ucapan perdana menteri di upacara ...lib.perdana.org.my/plf/speech_ab/tr51274.pdftr 5:12:74 ucapan...

8
TR 5:12:74 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN RASMI RANCANGAN PER- HUBUNGAN MASYARAKAT DI DEWAN JAMUAN, BANGUNAN PARLIMEN, KUALA LUMPUR PADA 19HB DISEMBER, 1974 Yang Berbahagia Tun V. T. Sambanthan, Pengerusi Lembaga Perpaduan Negara, Ahli-ahli Majlis Perhubungan Masyarakat, Saudara-saudara sekalian. Saya sungguh gembira pagi ini dan bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dapat bersama-sama pada peristiwa yang penting dan bersejarah ini iaitu pelancaran rasmi Rancangan Perhubungan Masyarakat atau Community Relations Programme. Rancangan ini mempunyai bikmat yang besar dalam context pembangunan masyarakat dan juga pembangunan negara yang kita lakukan- sekarang ini. Pada 6hb Ogos, 1972 dahulu, saya telah melancarkan Gerakan Pembaharaan peringkat nasional di Dungun, Trengganu. Antara lain-lain pada masa itu, saya telah menekankan betapa penting dan mustahaknya Pembangunan Masyarakat dilaksanakan bukan sahaja di kawasan-kawasan luar bandar tetapi semestilah juga untuk penduduk-penduduk dalam kawasan-kawasan bandar. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan dengan terlancarnya Rancangan ini, gerakan Pembangunan Masyarakat telah meluas dan meliputi kedua-dua sektor rakyat dan membawa kita setapak lagi maju ke depan dalam usaha membawa perpaduan rakyat yang sebenarnya. Inilah pertama kali dirancang dan dilahirkan satu penyatuan rancangan Pembangunan Masyarakat untuk kawasan-kawasan dalam bandar yang mana matalamat-matalamat nya telahpun diterangkan sebentar tadi oleh Tun V. T. Sambanthan. Pada garis kasarnya rancangan ini bertujuan untuk mewujudkan persefahaman yang lebih luas serta kerjasama yang lebih erat dan sempurna di kalangan masyarakat berbagai kaum dalam bandar, dan serentak dengan itu memupuk kerjasama yang lebih erat antara rakyat dengan Kerajaan. Sesungguhnya pelancaran Rancangan Perhubungan Masyarakat yang dijalankan serentak bagi seliiruh negara hari ini mempunyai Sll

Upload: others

Post on 02-Mar-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA ...lib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR51274.pdfTR 5:12:74 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN RASMI RANCANGAN PER-HUBUNGAN MASYARAKAT DI

TR 5:12:74

UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARAPELANCARAN RASMI RANCANGAN PER-HUBUNGAN MASYARAKAT DI DEWANJAMUAN, BANGUNAN PARLIMEN, KUALA

LUMPUR PADA 19HB DISEMBER, 1974

Yang Berbahagia Tun V. T. Sambanthan, Pengerusi LembagaPerpaduan Negara, Ahli-ahli Majlis Perhubungan Masyarakat,Saudara-saudara sekalian.

Saya sungguh gembira pagi ini dan bersyukur ke hadrat Allahs.w.t. kerana dapat bersama-sama pada peristiwa yang pentingdan bersejarah ini iaitu pelancaran rasmi Rancangan PerhubunganMasyarakat atau Community Relations Programme. Rancanganini mempunyai bikmat yang besar dalam context pembangunanmasyarakat dan juga pembangunan negara yang kita lakukan-sekarang ini.

Pada 6hb Ogos, 1972 dahulu, saya telah melancarkan GerakanPembaharaan peringkat nasional di Dungun, Trengganu. Antaralain-lain pada masa itu, saya telah menekankan betapa pentingdan mustahaknya Pembangunan Masyarakat dilaksanakan bukansahaja di kawasan-kawasan luar bandar tetapi semestilah jugauntuk penduduk-penduduk dalam kawasan-kawasan bandar.

Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan dengan terlancarnyaRancangan ini, gerakan Pembangunan Masyarakat telah meluasdan meliputi kedua-dua sektor rakyat dan membawa kita setapaklagi maju ke depan dalam usaha membawa perpaduan rakyatyang sebenarnya. Inilah pertama kali dirancang dan dilahirkansatu penyatuan rancangan Pembangunan Masyarakat untukkawasan-kawasan dalam bandar yang mana matalamat-matalamatnya telahpun diterangkan sebentar tadi oleh Tun V. T. Sambanthan.Pada garis kasarnya rancangan ini bertujuan untuk mewujudkanpersefahaman yang lebih luas serta kerjasama yang lebih eratdan sempurna di kalangan masyarakat berbagai kaum dalambandar, dan serentak dengan itu memupuk kerjasama yang lebiherat antara rakyat dengan Kerajaan.

Sesungguhnya pelancaran Rancangan Perhubungan Masyarakatyang dijalankan serentak bagi seliiruh negara hari ini mempunyai

Sll

Page 2: UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA ...lib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR51274.pdfTR 5:12:74 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN RASMI RANCANGAN PER-HUBUNGAN MASYARAKAT DI

makna yang sangat besar, kerana kita sekalian tentu ingat diKuala Lutnpur inilah meletusnya peristiwa racial riot atau rusuhankaum yang paling buruk dalam sejarab. negara pada 13hb Mei,1969, dulu. Sempena dengan peristiwa yang bersejarah pada hariini, marilah kita sama-sama berdoa agar peristiwa yang burukitu tidak akan berulang lagi. Syukur Alhamdulillah, rakyat darisetiap lapisan dan golongan sedar serta insaf akan hal ini dansaya percaya mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mengekal-kan harmoni dan mubibbah di kalangan rakyat seluruhnya.

Saudara-saudara sekalian.

Seperti dikatakan tadi, rancangan Perhubungan Masyarakatbukan saja membawa makna yang besar tetapi sangatlab. mus-tahak dalam semua proses pembangunan negara. Selaras dengankehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara, kitasedang membentuk satu masyarakat Malaysia baru yang teguh danbersatu serta mempunyai identiti sendiri. Lazimnya di kawasan-kawasan bandar atau metropolis terdapat cross-current kehidupanberbagai-bagai kaum dan oleb. itu identiti crisis ini sangatlahgenting dan memerlukan perhatian yang istimewa.

Seperti dimaklum, kita sekarang sedang berusaha menyusunsemula masyarakat kita untuk menentukan supaya faedah-faedahdaripada pembangunan negara akan dapat dinikmati oleh seluruhrakyat dengan lebih saksama. Kita tahu di kawasan bandar terdapatpeluang-peluang dengan banyaknya kerana kebetulan di sanalahterlelaknya sebahagian besar aktiviti-aktiviti perdagangan danperindusterian negara kita.

Keadaan yang demikian sedang diubah dan walaupun Kerajaandan pihak swasta telah berganding bahu memodenkan sektor luarbandar dengan memperbanyakkan peluang-peluang kerja dankemudahan-kemudahan lain, akan tetapi tarikan kebidupan dibandar masih lagi mempengaruhi penduduk-penduduk luar bandarterutama belia yang menjadi punca urban migration—the brightlights, the job opportunities, opportunities for self-improvementin education and skills.

Sekiranya kita meneliti pattern of population increase pendudukdi bandar-bandar, kita dapati bahawa komposisi kaum penduduk-penduduk di kawasan bandar menunjukkan kenaikan peratusorang-orang Melayu iaitu daripada 21% pada tahun 1957 kepada

512

Page 3: UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA ...lib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR51274.pdfTR 5:12:74 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN RASMI RANCANGAN PER-HUBUNGAN MASYARAKAT DI

27.6% di tahun 1970. Daripada pattern ini pemindahan orang-orang Melayu nampaknya lebih ketara dalam bandar-bandar besardi mana penyertaan mereka telah meningkat dari 16.3% dalamtahun 1957 kepada 21.9% dalam tahun 1970.

Meskipun kita mengakui bahawa dalam proses pemodenanmasyarakat, pemindahan penduduk daripada luar bandar ini kekawasan-kawasan bandar tidak dapat dielakkan, kita tidak bolehmelupakan pula bahawa kenaikan jumlah penduduk di kawasanini membawa masaalah-masaalah baru yang rumit seperti wujud-nya kawasan-kawasan setinggan dan juga kawasan-kawasan sesakatau slum yang semakin meluas. Penduduk-penduduk baru inimalangnya bukan saja tidak dapat menikmati kemudahan-kemu-dahan metropolis moden tetapi mengekalkan keadaan dan norma-norma hidup di kampung asal mereka.

Oleh yang demikian, amatlah mustahak setinggan dan sesakini diberi perhatian yang wajar dan mencari huraian yang praktikalserta berkekalan. Perkara-perkara bersangkut dengan peluang-peluang kerja, rumah kediaman, kemudahan pelajaran, masaalahlalu lintas dan kemudahan rekreasi hendaklah diberi keutamaankerana semua inilah yang akan menentukan "quality of life" yangkita kehendaki.

Dalam menyelesaikan masaalah-masaalah tersebut, kita mestimenitikberatkan bahawa hasil dari perancangan yang dibuat ituakan mencapai maksud dan matalamat yang ditentukan. Kitatidak semestinya menumpukan perhatian kepada infrastructurekebendaan semata-mata tetapi mestilah melebihkan kesejahteraandan kebahagiaan rakyat yang berkenaan.

Saya percaya dengan berjalannya Rancangan PerhubunganMasyarakat ini, maksud untuk mencapai satu bentuk masyarakatyang mempunyai nilai-nilai hidup yang tinggi, yang saling mengertiantara satu dengan lain akan dapat dicapai dengan lebih segera.

Saya harap semua pihak yang terlibat dalam usaha menyusunsemula atau restructuring masyarakat kita, akan dapat memberiperhatian yang penuh terutama sekali terhadap jenerasi mudadalam masyarakat kita. Di atas bahu merekalah terletaknyabebanan meneruskan kehidupan budaya bangsa kita pada masahadapan. Kita bukan saja patut melengkapkan mereka dengansegala yang perlu supaya mereka dapat memberikan sepenuhdenna bakti kepada negara demi kebaikan dan kesejahteraan

513

Page 4: UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA ...lib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR51274.pdfTR 5:12:74 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN RASMI RANCANGAN PER-HUBUNGAN MASYARAKAT DI

manusia. Dengan lain-lain perkataan, kita mesti menyediakanmereka agar mereka benar-benar dapat menjadi tumpuan harapankita bagi masa hadapan,

Saya suka mengesyorkan iaitu patutlah diadakan tempat-tempatdi mana mereka ini dapat diberi latihan dan bitnbingan yang bolehmemperkukuh jastaani dan rohani mereka supaya tidak ada antaratoereka menjadi liar atau hilang haluan daii akhirnya menjadibebaii pula kepada negara dan bangsa.

Saudara-saudara sekalian.

Saya telah menyatakan pada masa lepas dan saya inginmenegaskan lagi hari ini bahawa pembentukan dan pembangunannegara adalah kait mengait satu sama lain. Pembangunan mestimelibatkan penyertaan rakyat dari segi perancangan dan pelak-sanaannya. Ini adalah selaras dengan kehidupan masyarakat kitayang berlandaskan kepada corak hidup demokratik dan hasratkita hendak membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama.Konsep penyertaan ini sepatutnya diterima sebagai satu konsepyang praktikal dan bukan abstrak untuk mengatasi krisis identitimasyarakat kita yang berbilang kaum seperti yang saya sebutkandahulu. Penyertaan dari semua peringkat masyarakat dalam semuasegi kehidupan negara kita boleh mengurangkan salah faham,keraguan dan kebimbingan yang sebenarnya adalah "state of mind"sahaja.

Saya percaya approach ini sangat penting dalam masyarakatberbilang kaum seperti di negara kita. Kerajaan, ahli-ahli politikdan ahli-ahli pentadbk hendaklah sentiasa mendampingi rakyatdan menyesuaikan diri mereka dengan keperluan dan hasrat rakyat.Rakyat hari ini tidak sama lagi dengan rakyat pada masa selepasmerdeka dulu kerana mereka lebih menyedari hak-hak politik,ekonomi dan sosial mereka.

Oleh yang demikiati, proses kemajuan hendaklah memberipertiinbangaii kepada faktor-faktof ini. Satu cara yang boldidibuat oleh pihak berkenaan di bandar ialah dengan melibatkanmasyarakat dalam projek-projek berdikari. Dengan itu dapatlahsedikit demi sedikit menghapuskan prasangka-prasangka yangmetnisahkan satu kaum dengan yang lain dan seterusnya membawakepada proses integration. P rkara yang pokok, terutama bagi

514

Page 5: UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA ...lib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR51274.pdfTR 5:12:74 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN RASMI RANCANGAN PER-HUBUNGAN MASYARAKAT DI

masyarakat di bandar ialah menanamkan semangat bahawa masadepan mereka bergantung kepada harmoni dan perpaduan sertacommon destiny.

Saya yakin proses integration masyarakat bandar akan mudahditerima mereka kalau kita dapat memberikan daya penarik yangbermakna dan simbolik yang senang mereka fahami. Projek-projekkebajikau dan kegiatan-kegiatan lain yang diaturkan itu hendaklahdikaitkan dengan matalamat-matalamat sosial di samping mena-namkan pandangan dan rasa kesedaran bahawa usaha-usaha yangdijalankan sekarang akan membawa kepada keuntungan pada masahadapan.

Saudara-saudara sekalian.

Memandang pada matalamat jangka panjang perpaduan, amat-lah penting projek-projek yang menghendaki penyertaan masya- __rakat lebih meluas daripada hanya menggalakkan majlis-majlisjamuan ataupun perhimpunan-perhimpunan sosial.

Walaupun usaha-usaha ini beriaedah untuk membawa anggota-anggota masyarakat bersama tetapi ianya tidak seharusnya menjadimatalamat yang terakhir. Lebih-lebih pula golongan berpendapatanrendah yang menjadi sebahagian besar rakyat kita, baik di bandaratau luar bandar mereka tidak nampak gunanya dan tidak pulamampu menyertainya kerana keperluan asasi mereka masih belumtercapai sepenuhnya. Keperluan-keperluan asasi inilah yang kitamesti penuhi dan kita boleh berhasil sekiranya kita menjalankanusaha-usaha yang praktikal yang boleh dilihat kejayaannya olehmereka itu.

1? ^

Adalah harapan saya agar pihak-pihak berkenaan menjadikanRancangan Perhubungan Masyarakat ini sebagai satu alat yangberguna untuk menggerakkan penduduk-penduduk bandar dalamusaha-usaha membaiki kehidupan mereka dan menghapuskansebarang prasangka di kalangan mereka. Kita hendaklah mem-bimbing rakyat dan memupuk mereka mempunyai cita-cita yangsama mengenai harapan dan keyakinan dalam sebarang usahauntuk membaiki keadaan ekonomi dan sosialnya. Keadaan hariini memang memerlukan sikap demikian kerana bukan sahajanegara kita tetapi seluruh dunia sedang menghadapi masaalahkemerosotan ekonomi dan inflasi.

515

Page 6: UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA ...lib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR51274.pdfTR 5:12:74 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN RASMI RANCANGAN PER-HUBUNGAN MASYARAKAT DI

Walaupun ekonomi kita masih teguh dan bahan-bahan utamanegara kita akan terus dikehendaki oleh dunia, saya suka meng-ingatkan bahawa akibat dari inflasi ini akan terus dirasakan untukbeberapa lama.

Bagaimanapun, saya mengulangi ikrar Kerajaan akan terusmengawasi keadaan ini dengan teliti dan akan berusaha seberapaboleh mengurangkan kesulitan rakyat. Tetapi kejayaan Kerajaanadalah bergantung kepada sambutan rakyat dan setakat manamereka akan bersama menghadapi keadaan ini. Kerajaan sendiritidak dapat berbuat sesuatu yang berkesan tanpa kerjasama dari-pada rakyat. Oleh yang demikian, patutlah ditanamkan dalam hatisanubari setiap anggota masyarakat perasaan cinta kepada negaradan perasaan ini perlulah diperkukuhkan setiap masa. Baginegara yang berbilang kaum seperti Malaysia, asas kerjasamaperlulah wujud berdasarkan cinta kepada negara. Melalui kerja-sarna banyak perkara dapat dicapai hasil daripada usaha-usaharakyat sendiri berdasar kepada inisiatif mereka. Ini bukanlah satutugas yang mudah tetapi kita perlu bergerak untuk mencapainyasecara bijaksana.

Saya berharap anggota-anggota masyarakat yang dilantik dalamMajlis Perhubungan Masyarakat akan sentiasa berhubung denganmasyarakat-masyarakatnya masing-masing dan menyuarakan ke-perluan dan hasrat rakyat di samping menyampaikan pandangan-pandangan Kerajaan dalam perkara ini. Adalah harapan sayabahawa Majlis ini akan memainkan peranan memesatkan kerja-sama di antara anggota-anggota masyarakat dengan Kerajaan untukEcengatasi masaalah yang sama untuk faedah kedua-dua pihak.

Penyelarasan di antara Rancangan Perhubungan Masyarakat dikawasan-kawasan bandar dan Jawatankuasa Kemajuan Kampungdi luar bandar sangatlah penting. Kedua rancangan ini sama tujuan-nya iaitu memajukan taraf ekonomi dan sosial rakyat. Kejayaandi bandar adalah tergantung kepada kejayaan di luar bandarkerana walaupun keperluan dan keadaan berbeza, mereka mem-punyai kaitan yang erat. Saya menggesa kepada semua pihak yangterlibat untuk menyedari perhubungan-perhubungan ini apabilamenjalankan kedua-dua rancangan ini. Matalamat yang akhirdalam usaha-usaha pembangunan kita ialah perpaduan negara.Matalamat ini Insya'Allah akan dapat dijayakan sekiranya rakyatmenyedari keadaan-keadaan pembentukan negara di mana dasar-dasar dan projek-projek Kerajaan ditentukan.

516

Page 7: UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA ...lib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR51274.pdfTR 5:12:74 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN RASMI RANCANGAN PER-HUBUNGAN MASYARAKAT DI

Saya yakin Rancangan Perhubungan Masyarakat akan mencapaikejayaan dan saya ingin merayu kepada semua yang terlibat baikajensi-ajensi Kerajaan, organisasi sukarela dan penduduk-pendudukbandar memberi sokongan yang sewajarnya.

Dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan pelancaranRancangan Perhubungan Masyarakat seluruh negara dan MajlisPerhubungan Masyarakat bagi Wilayah Kuala Lumpur.

517

Page 8: UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA ...lib.perdana.org.my/PLF/Speech_ab/TR51274.pdfTR 5:12:74 UCAPAN PERDANA MENTERI DI UPACARA PELANCARAN RASMI RANCANGAN PER-HUBUNGAN MASYARAKAT DI

Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein semasa melancarkan Rancangan Buku Hijaudi Bilik Gerakan Perdana Menteri, Knala Lumpur pada 20hb Disember, 1974.

(Gambar Jabatan Penerangan Malaysia)