laporan perhimpunan bulanan ogos ibu · pdf filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang...

15
1 LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU PEJABAT JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BIL.8/2016 26hb Ogos 2016 (23 Zulkaedah 1437H) Disediakan oleh Unit Perhubungan Awam dan Perundingan (PAP) Cawangan Pengurusan dan Perancangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kandungan muka surat 1. Aturcara majlis 2 2. Pegawai petugas 2 3. Pendahuluan 3 4. Perutusan Ketua Pengarah 4 5. Hal-hal Lain 9 6. Sambutan Hari Kemerdekaan 11 7. Jamuan dan bersurai 11

Upload: doannga

Post on 31-Jan-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

1

LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU PEJABAT

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BIL.8/2016

26hb Ogos 2016

(23 Zulkaedah 1437H)

Disediakan oleh Unit Perhubungan Awam dan Perundingan (PAP)

Cawangan Pengurusan dan Perancangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Kandungan muka surat

1. Aturcara majlis 2 2. Pegawai petugas 2 3. Pendahuluan 3 4. Perutusan Ketua Pengarah 4 5. Hal-hal Lain 9 6. Sambutan Hari Kemerdekaan 11 7. Jamuan dan bersurai 11

Page 2: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

2

Aturcara Majlis:

Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Aluan Pengacara Majlis Perutusan Ketua Pengarah Hal-Hal Lain

Pengenalan Pegawai Baru Penyampaian Cenderahati Hari Lahir bulan Ogos

Persembahan Multimedia Aktiviti Bulan Ogos Sambutan Hari Kebangsaan 2016 peringkat JMG

Deklamasi Sajak Montaj Hari Kemerdekaan Nyanyian Lagu Sehati Sejiwa (beramai-ramai sambil

mengibarkan Jalur Gemilang) Jamuan dan Bersurai

Pegawai Bertugas: Pengerusi : Pn Habibah Tahir Pengacara Majlis : Cik Zamila binti Abdul Rahman Pembaca Doa : En. Mohd Saufi bin Abd Wahap Montaj : Pn Rahayu binti Abd Hamid Jurufoto : En. Mohd Razali bin Ramli Jamuan : En. Ayob Khan bin Ratu Penyediaan Dewan : En. Yahya bin Zainal Abidin Kehadiran : 53 orang (Lampiran 1)

Page 3: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

3

LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN BIL.8/2016 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KUALA LUMPUR

1.0 Pendahuluan

Majlis Perhimpunan Bulanan bil.8/2016 (Ogos) Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dianjurkan oleh Cawangan Perancangan dan Pengurusan (PP) di bawah kelolaan Unit Perhubungan Awam dan Perundingan (PAP). Ia diadakan di Bilik Mesyuarat Nilam, Lantai 22, Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2016. Majlis Perhimpunan bulanan ini diadakan bersekali dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-59. Aturcara majlis adalah seperti berikut:

Aturcara Majlis: Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Aluan Pengacara Majlis Perutusan Ketua Pengarah Hal-Hal Lain

Pengenalan Pegawai Baru Penyampaian Cenderahati Hari Lahir bulan Ogos

Persembahan Multimedia Aktiviti Bulan Ogos Sambutan Hari Kebangsaan 2016 peringkat JMG

Deklamasi Sajak oleh Pn Zaiton binti Wari (Pembantu Setiausaha) Montaj Hari Kemerdekaan Nyanyian Lagu Sehati Sejiwa (beramai-ramai sambil

mengibarkan Jalur Gemilang) Jamuan dan Bersurai

2.0 Perutusan YBhg. Ketua Pengarah (KP) Sempena Perhimpunan Bulanan BIL.8/2016 Antara perkara penting yang dibangkitkan oleh YBhg. Ketua Pengarah dalam perutusan beliau adalah;

Page 4: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

4

2.1 Pendahuluan

2.1.1 Ucapan Sambutan Hari Kemerdekaan Tn. Hj Mior Sallehhuddin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-59 kepada semua warga JMG yang hadir ke perhimpunan Bulanan pada kali ini. Beliau seterusnya memaklumkan bahawa generasi selepas Malaysia merdeka sangat beruntung kerana Malaysia telah aman dan harmoni. Ianya berbeza pada zaman sebelum merdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam serba kekurangan dan sentiasa dalam ketakutan. Makanan asasi adalah ubi kayu pada waktu itu dan tiada kemudahan asas. Sehubungan itu, kita hendaklah sama-sama menghayati perjuangan datuk nenek yang bertungkus-lumus untuk mendapatkan kemerdekaan. Selepas kemerdekaan terdapat transision dalam sistem pentadbiran kerajaan Malaysia termasuk di Jabatan Penyiasatan Kajibumi dan Jabatan Galian. Sebelum tahun 1967, semua ketua-ketua Jabatan di tadbir oleh orang Putih atau British tetapi selepas merdeka, ianya ditadbir oleh anak bangsa sendiri. Beliau seterusnya mengingatkan tarikh penting berkaitan kemerdekaan Tanah Melayu iaitu:

31 Ogos 1057 – Hari Kemerdekaan Malaysia 16 September 1967 – Hari Malaysia

Bersesuaian dengan tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke -59 tahun ini iaitu Malaysia #Sehati Sejiwa, beliau menyeru agar warga JMG akan bekerja secara berpasukan dan penuh tanggungjawab. 2.1.2 Cabaran Perkhidmatan Awam masa kini

Ketua Pengarah seterusnya mengingatkan warga JMG akan cabaran-cabaran penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan pada masa kini iaitu : Maklumat di hujung jari – kemudahan sistem telemunikasi yang

lebih canggih akan membantu dalam memberi perkhidmatan

Page 5: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

5

yang lebih cekap dan tepat. Walaubagaimana pun kita hendaklah bijak menggunakan kemudahan tersebut supaya tidak menjejaskan penyampaian perkhidamatan awam tersebut kepada rakyat. Contoh perhubungan WhatsApp telah menjadi perhubungan komunikasi yang rasmi antara ketua-ketua jabatan, Setiausaha Bahagian dan YB Menteri NRE di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Ekspektasi rakyat atau pelanggan lebih tinggi ~ mengharapkan perkhidmatan yang lebih bermutu dan tadbir urus yang lebih baik selaras dengan hak mereka se-bagai pembayar cukai;

Pemanfaatan sepenuhnya penggunaan ICT ~ meningkatkan kecekapan dan kepantasan dalam menyediakan perkhidmatan awam; Contoh : pegawai-pegawai di JMG yang dibekalkan telefon hendaklah sentiasa mengaktifkan telefon 24 jam untuk memudahkan perhubungan; dan

Memupukan minda kelas pertama ~ keperluan peningkatan pengetahuan di kalangan penjawat awam.

2.1.3 Commonwealth Association of Public Administration and Management 2016 (CAPAM)

Ketua Pengarah (KP) memaklumkan bahawa satu persidangan dwitahunan perkhidmatan awam iaitu Commonwealth Association of Public Administration and Management 2016 (CAPAM) telah diadakan pada 18-20 Ogos 2016 dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Tema persidangan tersebut iaitu “Innovation: a Public Service Imperative”. YAB Menteri memaklumkan bahawa Inovasi perlu dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan cepat, program berimpak besar yang boleh dirasai serta-merta oleh rakyat, dan pada kos yang paling rendah Sehubungan itu, KP mengingatkan semua warga JMG agar sentiasa berinovasi dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat bukan sahaja terhad kepada bidang teknikal tetapi juga pada pengurusan pentadbiran.

Page 6: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

6

Beliau juga mengingatkan semua warga JMG untuk menghayati erti kemerdekaan dan menghargai pengorbanan perjuang-pejuang terdahulu.

2.2 Isu-isu Semasa Ketua Pengarah seterusnya membincangkan Isu-isu semasa sepanjang bulan Ogos iaitu : 2.2.1 The 13th Malaysia Thailand Border Joint Geological Survey

Committee Meeting : 15 – 20 August 2016, KRABI KP memaklumkan bahawa penganjuran yang sangat baik, hotel yang murah dan sangat selesa. Pengurusan mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Beliau berharap JMG akan memberi yang lebih baik untuk penganjuran mesyuarat-mesyuarat peringkat antarabangsa seperti Mesyuarat Kerjasama Malaysia dan Indonesia pada bulan September di Pulau Pinang dan Mesyuarat Kerjasama Malaysia Thailand yang akan dianjurkan pada tahun 2017.

2.2.2 Perpindahan pejabat Ibu Pejabat JMG Kuala Lumpur.

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa, pihak pengurusan Tabung Haji telah bersetuju dan memberi penangguhan kepada JMG sehingga 1 Januari 2018. Sehubungan, perlu buat perancangan seperti pemilihan tempat, kewangan, susunatur pejabat dan urusan perpindahan supaya pada waktu yang sama tugasan hakiki tidak terjejas termasuk kebajikan kakitangan.

2.2.3 Pengisian Jawatan Geosains (Kajibumi)

KP memaklumkan pengisian perjawatan sedang dilaksanakan

Page 7: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

7

2.2.4 Beban Tugas

KP memaklumkan bahawa ada Unit-unit tertentu kadang-kadang mempunyai beban tugas yang banyak pada masa-masa tertentu, sehubungan itu beliau menyarankan agar Cawangan atau Unit lain diminta untuk membantu cawangan tersebut. Konsep saling bantu-membantu seiring dengan tema Hari Kebangsaan ke-59 iaitu Malaysia #Sehati Sejiwa.

2.3 Berita semasa Ketua Pengarah juga telah memaklumkan beberapa aktiviti yang akan berlansung diperingkat JMG atau kementerian. Diantara aktiviti tersebut adalah : 2.3.1 Sesi Engagement YB Menteri NRE bersama NGOs

KP memaklumkan Sesi Engagement YB Menteri NRE bersama Badan Bukan Kerajaan (NGOs) akan diadakan pada 1 september 2016 di NRE. Ia bertujuan untuk memberi penerangan mengenai tugas dan fungsi Jabatan/agensi di bawah NRE. Pada peringkat awalnya semua Jabatan/ agensi diminta untuk menyediakan slide pembentangan tetapi akhirnya hanya PERHILITAN dan JPSM sahaja yang akan membuat pembentangan. Walaubagaimana pun semua Ketua-ketua Jabatan dan SUB dikehendaki hadir semasa sesi engangement tersebut.

2.3.2 Hari Inovasi KP memaklumkan bahwa pihak urusetia JMG telah menerima 15 penyertaan poster pertandingan mencipta Poster 1NRE dan 4 penyertaan untuk pertandingan Filem Pendek. Penilaian telah dibuat oleh Panel Juri yang dilantik iaitu dari Pengarah-pengarah Cawangan di Ibu Pejabat (Caw. EM, PM, PPO dan PP). Penal Juri telah memilih 3 poster yang terbaik dan 1 Filem Pendek untuk dipertandingan di peringkat NRE. Tarikh tutup penyertaan peringkat NRE adalah pada 1 September 2016. Satu penyertaan telah diterima untuk pertandingan KIK dan dihantar terus ke urusetia NRE.

Page 8: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

8

2.3.3 Persidangan Jabatan 2016

Tentatif tarikh persidangan adalah pada 25-26 Oktober 2016 di Ipoh, Perak. Beliau memohon agar Jawatankuasa Induk menyemak semula tarikh tersebut agar tidak bertembung dengan hari Rabu.

2.3.4 Mesyuarat ASOMM

Mesyuarat ke-16 ASOMM dan ASOMM +3 akan diadakan pada 8-10 November 2016 di Kuala Lumpur. Jawatankuasa persiapan akan diketuai oleh BMG, NRE dan Cawangan EM, JMG.

2.3.5 Seminar Groundwater

Seminar air tanah anjuran bersama IGM, NAHRIM dan JMG akan diadakan pada 18 & 19 Oktober 2016 di Kota Kinabalu, Sabah. Tema persidangan “Main Streaming Groundwater into Water Supply system”.

2.3.6 11th ASIA-PACIFIC Mineral Resources Exhibition and Conference (APMREC) Persidangan anjuran bersama IGM, MCOM dan JMG akan diadakan pada 10-12 Nov 2016 di Kuala Lumpur. Tema persidangan ”Advances in Safe, Sustainable, Green and Responsible Mineral Resource and Groundwater Development.”

2.3.7 Di akhir perutusan KP telah mengucapkan selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada warga JMG yang akan menjalani Ibadah Haji iaitu: a. Pn Sarimah binti Baada – PT (O) Ibu Pejabat b. Pn Hashimah Ismail – PT (O) JMG NS c. Encik Nordin Safaai – Pembantu Geosains JMG Kelantan

Semoga mendapat haji yang mabrur

Page 9: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

9

2.4 Hal-Hal Lain

2.4.1 Bertukar masuk ke JMG

Pengerusi Majlis telah mengalu-alukan kehadiran pegawai baru iaitu En. Zahirul Fahmi bin Zaini, Ketua Pegawai Tadbir N48 yang menggantikan jawatan Cik Mas Ayu yang bercuti belajar. Selamat datang kepada En. Zahirul Fahmi dan semoga pengalaman beliau sebagai pegawai tadbir dan diplomatic di beberapa agensi kerajaan agar dapat membantu menguruskan pentadbiran di JMG dengan lebih lancar dan teratur.

2.4.2 Selamat Hari Lahir Bulan Ogos 2016

Seramai 9 warga JMG di Ibu Pejabat yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos telah diberi cenderhati sumbangan KESKIP dan cenderahati telah disampaikan oleh KP. Senarai penerima adalah seperti berikut:

i. Cik. Vijaya Rani Naidu Ap Perumal Naidu 04-Ogos ii. Pn. Balqis Nursyamina bt. Abdullah 09-Ogos iii. En. Mohd Badzran bin Mat Taib 15-Ogos iv. En. Sazali bin Khairudin 20-Ogos v. Pn. Sarimah bt. Baada 24-Ogos vi. Pn. Norsaliza bt Saari 26-Ogos vii. En. Mohd Saufi bin Abdul Wahab 29-Ogos viii. Cik Zamila bt. Abdul Rahman 30-Ogos ix. En. Mohd Razali Bin Ramli 31-Ogos

Page 10: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

10

2.4.3 Persembahan Multimedia Unit Perhubungan Awam dan Perundingan telah memaparkan slide multimedia mengenai aktiviti-aktiviti JMG sepanjung bulan Ogos 2016 iaitu; a. Workshop on Active Fault & Earthquake Risk Study 2-6 Julai 2016

Awana Hotel, Genting Highlands b. Mesyuarat Penyediaan Kertas Pertimbangan Projek MSAN11 21-24

Julai 2016 Hotel Concorde Shah Alam c. Perhimpunan Bulanan Julai 2016 & Majlis Jasamu Dikenang

Sempena Persaraan dan Jamuan Hari Raya KESKIP 29 Julai 2016 Bilik Nilam Lantai 22 JMG Ibu Pejabat

d. Mesyuarat 13th ASOMM Working Group pada 2-4 Ogos 2016, Pulau

Langkawi, Kedah

e. Coal Ben Methane Lab pada 9-11 Ogos 2016, Keningau, Sabah f. Malaysia-Thailand Working Group Meeting pada 16 Ogos 2016 di

Krabi, Thailand

g. 5th International PEAT Congress 2016 pada 15-19 Ogos 2016, Pullman Hotel, Kuching, Sarawak

h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu Pasti" pada 19 Ogos 2016 di Dewan Baiduri, NRE

i. Pertandingan Bowling PUSPANITA NRE 2016 pada 20 Ogos 2016 di Mines Wonderbowl

j. Lawatan Puspanita NRE ke Pusat Penyelamat Hidpan Liar Kebangsaan (NWRC) pada 23 Ogos 2016 di Sungkai, Perak & Cameron Highlands

Page 11: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

11

3.0 Majlis Sambutan Hari Kebangsaan

Sajak Kemerdekaan - Pn Zaiton Montaj Hero Sukan Olimpik Rio 2016 Renang Basikal Badminton

Nyanyian beramai Sehati Sejiwa sambil mengibarkan Jalur Gemilang

4.0 Penutup Majlis Perhimpunan Bulanan telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11.50 pagi. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan untuk semua yang hadir.

Disediakan oleh: Disahkan oleh: tt tt Zamila binti Abd Rahman Habibah binti Tahir

Pegawai Kajibumi Kanan Ketua Penolong Pengarah Unit PAP Unit PAP

Page 12: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

12

GAMBAR MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN JANUARI 2014 IBU PEJABAT JMG KUALA LUMPUR

Ketua Pengarah JMG sedang menyampaikan Ucapan Perutusan

Warga JMG sedang mendengar ucapan Perutusan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah

Page 13: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

13

Cik Zamila bt. Abdul Rahman sebagai Pengacara Majlis

Pembaca doa En. Mohd Saufi bin Abd Wahab

Page 14: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

14

En. Sazali menerima cenderahati hari lahir daripada KP

Pn. Zaiton menyampaikan Sajak Kemerdekaan

Page 15: LAPORAN PERHIMPUNAN BULANAN OGOS IBU · PDF filemerdeka kerana dimana penduduk terutama orang Melayu hidup dalam ... h. Program Ceramah Umum Anjuran PUSPANITA NRE "Janji Allah Itu

15

Nyanyian beramai-ramai lagu #Sehati Sejiwa sambil mengibarkan jalur gemilang

LAMPIRAN 1