teks ucapan majlis pesaraan & perpisahan ptks

9
1 Mengumumkan Ketibaan Y.Bhg. Tuan Haji Fattullah Suhaimi Bin Haji Ismail ( Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar ) diiringi pegawai-pegawai kanan masuk kedalam dewan… 2 Assalamualaikum w.b.t… salam perpaduan dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirohim, besyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat berkumpul malam ini bagi meraikan insan-insan yang banyak berjasa kepada PTKS. 3 Y.Bhg. Tuan Haji fattullah Suhaimi Bin Haji Ismail Pentadbir Tanah Kota Setar Yang Berusaha, Puan Noor Akmar Bt Dato Wira Mohd Omar Penolong Pentadbir Tanah Pembangunan, Encik Hafiz Hasri Bin Khaludin Penolong Pentadbir Tanah Pendaftaran dan Hasil….. Cik Nurhafizah Bt Abu Bakar Penolong Pentadbir Tanah Penguatkuasa dan Teknikal…….

Upload: jack-stone

Post on 15-Sep-2015

152 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks Ucapan Majlis Pesaraan

TRANSCRIPT

1Mengumumkan Ketibaan Y.Bhg. Tuan Haji Fattullah Suhaimi Bin Haji Ismail ( Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar ) diiringi pegawai-pegawai kanan masuk kedalam dewan

2Assalamualaikum w.b.t salam perpaduan dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirohim, besyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat berkumpul malam ini bagi meraikan insan-insan yang banyak berjasa kepada PTKS.

3Y.Bhg. Tuan Haji fattullah Suhaimi Bin Haji Ismail

Pentadbir Tanah Kota Setar

Yang Berusaha, Puan Noor Akmar Bt Dato Wira Mohd OmarPenolong Pentadbir Tanah Pembangunan,Encik Hafiz Hasri Bin Khaludin

Penolong Pentadbir Tanah Pendaftaran dan Hasil..Cik Nurhafizah Bt Abu Bakar

Penolong Pentadbir Tanah Penguatkuasa dan Teknikal. Tuan-Tuan & Puan-Puan yang diraikan seterusnya kakitangan PTKS yang dihormati sekalian.

4Melayang serindit atas permatang

Merbah berkicau dihujung muara

Pemanis kata selamat datangAwal bismillah pembuka bicaraBunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis ditepi titi

Doa dibaca memohon rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

5Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan dan mengaminkan doa yang akan disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Salleh Bin Abdullah.

Dengan Segala hormatnya dipersilakan..

AminAmin .Amin ya Rabbal alamin..

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Salleh Bin Abdullah diatas kesudiaannya membaca doa sebentar tadi.

6.Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan Y.Bhg. Tuan Haji Fattullah Suhaimi Bin Hj Ismail untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan

-------------------------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pentadbir Tanah Kota Setar diatas Ucapannya sebentar tadi.

7Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian,

TIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

ITU ADATITU LUMRAH KEHIDUPAN

BEGITULAH RENTETAN PERJALAN

WALAU SUKAR UNTUK DITELAN

TAPI KAKI TETAP MENGORAK JALAN

SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Tuan haji Jamaludin Bin Napiah, wakil pesara bagi menyampaikan ucapanMajlis Mempersilakan

---------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Jamaludin Bin Napiah diatas ucapannya sebentar tadi,

8Seterusnya majlis mempersilakan En. Muhammad Hamdi Bin Abdullah Zawawi, wakil pegawai dan kekitangan yang telah bertukar bagi menyampaikan sepatah dua kata.

Majlis dengan ini mempersilakan ----------------------------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Muhammad Hamdi Bin Abdullah Zawawi diatas ucapan beliau sebentar tadi,

9Tuan-tuan & Puan-puan yang dihormati sekalian,bagi memeriahkan lagi majlis ini, marilah kita bersama-sama menyaksikan tayangan Slide Pegawai-pegawai yang diraikan selamat menonton

10Majlis diteruskan lagi..

Dengan ini dijemput Y.Bhg. Tuan Haji Fathullah Suhaimi Bin Haji Ismail diiringi oleh semua Penolong Pentadbir Tanah Kota Setar untuk menyampaikan sijil dan cenderahati

Dengan ini majlis mempersilakan pegawai-pegawai yang terlibat dengan persaraan untuk naik ke pentas untuk menerima sijil & cenderahati.nama-nama mereka adalah seperti berikut Dijemput En. Badruzzaman bin Ismail.. beliau telah bersara pada 01 April 2015

Diikuti Tuan Haji Jamaluddin Bin Nafiah.beliau telah bersara pada 10 Mei 2015

Seterusnya Puan Rohani binti Nasir .beliau bakal bersara pada 13 Julai 2015.

Terima Kasih Diucapkan..

Majlis mempersilakan pegawai-pegawai yang terlibat dengan pertukaran untuk naik ke pentas untuk menerima cenderahati nama-nama mereka adalah seperti berikut

Puan Noorulhuda Bt. Mohamed Ali(rujuk brochure)

Seterusnya dijemput Puan Noor Akmar Bt. Dato Wira Mohd Omar PPTD Pembangunan untuk menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Fathullah Suhaimi Bin Haji Ismail PTD Kota Setar yang telah bertukar ke Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berkuatkuasa pada 7 Jun 2015Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.Bhg. Tuan Haji Fathullah Suhaimi Bin Haji Ismail dan semua PPTD Kota Setar diatas penyampaian sijil dan cenderahati sebentar tadi

11Bagi menambahkan lagi kemeriahan majlis pada malam ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan mendeklamasikan sajak yang akan disampaikan oleh En. Ahmad Sobri Bin Haji Said, Cik Wan Alia Farhana Bt Wan Muhammad Azman dan Cik Nurhasniza Bt. Hashim yang bertajuk PERPISAHAN .. dengan segala hormatnya dipersilakan.

Jutaan terima kasih diatas persembahan tadi.

----------------------------------------------------------- Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalianuntuk makluman semuaBadan sukan dan Rekreasi Pejabat Tanah Kota Setar telah berbesar hati untuk mengadakan cabutan bertuah pada malam iniSeterusnyadijemput Encik Badruzzaman bin Ismail untuk membuat 5 cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiahDipersilakan

Terima kasih.. Dijemput pula Tuan Haji jamaludin Bin Nafiah untuk membuat 5 lagi cabutan

Terima kasih diucapkan.

------------------------------------------------------------Seterusnya inilah saat-saat yang dinanti-nantikanmarilah kita sama-sama saksikan persembahan nyanyian berkumpulan dari para Jejaka-jejaka dan Jelitawan PTKS dengan dua buah lagu iaitu

i. Doa Perpisahan danii. Ayam Den Lopeh

Berikan tepukan gemuruh kepada kumpulan Brothers Sisters untuk naik ke pentas..dipersilakan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diatas persembahan itu tadi----------------------------------------------------------

Seterusnyamajlis menjemput Encik Muhammad Hamdi Bin Abdullah Zawawi untuk membuat 5 cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiahDipersilakan

Terima kasih.. Dijemput pula untuk membuat 5 lagi cabutanTerima kasih diucapkan.

12Tuan pentadbir Tanah, Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan sambil disulami dengan persembahan karaoke oleh staff-staff PTKS..SELAMAT MENJAMU SELERA.!Seterusnyamajlis menjemput .untuk membuat 5 cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiahDipersilakan

Terima kasih.. Dijemput pula untuk membuat 5 lagi cabutanTerima kasih diucapkan.

13Raut wajah damai dan tenang

Tiada terkalam kasih dijunjung

Jasa dan bakti tetap dikenang

Budi baikmu tetap disanjung

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara Nampak

Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu berakhirlah sudah majlis kita pada malam ini..Majlis bersurai..