teks ucapan - moe.gov.mymoe.gov.my/images/teks-ucapan/3-teks ucapan tawaran baru penge… ·...

18
1 TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA “MAJLIS ANUGERAH TAWARAN BARU KEPADA PENGETUA” PADA : 27 JUN 2012 (RABU)

Upload: dangngoc

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

1

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

“MAJLIS ANUGERAH TAWARAN BARU KEPADA PENGETUA”

PADA : 27 JUN 2012 (RABU)

2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Yang Dimuliakan, Tuan Pengacara Majlis, Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran I Yang Berhormat Dr. Mohd Puad bin Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran II Y. Bhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Y. Bhg. Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Yang Berbahagia, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran,

Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian

Pelajaran Malaysia

3

Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri,

Yang dihormati, dif-dif jemputan, para pengetua,

guru-guru serta para hadirin dan hadirat yang

dihormati sekalian.

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke

hadrat Allah S. W. T. kerana atas limpah kurnia dan

inayah-Nya, dapat kita bertemu untuk kali kedua

bagi tahun ini dalam Majlis Anugerah Tawaran Baru,

dan majlis kali ini adalah majlis Penganugerahan

Ganjaran Tawaran Baru Kepada Pengetua untuk

tahun 2011. Majlis yang bermakna ini merupakan

peluang kepada kita untuk memberi pengiktirafan

dan penghargaan terhadap ketokohan pengetua

yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang

4

bagi memastikan peningkatan pencapaian sekolah

masing-masing.

2. Saya amat berbesar hati pada hari ini kerana

berkesempatan untuk bersama-sama dengan tuan-

tuan dan puan-puan khususnya para pengetua yang

merupakan penerima anugerah, yang berjaya

mencapai sasaran Tawaran Baru menerusi Bidang

Keberhasilan Utama Negara atau National Key

Result Areas (NKRA).

3. Tawaran Baru atau New Deal diperkenalkan

kepada pemimpin sekolah oleh Kementerian

Pelajaran bertujuan memastikan sistem pendidikan

negara kita mampu melahirkan insan yang

berupaya memacu kemajuan pesat negara dan

5

mengisi keperluan sebuah masyarakat maju. Ianya

juga dilaksanakan bagi memastikan setiap murid di

negara kita, tanpa mengira kaum, agama, wilayah

dan status sosial berpeluang menerima pendidikan

berkualiti untuk dimanfaatkan ke peringkat yang

seterusnya.

4. Pada hari ini, kita boleh berbangga kerana

Tawaran Baru (New Deal) yang mula dilaksanakan

pada tahun 2010 telah berjaya melalui beberapa

fasa pelaksanaannya. Majlis pada hari ini

melengkapkan Pusingan Kedua bagi Fasa

Pertama, kejayaan dasar kerajaan dalam

melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara

khususnya sub NKRA Pendidikan. Penganugerahan

ganjaran Tawaran Baru pada hari ini membuktikan

6

keupayaan tuan-tuan dan puan-puan mencapai

sasaran seperti yang telah ditetapkan dalam akad

tawaran (bai’ah).

Y. Bhg. Tan Sri/ Datuk/Datin/Tuan/Puan,

5. Negara kita sedang melalui suatu fasa

transformasi bagi merealisasikan pembentukan

sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Dalam

perlaksanaan transformasi ini semua warga

Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan

peranan yang sama penting. Pengetua sebagai

pemimpin warga sekolah merupakan antara individu

terpenting KPM yang berperanan untuk memastikan

pencapaian di peringkat sekolah menengah

mencapai standard dan matlamat yang ditetapkan.

7

Amanah dan tanggungjawab ini memberi impak

yang besar dalam menyediakan barisan generasi

yang berkemampuan untuk meneruskan pengajian

ke peringkat yang lebih tinggi atau pun memasuki

bidang-bidang kemahiran dan pekerjaan yang

dipilih.

6. Pengetua atau Principal dalam bahasa

Inggerisnya dan ُمِديٌر (Mudir) dalam bahasa Arabnya,

sebagai pemimpin sekolah mempunyai impak yang

signifikan ke atas kemenjadian murid dalam bidang

akademik dan kokurikulum serta sahsiah di

peringkat menengah. Kejayaan Pengetua dalam

merancang, menyelaras, memantau dan menilai

aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan

membolehkan pencapaian matlamat visi dan misi

8

sekolah yang diterjemah selaras dengan visi, misi

dan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sebagai agen perubahan, Pengetua yang

berwibawa dan berinovasi akan sentiasa mengikuti

perkembangan terkini, memajukan diri dan akan

sentiasa memikirkan penambahbaikan

kepimpinannya yang berorientasikan pengurusan

yang lebih baik, sebagaimana disebutkan oleh John

Wooden dan Steve Jamison dalam bukunya

bertajuk “Leadership Game Plan For Success”,

yang memberi pernyataan “I am Not I Ought To Be,

Not What I want To Be, Not What I am Going To Be,

But I’m Thankful That I am Better Than I use To Be”.

9

7. Untuk tujuan ini, sistem pendidikan negara

yang dinamik sifatnya perlu dibuat penambahbaikan

bagi memastikan kerelevanannya dan memberi

kesan yang lebih baik. Pelaburan tinggi kerajaan

terhadap transformasi pendidikan menunjukkan

keseriusan kerajaan terhadap perkembangan terkini

pendidikan bagi melahirkan modal insan yang

mempunyai pemikiran kritis, kreatif, inovatif,

berdaya saing, berakhlak dan berperibadi mulia.

Justeru itu, sudah tentulah kepimpinan tuan-tuan

dan puan-puan sangat signifikan dalam memastikan

transformasi ini mencapai matlamat seperti yang

diharapkan.

10

Para hadirin sekalian,

8. Pada 15 Mac 2011 yang lalu sebanyak 403

(5.27%) sekolah daripada 7,648 sekolah rendah

seluruh negara telah menerima ganjaran ini.

Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM15.6

juta sebagai ganjaran bukan sahaja kepada guru

besar dan guru-guru malahan kepada kakitangan

sokongan di sekolah. Hari ini, kerajaan sekali lagi

mengotakan janjinya untuk memberi ganjaran yang

sama kepada pemimpin sekolah menengah pula.

Sasaran Sub NKRA bagi Tawaran Baru pengetua

untuk tahun 2011 adalah 4 hingga 5 peratus

daripada 2,248 buah sekolah menengah. Setelah

semua sekolah yang dicalonkan diverifikasi oleh

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, sebanyak

11

124 buah sekolah ataupun 5.51% yang melebihi

sasaran dan 125 orang Pengetua terlibat

telah melepasi semua saringan termasuk tiada audit

berteguran dan tiada kes tatatertib.

(Nota: Sekolah Menengah Bukit Jambul Pulau

Pinang mempunyai dua orang pengetua yang

layak menerima anugerah)

9. Saya berasa amat gembira kerana pada kali

ini sebanyak 35 buah sekolah Menengah Agama

Bantuan Kerajaan telah dicalonkan untuk menerima

anugerah dimana, 18 buah sekolah telah berjaya

berbanding 8 buah sekolah yang dicalonkan dan

4 buah sekolah yang berjaya menerima anugerah

pada tahun 2010. Peningkatan lebih dua kali ganda

ini amat membanggakan KPM. Manakala sebanyak

12

19 buah sekolah dalam kategori lonjakan perdana

telah melonjak sebanyak 500 tempat dan keatas

dalam kedudukan rankingnya berbanding sasaran

lonjakan yang diperlukan iaitu 300 tempat sahaja.

Lebih membanggakan lagi, dua buah sekolah dalam

kategori ini melonjak lebih daripada 1000

kedudukan iaitu Sekolah Menengah Agama Tarbiah

Islamiah Pulau Pinang(1555 lonjakan) dan Sekolah

Menengah Agama Makarimul Akhlak Kedah(1202

lonjakan). Dan yang lebih membanggakan lagi

peningkatan yang tunjukkan oleh Sekolah

Menengah Seri Kembangan Selangor yang telah

membuat lonjakan drastik sebanyak 1399 dalam

kedudukan ranking bagi sekolah berenrolmen

besar.

13

10. Apa yang membanggakan kita semua ialah

usaha kerajaan untuk merapatkan jurang dan

menyamaratakan peluang pendidikan berkualiti

antara bandar dan luar bandar juga nampaknya

telah membuahkan kejayaan. Ini terbukti pada hari

ini, apabila 67 (54%) buah sekolah luar bandar

berjaya menerima ganjaran tawaran baru ini dari

keseluruhan 124 buah sekolah yang terpilih.

11. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan,

bagi peringkat sekolah menengah ini, sejumlah

hampir RM10 juta telah dibelanjakan sebagai

ganjaran kepada tuan-tuan dan puan-puan, guru-

guru serta kakitangan sokongan di sekolah masing-

masing. Dijangkakan hampir 10,675 warga

pendidikan peringkat sekolah menengah akan

14

mendapat manfaat daripada ganjaran Tawaran Baru

ini.

Y. Bhg. Tan Sri/ Datuk/Datin/Tuan/Puan,

12. Dalam kita meraikan kejayaan ini,

Kementerian akan terus memastikan pengetua yang

tidak mencapai sasaran seperti yang ditetapkan

diberi peluang mengikuti kursus penambahbaikan

berdasarkan keperluan masing-masing dan

diberikan bimbingan dari semasa ke semasa. Suka

saya mengesyorkan kepada tuan-tuan dan puan-

puan yang telah berjaya pada hari ini untuk

bersama-sama berkongsi pengalaman dan amalan-

amalan terbaik di sekolah masing-masing bersama-

sama dengan sekolah yang lain.

15

13. Suka juga saya mencadangkan kepada

semua pemimpin sekolah untuk meningkatkan ilmu

dan kepakaran masing-masing dalam bidang

pendidikan terutama dalam bidang penarafan

kendiri sekolah seperti yang dilaksanakan di

beberapa buah negara maju untuk meningkatkan

prestasi sekolah. Mulai tahun 2013 ranking sekolah

akan menggunapakai SKPM 2010. Penilaian

menggunakan instrumen baru ini adalah lebih tepat

dan objektif. KPM akan melaksanakan program

latihan berterusan ke arah memastikan usaha

melatih pengetua dan guru besar supaya kaedah

menilai sekolah masing-masing dapat dibuat

dengan telus, terperinci, sistematis dan jujur.

16

14. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia,

saya mengambil peluang mengucapkan setinggi-

tinggi tahniah kepada semua pengetua, guru-guru

serta kakitangan sokongan yang telah terpilih bagi

menerima anugerah Tawaran Baru bagi tahun 2011.

Kejayaan hari ini merupakan satu langkah awal

mencapai kecemerlangan pada masa-masa akan

datang. Bagi pengetua dan guru-guru yang tidak

berkesempatan menerima anugerah pada tahun ini,

anggaplah kejayaan rakan-rakan anda ini sebagai

satu persaingan sihat bagi sekolah anda untuk

melaksanakan penambahbaikan ke arah

kecemerlangan.

17

15. Saya ingin mengambil kesempatan untuk

mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat dalam menjayakan penganugerahan

Tawaran Baru ini terutamanya kepada Jemaah

Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku urus setia

Tawaran Baru yang juga telah melaksanakan

verifikasi serta penilaian ke atas sekolah yang layak

untuk dipertimbangkan sebagai penerima ganjaran.

Tidak dilupakan juga bahagian-bahagian lain di

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) atas segala usaha yang

dilakukan oleh mereka bagi mendorong sekolah

untuk mencapai kecemerlangan yang kita harapkan.

18

16. Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan

setinggi-tinggi tahniah kepada semua pengetua

yang berjaya menerima Anugerah Tawaran Baru

bagi Tahun 2011.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.