teks ucapan - moa.gov.my · pdf file1 teks ucapan yb dato’ sri ismail sabri bin yaakob...

5
1 TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI SEMPENA MAJLIS PELANCARAN JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH DALAM SUB SEKTOR SAYUR DAN BUAH 24 MEI 2014, SABTU RTC GOPENG, PERAK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Yang Berhormat Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Yang Berbahagia Dato' Ahmad bin Ishak, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pengerusi-Pengerusi Agensi, Yang Berhormat Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Negeri, Dif-Dif Jemputan, Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Media-Media Tuan-Tuan dan Puan-Puan Hadirin Sekalian.

Upload: hoangthuan

Post on 11-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN - moa.gov.my · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri ismail sabri bin yaakob menteri pertanian dan industri asas tani sempena majlis pelancaran jihad memerangi orang tengah

1

TEKS UCAPAN

YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH DALAM

SUB SEKTOR SAYUR DAN BUAH

24 MEI 2014, SABTU RTC GOPENG, PERAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Yang Berhormat Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Hashim bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin, Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Yang Berbahagia Dato' Ahmad bin Ishak, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pengerusi-Pengerusi Agensi, Yang Berhormat Exco-Exco Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Negeri, Dif-Dif Jemputan, Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Media-Media Tuan-Tuan dan Puan-Puan Hadirin Sekalian.

Page 2: TEKS UCAPAN - moa.gov.my · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri ismail sabri bin yaakob menteri pertanian dan industri asas tani sempena majlis pelancaran jihad memerangi orang tengah

2

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat kita berkumpul di majlis yang penuh bermakna pada pagi ini. 2. Terlebih dahulu, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta jabatan dan agensi-agensi yang terlibat di atas daya usaha mereka mengadakan Majlis Pelancaran ‘Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam Sub Sektor Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan’.

3. Sesungguhnya, pada pagi ini kita akan menyaksikan satu lagi usaha dan inisiatif di bawah Program Transformasi Pertanian (ATP) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam membela dan memperkasa nasib golongan para petani di negara ini. Para hadirin yang dihormati sekalian,

4. Sebagaimana kita sedia maklum, dalam memahami permasalahan yang wujud dalam isu-isu berkaitan dengan manipulasi orang tengah, dapat dirumuskan kepada dua (2) pendekatan iaitu; i) memahami kelemahan-kelemahan dalam sistem pemasaran hasil pertanian berkenaan, dan ii) isu-isu berkaitan dengan peluang akses pasaran kepada pengeluar-pengeluar yang terlibat dalam rantaian bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan khususnya dari aspek pengetahuan mereka dan akses berkaitan dengan infrastruktur pasaran. Hasil kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh kementerian, banyak isu-isu berkaitan dalam sistem rantaian bekalan dari peringkat ladang, pengumpulan/pemborongan, pemprosesan, pengedaran dan peruncitan seterusnya kepada pengguna-pengguna terakhir.

5. Antara isu-isu berkaitan adalah seperti saiz ladang yang kecil dan berselerak, petani-petani yang berumur, kebergantungan modal kepada orang tengah, maklumat-maklumat pasaran pertanian yang tidak sampai kepada petani, kekurangan pusat-pusat pengumpulan, peluang terhad untuk menembusi aspek pemborongan, kos pengedaran yang tinggi dan sebagainya. Berkaitan dengan peluang akses pasaran kepada pengeluar, juga dikenal pasti pengeluar-pengeluar tidak dapat seluasnya untuk akses kepada maklumat pasaran dan kekurangan infrastruktur-infrastruktur berkaitan, dari segi pengumpulan, pemborongan, pemprosesan dan juga peruncitan.

6. Kesan daripada masalah ini, hasil kajian yang telah ditemui menunjukkan bahawa pulangan ke atas setiap ringgit pengguna yang membeli sesuatu hasil pertanian itu, sesetengahnya adalah di bawah 40% daripada harga runcit yang diperolehi oleh petani-petani. Ini ditambah lagi dengan kerugian/kerosakan lepas tuai yang tinggi menjadikan petani-petani tidak memperoleh pendapatan yang munasabah daripada hasil usaha mereka.

Page 3: TEKS UCAPAN - moa.gov.my · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri ismail sabri bin yaakob menteri pertanian dan industri asas tani sempena majlis pelancaran jihad memerangi orang tengah

3

7. Masalah orang tengah yang dikatakan menindas petani bukanlah satu isu yang baru malah telah berakar umbi sekian lama di dalam masyarakat petani. Orang tengah atau pemborong yang menguasai rantaian ini melalui manipulasi harga, timbangan dan bekalan input telah membuatkan sebahagian besar petani terikat dengan hutang yang berpanjangan. 8. Aktiviti-aktiviti orang tengah yang semakin berleluasa inilah yang telah mengakibatkan petani hidup dalam kerugian, memperolehi keuntungan yang kecil dan kebergantungan yang tinggi terhadap orang tengah. Akhirnya, petani tidak dapat lari dari cengkaman orang tengah. Para hadirin yang dihormati sekalian,

9. Saya melihat isu ini adalah amat serius dan perlu ditangani dengan segera demi membela nasib petani-petani yang menjadi mangsa penindasan orang tengah. Justeru, Kementerian mendapati isu ini harus ditangani dengan segera kerana ia telah berakar umbi sejak sekian lama. 10. Matlamat Jihad Memerangi Orang Tengah adalah menerusi usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh bagi memerangi manipulasi orang tengah dalam rantaian pemasaran, memastikan pengeluar mendapat pulangan yang munasabah dan pengguna mendapat harga yang berpatutan.

11. Selain itu, mewujudkan platform bagi menggalakkan pertanian secara komersil dengan jaminan bekalan dan pasaran yang berterusan termasuklah pengeluaran hasil-hasil penggantian import dan pelaburan timbal balik dan juga meningkatkan penglibatan Jabatan dan Agensi secara bersepadu (NBOS) dalam pengurusan rantaian nilai .

12. Menerusi inisiatif ini, satu model akan diperkenalkan di mana ianya akan membolehkan para petani di seluruh negara menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan mengelakkan mereka daripada terus menjadi mangsa penindasan orang tengah.

13. Hari ini saya akan melancarkan program Jihad Memerangi Orang Tengah Sub Sektor Sayur dan Buah yang akan dilaksanakan oleh semua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk persatuan-persatuan peladang. INISIATIF-INISIATIF JIHAD MEMERANGI ORANG TENGAH SUB SEKTOR SAYUR & BUAH

INISIATIF PENGELUARAN 1. Meningkatkan pengeluaran untuk 7000 hektar di projek-projek berkelompok Jabatan Pertanian melalui bantuan bekalan benih, baja, racun, jentera kecil ladang, menaiktaraf sistem pengairan ladang dan infrastruktur ladang.

Page 4: TEKS UCAPAN - moa.gov.my · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri ismail sabri bin yaakob menteri pertanian dan industri asas tani sempena majlis pelancaran jihad memerangi orang tengah

4

2. Memperluaskan penggunaan struktur perlindungan hujan dan teknologi fertigasi untuk pengeluaran hasil pada musim hujan dan tengkujuh. Fokus utama adalah dalam pengeluaran cili. 3. Program ladang kontrak diperluaskan untuk sayur-sayuran dan buah-buahan seluas 1000 hektar yang melibatkan 587 peserta di Projek Taman Kekal Pengeluaran Pertanian (TKPM) dan Projek Kelompok Jabatan Pertanian.

INISIATIF PEMASARAN 4. Mewujudkan 276 buah Pusat Pengumpulan Ladang yang dikendalikan oleh PPK di seluruh negara.

5. Menyediakan portal agrobazaar.com sebagai landasan pemadanan perniagaan (business matching). 6. Memberi jaminan pasaran kepada pengeluar yang menjual kepada FAMA dengan sokongan harga lantai. 7. Menggembleng 792 buah lori pengangkutan pelbagai jabatan dan agensi untuk membantu pemasaran buah-buahan bermusim di seluruh negara. 8. Menyediakan 1000 khemah/kanopi jualan kepada pengeluar-pengeluar buah-buahan bermusim. INISIATIF PEMBIAYAAN 9. Menyediakan RM80 juta kemudahan pembiayaan kepada pengeluar dan pemasar (Skim Kredit Pengeluaran Makanan) oleh Agrobank.

10. Menyediakan RM40 juta di bawah Skim Tekun Niaga oleh TEKUN Nasional.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

14. Sekiranya pelaksanaan inisiatif ini berjalan dengan lancar, saya percaya dan yakin inisiatif ini akan memberi pulangan yang besar kepada para petani di samping dapat membebaskan golongan petani dari belenggu orang tengah. 15. Suka saya memaklumkan juga bahawa komitmen kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak berakhir di sini kerana bagi membantu petani mendapat harga pasaran yang lebih baik, kerajaan akan

Page 5: TEKS UCAPAN - moa.gov.my · PDF file1 teks ucapan yb dato’ sri ismail sabri bin yaakob menteri pertanian dan industri asas tani sempena majlis pelancaran jihad memerangi orang tengah

5

menambah dan mewujudkan pasar tani di setiap kawasan yang difikirkan sesuai.

16. Sehingga kini, sebanyak 535 buah Pasar Tani telah beroperasi di seluruh Negara dan sebanyak 60 Pasar Tani akan ditambah menjelang hujung tahun ini. 17. Ini juga sebagai satu langkah awal untuk mengelakkan petani menerima hasil jualan dengan harga yang rendah seperti mana yang ditentukan oleh peraih dan tidak berbaloi dengan kerja keras mereka. 18. Sesungguhnya majlis pada hari ini merupakan bukti kesungguhan kerajaan dalam merealisasikan pelaksanaan dasar yang memberi manfaat dan kebaikan kepada para petani. Sememangnya, kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan bagi kerajaan. 19. Akhir kata, saya berdoa semoga usaha ini akan berjalan dengan lancar demi kebaikan dan kesejahteraan para petani di negara ini. Saya ucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada pihak-pihak yang terlibat kerana membuktikan usaha yang padu dalam melaksanakan penstrukturan semula ini yang sangat penting dan bermakna kepada golongan petani Negara ini.

20. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini melancarkan ‘Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam Sub Sektor Sayur dan Buah.’

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.