teks ucapan pengarah program

4
TEKS UCAPAN PENGARAH PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5 Bismillahi rahmanirrahim, Terima kasih saudara Pengacara Majlis Yang Dihormati Tuan Guru Besar Tuan Md Nasir Bin Yang Dihormati Penolong Kanan Yang Berbahagia Pn Che Som Binti Baharom Penyelaras Bina Insan Guru Semester 5, IPG Kampus Perlis Yang Berbahagia Pn Sodah Binti Haji Ahamad Mentor Pengajian Agama (A) Semester 5 Yang Berusaha barisan Jawatankuasa Kerja, Guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dihormati sekalian.

Upload: hzhafirah

Post on 02-Jan-2016

486 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Pengarah Program

TEKS UCAPAN

PENGARAH PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 5

Bismillahi rahmanirrahim,

Terima kasih saudara Pengacara Majlis

Yang Dihormati Tuan Guru Besar

Tuan Md Nasir Bin

Yang Dihormati Penolong Kanan

Yang Berbahagia Pn Che Som Binti Baharom

Penyelaras Bina Insan Guru Semester 5, IPG Kampus Perlis

Yang Berbahagia Pn Sodah Binti Haji Ahamad

Mentor Pengajian Agama (A) Semester 5

Yang Berusaha barisan Jawatankuasa Kerja,

Guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dihormati sekalian.

Page 2: Teks Ucapan Pengarah Program

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita

berkumpul dalam majlis penutup bagi program Lawatan Penanda Aras Bina Insan Guru Siri

5. Saya mewakili pihak IPG Perlis khususnya warga kelas Pengajian Agama (A)

merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan Guru Besar meluangkan masa untuk

bersama-sama kita pada hari yang berbahagia ini dan seterusnya menyempurnakan majlis

penutupan program Lawatan Penanda Aras Bina Insan Guru Siri 5. Pada kesempatan ini

juga, saya mengalu-alukan kehadiran warga SK Seri Dusun bagi memeriahkan lagi majlis

ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Program Lawatan Penanda Aras - Bina Insan Guru (BIG) Siri 5 ini sebenarnya merupakan

satu manifestasi untuk mewujudkan interaksi dua hala di antara kami para guru pelatih

dengan pihak sekolah bagi berkongsi pengalaman dan idea yang bermanfaat untuk

diaplikasikan semasa kami memasuki bidang pendidikan sepenuhnya apabila berada di

sekolah nanti.

Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaan

pendokongnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan

2020. Visi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk menzahirkan sistem pendidikan

berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Bagi

menyahut cabaran tersebut, maka sekolah yang berjaya adalah merupakan satu alternatif

terbaik untuk dicapai. Oleh itu, dalam lawatan penanda aras pada hari ini, kami telah

memfokuskan kepada beberapa elemen penting bagi pembentukan sebuah sekolah yang

berjaya seperti ciri-ciri kepimpinan Guru Besar, pengurusan, iklim dan budaya sekolah

seterusnya infrastruktur dan prasarana yang disediakan.

Page 3: Teks Ucapan Pengarah Program

Selaras dengan itu, kami juga telah mensasarkan beberapa objektif penting untuk dicapai menerusi program Lawatan Penanda Aras ini .

1. Memberi kemahiran kepada guru-guru pelatih dalam mengendalikan dan menguruskan program.

2. Mengetahui cara pengurusan sekolah cemerlang dan kriteria yang perlu dipenuhi dalam menjadikannya sekolah yang cemerlang.

3. Membina jati diri dan ketahanan guru pelatih sebagai seorang guru dalam berhadapan dengan cabaran dunia pendidikan.

4. Memperkayakan idea-idea dan pemikiran di kalangan guru-guru pelatih dengan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama guru cemerlang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada

Jawatankuasa Kerja yang bekerja keras dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program

ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan yang lain. Saya juga ingin merakamkan

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung memberikan kerjasama serta menyumbang tenaga dalam menjayakan

program ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan

penghargaan yang tidak terhingga kepada Tuan Guru Besar dan warga SK Seri Dusun yang

sudi menerima kehadiran kami pada hari ini. Besar harapan saya agar program yang

dianjurkan ini dapat melahirkan insan guru yang berkualiti dan berketrampilan tinggi.

Semoga bentuk kerjasama dan komitmen yang terjalin ini, dapat diteruskan pada masa-

masa akan datang bagi menjayakan program seumpamanya.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.