teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014

4
TEKS UCAPAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014 Oleh: Guru Besar SK Puchong Jaya Yang Berusaha Pn Noorsham binti Ibrahim norlinordin@skpjp2014

Upload: nor6263

Post on 30-Jul-2015

523 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014

TEKS UCAPAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014

Oleh:

Guru Besar SK Puchong JayaYang Berusaha Pn Noorsham binti Ibrahim

norlinordin@skpjp2014

Page 2: Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014

Assalamualaikum WBT …Selamat pagi dan “salam 1 Malaysia” ….Yang dihormati barisan Penolong Kanan SK Puchong Jaya

Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian…

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 57 peringkat sekolah untuk tahun 2014.

“MALAYSIA…. di sini lahirnya sebuah cinta”….merupakan TEMA sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Saya percaya tema ini akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati kita semua sebagai seorang warganegara Malaysia yang cintakan tanah air.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pada tanggal 31 Ogos 2014 nanti genaplah negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali ke 57 . Sebagai generasi muda pada hari ini saya percaya kamu semua masih kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaan sebenar. Pada zaman sekarang erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan menghindari penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta amalan-amalan yang merosakkan negara kita.

Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik anda semua patut berasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi pekerti serta mengamalkan nilai-nilai murni dapat menyatupadukan seluruh rakyat yang berbilang kaum sekaligus menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.

Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan tanggungjawab begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat jelata . Sebagai seorang murid sekolah yang diberi infrastruktur yang lengkap untuk belajar kita haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih utk mencapai cita-cita. Secara tidak langsung anda juga menyumbang kepada pembangunan Malaysia di masa akan datang. Harapan saya agar anda semua mengekalkan ciri-ciri warganegara yg baik , berakhlak mulia ,berdisiplin serta hormat menghormati antara satu sama lain apabila dewasa nanti.

Setelah 57 tahun merdeka keadaan negara kita sekarang jauh lebih baik daripada sebelum merdeka dengan pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Masyarakat kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya. Menjadi

norlinordin@skpjp2014

Page 3: Teks ucapan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2014

harapan saya agar murid-murid SK Puchong Jaya menggunakan peluang yang ada sekarang untuk mengejar cita-cita serta berjaya dalam hidup.

Murid-murid sekalian,

Kalau kita lihat senario dunia sekarang peperangan berlaku di mana-mana, ramai anak-anak kecil tidak berdosa mati dan tidak kurang juga yang kehilangan tempat tinggal serta kematian orang-orang yang mereka sayang. Nasib kita di sini jauh lebih baik dan kita bebas melakukan perkara yang kita suka termasuk pergi ke sekolah tanpa sebarang ketakutan. Oleh yang demikian bersama-samalah kita bersyukur dan berikrar untuk hidup bersama dengan aman dan damai sesuai dengan TEMA kita pada tahun ini “MALAYSIA..di sini lahirnya sebuah cinta”Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran minda kelas pertama sekali gus mempertahankan kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin negara terdahulu.

Kehadiran kita pada pagi ini bukan hanya wewarnai program tetapi sebagai permulaan untuk kita sama-sama melahirkan rasa bangga kita menjadi warganegara Malaysia yang bertuah serta melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah bahagi. Ia bukan sekadar laungan MERDEKA tetapi memahami , menghayati dan menterjemahkan nya dalam kehidupan harian itu lebih bermakna.Memerdekakan diri daripada perkara-perkara negatif dan tidak baik amatlah penting.

Sesungguhnya tujuan program pelancaran bulan kemerdekaan ini di adakan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara melalui aktiviti-aktiviti yang bakal kita jalankan sepanjang bulan ogos ini sehingga majlis penutup bulan kemerdekaan kelak. Besarlah harapan saya agar semua aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Para hadirin sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan pelancaran bulan kemerdekaan kali ke 57 ini. Saya menyeru agar kita sama-sama menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang termasuk di rumah kita sendiri. Semoga dengan cara itu kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme kepada tanah air tercinta. Kerja sama- sama yang ditunjukkan dalam program ini serta program akan datang memberi kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mempertahankan Kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai.

Tanpa melengahkan masa lagi dengan lafaz “Bismilahirahmannirrahim” saya dengan ini merasmikan pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan ke 57 peringkat sekolah SK Puchong Jaya 2014.

Sekian, terima kasih.

norlinordin@skpjp2014