teks ucapan - moe.gov.my fileteks ucapan yab tan sri dato’ hj muhyiddin hj mohd yassin timbalan...

30
1 TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2015 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh Menteri Pendidikan II Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching Timbalan Menteri Pendidikan I Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan Timbalan Menteri Pendidikan II YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia

Upload: duongtu

Post on 30-Jun-2019

247 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

1

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI

MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2015

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam

sejahtera dan salam 1Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh

Menteri Pendidikan II

Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching

Timbalan Menteri Pendidikan I

Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan

Timbalan Menteri Pendidikan II

YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad

Ketua Setiausaha

Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang

Ketua Setiausaha II

Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 2: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

2

YBhg. Ketua - Ketua Pengarah

YBhg. Pengerusi-Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti

YBhg. Naib Canselor Universiti-Universiti

YBhg. Tan Sri-Tan Sri/ Dato’ Seri-Dato’Seri/ Datuk-Datuk/ Dato’-Dato’/ Datin-Datin tuan-tuan/ puan-puan dan hadirin yang dihormati sekalian.

1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan

setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan

limpah izin dan kurnia-Nya jua kita dapat bersama-sama

menghadiri Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian

Pendidikan Malaysia pada pagi ini. Masih belum terlambat

untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada

seluruh warga Kementerian Pendidikan, termasuk para

pegawai kementerian, guru, pensyarah, mahasiswa, murid dan

tidak lupa juga kepada para ibu-bapa di seluruh negara. Saya

ingin mengambil kesempatan di awal ucapan saya ini untuk

mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang

telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala

tugas yang diamanahkan sepanjang tahun lalu. Dengan

ketibaan tahun baharu ini, maka bermulalah lembaran baharu

dalam kehidupan kita, termasuk tugas-tugas yang perlu kita

laksanakan dan sasaran-sasaran yang mesti kita capai.

Page 3: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

3

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

2. Pada penghujung tahun 2014, beberapa buah negeri di

negara kita telah dilanda bencana banjir yang agak luar biasa.

Bencana ini bukan sahaja telah memusnahkan harta benda,

malah menyebabkan kehilangan nyawa selain menjejaskan

sesi persekolahan. Saya berasa amat sedih dan dukacita

dengan kehilangan 25 nyawa yang menjadi korban banjir,

termasuk dua orang guru kita iaitu Allahyarham Mat Zaik Mohd

Yusof dari Sekolah Kebangsaan RKT Seberang Tayor dan

Allahyarhamah Norhayati Sulong dari Sekolah Menengah

Kebangsaan Geliga, kedua-duanya di Kemaman, Terengganu.

Bagi pihak Kementerian Pendidikan, saya merakamkan ucapan

takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa semoga mereka

tabah menghadapi ujian ini. Marilah kita bersama-sama

menghadiahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa dan

mudah-mudahan roh mereka ditempatkan bersama-sama

hamba-hambaNya yang soleh. Al-Fatihah.

3. Saya juga berharap agar guru-guru, pensyarah dan

pegawai yang terjejas akibat banjir supaya tabah menghadapi

ujian IIahi ini. Usah patah semangat untuk kembali bertugas

seperti biasa dan terus menabur bakti kepada anak bangsa.

Saya berasa bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh guru-

guru dan murid-murid di negeri-negeri yang dilanda banjir.

Page 4: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

4

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, tanpa pakaian

seragam yang lengkap, perabot yang masih belum sempuna,

sekolah yang masih belum bersih sepenuhnya, mereka tetap

hadir ke sekolah seperti biasa. Ketika saya sedang berucap di

hadapan saudara dan saudari sekarang ini, sebanyak 31 buah

sekolah masih belum dibuka kerana terjejas teruk akibat banjir.

Saya telah mengambil keputusan supaya kelonggaran

diberikan kepada sekolah-sekolah ini untuk dibuka lebih lewat

daripada biasa supaya tumpuan dapat diberikan kepada kerja-

kerja pembersihan sekolah. Apabila sudah siap, sekolah dapat

dibuka semula dan murid-murid boleh mengikuti pembelajaran

dengan selesa dan selamat.

4. Saya juga amat bersimpati dengan nasib ibu bapa yang

terpaksa melalui keadaan yang sukar untuk memulakan

kehidupan baharu selepas bencana banjir, dengan harta benda

yang musnah, rumah yang rosak atau kehilangan tempat

tinggal, dan pada masa yang perlu membuat persediaan untuk

anak-anak memasuki sekolah. Kerana itu saya telah membuat

keputusan supaya Bantuan Awal Persekolahan diberikan lebih

awal daripada biasa supaya ibu bapa dapat menggunakan

bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan untuk

membeli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak. Mudah-

mudahan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan sedikit

Page 5: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

5

sebanyak dapat mengurangkan bebanan dan kesusahan yang

ditanggung oleh ibu bapa dalam menghadapi musibah ini.

5. Saya sendiri telah melawat beberapa buah sekolah yang

terjejas akibat bencana banjir, iaitu Sekolah Kebangsaan

Tanjung Chenok, dan Sekolah Kebangsaan Lati di Pasir Mas,

Kelantan; Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar, Jerantut,

Pahang; dan Sekolah Kebangsaan Lambor Kiri, Bota, Perak.

Saya dapati banyak peralatan sekolah seperti perabot,

perkakasan ICT, peralatan makmal, buku teks dan alat-alat

bantuan mengajar yang musnah. Oleh itu, saya telah pun

mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian, Tan Sri Dr.

Madinah, supaya menyalurkan peruntukan segera kepada

sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir untuk membiayai

kerja-kerja pembersihan dan pembaikan sekolah serta

penggantian peralatan yang musnah.

6. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan

yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan sekolah dan

institusi pendidikan yang terjejas akibat banjir. Ini termasuk

para mahasiswa kita dari universiti, politeknik, kolej komuniti

dan Institut Pendidikan Guru serta semua sukarelawan samada

yang turun sebagai individu atau mewakili mana-mana NGO

atau pertubuhan. Tidak lupa juga kepada Yayasan

Page 6: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

6

Sukarelawan Siswa (YSS), para pegawai, anggota

keselamatan dan semua pihak yang bekerja bertungkus lumus

untuk menyelaras misi bantuan banjir. Anda semua adalah

wira-wira yang tidak didendangkan. Saya juga ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma yang

telah bermurah hati menyumbangkan dana dan peralatan bagi

kerja-kerja pembersihan yang telah dilaksanakan. Sebagai

tanda penghargaan kepada semua sukarelawan dan

dermawan yang budiman, saya telah bersetuju supaya

Kementerian Pendidikan mengeluarkan sijil penghargaan khas

kepada mereka. Saya amat terharu kerana di sebalik musibah

yang berlaku ada juga hikmahnya. Rakyat Malaysia tanpa

mengira kaum dan agama telah menunjukkan rasa prihatin dan

kebersamaan mereka untuk membantu mangsa-mangsa banjir

samada menerusi sumbangan tenaga, masa mahu pun wang

ringgit. Saya ucapkan syabas dan tahniah.

7. Untuk menghadapi kemungkinan bencana banjir pada

masa hadapan, saya menyarankan agar sekolah-sekolah dan

institusi pendidikan yang berada di kawasan-kawasan yang

mudah terdedah kepada bencana ini supaya melakukan

persiapan lebih awal. Semua peralatan yang berharga perlu

disimpan di tempat yang lebih selamat supaya kita dapat

mengurangkan jumlah kerugian akibat banjir. Dalam musibah

banjir baru-baru ini, kos kerosakan di sekolah-sekolah dan

Page 7: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

7

institusi pengajian tinggi di bawah KPM dianggarkan

berjumlah hampir RM500 juta. Ini adalah satu jumlah yang

amat besar. Selain itu, pendidikan kesedaran mengenai

bencana alam juga perlu diberikan kepada murid dan ibu bapa

supaya mereka lebih bersedia dari segi mental dan fizikal

dalam menghadapi sesuatu musibah serta dapat menjaga

keselamatan diri dan keluarga dengan baik.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

MEMPERKUKUHKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN

8. Sepanjang tahun lalu, Kementerian Pendidikan telah

melaksanakan inisiatif-inisiatif utama yang digariskan di bawah

Gelombang Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025. Alhamdulillah, Program Transformasi

Daerah, LINUS, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Penguasaan

Bahasa Inggeris, Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam dan

Pendidikan Moral serta Piagam Guru dan Pemimpin Sekolah

telah mencapai KPI yang ditetapkan.

9. Selain itu, proses penyediaan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 juga telah

berjalan dengan lancar. Saya berharap agar tumpuan dapat

diberikan sepenuhnya kepada kerja-kerja menyiapkan PPPM

Page 8: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

8

(Pendidikan Tinggi) yang akan menjamin kesinambungan

antara inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di sektor pelajaran

dengan inisiatif di sektor pengajian tinggi.

Sektor Sekolah

10. Transformasi pendidikan yang telah dimulakan pada

tahun 2013 melalui pelancaran PPPM 2013-2025 akan terus

diperkukuhkan pada tahun ini. Bagi sektor pelajaran, Kad Skor

Menteri 2015 merangkumi 20 inisiatif utama yang memberikan

tumpuan kepada Keberhasilan Murid berpandukan 6 Aspirasi

Murid dan 5 Aspirasi Sistem yang telah ditetapkan di bawah

PPPM. Untuk membuktikan komitmen dan keseriusan kita

dalam melaksanakan apa yang telah dijanjikan, laporan

prestasi akan terus dipantau melalui Kad Skor Menteri, laporan

tahunan dan kajian pertengahan tahun. Saya yakin dengan

perancangan dan pemantauan yang rapi semua inisiatif penting

dalam Gelombang Pertama PPPM 2013-2025 dapat dicapai

pada penghujung tahun ini. Ini termasuk memperkasakan guru

dan pemimpin sekolah, menerapkan kemahiran berfikiraras

tinggi dan meningkatkan kemahiran berbahasa. Di samping itu,

usaha untuk memperkukuhkan aspek nilai, adab, perpaduan

nasional dan semangat patriotismeakan terus diberikan

tumpuan utama selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Page 9: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

9

11. Untuk memastikan kejayaan gelombang pertama PPPM

dan sebagai persediaan melaksanakan gelombang kedua

mulai tahun 2016, saya menyeru agar peranan dan pelibatan

ibu bapa, komuniti dan pihak swasta diperluaskan, khususnya

di sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman. Saya pasti

dengan usaha meningkatkan kualiti guru dan pemimpin yang

sedang giat dijalankan, serta sokongan kuat daripada ibu bapa

dalam membantu pembelajaran anak-anak di rumah, kita

mampu mendidik murid dengan ilmu pengetahuan, kemahiran

dan nilai-nilai murni sebelum mereka melanjutkan pengajian ke

peringkat yang lebih tinggi.

Pendidikan Teknik dan Vokasional

12. Untuk memenuhi permintaan tenaga mahir yang semakin

meningkat dalam pasaran pekerjaan di negara kita,

transformasi pendidikan teknik dan vokasional akan diteruskan.

Perancangan strategik seperti meningkatkan penawaran

tempat menerusi kerjasama dengan sektor swasta akan giat

dilaksanakan agar enrolmen pelajar dalam bidang teknik dan

vokasional dapat ditingkatkan.

13. Bagi politeknik pula, tumpuan akan diberikan kepada

peningkatan kualiti graduan menerusi pelaksanaan program

Page 10: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

10

akreditasi dan pensijilan antarabangsa. Untuk itu, saya

berharap agar lebih banyak politeknik mendapat penarafan

daripada badan antarabangsa seperti Pacific Accreditation and

Certification Commission (APACC). Setakat ini, tiga buah

politeknik iaitu, Politeknik Ungku Omar, Politeknik Sultan

Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Ibrahim Sultan

telah mendapat anugerah emas APACC yang membuktikan

para lulusan politeknik sudah mencapai standard antarabangsa

dan mempunyai potensi untuk berjaya dalam pasaran

pekerjaan global.

14. Selain politeknik, Kolej Komuniti turut memainkan peranan

penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi

keperluan industri. Jaringan kerjasama dengan syarikat-

syarikat swasta perlu dipergiatkan untuk membuka peluang

latihan yang lebih luas khususnya dalam bidang-bidang kritikal.

Satu contoh yang baik ialah program Public-Private

Partnership dan Industry on Campus yang dilaksanakan

secara kerjasama pintar bersama industri automotif pada tahun

2014. Pada tahun ini, kolej komuniti bakal melatih 800 tenaga

kerja bagi projek minyak dan gas di PIP Pengerang dan 300

orang untuk projek Sapura Kencana Fabrication Yard di Lumut.

Page 11: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

11

Pendidikan Tinggi

15. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, peranan Institusi

Pendidikan Tinggi dilihat lebih mencabar. Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang akan

dilancarkan pada suku pertama tahun ini merupakan satu

usaha untuk melahirkan Bakat Terpelajar dipacu Nilai (Learned

Values-Driven Talent) agar tranformasi negara menuju

ekonomi dipacu pengetahuan (knowledge-driven economy)

dapat dicapai. Pelan ini juga akan menghasilkan kelompok

bakat yang inovatif dan kreatif disusuli dengan agenda New

Academia dalam RMK-11.

16. Bertitik-tolak daripada aspirasi yang terkandung dalam

PPPM (Pendidikan Tinggi) ini, sektor pendidikan tinggi

disarankan untuk menyusun strategi yang lebih berkesan.

Antara langkah yang perlu diambil ialah:

Pertama, merekabentuk kurikulum holistik menerusi

penilaian semula disiplin ilmu di institusi pendidikan

tinggi dengan melihat kepada pendekatan antara-disiplin

dan pelbagai-disiplin, memikirkan bentuk pekerjaan yang

belum lagi wujud, teknologi yang belum dicipta dan

penyelesaian masalah yang bakal berlaku. Di samping itu,

Page 12: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

12

dalam memenuhi tuntutan pembangunan negara, aspek

nilai dan tanggungjawab yang merupakan paksi peradaban

masa depan perlu diberikan penekanan. Kurikulum abad

ke-21 juga perlu dibentuk selari dengan aliran

pembangunan dan kemajuan teknologi supaya relevan

dengan persekitaran semasa serta menekankan

penggunaan “Higher Order Thinking and Creative

Skills”(HOTaCS) yang bersifat futuristik, fleksibel dan

dinamik. Seterusnya, pembudayaan kurikulum holistik dan

berintegrasi harus diterapkan menerusi penyampaian dan

penilaian; pembelajaran perkhidmatan dan inovasi; di

samping penekanan terhadap ciri-ciri keusahawanan dan

kemahiran insaniah.

Kedua, memperkasa penyelidikan dan

pengkomersialan. Dalam agenda memperkasa ekonomi

negara, penyelidikan memainkan peranan penting untuk

menghasilkan inovasi dan produk yang boleh dimanfaatkan

untuk keperluan negara. Sebagai contoh, Public-Private

Research Network (PPRN) yang diperkenalkan oleh

Kerajaan melalui KPM dan Malaysian Technology

Development Corporation (MTDC) merupakan satu inisiatif

baharu ke arah mencapai matlamat ini. Melalui inisiatif ini,

peranan institusi pengajian tinggi (IPT) dari segi

pengkomersilan kepakaran serta hasil R&D dapat

Page 13: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

13

membantu industri tempatan, khususnya Perusahaan Kecil

Sederhana (PKS) berkembang dengan lebih pesat dari

segi aplikasi pengetahuan. Peranan IPT dalam

penyelidikan dan penyediaan perkhidmatan kepada

komuniti, di samping mendidik generasi akan datang dapat

digambarkan melalui konsep Quadruple Helix, iaitu satu

jaringan kerjasama antara industri, akademia, kerajaan dan

komuniti. Bagi tahun 2015, di bawah inisiatif PPRN,

Kementerian Pendidikan akan mewujudkan 1,000 solution

providers di mana semua IPT digalakkan untuk memainkan

peranan aktif untuk mencapai sasaran ini; dan

Ketiga, memperkukuhkan kedudukan universiti di

peringkat antarabangsa menerusi dua strategi utama,

iaitu memperkukuhkan jaringan kolaborasi dengan negara-

negara luar dan menaikkan ranking universiti. Sehingga

kini, beberapa memorandum telah ditandatangani dengan

negara-negara strategik seperti Amerika Syarikat, China,

Jepun, Jerman, Korea, Perancis, United Kingdom, dan

UAE, di samping mewujudkan kerjasama pendidikan

pelbagai hala menerusi ASEAN, OIC, ASEM, IORAC dan

MACEE. Kerjasama ini akan memberikan pelbagai

manfaat kepada negara seperti pendedahan penuntut

Malaysia di arena global melalui pertukaran pelajar dan

staf, peningkatan produktiviti negara menerusi kolaborasi

Page 14: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

14

penyelidikan dan pengkomersilan serta pemindahan

teknologi. Dari segi ranking universiti pula, pencapaian

universiti awam pada masa ini dalam 19 subjek

menunjukkan 1 bidang subjek berada pada kedudukan

ranking 50 ke atas, iaitu USM dalam bidang Sains Alam

Sekitar, 10 bidang subjek berada pada kedudukan 51-100,

5 bidang subjek berada pada kedudukan 101-150 dan 3

bidang subjek berada pada kedudukan 151-200.

Walaupun kedudukan ini agak memberangsangkan, masih

terdapat ruang untuk penambahbaikan. IPTA perlu

mengambil, membangun dan mengekalkan pensyarah

tempatan dan antarabangsa yang terbaik. Mereka

merupakan individu yang memacu peningkatan kualiti

pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi

serta sumbangan kepada industri dan masyarakat. Perkara

ini dapat dilakukan menerusi insentif kecemerlangan,

pengiktirafan dan penyediaan persekitaran yang sesuai

untuk memajukan dan membangunkan kecemerlangan

bakat.

17. Kementerian sedar dalam usaha untuk meningkatkan

kecemerlangan institusi pendidikan tinggi, pemberian autonomi

adalah satu daripada langkah penting untuk menjadikan

pengurusan IPTA lebih berdaya saing, kreatif dan fleksibel.

Bagaimanapun, dalam hal ini Kementerian amat menekankan

Page 15: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

15

prinsip asas yang perlu dipenuhi bagi memastikan IPTA

mampu memanfaatkan status autonomi sepenuhnya. Prinsip

asas ini merupakan sempadan dan skop universiti dalam

melaksanakan autonomi yang diberikan. Pematuhan kepada

prinsip asas ini adalah penting kerana walaupun universiti

diberikan autonomi penuh, kerajaan masih bertanggungjawab

keatas autonomi tersebut.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

CABARAN NEGARA PADA 2015 DAN SETERUSNYA

18. Melangkah ke hadapan, seluruh warga Kementerian

mesti sentiasa menyantuni harapan masyarakat yang melihat

pendidikan sebagai satu wadah penting pembangunan modal

insan untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Pada waktu yang sama, kita juga mesti menggembleng seluruh

kudrat untuk menghadapi beberapa cabaran utama yang

memberikan kesan langsung terhadap perancangan

pendidikan di negara kita.

19. Cabaran pertama ialah perkembangan ekonomi

ASEAN. Dalam tempoh lima tahun mendatang, rantau ASEAN

akan muncul sebagai blok ekonomi yang kelima terbesar di

dunia selepas Amerika Syarikat, China, Jepun dan India.

Page 16: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

16

Perkembangan ini pastinya akan merangsang perniagaan dan

perdagangan dalam negeri dan antara negara-negara ASEAN.

Dengan pelaksanaan Komuniti ASEAN bermula pada tahun ini,

Malaysia perlu bersedia menghadapi persaingan ekonomi,

keselamatan dan kebudayaan yang lebih terbuka antara

negara anggota. Dalam konteks ini, sektor pengajian tinggi

khususnya perlu merangka satu perancangan strategik untuk

menangani cabaran mobiliti tenaga kerja mahir dalam pasaran

pekerjaan serantau yang lebih terbuka.

20. Cabaran kedua ialah peningkatan dalam hubungan

antarabangsa. Kita perlu sentiasa peka terhadap perubahan

dan kemajuan di peringkat antarabangsa serta ketidakpastian

pada masa akan datang. Menyedari keperluan untuk sektor

pendidikan berkembang seiring dengan perkembangan

pendidikan dunia, Kementerian Pendidikan telah mengambil

langkah proaktif dalam memperkasakan jalinan kerjasama di

peringkat antarabangsa dengan pelbagai negara peneraju

seperti Amerika Syarikat, China dan Australia. Kementerian

komited untuk melaksanakan jaringan kerjasama antarabangsa

menerusi pelbagai inisiatif baharu seperti penyelidikan, latihan

pra dan dalam perkhidmatan untuk tenaga pengajar, program

penandaarasan dan mobiliti pelajar.

Page 17: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

17

21. Kejayaan kita dalam bidang pendidikan turut diiktiraf oleh

pihak luar apabila kita sering kali menjadi sumber rujukan

badan-badan antarabangsa seperti UNESCO, UNICEF dan

Bank Dunia terutamanya dalam usaha mentransformasi sistem

pendidikan di beberapa buah negara seperti Iraq, Yemen,

Oman, Bhutan dan Nepal. Penyertaan Malaysia dalam 7th

Islamic Conference of Ministers of Higher Education and

Scientific Research di Rabat, Maghribi pada 18-19 Disember

2014 baru-baru ini contohnya, menyaksikan Malaysia akan

menerajui negara-negara Islam ke arah kecemerlangan

pendidikan bagi manfaat agama dan ummah seluruhnya.

Malaysia akan memainkan peranan penting dalam menerajui

pembangunan pengkomersilan khusus, pembelajaran

sepanjang hayat, pendidikan keusahawanan dan juga

penyelidikan dan inovasi sebagai usaha kolaboratif dalam

kalangan negara anggota OIC. Atas kepercayaan yang

diberikan, Malaysia akan menerajui penubuhan OIC

Collaborative Efforts in Commercialization and

Entrepreneurship Education (OIC-CECE) yang akan menjadi

pusat rujukan bagi negara-negara anggota OIC.

22. Cabaran yang ketiga ialah mengupaya peranan

Kementerian dalam pelaksanaan RMK-11. Satu daripada

peranan penting yang dipertanggungjawabkan kepada

Kementerian Pendidikan dalam RMK-11 nanti ialah

Page 18: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

18

memastikan negara “Memanfaatkan Bakat” iaitu menghasilkan

Modal Insan Minda Kelas Pertama yang mampu menggunakan

pengetahuan secara proaktif, kreatif dan inovatif. Modal insan

yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita perlu berupaya

menangani persekitaran global yang sentiasa berubah,

meningkatkan kualiti hidup serta menyumbang kepada

kesejahteraan dan kekayaan negara.

23. Untuk memenuhi tuntutan ini, Kementerian mesti

merangkumkan semua aspek penjelmaan modal insan yang

mampu memacu Malaysia untuk menjadi negara maju

berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Ini termasuklah

aspek kualiti pelajar, tenaga pengajar, kepimpinan institusi,

pengurusan kewangan, program pengajian dan pembangunan

institusi. Dalam RMK-11, program-program yang dilaksanakan

mestilah berimpak tinggi (high impact), berpelaksanaan cepat

(rapid execution) dan bertransformasi.

24. Cabaran yang keempat ialah kepesatan teknologi.

Kejayaan dalam bidang sains dan teknologi telah

menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan kompetitif.

Pada masa yang sama, kemajuan teknologi juga telah

menghasilkan “game-changer” iaitu perubahan pada corak,

cara dan gaya hidup manusia. Penggunaan internet secara

berleluasa telah mewujudkan komuniti internet yang secara

Page 19: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

19

agresif berusaha untuk mendapatkan maklumat dan juga

menyebarkan maklumat melalui pelbagai jaringan siber. Atas

nama “kebebasan”, komuniti internet ini telah menyebarkan

pelbagai maklumat melalui jaringan-jaringan siber. Maklumat ini

sama ada benar atau pun tidak mudah menjadi “viral” umpama

sel kanser dan virus yang merebak menembusi segala bentuk

benteng dan halangan. Jelasnya, pembangunan dalam bidang

teknologi ini walaupun mempunyai banyak kelebihan tetapi

banyak juga cabaran yang perlu dihadapi khususnya dalam

mendidik insan supaya menjadi pengguna teknologi yang

bertanggungjawab.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

PENDIDIKAN BERTUNJANGKAN NILAI, KELESTARIAN

ALAM SEKITAR DAN PERPADUAN

25. Keempat-empat cabaran yang saya sebutkan tadi jelas

menuntut agar generasi masa hadapan dididik dengan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni. Kita perlu

kembali kepada tujuan asas pendidikan iaitu bukan sahaja

untuk melahirkan insan yang berpengetahuan (knowledge

person) tetapi insan yang berguna (useful person) dan warga

negara yang baik (good citizen) yang boleh menyumbang

sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

Page 20: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

20

Dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah

negara maju mengikut acuan sendiri, elemen nilai moral dan

etika yang utuh serta sifat penyayang, adil dan saksama dalam

kalangan warga Malaysia yang berbilang kaum dan agama

perlu sentiasa dijadikan elemen teras dalam sistem pendidikan

kita.

26. Saya percaya bahawa pertumbuhan ekonomi sahaja tidak

memadai untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju

tanpa menyemai nilai-nilai kemanusiaan, kesaksamaan dan

keadilan sosial dalam masyarakat. Dalam konteks ini, jurang

pendapatan yang masih wujud di negara kita perlu ditangani

dengan berkesan untuk memastikan Malaysia terus kekal stabil

dan harmoni. Justeru, saya berharap agar institusi pendidikan

di negara kita dapat memainkan peranan yang penting dalam

memastikan pertumbuhan ekonomi negara disertai dengan

pembahagian kekayaan yang adil dan saksama. Sehubungan

itu, sukacita saya mengumumkan penubuhan Malaysian

Inclusivity, Development and Advancement Institute (MINDA) di

Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan menjalankan

kajian-kajian khusus untuk menangani isu ketidaksaksamaan

sosial dan ekonomi dalam masyarakat dengan memberikan

penekanan kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi

yang bersifat inklusif serta mengecilkan jurang pendapatan

rakyat.

Page 21: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

21

27. Selain itu, dalam keghairahan kita mengejar kemajuan

ekonomi, jangan kita abaikan tanggungjawab memelihara alam

sekitar. Ini termasuk penerokaan hutan yang berleluasa

sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran air, kejadian

tanah runtuh dan juga banjir besar seperti yang dialami di

negara kita baru-baru ini. Sebaliknya, kita mestilah sentiasa

mementingan keseimbangan antara pembangunan ekonomi

dan kelestarian alam sekitar yang menjadi penentu

kesejahteraan hidup generasi masa hadapan.

28. Dalam konteks ini, saya ingin memetik satu pemerhatian

penting yang dibuat oleh Jeffrey D Sachs, seorang pakar

ekonomi yang tersohor di dalam bukunya “Common Wealth:

Economics for a Crowded Planet” yang saya fikir wajar

direnung oleh kita semua. Beliau menyebut:

“The world’s ability to combine long-term economic growth

with environmental health is heavily debated. Yet one thing

is certain: the current trajectory of human activity is not

sustainable. If we simply do what we are doing on the

planet with unchanged technology, the environmental

underpinnings of global well-being will collapse. The limits

of the environment itself will defeat our global aspirations

for prosperity”

Page 22: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

22

29. Untuk mengelakkan masa depan kemajuan ekonomi dan

kesejahteraan hidup masyarakat kita terjejas akibat sumber

alam yang tidak diurus dengan baik, saya mencadangkan

supaya universiti-universiti di negara kita memberikan fokus

kepada kajian mengenai pemeliharaan alam sekitar dan

pembangunan lestari. Universiti yang mempunyai kepakaran

dalam bidang ini digalakkan membuat kajian berimpak tinggi

yang berfokus kepada pengurusan sumber alam, penghasilan

teknologi hijau, penciptaan tenaga boleh dibaharui (renewable

energy), seni bina mesra alam, hidrologi dan bidang-bidang lain

yang berkaitan. Sudah sampai masanya kita menjajarkan

semula pendekatan pembangunan negara dengan melihat

pemeliharaan alam sekitar sebagai satu faktor penting dalam

menjamin kelestarian kemajuan ekonomi dan kesejahteraan

hidup rakyat di masa hadapan.

30. Satu lagi bidang utama yang perlu diteroka oleh ahli-ahli

akademik di negara ini ialah pengurusan bencana. Bidang ini

menjadi semakin penting di Malaysia. Kejadian tanah runtuh,

jerebu dan banjir yang kerap berlaku di negara kita mutakhir ini

memerlukan satu pendekatan yang komprehensif dan

berkesan dalam pengurusan bencana. Ini termasuk aspek

pengurusan alam sekitar, persiapan menghadapi bencana,

program kesedaran masyarakat, penyelarasan bantuan,

Page 23: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

23

komunikasi dan pembinaan semula kawasan yang terjejas

akibat bencana. Jika kita dapat mengurus bencana dengan

baik, saya percaya kita akan dapat menyelamatkan banyak

nyawa selain mengelakkan kerugian berbillion ringgit akibat

kerosakan infrastruktur dan kemusnahan harta benda.

31. Justeru, sukacita saya mengumumkan penubuhan sebuah

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Negara yang

memfokuskan kepada aspek pengurusan bencana dan juga

pemberian dana penyelidikan khas dalam bidang pengurusan

bencana dan mitigasi banjir berjumlah RM20 juta yang boleh

dipohon oleh IPT melalui Skim Geran Penyelidikan Jangka

Panjang (LRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Fundamental

(FRGS). Adalah diharapkan hasil kajian yang bakal

dilaksanakan dapat menyumbang kepada pemantapan

pengurusan bencana di negara ini.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

32. Jelas sekali bahawa modal insan atau bakat yang perlu

dibangunkan melalui sistem pendidikan negara bukan sahaja

mampu memenuhi tuntutan pembangunan ekonomi, tetapi juga

perlu disertai dengan penghayatan nilai dan adab yang tinggi.

Matlamat ini adalah selaras dengan tujuan Pendidikan Untuk

Page 24: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

24

Pembangunan Lestari ataupun Education for Sustainable

Development (ESD) yang menekankan keberhasilan modal

insan yang holistik, peka terhadap alam sekitar dan

bertangunggjawab.

33. Selain itu, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan

agama, aspek perpaduan nasional perlu terus menjadi

pancang dasar dan program pendidikan di negara ini. Kita tidak

boleh sama-sekali mengenepikan aspek perpaduan nasional

sebagai teras keamanan, kestabilan dan kemajuan negara.

Untuk itu, Kementerian Pendidikan akan memberikan

penekanan khusus kepada pengukuhan perpaduan nasional

dan pembinaan semangat patriotisme di setiap peringkat

pendidikan menerusi pelaksanaan program pendidikan

kenegaraan yang lebih berstruktur.

34. Justeru, dalam melahirkan insan yang sempurna atau

insān kāmil, kita perlu kembali menghayati asas-asas yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu satu

usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan.

Page 25: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

25

PESANAN KEPADA GURU, PENSYARAH, PELAJAR,

PEGAWAI KEMENTERIAN, IBU-BAPA DAN KOMUNITI

35. Kepada guru-guru dan pensyarah, hayatilah Falsafah

Pendidikan Kebangsaan kita. Sentiasalah ingatkan diri kita

bahawa tugas sebagai pendidik adalah satu tugas yang amat

mulia. Menjadi pendidik bukanlah semata-mata suatu

profesion, tetapi suatu perjuangan untuk mendidik anak bangsa

kita menjadi insan yang seimbang. Saya percaya jika saudara

dan saudari semua mengabdikan seluruh jiwa dan raga kepada

tugas yang paling mulia ini, maka kita akan berjaya mencapai

matlamat pendidikan yang paling asas, iaitu mendidik insan

dengan adab dan pekerti yang mulia. Sepertimana sabda

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis:

Addabanī rabbī fa ahsana ta’dībī

Yang bermaksud:

“Sesungguhnya Tuhanku telah mendidik adabku dan Dia

memperelokkan pengajaran-Nya terhadapku”.

Page 26: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

26

36. Kepada para pelajar, berikanlah tumpuan yang

sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang

yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan

sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya.

Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit hari

ini, banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai

sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan. Jadi,

berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang

kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only the

best among you will survive and thrive.

37. Kepada ibu bapa, saya amat mengharapkan sokongan

dan pelibatan anda semua dalam menjayakan dasar dan

program pendidikan di negara ini. Saya tahu ibu bapa hari ini

mempunyai harapan yang amat tinggi kepada Kementerian

Pendidikan. Mereka berharap agar Kementerian kita ini dapat

menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak

mereka. Kita sedang melakukan yang terbaik menerusi Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia yang meliputi inisiatif-

inisiatif baharu daripada peringkat pra-sekolah hinggalah ke

pendidikan tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan di

negara kita. Namun, saya percaya kita memerlukan satu usaha

kolektif antara kerajaan, ibu bapa dan komuniti untuk

menjayakan hasrat pendidikan Negara. Untuk itu, tiada apa

yang saya harapkan daripada para ibu bapa dan masyarakat,

Page 27: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

27

melainkan sokongan dan dokongan anda semua terhadap

segala inisiatif KPM untuk melonjakkan kualiti pendidikan.

38. Kepada pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan,

anda adalah pembuat dasar dan sebahagiannya merupakan

pelaksana dasar. Bagi saya, dasar yang baik adalah dasar

yang boleh dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu, suka

saya ingin berpesan kepada pegawai-pegawai saya di

Kementerian, apabila kita menggubal sesuatu dasar kajilah

secara terperinci bagaimana dasar ini hendak dilaksanakan di

bawah. Tanya diri kita adakah dasar yang kita gubal itu boleh

dilaksanakan dengan baik atau tidak? Adakah para pelaksana

dasar mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk

melaksanakannya? Lebih penting lagi, adakah dasar itu boleh

diterima dengan baik oleh semua pemegang taruh

(stakeholders)? Kata kunci kepada persoalan ini adalah

engagement atau pelibatan semua pemegang taruh dalam

proses pembuatan sesuatu dasar. Dapatkan pandangan

semua pihak secara menyeluruh, kemudian kajilah dengan teliti

semua pandangan itu sebelum sesuatu dasar dimuktamadkan.

39. Saya percaya bahawa proses engagement ini telah pun

dilaksanakan di Kementerian kita. Sebagai contoh,

penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

melibatkan engagement dengan ribuan individu sehinggakan

Page 28: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

28

kita dapat menghasilkan satu perancangan yang komprehensif

untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara. Teruskanlah

proses engagement supaya kita dapat mencapai keberhasilan

yang terbaik daripada setiap dasar atau inisiatif yang

diperkenalkan oleh Kementerian.

PENUTUP

40. Saya yakin transformasi pendidikan yang telah kita garap

akan berjaya sekiranya kita berusaha tanpa mengenal erti

putus asa, bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan

berkhidmat dengan komitmen yang tinggi lagi berintegeriti. Kita

perlu berusaha dan berubah daripada amalan biasa untuk

melaksanakan transformasi pendidikan. Dalam konteks ini,

marilah kita menghayati firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran

surah Al-Ra’du, ayat 11:

ن ٱلله لا يغير ما بقوم حتى إ

يغيروا ما بأنفسہم

Page 29: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

29

Yang bermaksud:

“Sessunguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu

kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang

ada pada diri mereka sendiri’.

41. Sehubungan ini, saya, YB Menteri Pendidikan II

danTimbalan-Timbalan Menteri sebagai anggota pentadbiran

menaruh harapan yang tinggi kepada pihak pengurusan

Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh Tan Sri Dr.

Madinah Mohamad selaku Ketua Setiausaha, Dato’ Seri Ir Dr.

Zaini Ujang selaku Ketua Setiausaha II, Ketua-Ketua Pengarah

dan seluruh warga Kementerian untuk memikul tanggungjawab

merealisasikan aspirasi dan sasaran Kementerian yang telah

dijanjikan kepada rakyat. Marilah kita bersama-sama berdoa

kepada Allah s.w.t. agar dipermudahkan segala urusan kita.

InsyaAllah.

Ruyung dilelas sagu bersisa

Letih dan lelah tidak diendah

Berpayung menggalas amanat nusa

Kerja yang rumit menjadi mudah

Page 30: TEKS UCAPAN - moe.gov.my fileTEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DI MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU

30

42. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada semua warga

Kementerian Pendidikan atas komitmen anda dalam

melaksanakan segala tugas yang diamanahkan.

Wabillahi al-taufiq walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.