teks ucapan majlis perhimpunan bulanan nre … ucapan nre/ucapan... · teks ucapan majlis...

5
TEKS UCAPAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRE BERSAMA TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR OLEH YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR PADA 25 APRIL 2011 DEWAN BAIDURI Yang Berbahagia Dato’ Zoal Azha bin Yusof Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Yang Berbahagia Datuk Aziyah binti Mohamed Timbalan Ketua Setiausaha I Yang Berbahagia Dr. Che Abdul Rahim Bin Nik Timbalan Ketua Setiausaha II Dato’- Dato’, Ketua-Ketua Pengarah, Setiausaha-setiausaha Bahagian, Tuan-tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian, Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia Syukur kepada Tuhan kerana saya telah sekali lagi berpeluang untuk bersama-sama dalam majlis perhimpunan bulan April Tahun 2011, pada pagi ini. Sepatutnya majlis perhimpunan bulanan ini diadakan pada awal bulan namun disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, maka ia ditunda hingga ke pagi ini. Sebelum saya menyampaikan ucapan saya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah, Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Timbalan Ketua

Upload: phamnguyet

Post on 15-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRE … Ucapan NRE/Ucapan... · teks ucapan majlis perhimpunan bulanan nre bersama timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar oleh yb tan

TEKS UCAPAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRE BERSAMA TIMBALAN MENTERI SUMBER

ASLI DAN ALAM SEKITAR

OLEH

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

PADA

25 APRIL 2011

DEWAN BAIDURI

Yang Berbahagia Dato’ Zoal Azha bin Yusof

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;

Yang Berbahagia Datuk Aziyah binti Mohamed

Timbalan Ketua Setiausaha I

Yang Berbahagia Dr. Che Abdul Rahim Bin Nik

Timbalan Ketua Setiausaha II

Dato’- Dato’, Ketua-Ketua Pengarah,

Setiausaha-setiausaha Bahagian,

Tuan-tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian,

Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia

Syukur kepada Tuhan kerana saya telah sekali lagi berpeluang untuk bersama-sama dalam

majlis perhimpunan bulan April Tahun 2011, pada pagi ini.

Sepatutnya majlis perhimpunan bulanan ini diadakan pada awal bulan namun disebabkan

beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, maka ia ditunda hingga ke pagi ini.

Sebelum saya menyampaikan ucapan saya, saya mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan Tahniah, Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Timbalan Ketua

Page 2: TEKS UCAPAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRE … Ucapan NRE/Ucapan... · teks ucapan majlis perhimpunan bulanan nre bersama timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar oleh yb tan

2

Setiausaha II kita yang baru, Dr. Che Abdul Rahim bin Nik. Sebenarnya, beliau bukanlah

terlalu asing dengan NRE kerana sebelum ini beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah

FRIM. Berdasarkan latar belakang dan kepakaran beliau, saya yakin beliau mampu

memberikan suatu dimensi baru dalam pengurusan dan pentadbiran kementerian ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sebagaimana yang kita semua maklum, tarikh 22 April setiap tahun adalah juga dikenali

sebagai Hari Bumi. Mungkin tidak salah jika saya mengatakan bahawa ramai yang tidak tahu

mengenai perkara ini sehinggalah kita bekerja atau berkhidmat di kementerian ini.

Sebenarnya, ia sudah pun wujud sejak 40 tahun lalu. Saya telah membuat sedikit kajian

melalui Internet dan mendapati ia mula disambut di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1970.

Idea mengenainya dikatakan dicetus oleh seorang Senator AS, Gaylord Nelson selepas beliau

menyaksikan keburukan bencana alam sekitar pada tahun 1969 akibat tumpahan minyak di

Santa Barbara, California.

Dari tahun ke setahun, Hari Bumi atau Earth Day telah disambut dengan oleh lebih ramai

orang diseluruh dunia. Jika kita pergi ke website Earth Day Network (www.earthday.org) di

dalam Internet, kita boleh dapati pelbagai action atau tindakan yang boleh kita laksanakan ke

arah pemuliharaan bumi.

Hadirin sekalian,

Sejak kebelakangan ini, kita sering dikejutkan dengan kejadian banjir. Kejadian ini bukan

sahaja melibatkan kemusnahan harta benda malah ada mengorbankan nyawa.

Ini bukan sahaja meninggalkan kesan trauma kepada penduduk yang terlibat malah membuka

peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk menangguk air keruh, mengambil kesempatan

untuk melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

Memandangkan isu banjir ini mempunyai kaitan dengan NRE khususnya Jabatan Pengairan

dan Saliran (JPS), saya sangat berharap agar isu banjir diberi perhatian lebih serius. Saya

Page 3: TEKS UCAPAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRE … Ucapan NRE/Ucapan... · teks ucapan majlis perhimpunan bulanan nre bersama timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar oleh yb tan

3

faham bahawa banyak peruntukan yang kita pohon tidak diluluskan. Bagaimanapun, ini tidak

boleh dijadikan satu-satunya alasan.

Saya menyeru pihak pengurusan tertinggi NRE dan JPS terus berusaha untuk meyakinkan

pihak Treasury supaya memberikan peruntukan yang lebih dan realistik. Pada masa yang

sama, pastikan projek-projek dan lain-lain kerja yang sudah pun diluluskan dilaksanakan

dengan baik dan mengikut masa yang ditetapkan.

Selain daripada faktor hujan yang turun dengan lebat dan berpanjangan, banjir turut

dipengaruhi oleh faktor sungai dan saliran yang dipenuhi oleh sampah sarap.

Kempen-kempen seperti Sayangilah Sungai Kita dan Rakan Alam Sekitar haruslah

dipertingkatkan. Ini kerana, saya dapati kempen serta inisiatif ini amat baik.

Mengikut pengalaman di kawasan saya sendiri di Sabah, masyarakat di sana sangat

menyambut baik program ini dan kesannya mula dirasai terutama dikalangan pelajar-pelajar

sekolah.

Pada 8 April baru-baru ini, saya telah melancarkan Program Rakan Alam Sekitar di Sekolah

Menengah Kebangsaan Tulid yang terletak di dalam kawasan Parlimen saya di P.182

Pensiangan. Hampir 700 orang pelajar, guru dan penduduk setempat telah hadir menyertai

pelbagai aktiviti yang telah diaturkan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, JPS dan para

pegawai dari pejabat saya sendiri.

Saya yakin, dengan strategi dan pendekatan yang sesuai, program ini terbukti bukan sahaja

mampu menarik minat bahkan mampu menaikkan imej kementerian ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Selaras dengan kempen NRE Go Green yang telah dilancarkan dahulu, saya sekali lagi

meminta agar seluruh warga NRE menghayati pelaksanaan kempen ini.

Gaya hidup lestari ini sebenarnya sangat mudah untuk kita amalkan. Amalan yang paling

mudah ialah menutup suis lampu yang tidak kita gunakan.

Page 4: TEKS UCAPAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRE … Ucapan NRE/Ucapan... · teks ucapan majlis perhimpunan bulanan nre bersama timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar oleh yb tan

4

Oleh sebab saya tinggal di Putrajaya ini, maka saya selalu berkesempatan untuk berada di

bandar ini pada waktu malam. Apabila melalui dekat bangunan Wisma Sumber Asli, saya

dapati masih ada lampu-lampu pejabat yang tidak dipadamkan meskipun sudah lewat malam

dan pada hujung minggu pula.

YBhg. Dato’/Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Hasrat kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam menerusi Program

Transformasi Kerajaan (GTP) dengan disokong inisiatif Bidang Keberhasilan Utama

Kementerian (MKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama Kementerian (MKPI) telah menampakkan

kesan sangat memberangsangkan apabila 92.3 peratus MKPI mencapai sasaran pada 2010.

Apa yang lebih membanggakan ialah NRE menjadi salah satu daripada 11 buah kementerian

yang mencatatkan markah komposit 100 peratus. Ini sekali gus mencerminkan kemajuan

cemerlang yang berjaya dicapai, sepanjang tahun 2010.

Sehingga akhir Disember 2010, sebanyak 56 projek tebatan banjir telah dilaksanakan kos

sebanyak RM874.5 juta. Projek selebihnya telah disiapkan Januari lalu. Mengikut kajian,

seramai 430,000 orang telah mendapat manfaat secara langsung darinya.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada NRE amnya dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

khususnya.

Namun begitu, saya percaya masih ada ruang untuk dipertingkatkan lagi pencapaian ini

terutamanya dalam bidang penyampaian perkhidmatan atau service delivery.

Dato’-dato, datin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sebagai seorang wakil rakyat, saya sering menerima aduan dari pelbagai pihak mengenai

tahap perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan atau agensi kita. Termasuklah yang di dalam

bangunan Wisma Sumber Asli ini juga.

Di sini, saya menyeru semua pihak supaya sentiasa mempunyai sifat sense of urgency dalam

membuat apa jua kerja. Misalnya, apa jua surat-menyurat serta aduan hendaklah diberikan

Page 5: TEKS UCAPAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN NRE … Ucapan NRE/Ucapan... · teks ucapan majlis perhimpunan bulanan nre bersama timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar oleh yb tan

5

respons yang segera. Setidak-tidaknya, jawablah bahawa ia telah diterima dan sedang diambil

tindakan. Apabila tindakan sudah dibuat, silalah susulkan kepada pengirim atau pengadu

berkenaan.

Janganlah kita sekali-kali menimbulkan kerenah birokrasi dengan memberikan alasan dari

seribu satu pekeliling atau peraturan. Kita tidak boleh terlalu rigid sehingga langsung hilang

pertimbangan serta budibicara sewajarnya atau common sense.

Aggaplah peraturan-pertauran dan pekeliling yang diwujudkan sebagai alat untuk

mempermudahkan tugas, bukan untuk menyusahkan pelanggan kita. Dalam konteks ini para

pegawai atasan diminta memberi perhatian atau bimbingan sewajarnya kepada kakitangan di

bawah seliaan masing-masing.

Apa yang penting di sini, bukanlah untuk menjadi salah satu kementerian yang mendapat

markah yang tinggi atau banyak bintangnya semata-mata. Tetapi terus dipandang remeh oleh

masyarakat. Jika begitu, maka sia-sialah segala usaha yang telah kita buat selama ini. Bak

kata pepatah, lembu punya susu, sapi yang dapat nama.

Hadirin sekalian

Akhir sekali mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak urusetia pagi ini iaitu

giliran Bahagian Pembangunan, Unit Audit Dalam dan Unit KPI yang telah mengaturkan

program perhimpunan bulanan ini dengan jayanya

Sekian terima kasih.