teks ucapan majlis penitisan ilmu 2011

4
Teks ucapan Majlis Penitisan Ilmu Bismillahhirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh. Terima kasih saudara/saudari Pengerusi Majlis Yang dihormati, Guru Penolong Kanan HEM, Puan Manisah bt. Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Hamdann bin Ibrahim, Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Mohd Nawawy bin Jusoh, Guru-guru SM Vokasional Kuantan, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Upload: rahimsalim

Post on 01-Oct-2015

95 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Teks ucapan Majlis Penitisan Ilmu

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh.

Terima kasih saudara/saudari Pengerusi Majlis

Yang dihormati,Guru Penolong Kanan HEM, Puan Manisah bt. Abu Bakar,Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Hamdann bin Ibrahim, Yang Dipertua PIBG, Tuan Haji Mohd Nawawy bin Jusoh,Guru-guru SM Vokasional Kuantan, sertapara pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, kini perjalanan pelajar selama 11 tahun di alam persekolahan hampir sampai ke penghujungnya. Para pelajar semua telah berjaya menempuh pelbagai rintangan, ujian serta peperiksaan sejak di bangku sekolah rendah hinggalah kini di Sekolah Menengah Vokasional Kuantan. Anda telah berjaya melepasi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaaan Menengah Rendah (PMR) dan kini bakal berdepan dengan ujian yang paling besar iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar yang dikasihi sekalian,Sesungguhnya SPM merupakan peperiksaan yang paling penting bagi anda, kerana akan menentukan di mana anda dan siapa anda pada masa hadapan. Justeru, gemblengkan sepenuh upaya anda pada hari-hari terakhir ini kerana peluang masih ada untuk mencipta kejayaan. Di samping menelaah pelajaran, jangan lupa menadah tangan memohon doa kepada Allah S.W.T agar usaha kita selama ini diberkati dan diterangkan hati tatkala berada di meja peperiksaan. Sesungguhnya pada saat-saat genting sebegini, hanya pada Allah sahaja tempat kita memohon pertolongan.

Pelajar yang dikasihi, Guru sentiasa mendoakan kejayaan pelajar dalam peperiksaan nanti dan sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada anda semua. Gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara atau topik yang masih belum faham. Saya juga ingin mengingatkan pelajar agar sentiasa menjaga diri, baik dari aspek fizikal, maupun mental. Uruskan emosi dengan baik agar tidak berlaku kes-kes yang tidak diingini akibat tekanan perasaan. Kami tidak mahu pelajar terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat seperti pergaduhan, kerana hal ini akan mengganggu tumpuan anda menjelang peperiksaan. Pelajar juga perlu mengambil kesempatan pada hari ini untuk memohon ampun dan maaf daripada guru-guru, yang mungkin anda telah gurisi hatinya, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Sesungguhnya restu daripada guru-guru sangat penting untuk memberkati segala ilmu yang telah dipelajari.

Pelajar sekalian,Akhir sekali saya mewakili barisan guru SM Vokasional Kuantan merestui segala ilmu yang telah kami curahkan selama ini. Kami doakan semoga ilmu yang anda terima ini diberkati Allah S.W.T dan dapat digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan menjadi pembimbing anda pada masa hadapan. Ingatlah bahawa kecemerlangan anda akan membanggakan ibu bapa, guru-guru dan akan meningkatkan imej Sekolah Menengah Vokasional Kuantan di mata masyarakat. Insyaallah.

Sekian Terima Kasih.