan ANGKASA Selangor
4
Pegawai-pegawai ANGKASA Pusat
dan ANGKASA Selangor
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Wakil
Koperasi Ahli Baru ANGKASA yang
dihormati sekalian.
5
1. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada
para pemimpin koperasi yang
dapat melapangkan masa untuk
hadir mengikuti Kursus Induksi
menjadi ahli ANGKASA anjuran
ANGKASA Selangor.
6
2. Melalui majlis ini, tuan-tuan
dan puan-puan yang mewakili
koperasi boleh mengetahui lebih
lanjut peranan ANGKASA dalam
membantu koperasi dan komuniti
menjadi penyumbang berkesan
kepada ekonomi negara.
7
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
3. ANGKASA diiktiraf Kerajaan
sebagai badan apeks yang
mewakili gerakan koperasi serta
berperanan untuk menyebarkan
kefahaman jati diri, pengukuhan
8
nilai dan prinsip koperasi serta
membangunkan gerakan koperasi
di negara ini. Ini merupakan satu
cabaran yang besar kepada
ANGKASA.
4. Oleh sebab itu, pada
kesempatan ini saya ingin
9
memaklumkan kepada tuan-tuan
dan puan-puan tentang Dasar
Koperasi Negara, Dasar
Keusahawanan Negara,
Cooperative Tranformation
Programme (CTP) dan Pelan
Strategik ANGKASA yang akan
memacu gerakan koperasi negara
10
terlibat dalam bidang perniagaan
berimpak tinggi.
5. Untuk makluman semua,
Dasar Keusahawanan Nasional
(DKN) 2030 telah menyasarkan
sumbangan perolehan koperasi
kepada Keluaran Dalam Negara
11
Kasar (KDNK) sebanyak RM60 bilion
menjelang tahun 2030. Sesuai
dengan peranan gerakan koperasi
untuk meningkatkan sosio ekonomi
ahlinya, koperasi perlu
meningkatkan keupayaan dan
kapasiti dalam bidang
keusahawanan. Maka, program
12
dan aktiviti keusahawanan yang
mampu melonjakkan pendapatan
sesebuah koperasi perlu dilaksana
untuk mentransformasikan gerakan
koperasi menjadi peneraju
kesejahteraan para anggota dan
komuniti.
13
6. Mengikut perangkaan
sehingga 30 Jun 2019 oleh SKM,
bilangan koperasi berjumlah 14,417
buah koperasi di seluruh negara
yang melibatkan jumlah
keanggotaan individu seramai
6.046 juta orang.
14
7. Manakala modal syer pula
berjumlah RM15.248 billion dan aset
sebanyak RM143.69 billion yang
menjana perolehan sehingga
RM24.64 billion.
8. Angka ini menggambarkan
besarnya sumbangan sektor
15
koperasi kepada ekonomi negara
walaupun mengikut peratusan
hanya mewakili 4 atau 5 peratus
sahaja sumbangan terhadap KDNK
negara yang berjumlah kira-kira
lebih RM1.1 trillion pada tahun 2015.
16
9. Statistik koperasi di Selangor
bagi tempoh yang sama, berjumlah
1,720 buah dengan keanggotaan
berjumlah 548,885 orang;
syer/yuran berjumlah RM677.75 juta;
aset RM1715.72 bilion dan
perolehan berjumlah RM534.88 juta.
17
10. Sehingga Disember 2019,
bilangan koperasi yang menjadi ahli
ANGKASA berjumlah 10,223 buah
dari 14,417 koperasi (Jun 2019) yang
berdaftar dengan SKM. Setiap tahun
ANGKASA mensasarkan 2,000
koperasi menjadi ahli ANGKASA
dan peranan ini dimainkan
18
ANGKASA negeri. Setiap negeri
disasarkan untuk menarik 125
koperasi menjadi ahli ANGKASA.
Pada 2019, Selangor berjaya
menarik 75 koperasi menjadi ahli
ANGKASA dan saya percaya tahun
2020, bilangan ini dapat dicapai 100
peratus.
19
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
11. Jika diteliti, dari segi dasar,
melihat dari perspektif makro,
menjadi harapan negara sektor
koperasi menyumbang secara
20
berkesan kepada pembangunan
ekonomi negara.
12. Manakala jika dilihat dari
perspektif mikro, koperasi boleh
menjadi penjana pertumbuhan
ekonomi, menjadi entiti perniagaan
yang kompetitif, mampu untuk
21
menjadi organisasi bantu diri yang
efektif dan peka serta proaktif
terhadap persekitaran.
13. Pada kebiasaannya,
koperasi baru yang ditubuhkan,
tergolong dalam koperasi mikro dan
menjana perolehan di bawah
22
RM200,000 setahun. Koperasi jenis
ini, mewakili 83 peratus daripada
jumlah koperasi seluruh negara dan
menyumbang perolehan kira-kira
RM264 juta setahun.
14. Oleh itu, ANGKASA
menggalakkan koperasi baru yang
23
hendak menceburi bidang
perniagaan atau kekurangan
modal awalan, bolehlah membuat
pinjaman Tabung Modal Pusingan
(TMP) SKM tanpa cagaran
maksimum RM50,000.
24
15. Jika telah menceburi
bidang perniagaan dan
memerlukan modal yang lebih
besar, saya menggalakkan supaya
menjadi anggota Koperasi
Pembiayaan Syariah ANGKASA
atau KOPSYA. Ini merupakan satu
peluang kepada koperasi mikro
25
seperti koperasi keluarga atau
koperasi kariah masjid atau koperasi
teksi dan sebagainya yang
memerlukan modal tambahan
untuk memulakan perniagaan.
26
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
16. Dalam menyahut seruan
Kerajaan untuk memaju dan
membangunkan gerakan koperasi
di Malaysia, ANGKASA
membangunkan Pelan Strategik
27
ANGKASA bagi merealisasikan
seruan kerajaan untuk menjadikan
sektor koperasi sebagai kuasa
ketiga ekonomi.
17. Melalui 8 sektor yang
diwujudkan ANGKASA, beberapa
projek sedang dibangunkan untuk
28
manfaat koperasi. Misalnya Projek
Heifers’ Park di bawah Sektor
Pertanian dan Industri Asas Tani,
ANGKASA sedang membangunkan
baka lembu tenusu kacukan Korea
Malaysia menggunakan teknologi
Korea. Beberapa projek
penternakan lembu tenusu
29
berkelompok koperasi telah berjaya
dilaksanakan di koloni Mersing Johor
(gabungan 10 koperasi); koloni
Gadong (KOMARDI) dan koloni
Londah, Negeri Sembilan (3 buah
negeri). Melalui projek ini, ANGKASA
mensasarkan koperasi menjadi
pengeluar susu dan terlibat dalam
30
setiap rantaian pengeluaran
tersebut. Ini satu peluang kepada
koperasi yang berminat dalam
industri tenusu.
18. Di bawah Sektor
Pembangunan dan Peruncitan,
ANGKASA sedang membangunkan
31
Program Barang Asas 100 (BA100)
bagi mewujudkan pembekalan
barang asas kepada koperasi.
Banyak lagi projek-projek baru yang
sedang dibangunkan ANGKASA
bagi memberi peluang kepada
koperasi terlibat dalam perniagaan
berimpak tinggi.
32
19. Projek tersebut seperti –
Pharma Wellness yang berobjektif
mewujudkan Hub Pembelian
Barangan Kesihatan Berpusat dan
Penjenamaan COOPFARMASI;
Projek Perkhidmatan Pemulihan
Kredit Sektor Kewangan yang
memberi perkhidmatan kutipan
33
tunggakan pembayaran bagi pihak
organisasi pemberi pinjaman; Projek
e-Hailing cALLMe dan Projek
MyCoop E-Workers.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian
34
20. Melalui kesepakatan dan
penyatuan yang utuh, koperasi dan
ANGKASA boleh merealisasikan
hasrat untuk bersama-sama
menjadi pemain dan kuasa utama
dalam menentukan corak ekonomi
negara menjelang tahun 2020.
35
21. Langkah pertama yang boleh
dilakukan ialah dengan
memberikan sokongan dan
kepercayaan kepada ANGKASA.
22. Sekali lagi, saya
mengucapkan terima kasih kepada
tuan-tuan dan puan-puan yang
36
menghadiri Kursus Induksi Koperasi
Anggota Baru ANGKASA yang
dianjurkan pada kali ini.
23. Terima kasih juga kepada
Jawatankuasa Perhubungan
ANGKASA Negeri yang memberikan
37
kerjasama dalam menganjurkan
majlis ini.
24. Saya dengan lafaz suci
Bismillahirrahmanirrahim,
merasmikan Kursus Induksi Koperasi
Anggota Baru ANGKASA Selangor.
38
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik wal hidayah,
Assalamualaikum WBT.