teks ucapan ybhg. tan sri ksn sempena majlis penutup

30
TEKS UCAPAN Y.BHG. TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 6 OKTOBER 2011 (KHAMIS), 11.00 PAGI SULTAN AHMAD SHAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE KUANTAN, PAHANG

Upload: buianh

Post on 30-Dec-2016

265 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

TEKS UCAPAN Y.BHG. TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN SURUHANJAYA-SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

AWAM MALAYSIA

6 OKTOBER 2011 (KHAMIS), 11.00 PAGI

SULTAN AHMAD SHAH INTERNATIONAL CONVENTION

CENTRE KUANTAN, PAHANG

Page 2: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

1

Bismillahir rahmanir rahim

Assalaamualaikum warahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1Malaysia

Y. Bhg. Tan Sri Jamaluddin Bin Hj.

Ahmad Damanhuri

Pengerusi Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Malaysia

Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin

Haji Awang

Pengerusi Suruhanjaya

Perkhidmatan Pelajaran

Y. Bhg. Dato' Haji Alias Bin Abdullah

Pengerusi Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Negeri Pahang

Page 3: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

2

Y.H. Dato’ Mohamad Ridzwan Mohd

Tahar, Timbalan SUK Pahang

Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya

serta Timbalan-Timbalan Pengerusi

Suruhanjaya

Ahli Suruhanjaya-Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Malaysia

Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan

dan Negeri

Y.Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang

dihormati sekalian.

Page 4: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

3

Alhamdulillah, marilah kita

memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah SWT kerana dengan limpah

kurnia dan keizinan Nya jua, kita

dapat berkumpul di dalam dewan ini

bagi menyempurnakan Majlis

Penutup Persidangan Suruhanjaya-

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Malaysia Tahun 2011.

2. Saya merakamkan ucapan

terima kasih dan tahniah kepada

semua peserta Persidangan

Suruhanjaya-Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Malaysia

Tahun 2011 kerana telah dapat hadir

Page 5: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

4

dan memberi sumbangan dalam

persidangan yang penting lagi

bermakna ini. Persidangan

Suruhanjaya-Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Malaysia ini

merupakan satu forum yang amat

penting bagi Ahli-Ahli Suruhanjaya

untuk berbincang, bertukar fikiran,

mendapatkan input serta idea baru

dan seterusnya menghasilkan

rumusan terbaik bagi memastikan

perkhidmatan awam negara kita

adalah cekap dan berkualiti.

Komitmen yang diberikan oleh

semua peserta terhadap

persidangan kali ini melambangkan

Page 6: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

5

sokongan terhadap agenda

transformasi negara bagi

membentuk perkhidmatan awam

yang lebih inovatif lagi.

3. Saya menaruh penuh harapan

dan keyakinan bahawa melalui

persidangan ini, banyak manfaat

telah diperolehi sebagai usaha

berterusan menerokai peluang dan

alternatif baru bagi memperkasakan

pengurusan modal insan sektor

awam yang bersifat dinamik.

Persidangan seperti ini jelas

menunjukkan kesungguhan

Suruhanjaya-Suruhanjaya

Page 7: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

6

Perkhidmatan Awam untuk sentiasa

menambah baik penyampaian

perkhidmatan kepada stakeholders

terutamanya rakyat. Melalui tema

persidangan, iaitu “Perkhidmatan

Awam Dinamik Pemacu

Kecemerlangan”, adalah diharapkan

suatu hala tuju yang konkrit dapat

dirumuskan bersama dalam usaha

menyemarakkan lagi pencapaian

dan kecemerlangan negara kita.

Saudara-saudari sekalian,

4. Pada hari kelmarin, iaitu hari

Selasa, 5 Oktober, saya telah

mempengerusikan mesyuarat MSC

Page 8: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

7

Malaysia Flagship Coordination

Committee atau FCC, mengenai

kemajuan projek-projek ICT

Kerajaan seperti E-Government,

Smart School, Telehealth dan

sebagainya. Pada akhir mesyuarat,

Urus setia telah membentangkan

FCC versi 2.0 mengenai hala tuju

Jawatankuasa tersebut pada masa

hadapan supaya lebih mantap serta

selari dengan aspirasi dan hasrat

kerajaan. Namun, saya telah

mencabar Urus setia serta ahli

mesyuarat – mengapa FCC 2.0?;

mengapa tidak FCC 10.0? Adalah

amat penting bagi kita merancang

Page 9: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

8

mengenai perkara-perkara yang

lebih jauh ke masa hadapan dan

bawanya ke hari ini, iaitu fikir dan

laksanakannya sekarang – baik

dalam peranan kita di dalam

jawatankuasa seperti FCC mahupun

sebagai penjawat awam mahupun

sebagai ahli Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam.

5. Pelukis terkemuka dunia,

Leornardo Da Vinci, pada tahun

1480 telah mula melukis mengenai

kapal terbang. Beliau mempunyai

lebih 100 buah lukisan yang

melakarkan pemikiran beliau

Page 10: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

9

mengenai mesin yang boleh

membawa manusia untuk

“terbang”. Sebagaimana kita

ketahui, penerbangan pertama yang

berjaya dilakukan oleh manusia

ialah pada 17 Disember 1903 oleh

Orville Wright, iaitu lebih 400 tahun

setelah Leornardo Da Vinci mula

melukis mengenai penerbangan

manusia. Malah, helikopter yang

kita lihat pada hari ini adalah

berasaskan kepada reka bentuk

yang dilakarkan oleh Leonardo da

Vinci di dalam salah sebuah

lukisannya yang dinamakan

Ornithopter.

Page 11: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

10

6. Begitu juga Jules Verne,

penulis science fiction yang tidak

asing lagi, pada tahun 1863 telah

menulis sebuah novel bertajuk

Paris in the Twentieth Century.

Novel tersebut mengisahkan

seorang pemuda yang tinggal di

dalam sebuah bangunan pencakar

langit, perjalanan menaiki kereta api

berkelajuan tinggi, kereta yang

berkuasa gas, serta jaringan

komunikasi seluruh dunia. Namun,

penerbit buku-buku beliau pada

masa itu, mencadangkan supaya

Verne menunggu 20 tahun lagi

untuk menerbitkan bukunya. Verne

Page 12: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

11

menyimpan manuskripnya itu di

dalam sebuah peti besi. Lebih 120

tahun kemudian, pada tahun 1989

seorang cicit beliau terjumpa

manuskrip tersebut, dan pada tahun

1994 buku tersebut akhirnya

diterbitkan. Kalau saudara-saudari

masih ingat, pada sekitar tahun

1993 dan 1994, masa buku beliau

diterbitkan, Internet baru sahaja

mula dikenali oleh masyarakat

dunia sebagai saluran komunikasi

penting, sedangkan Jules Verne

telah pun berfikir mengenainya

pada tahun 1863.

Page 13: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

12

Saudara-saudari sekalian,

7. Bertitik tolak dari cerita-cerita

tersebut, cuba kita bayangkan apa

yang dihasratkan oleh Kerajaan dan

rakyat terhadap peranan kita

sebagai penjawat awam.

Bagaimana kita lihat peranan kita 20

tahun dari sekarang, atau seperti di

dalam tulisan Jules Verne, 100

tahun dari sekarang. Seterusnya,

kita fast forward dan laksanakannya

pada hari ini juga. Tidak perlu

tunggu 20 tahun atau 100 tahun lagi

untuk merealisasikannya. Dengan

cara ini, pastinya kita akan sentiasa

Page 14: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

13

berada di hadapan keluk atau

“ahead of the curve” aspirasi dan

harapan stakeholders kita serta

aspirasi dan harapan sendiri.

8. Asas utama kepada Program

Transformasi Ekonomi yang sedang

giat dilaksanakan oleh Kerajaan

pada masa ini, ialah sebuah sektor

swasta yang cergas bagi menarik

lebih banyak pelaburan,

mewujudkan pekerjaan nilai tinggi,

dan menempatkan Malaysia, negara

kita di pasaran global untuk

memacu pertumbuhan pendapatan

tinggi yang berkekalan. Bagi

Page 15: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

14

menjayakan ini sokongan daripada

sektor awam yang juga berprestasi

tinggi adalah amat penting.

9. Mari kita sama-sama fikirkan

apakah ciri-ciri yang perlu ada di

dalam sektor awam yang

berprestasi tinggi? Pastinya yang

paling utama adalah integriti;

disiplin yang tinggi; bersih – bukan

dari aspek fizikal sahaja, malah

lebih penting termasuk juga

tatalaku; berani; dan kompeten.

Pada hari Sabtu dan Ahad lepas,

saya menerima delegasi dari

Singapura sempena Malaysia-

Singapore Joint Seminar and Civil

Page 16: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

15

Service Games. Rata-rata umur

Setiausaha Tetap mereka, iaitu

setara dengan Ketua Setiausaha

Kementerian-Kementerian kita,

adalah di dalam lingkungan umur

empat puluhan sahaja. Umur rakan

sejawat saya, iaitu Mr. Peter Ong,

Head of Civil Service of Singapore

adalah 50 tahun sahaja. Dan beliau

telah menjadi Setiausaha Tetap

selama lebih 10 tahun. Isu penting

yang saya mahu utarakan bukanlah

umur. Banyak diperkatakan akan

kecekapan perkhidmatan awam

Singapura. Malah diperkatakan

seantero dunia bahawa

pembangunan dan kemajuan

Page 17: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

16

Singapura hari ini disumbangkan

sebahagian besarnya oleh

perkhidmatan awamnya. Juga saya

yakin dan percaya, yang juga diakui

oleh pelbagai pihak akan

sumbangan besar perkhidmatan

awam kita terhadap kemajuan

negara kita.

10. Namun demikian, mari kita

cabar status quo – bagaimana kita

boleh lakukan lebih baik dari

sekarang, lebih baik dari masa

lepas, lebih baik dari masa

kegemilangan kita. Bagaimana kita

boleh lakukan lebih baik dari rakan-

rakan kita di Singapura. Malah, kita

Page 18: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

17

berusaha lakukan yang lebih baik

daripada apa rakan-rakan di

Singapura lakukan, supaya

perkhidmatan awam kita pula

menjadi bench mark bagi Singapura

dan juga benchmark bagi negara-

negara lain yang lebih maju di kala

ini.

Saudara-saudari sekalian,

11. Sering kali kita mendengar

ungkapan, “input determines output

and eventually outcome” ataupun

“What you put into something is

what you will get out of it”. Begitu

juga, kemasukan pegawai-pegawai

Page 19: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

18

yang berkualiti dan berprestasi

tinggi, pastinya akan memastikan

perkhidmatan awam yang turut

berkualiti. Proses pemilihan

pegawai-pegawai untuk berkhidmat

ke dalam Perkhidmatan Awam

hendaklah stringent agar mereka

yang terpilih adalah betul-betul

yang akan membanggakan

perkhidmatan awam, tetapi lebih

penting dibanggakan oleh negara

kita.

12. Pastinya pemilihan hendaklah

berdasarkan merit, mereka yang

mempunyai pengetahuan dan ada

kemahiran, berketerampilan dan

Page 20: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

19

sikap yang sesuai. Ini kerana

pegawai-pegawai yang dipilih pada

hari ini adalah penentu hala tuju

perkhidmatan awam kita, hatta

negara kita dalam tempoh 30 tahun

atau lebih yang akan datang. Maka,

kita semua yang berperanan

mencorak masa hadapan perlu

menghayati Leonardo Da Vinci dan

Jules Verne, betapa pentingnya kita

perlu mengunjur atau project the

scenario perkhidmatan awam di

tahun-tahun mendatang, tetapi lebih

baik dari Leornardo Da Vinci tidak

perlu menunggu beratus-ratus

tahun untuk dinikmati, kita alami

penambahbaikan itu di hari ini juga.

Page 21: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

20

13. Saya amat tertarik dengan

sebuah cerita “Have a Little Faith”

oleh Mitch Albom. Ia mengisahkan

perihal seorang pemuda mencari

pekerjaan di sebuah ladang. Beliau

memberikan surat sokongan

kepada bakal majikannya. Di dalam

surat sokongan tersebut hanya

tertulis, "Dia tidur di dalam ribut".

Memandangkan beliau sangat

memerlukan seorang pembantu,

pemilik ladang tersebut terus

mengambil pekerja itu bekerja di

ladangnya. Beberapa minggu

berlalu, dan pada suatu malam,

ribut yang kuat datang melanda.

Page 22: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

21

Terkejut dengan bunyi hujan lebat

serta angin yang kuat, pemilik

ladang melompat keluar dari bilik

tidurnya dan menjerit memanggil

pemuda yang baru diupahnya

beberapa minggu yang lalu, tetapi

pemuda tersebut sedang tidur

dengan nyenyaknya. He slept

through the storm. Pemilik ladang

terus berlari ke bangsal, tetapi

dengan penuh hairan melihat

semua haiwan peliharaan telah

dikurung dengan selamat serta

mempunyai makanan yang banyak.

Pemilik ladang kemudiannya berlari

ke ladang, dan melihat ikatan

Page 23: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

22

gandum yang dibalut kemas dengan

kain tarpaulin serta tersusun yang

amat rapinya. Beliau seterusnya ke

tempat simpan makanan, didapati

pintu terkunci rapat dan bijirin

dalam keadaan kering dan

tersimpan dengan baik. Barulah

pemilik ladang tadi memahami

maksud “Dia tidur di dalam ribut”

atau “He sleeps in a storm”. Pada

saya mesejnya amatlah mudah

tetapi penting.

14. Ciri-ciri yang terdapat pada

pemuda tadi lah yang kita inginkan

sebagai pewaris perkhidmatan

Page 24: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

23

awam negara kita. Seorang yang

cekap dan berpengetahuan serta

tahu apa yang perlu dilaksanakan.

Dalam apa jua keadaan pekerja

yang hebat boleh “tidur dengan

nyenyak” kerana telah bersiap sedia

terlebih dahulu bagi menghadapi

apa jua kemungkinan. Tetapi yang

lebih penting, kita yang memilih,

mendidik dan mengasuh pekerja-

pekerja untuk negara kita, kita akan

dapat tidur dengan nyenyak dan

lenanya kerana mendapat pekerja-

pekerja yang boleh tidur dengan

nyenyaknya.

Page 25: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

24

Saudara-saudari sekalian, 15. Sebelum mengakhiri ucapan,

ingin saya tegaskan bahawa

pengurusan modal insan yang

efektif tidak tertumpu kepada aspek

reward semata-mata. Aspek

punishment perlu juga ditekankan,

khususnya bagi anggota-anggota

yang melakukan kesalahan serta

menyalahi peraturan dan undang-

undang sedia ada. Pada masa yang

sama, ia akan juga memberi

pengajaran serta iktibar kepada

anggota lain agar tidak melakukan

kesalahan yang boleh menjejaskan

integriti serta kredibiliti

perkhidmatan kita.

Page 26: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

25

16. Dalam hubungan yang sama,

perlu diwujudkan exit policy yang

jelas bagi anggota-anggota yang

bermasalah, yang tidak berdisiplin,

mahupun mereka yang tidak

menunjukkan prestasi

perkhidmatan yang sepatutnya.

Perkara mengenai exit policy ini

telah saya bangkitkan di dalam

persidangan yang sama pada tahun

2007, namun demikian

pelaksanaannya mungkin boleh

diperbaiki lagi. Mungkin aspek ini

perlu dikaji untuk dimantapkan lagi

pelaksanaannya, mahupun

mendapatkan kaedah yang terbaik

Page 27: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

26

bagi “melepaskan” anggota-

anggota yang bermasalah dari terus

berkhidmat di dalam perkhidmatan

awam. Namun demikian, sebarang

tindakan yang diambil hendaklah

telus dan adil bagi mengelakkan

sebarang penganiayaan.

17. Dengan kepadatan sesi

perbincangan dan forum serta

pembentangan kertas yang bernas

dari pelbagai perspektif dan

kepakaran, saya berharap objektif

Persidangan Suruhanjaya-

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Malaysia ke-14 ini dapat dicapai

Page 28: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

27

sepenuhnya. Saya percaya

perkongsian maklumat dan

pengalaman pada persidangan ini

dapat memberikan idea yang bernas

bagi Suruhanjaya-Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam untuk

menggerakkan agenda

transformasi dengan rapi dan cekap

bagi memenuhi kehendak

pelanggan yang sentiasa

diutamakan. Semoga semua usaha

murni dan komitmen yang telah

diberikan dalam persidangan ini

dapat menjana peningkatan tadbir

urus sektor awam dengan lebih

cemerlang lagi.

Page 29: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

28

18. Saya mengambil kesempatan

ini untuk mengucapkan syabas dan

tahniah kepada Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Malaysia,

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Negeri Pahang dan Suruhanjaya

Perkhidmatan Pelajaran yang telah

berganding bahu menganjurkan

Persidangan Suruhanjaya-

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Malaysia ke-14 ini. Setelah

mendengar ucapan daripada Y.

Bhg. Tan Sri Jamaluddin Bin Hj.

Ahmad Damanhuri, Pengerusi SPA,

saya yakin dan percaya, kita Insya

Allah akan dapat tidur dengan

nyenyak dan lenanya.

Page 30: Teks ucapan YBhg. Tan Sri KSN sempena Majlis Penutup

29

19. Akhir kata, dengan lafaz

Bismillahhir rahmannir rahim, saya

dengan rasminya menutup

Persidangan Suruhanjaya-

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Malaysia ke-14 ini.

Sekian

Wabillahittaufiq walhidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi

Wabarakatuh.