teks ucapan majlis penetapan target

9
TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS MAJLIS PENETAPAN TARGET TAHUN 6 2014 NO TEKS CATATAN 1. KETIBAAN VIP MENGUMUMKAN KETIBAAN PN ROKIAH BT AHMAD GURU BESAR SEK KEB TAMAN MALURI KE FOYER. BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM FOYER SKTM MENJADI SAKSI PARA GURU DAN IBU BAPA BERSERI-SERI MAJLIS PENETAPAN TARGET DI URUS RAPI MENJADI PEMBUKA AKTIVITI TAHUN INI. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara

Upload: nik-sasliza

Post on 15-Jan-2016

678 views

Category:

Documents


67 download

DESCRIPTION

teks ucapan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Majlis Penetapan Target

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS PENETAPAN TARGET TAHUN 6 2014

NO TEKS CATATAN

1.

KETIBAAN VIP

MENGUMUMKAN KETIBAAN PN ROKIAH BT AHMAD GURU BESAR SEK KEB TAMAN MALURI KE FOYER.

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

FOYER SKTM MENJADI SAKSI

PARA GURU DAN IBU BAPA BERSERI-SERI

MAJLIS PENETAPAN TARGET DI URUS RAPI

MENJADI PEMBUKA AKTIVITI TAHUN INI.

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Bismilahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Page 2: Teks Ucapan Majlis Penetapan Target

YG BERUSAHA PUAN ROKIAH BT AHMAD GURU BESAR SEK KEB TAMAN MALURI

YANG DIHORMATI

EN SAHABUDEEN BIN MOHAMED GANI YANG DIPERTUA PIBG SEK KEB TAMAN MALURI

EN. MASHAR BIN HAMDAN GPK TADBIR & KURIKULUM

PN. SABARIAH BT SHAPIEE GPK HAL EHWAL MURID

EN. AIDIL AZAHAR BIN AHMAD GPK KOKURIKULUM

AJK PIBG

RAKAN-RAKAN GURU , TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN IBU BAPA DAN PARA PELAJAR YG DIKASIHI SEKALIAN…

Alhamdulillah,setinggi ucapan kesyukuaran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya

pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul di bawah satu

bumbung dan keluarga bagi menyempurnakan majlis penetapan targaet murid-murid tahun 6 bagi

kecemerlangan UPSR pada tahun 2014...Sesungguhnya majlis yang kita adakan ini diharapkan,mampu

memberikan kesan yang positif dalam keputusan UPSR tahun ini.

2.

BACAAN DOA

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon rahmat

Moga majlis sentiasa diberkati

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN AL FADHIL

Page 3: Teks Ucapan Majlis Penetapan Target

USTAZ ........................................................................

UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT

KEPERCAYAAN MASING-MASING.

AMIN.AMIN YA RAHBAL ALAMIN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ...............................................................................

ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

3. UCAPAN-UCAPAN:

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin yang dirahmati sekalian…

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar SK Taman maluri Puan Rokiah Bt Ahmad

untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rokiah Bt Ahmad atas ucapan yang disampaikan sebentar

tadi.

Page 4: Teks Ucapan Majlis Penetapan Target

4.

5.

b) Majlis seterusnya menjemput Yang Dipertua PIBG SK Taman Maluri

En. Sahabudeen Bin Mohamed Gani

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penetapan Target , dengan itu

dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada En. Sahabudeen Bin Mohamed Gani

atas ucapan perasmian yang disampaikan sebentar tadi.

CERAMAH BERMULA

Cerita sedikit tentang butir penceramah :

Tajuk Ceramah :

Terima kasih kepada penceramah kita........................................begitu banyak info dan ilmu yang kita

perolehi dari ceramah motivasi. Di harap .............

PENYAMPAIAN CENDERAHATI PENCERAMAH

Page 5: Teks Ucapan Majlis Penetapan Target

Majlis menjemput Pn. Rokiah Bt Ahmad dengan di iringi Yang Dipertua PIBG SK Taman maluri En.

Sahabudeen Mohamed Gani bagi menyampaikan sedikit cederahati kepada penceramah kita pada hari

ini iaitu .................................................................

Dengan ini dipersilakan...

Majlis merakamkan terima kasih kepada Puan Rokiah Bt Ahmad di atas kesudian beliau menyampaikan

cenderahati itu tadi.

6. REHAT

Tuan-tuan,puan-puan dan hadirin sekalian....

Majlis berehat seketika untuk laluan waktu rehat dan jamuan makan...

Majlis dengan ini menjemput Pn. Rokiah Bt Ahmad, (penceramah :...............................), En. Shabudeen

Bin Mohamed Gani, barisan guru penolong kanan serta barisan ajk pibg untuk ke bilik gerakan bagi

sedikit jamuan ringan di bilik gerakan. Dipersilakan....

Para guru dan ibu bapa juga di jemput ke kantin untuk menjamu selera.

Majlis akan bersambung semula pada pukul ......................

Diharap semua hadirin dapat berkumpul semula di foyer.

7. TAKLIMAT

Page 6: Teks Ucapan Majlis Penetapan Target

Tuan-tuan,puan-puan dan hadirin sekalian....

Alhamdulillah kita masih dapat berkumpul untuk majlis seterusnya bagi melancarkan agenda kita

pada hari ini.

Majlis akan diteruskan dengan beberapa taklimat daripada beberapa orang guru.

Denga ini, majlis menjemput ...............................................................................

Untuk menyampaikan taklimat berkenaan ......................................................

Dengan ini dipersilakan....

Majlis mengucapkan terima kasih di atas taklimat yang diberikan.

1. Taklimat SU Peperiksaan

2. Taklimat Peyelaras Tahun 6

3. Taklimat GPK HEM

8. TANDATANGAN BANNER DAN PENETAPAN TARGET DI KELAS TAHUN 6

Page 7: Teks Ucapan Majlis Penetapan Target

Dengan berakhirnya ketiga-tiga taklimat itu tadi.

Majlis seterusnya kan diteruskan dengan menandatangani banner dan penetapan target di kelas anak

tuan puan masing-masing.

Selepas ini tuan-puan boleh beredar ke kelas anak tuan/puan masing...

Dengan ini, kami selaku pengerusi majlis hari ini memohon maaf kiranya ada salah dan silap sepanjang

kami mengacarakan majlis pada hari ni. Sesungguhnya yang buruk itu dari kami sendiri dan yang baik itu

hanya dari Allah S.W.T....

Kami semua guru-guru dan pihak pentadbir mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk murid-murid

tahun 6 demi kecemerlangan mereka. InshaAllah.....

Dengan ini kami akhiri

majlis ini dengan

Wabillah hitaufiq walhiydaah assalamualaikum warahmatuallahiwabarakatuh.......