soalan target spm 2013 kertas 2

29
Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013 PILIHAN SOALAN “Target” SPM 2013 SAINS PERTANIAN KERTAS 2 (3528/2) INGATAN KEPADA MURID: Soalan ini adalah ramalan sahaja. Pastikan anda membaca semua kandungan mata pelajaran. Anda boleh jadikan skema jawapan yang disediakan sebagai panduan cara menjawab soalan esei Kertas 2. ‘BERSAMA MEMARTABATKAN SAINS PERTANIAN’ DISEDIAKAN OLEH: Sjiaola @ Umar bin Hj. Jahja SMK Jalan Apas, Tawau 013-8892356 0

Upload: sjiaolajahja

Post on 29-Nov-2015

271 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Target

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

PILIHAN SOALAN “Target”SPM 2013

SAINS PERTANIANKERTAS 2 (3528/2)

INGATAN KEPADA MURID:Soalan ini adalah ramalan sahaja. Pastikan anda membaca semua kandungan mata pelajaran. Anda boleh jadikan skema jawapan yang disediakan sebagai panduan cara menjawab soalan esei Kertas 2.

‘BERSAMA MEMARTABATKANSAINS PERTANIAN’

DISEDIAKAN OLEH:Sjiaola @ Umar bin Hj. Jahja

SMK Jalan Apas, Tawau013-8892356

0

Page 2: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

1. Terangkan trend pertanian di Malaysia2. Terangkan cara mengatasai masalah isu pertanian3. Terangkan cara mengatasi masalah himpitan iklim terhadap ternakan4. Terangkan cara mencegah dan mengawal penyakit ternakan5. Terangkan cara merawat penyakit ternakan

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

CARA MENJAWAB SOALAN YANG SEBENAR1. Trend pertanian

1. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan.- Meningkatan pendapatan pengusaha/ dua sumber pendapatan- Dapat memaksimumkan penggunaan tanah- Menjimatkan kos pembajaan dengan adanya najis haiwan

2. Pertanian berorientasikan eksport dan komersil.- Hasil pertanian yang ada permintaan luar negara - Memperoleh tukaran wang asing.- Hasil tiada masalah pasaran

3. Hubungkait pertanian dengan pelancongan (agrotourism)- Menyediakan ladang komersil supaya pelancong dapat melihat sendiri- Jalan raya merentasi kawasan perladangan dan menyediakan tempat penginapan/ mudah dilawati- Mengadakan muzium dan taman pertanian

4. Hubungkait pertanian dengan landskap.- Menyusun atur tanaman dan kawasan ternakan yang indah- Mewujudkan pemandangan dan seni taman

5. Ladang kontrak- Mengusahakan dengan adanya perjanjian dua pihak- Modal disediakan oleh satu /tiada masalah modal- Hasil akan dibeli oleh pihak yang menyediakan modal /tiada masalah memasarkan hasil

6. Penggabungan ladang kecil.- Ladang kecil digabungkan dibawah satu pengurusan - Dapat mengatasi masalah tanah terbiar.- Untuk memastikan keberkesanan menggunakan sumber sedia ada/ penggunaan teknologi/

mekanisasi ladang 7. Perhutani. - Mengoptimumkan penggunaan tanah - Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru - Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada

kawasan yang sama.

2. Cara Mengatasi Isu Pertanian:

(1 ) Kekurangan tenaga buruhi. Menggunakan alat mekanisasi ladang

- Menggunakan alatan moden/mesin-mesin- Contoh: alat membajak/bajak primer/bajak sekunder/ mesin

menanam/membaja/menyiram/mengawal perosak- Mesin dikendali seorang sahaja/tidak perlu ramai pekerja

ii. Menggunakan teknologi baru- Menanam secara hidroponik yang tidak perlu pekerja membaja/merumpai

1

JAWAPAN

BAHAGIAN A, Soalan No.1

Page 3: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

- Menanam secara tabur terus bagi padi bukan secara menanam anakbenih- Melakukan pengurusan perosak secara bersepadu- Mengamalkan pengairan secara fertigasi dimana air dan baja dibekalkan secara automatik

iii. Aplikasi bioteknologi- Aplikasi prinsip sains dan kejuruteraan dalam pemprosesan

bahan oleh agen biologi untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi keperluan manusia

- Mengamalkan kawalan biologi bagi mengatasi serangan perosak tanaman/ contoh burung hantu/ular sawa bagi mengawal tikus/ menggunakan tanaman yang berbau/berduri

iv. Pertanian persis- Memilih bidang usaha yang tidak memerlukan kurang pekerja- Contoh: tanaman kelapa sawit dan getah, kelapa sawit kurang memerlukan pekerja

berbanding dengan getah yang perlu ditoreh setiap hari/ dll contoh v. Menggunakan tenaga buruh asing

- Mengambil pekerja asing dari luar/ pekerja Indonesia/ Bangladesh dll- Upah yang murah

vi. Menyediakan kemudahan- Menyediakan kemudahan sekolah/hospital/jalan/rumah dll- Menarik minat pekerja

vii. Tenaga kerja ahli keluarga/ derauan- Anak-anak/ saudara mara/ orang kampong secara bergotong royong

viii. Kerja kontrak- Mengupahkan kepada kontraktor dengan menetapkan bayaran dan tempoh masa yang

ditetapkan

(2) Ketidakstabilan Harga i. Memproses hasil tanaman

- Mempelbagaikan hasil pengeluaran- Sayuran/buahan dibungkus lebih kemas/menarik minat/ Buahan dibuat jem/ jeruk/ jus/

Pisang/ubi dibuat kerepek/ goring dllii. Menghapuskan orang tengah

- Petani menjual terus kepada pengguna- Mengadakan kontrak/perjanjian dengan kedai/pasaraya/peniaga/restoran dll

iii. Memperkenalkan harga minimum/siling- Harga jualan/belian ditetapkan oleh pihak kerajaan- Tidak akan merugikan pihak petani

iv. Menggunakan bahan alternative tempatan- Menggunakan barangan tempatan yang lebih murah berbanding barangan import/ kualiti

barangan adalah sama/lebih kurang sama- Contoh makanan ternakan menggunakan pelepah kelapa sawit

v. Agensi kerajaan membeli hasil pertanian- Agensi kerajaan membeli hasil pertanian apabila berlaku lambakan/lebihan keluaran dengan

harga yang berpatutan- Agensi seperti FAMA/RISDA

(3) Produktiviti:i. Penggabungan ladang kecil

- dengan saiz ladang yang besar, boleh mengunakan teknologi yang akan meningkatkan pengeluaran

- dapat mengatasi masalah tanah terbiar- di bawah satu pengurusan

ii. Perladangan campuran.- Dapat meningkatkan produktiviti tanah/ penggunaan tanah secara maksimum mengikut

kesesuaian tanaman atau ternakan- Contoh: Tanaman pisang di kawasan kelapa, koko di kawasan kelapa sawit- Menambahkan pendapatan pekebun kecil

iii. Penggunaan teknologi terkini - Menghasilkan klon tanaman daripada tisu kultur yang bebas dari penyakit dan berkualiti.- Dapat mengahsilkan anak pokok/ bahan tanaman dalam jangka masa yang singkat

2

Page 4: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

- Dapat mengeluarkan hasil dalam jangka masa yang cepat/singkativ. Menggiatkan program latihan & bimbingan

- Berkaitan pengurusan tanaman supaya dapat menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan berkualiti

v. Menguruskan sumber pengeluaran dengan lebih cekap- Penggunaan sumber yang betul/tanpa pembaziran- Mengurus tanah, modal,pekerja dan pengurusan dengan cekap

vi. Menyesuaikan aktiviti perladangan dengan keadaan cuaca dan iklim.- Penjadualan aktiviti dengan iklim yang tepat seperti banjir dan kemarau- Pengeluran hasil pada masa yang sesuai/ permintaan tinggi

(4) Pencemaran Alam Sekitari. Membina rumah kalis serangga.

- Dapat menghalang serangga/perosak menyerang tanaman- Tidak mengunakan racun kimia pada tanaman

ii. Mengamalkan kawalan serangga secara bersepadu.- Menggunakan kaedah fizikal, kultur, biologi dan kimia- Dapat mengurangkan penggunaan racun kimia

iii. Meluaskan teknik kawalan biologi.- Menggunakan pemangsa untuk membunuh perosak seperti ular sawa, burung hantu untuk

memakan tikus- Tidak menggunakan racun kimia- Hasil bersih daripada racun kimia

iv. Melakukan penanaman secara organik.- Tidak menggunakan racun dan baja kimia.- Racun diganti dengan penggunaan tapisan air bawang putih/cili padi - Menggunakan najis ternakan/ najis cacing merah/ sisa tanaman/kompos sebagai baja

v. Pendidikan mengenai alam sekitar- Mengadakan kempen/ceramah pemeliharaan alam sekitar- Penerapan nilai menyayang alam sekitar dalam matapelajaran yang diajar- Pertandingan berunsurkan sayangi alam sekitar

vi. Penguatkuasaan undang-undang- Mengenakan denda kepada pesalah yang mencemarkan alam sekitar- Menghentikan operasi kilang yang mencemarkan alam sekitar

(5) Penghijrahan Penduduki. Membawa industri ke desa.

- Mewujudkan industri kecil di kampong-kampong- Mewujudkan kawasan perindustrian berhampiran kampong-kampong

ii. Menggalakkan belia berkelulusan pertanian menjalankan aktiviti keusahawanan di desa.- Kerajaan menyediakan kemudahan/modal kepada golongan muda berkelulusan tinggi bagi

memulakan perniagaan/ bidangusaha di kampong- Membantu usahawan muda dari segi khidmat nasihat- Memberikan latihan kepada lepasan universiti dalam bidang keusahawanan pertanian

(6) Penyebaran & Pengamalan Teknologii. Mengadakan lawatan ke kebun

- Agensi kerajaan atau swasta melawat ke kebun petani dan memberikan tunjukajarii. Memberi penerangan, kursus & bimbingan

- Agensi pertanian mengadakan majlis penerangan, kursus dan bimbingan kepada petaniiii. Penggunaan media massa secara meluas

- Menggunakan media seperti TV, Radio, Internet, majalah, buku dan lain-lain media untuk menyampaikan maklumat kepada petani.

iv. Memberikan latihan kepada petani- Mengadakan kursus/latihan kepada petani

3. Cara mengatasi masalah himpitan iklim terhadap ternakan3

Page 5: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

1. Perumahan yang sesuai/sempurna- Menyediakan bangunan/kandang/reban- Ruang mencukupi/ lantai luas- Pengudaraan yang baik- Cahaya yang cukup/bangunan memanjang arah utara selatan- Meletakkan lindungan seperti jaring hitam untuk mengelak cahaya matahari yang terik- Mudah dibersihkan/dibasuh

2. Menyediakan naungan/lindungan- Tempat ternakan berteduh/ mengelakkan pancaran matahari yang terik- Menanam pokok naungan/ menyediakan bangsal di kawasan ragutan- Pokok yang rendang/tidak toksid@beracun/tidak berduri/ bangsal yang tinggi 3-4 meter.

3. Ragutan waktu malam- Waktu malam suhu rendah/ sejuk- Ternakan lebih banyak mengambil makanan daripada minum- Dapat mengelakkan ternakan mengalami kekurangan nutrien yang boleh menganggu

tumbesaran

4. Menternak baka yang toleran/tahan terhadap haba- Ternakan temperat akan mengeluarkan hasil berkurangan jika diternak di kawasan tropika

(Malaysia) kerana himpitan iklim.- Kacukkan baka tempatan dengan baka iklim sederhana/temperat untuk mendapatkan

baka yang tahan/toleran terhadap haba- Contoh: Lembu KK (tempatan) x Friesian/ Brahman x Friesian

5. Memberi makanan yang bernutrien tinggi- Akan meningkatkan lagi tumbesaran/ menampung aktiviti ternakan- Pemberian makanan pembuka selera dapat meningkatkan ragutan dan tumbesaran

ternakan/ pemberian air sejuk dapat menambahkan pengambilan makanan- Makanan yang mempunyai kandungan protein kasar yang tinggi- Contoh makanan bernutrien tinggi seperti konsentrat/ PKC (Palm Kernel Cake=hampas

isirong kelapa sawit)

4. Cara mencegah dan mengawal penyakit ternakan

1. Kuarantin – Menahan sementara atau mengasing ternakan yang dibawa masuk dari luar – Dilakukan di sempadan pintu masuk negara/pelabuhan/ lapangan terbang– Untuk mencegah kemasukan penyakit – Dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan

2. Menggunakan baka yang resistan– Tahan terhadap himpitan iklim, patogen, parasit dan penyakit – Kacukan baka daripada luar dengan baka tempatan untuk meningkatkan daya tahan

ternakan baru.– Contoh: Lembu KK x Friesien

3. Pengawalan vektor - Kawalan organisma pembawa penyakit/ pathogen/ virus/ bakteria/ kulat - Vektor seperti lalat/ lipas/ burung - Dengan menutup reban/ amalan sanitasi/ sembur racun

4. Amalan sanitasi - Kawasan sentiasa bersih/ basmi kuman sebelum masukkan ternakan- Bersihkan tinja/ sampah/ rumpai yang panjang/ bersihkan persekitaran - Dapat mengelak tempat pembiakan/ perumah parasit

4

Page 6: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

1. Terangkan kebaikan kaedah biologi berbanding kaedah kimia untuk mengawal perosak tanaman

2. Terangkan kebaikan pembiakan aseks berbanding seks bagi tanaman3. Terangkan kebaikan pembiakan kaedah permanian beradas berbanding kaedah

semulajadi4. Kebaikan konsentrat berbanding foraj5. Menganalisis data

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

- Air minuman yang bersih

5. Penghapusan - Serangan kronik/ penyakit tiada ubat/vaksin/ penyakit merbahaya- Secara membunuh/ ditanam/ dibakar- Untuk mengelak penyakit merebak kepada ternakan lain/manusia

6. Pemvaksinan - Bahan antigen- Merangsang penghasilan antibodi- Memberi keimunan terhadap penyakit- Kaedah pengawalan (suntikan/ campur dalam makanan)- Contoh vaksin (Ranikhet F/Fowl pox/ H120)

7. Penakaian - Pengasingan ternakan berpenyakit daripada ternakan lain- Mengelak penyakit berjangkit- Mengelakkan sentuhan/ hembusan nafas/ cecair badan mengenai ternakan lain

8. Pemberian makanan seimbang- Mengandungi semua nutrien yang diperlukan- Mengandungi semua kelas makanan- Kuantiti yang betul dan cukup

5. Cara merawat penyakit ternakan

1. Racun Cacing- Cacing adalah parasit yang hidup dalam perut/usus haiwan- Hidup dan mengambil makanan dalam perut/usus ternakan- Pemberian racun cacing melalui mulut/ disuntik melalui otot @kulit/ dicampur dalam

makanan @minuman/ disuntik terus ke dalam rumen/ memasukkan kapsul lepas lambat ke dalam rumen/ genut yang mengandungi racun cacing yang digantung dan dijilat oleh ternakan

2. Racun parasit luar- Parasit luar seperti kutu babi/ cengkenit/ hama- Gunakan racun seperti BHC/ Retenone/ Asuntol/ Benzin Benzoat- Cara semburan / celupan/ sapuan/ suntikan/ mandian

3. Antiseptik- Bahan kimia yang membunuh/ merencat pertumbuhan mikroorganisma penyebab

penyakit- Digunakan dalam program sanitasi/ mensterilkan alatan dan kandang- Menggunakan antiseptik secara luaran atau dalaman- Antiseptik seperti formalin/ kalium permanganate

4. Antibiotik- Bahan yang diekstrak daripada kulat atau mikroorganisma lain - Berupaya membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria- Contoh penisilin daripada kulat penisilium- Merangsang badan menghasilkan antobodi untuk melawan penyakit- Diberi secara suntikan/makan/ minum

5

BAHAGIAN A, Soalan No.2

Page 7: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

1. Terangkan kebaikan kaedah biologi berbanding kaedah kimia untuk mengawal perosak tanaman

2. Terangkan kebaikan pembiakan aseks berbanding seks bagi tanaman3. Terangkan kebaikan pembiakan kaedah permanian beradas berbanding kaedah

semulajadi4. Kebaikan konsentrat berbanding foraj5. Menganalisis data

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

1. Kebaikan kaedah biologi berbanding kaedah kimia untuk mengawal perosak tanaman.

1. Alam sekitar tidak tercemar- Tidak menggunakan racun kimia- Najis/ pemangsa mati menjadi bahan organik/baja organik

2. Selamat digunakan- Penggunaan agen kawalan biologi telah diuji oleh agensi kerajaan/swasta- Tidak menjejaskan kesihatan manusia- Tidak merosakan tanaman/hasil tanaman

3. Mengurangkan kos pengurusan- Tidak perlu membeli racun- Dapat megurangkan kos upah meracun

4. Hasil Bersih- Hasil tidak mengandungi racun/sisa racun- Hasil selamat dimakan

5. Kesan tempoh masa yang panjang/ kesan kawalan lebih lama- Pemangsa hidup lama/ umur panjang/ lambat mati- Pemangsa membiak/ beranak

2. Kebaikan pembiakan aseks berbanding seks bagi tanaman

1. Pelbagai kaedah aseks- Keratan batang/ daun/ cantuman baji/ cantuman matatunas/ rhizom/ umbisi/ stolon/

tisu kultur- Boleh dibiakkan sepanjang tahun

2. Mendapat pokok yang seragam- Bahan aseks dapat dari pokok yang sama umurnya- Sepokok tanaman terdapat banyak dahan/batang yang boleh dibiakan- Dapat dibiakkan banyak pada satu masa

3. Pokok menyerupai/sama dengan induk- Genetik/ baka tanaman sama dengan pokok induk- Kuantiti /Kualiti hasil sama dengan pokok induk

4. Cepat mengeluarkan hasil- Bahan aseks yang diambil dari pokok induk yang telah matang- Dahan/keratan telah matang

5. Tanaman tidak pupus- Dapat membiakkan tanaman yang tidak mengeluarkan bijibenih/ bijibenih bernas

6. Dapat memilih/ membiak klon yang dikehendaki- Memilih matatunas dari pokok yang berkualiti/dikehendaki- Dibiakan secara cantuman matatunas/cantuman baji

3. Kebaikan Pembiakan kaedah Permanian Beradas Berbanding Kaedah Semulajadi1. Data/Maklumat dikenalpasti

- Anak yang dilahirkan dikenalpasti keturunannya - Sifat yang dikehendaki dapat ditentukan

6

JAWAPAN

Page 8: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013- Waktu pembuntingan dan kelahiran dapat ditentukan/diketahui - Generasi baka diketahui

2. Semen Berkualiti - Semen pejantan baka baik serata dunia boleh diperolehi - Dapat kawal merebaknya penyakit kelamin berjangkit seperti vibriosis, brucellosis, leptospirosis - Kualiti semen diketahui dan dapat mengelak penggunaan pejantan yang tercedera/ sakit

atau terlalu tua - Semen baka jantan yang baik boleh disimpan walaupun pejantan telah mati - Peratus sperma hidup tinggi

3. Kos Rendah - Tanpa membawa pejantan - Tiada kos menjaga dan makanan pejantan - Peralatan boleh digunakan dalam jangkamasa yang lama (tidak perlu membeli alatan selalu) - Banyak induk betina yang dapat disuntik dengan semen yang sama - Semen boleh dicairkan

4. Mengelak kecederaan - Dapat mengelak kerakusan pejantan - Ternakan betina dipasung - Ternakan betina tidak dikejar/berlari, tidak terjatuh/ masuk parit atau

longkang.5. Peratus (%) kebuntingan tinggi

- Induk betina dalam keadaan galak/estrus- Waktu estrus dikenalpasti dengan tepat/betul - Peratus sperma hidup tinggi - Sperma tepat dilepaskan ke uterus

6. Anak sebaya dapat dihasilkan - Lebih banyak anak sebaya dapat dihasilkan - Lebih banyak induk betina boleh disuntik semen berkualiti yang sama - Semen boleh dicairkan - Proses permanian beradas memakan masa yang singkat.

- Boleh banyak suntik semen pada induk betina

4. Kebaikan Konsentrat:1. Kandungan Nutrien Tinggi

- % protin kasar yang tinggi - Meningkatkan Nisbah Penukaran Makanan (NPM)- Boleh menentukan kandungan nutrien yang dikehendaki

Boleh ditambah aditif makanan - Meningkatkan mutu makanan - Menambahkan selera makan - Aditif seperti molas @ gula merah

2. Mudah dikendalikan/mudah diberi pada ternakan - Pelbagai bentuk - Bentuk until/wefer/kiub/serbuk/pelet - Mudah diangkut/ringan

3. Mudah disimpan - Bentuk kering - tahan lama -Tidak mudah rosak / berbagai bentuk - Perlu ruang yang kecil

4. Pelbagai Kegunaan -Dirumus bersesuaian dengan peringkat umur ternakan -Dirumus bersesuaian dengan peringkat pengeluaran seperti semasa bunting, menyusukan, pengemukkan, anak cerai susu

5. Menganalisis data (contoh soalan)

7

Page 9: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013Jadual 1 menunjukkan pendapatan , perbelanjaan, dan pulangan setiap ringgit dilabur (PSRL) bagi bidang usaha L,M dan N

Jadual 1(a) Nyatakan bidang usaha yang :

(i) Merugikan (ii) Menguntungkan(b) (i) Berdasarkan pulangan setiap ringgit dilabur, bidang usaha manakah yang anda pilih?

(ii) Terangkan dua alasan mengapa anda memilih bidangusaha itu?(c) Terangkan satu keputusan masa depan yang perlu diambil bagi :

(i) Bidang usaha L(ii) Bidang usaha M(iii) Bidang usaha N

(d) Nyatakan faktor yang boleh meningkatkan sesuatu bidangusaha.

(a) (i) Bidng usaha M(ii) Bidang usaha L dan Bidang usaha N

(b) (i) Bidang usaha N(ii) - Pulangan setiap ringgit yang dilabur lebih tinggi berbanding bidang usaha L dan M- Setiap satu ringgit dilabur, bidang usaha N untung RM0.86 berbanding bidang usaha L untung

RM0.42 dan bidang usaha M rugi RM0.03- Modal atau perbelanjaan bidang usaha N lebih rendah berbanding bidang usaha L dan M

(c) (i) Keputusan masa depan Bidang usaha L Meneruskan bidang usaha

Bidangusaha menguntungkan walaupun sedikit/kecil Minimumkan penggunaan input Pulangan setiap ringgit yang dilabur rendah**

Mengubahsuai pengurusan bidang usaha Mengatasi kelemahan Bidangusaha masih menguntungkan Pulangan setiap ringgit yang dilabur rendah**

Menggantikan bidang usaha dengan bidangusaha lain yang lebih menguntungkan kerana bidangusaha itu untungnya kecil Menggunakan modal tersebut untuk mengusahakan bidangusaha lain Pulangan setiap ringgit yang dilabur rendah**

(ii) Keputusan masa depan Bidang usaha M Menggantikan bidang usaha

dengan bidangusaha lain yang menguntungkan kerana bidangusaha itu rugi sedikit Menggunakan modal tersebut untuk mengusahakan bidangusaha lain Pulangan setiap ringgit yang dilabur rendah**

Membubarkan bidang usaha • Bidang usaha rugi/ kerugian • Kerugian dijangka berpanjangan • Menjualkan semua aset • Menutup bidang usaha

(iii) Keputusan masa depan Bidang usaha N Meneruskan bidang usaha

Bidangusaha masih menguntungkanl Minimumkan penggunaan input Pulangan setiap ringgit yang dilabur tinggi**

8

JAWAPAN

Bidang usaha Pendapatan(RM)

Perbelanjaan (RM)

Pulangan Setiap Ringgit Dilabur

L 9 500 6 700 1.42M 3 500 3 600 0.97N 5 500 2 950 1.86

Page 10: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013 Mengubahsuai pengurusan bidang usaha

Mengatasi kelemahan Bidangusaha masih menguntungkan Pulangan setiap ringgit yang dilabur tinggi**

(d) Faktor yang boleh meningkatkan keuntungan(i) Pendapatan Tinggi- Tingkatkan kuantiti hasil (pengurusan bidang usaha yang baik-membaja,mengawal perosak dan

penyakit)- Dapatkan harga jualan yang tinggi (hasil berkualiti, tempat jualan yang strategik, masa jualan yang

sesuai seperti musim perayaan- Hasil berkualiti

(ii) Perbelanjaan rendah- Alat/bahan dibeli secara pukal/ banyak- Menggunakan pekerja asing/ ahli keluarga

PANDUANFAKTOR YANG BOLEH MENINGKAT ATAU MENGURANGKAN PENDAPATAN, PERBELANJAAN, KEUNTUNGAN DAN PSRL: RUJUK KEPADA SEMASA ANDA MEMBUAT BELANJAWAN

Pendapatan(Kuantiti Hasil x Harga Hasil)

Perbelanjaan-Alat/bahan/kemudahan-Upah-Jumlah kos-Kos luar jangka-Jumlah perbelanjaan

Keuntungan(Pendapatan – Perbelanjaan)

PSRL Pendapatan

Perbelanjaan

9

Anda boleh juga mengaitkan dengan: Cuaca, Permintaan, Masa Jualan, Tempat Menjual,

Musim Menjual, diproses atau tidak

Page 11: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

1. Menghitung berat N,P2O5, K2O, Baja dan kos baja2. Menghitung Nisbah Penukaran Makanan (NPM)3. Belanjawan

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

1. Menghitung berat N, P2O5, K2O, Baja dan kos baja

Jadual 1 menunjukkan maklumat tentang baja dalam satu program pembajaan.

Contoh Baja Gred Baja Harga / Beg (50kg)(RM)

Urea 46%N 55.00CIRP 35%P2O5 45.00Muriat potasy 60% K2O 70.00Nitrofoska 15:12:17 85.00

Jadual 1Berdasarkan Jadual 1, hitung:(a) Jika seorang petani membeli 80kg Urea, 60kg CIRP, 40kg Muriat potasy dan 75kg Nitrofoska

(i) Kuantiti N dalam Urea(ii) Kuantiti P2O5 dalam CIRP(iii) Kuantiti K2O dalam Muriat potasy(iv) Kuantiti K2O dalam Nitrofoska

(b) Kuantiti baja yang berikut bagi satu kawasan tanaman yang memerlukan 125kg N, 175kg P2O5 dan 180kg K2O (i) Urea(ii) CIRP(iii) Muriat potasy

(c) Berdasarkan jawapan di (b), hitungkan kos membeli baja(i) Urea(ii) CIRP(iii) Muriat potasy

(d) Kos bagi 75 kg Nitrofoska

CARA MENJAWAB SOALAN PENGIRAAN BAJA:1. Hitung kuantiti BAJA – (INGAT PERKATAAN “BAJA”= BAJ Atas)Z

(JIKA SOALAN HITUNG BAJA ATAU JAWAPAN HENDAK BERAT BAJA, maka 100 di atas)Contoh: Hitung berat urea (46%N) jika tanaman perlukan 20kgN

Jawapan: 20 x 100 46 = 43.48 kg Urea

Dan

2. Cari nutrient NPK : Nak Pakai Kasut (kasut di bawah)maka nak hitung berat NPK 100 di bawah

Contoh: Hitung berat N jika 50kg Urea (46%N) digunakanJawapan: 50 x 46

100 = 23 kg N

HitungNutrien/ Unsur

NP2O5 atau PK2O atau K

100 di bawah

Hitung BajaUreaCIRPMuriat potasy

100 di atas

10

BAHAGIAN B Soalan No.3 dan

JAWAPAN

Page 12: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013Nitrofoska

JAWAPAN

(a) (i) 100kg Urea = 46kg N (ii) 100kg CIRP = 35kg P2O5

80kg Urea = 80 x 46 60kg CIRP = 60 x 35 100 100

= 36.8 kg N =21 kg P2O5

(iii) 100kg Muriat potasy = 60kg K2O (iv) 100kg Nitrofoska = 17 kg K2O 40kg Muriat potasy = 40 x 60 75kg Nitrofoska = 75 x 17 100 100

=24 kg K2O = 12.75 kg K2O

(b) (i) 100kg Urea = 46kg N (ii) 100kg CIRP = 35kg P2O5

125kg N = 125 x100 175kg P2O5 = 175 x 100 46 35

= 271.74 kg Urea =500 kg CIRP

(iii) 100kg Muriat potasy = 60kg K2O 180kg Muriat potasy = 180 x 100 60

=300 kg Muriat potasy

(c) (i) 50kg Urea = RM55.00 (ii) 50kg CIRP = RM 45.00 271.74 kg Urea = 271.74 x 55 500kg CIRP = 500 x 45 50 50

=RM298.91 =RM450.00

(iii) 50 kg Muriat potasy = RM70.00 300kg Muriat potasy = 300 x 70

50

=RM420.00

(d) 50 kg Nitrofoska = RM85.0075 kg Nitrofoska = 75 x 85

50 = RM127.50

11

Page 13: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

2. Menghitung Nisbah Penukaran Makanan (NPM)

Contoh Soalan : Jadual 2(a) dan 2(b) menunjukkan maklumat tentang bidang usaha bagi 1000 ekor ayam pedaging

Umur (minggu)

Purata berat badan (g/ekor)

Berat makanan dimakan (g/ekor)

Perkara Amaun (RM)

1 85 80 Harga Makanan 1.20/kg

2 210 140 Harga jualan ayam 4.50/kg

3 450 280 Kos sampingan 450.00

4 760 450 Jadual 2(b)

5 1100 620

6 1560 880

Jadual 2(a) Berdasarkan maklumat itu, hitungkan:(a) Pertambahan berat badan ayam daripada minggu keempat hingga minggu kelima(b) Nisbah penukaran makanan ayan pada minggu kelima(c) Berat makanan dimakan oleh seekor ayam hingga minggu ke enam(d) Kos makanan seekor ayam(e) Jumlah kos makanan bidang usaha itu(f) Jumlah kos keseluruhan bidang usaha itu(g) Keuntungan bidang usaha itu.

JAWAPAN

(a) Berat minggu ke 5 – Berat minggu ke 41100 – 760 = 340 gram

(b) NPM = Berat makanan minggu ke 5 Pertambahan berat minggu ke 5 = 620 340 = 1.82

(c) Berat makanan hingga minggu ke 6 = 80+140+280+450+620+880=2450 g =2.45kg

(d) Kos makanan seekor ayam = 2.45kg x RM1.20 =RM2.94

(e) Jumlah kos makanan = RM2.94 x 1000 ekor = RM2940.00

(f) Jumlah Kos Keseluruhan = RM2940.00 + RM450.00 =RM3390.00

(g) Keuntungan bidangusaha= Pendapatan-PerbelanjaanBerat seekor ayam = 1560 gram = 1.56kg1000 ekor = 1.56 x1000 =1560 kgPendapatan = 1560 x RM4.50 =RM7020.00Keuntungan =RM7020.00 – RM3390.00 =RM3630.00

12

Page 14: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

3. Belanjawan

Jadual 3 menunujukkan maklumat satu bidang usaha tanaman seluas sehektar.

Jadual 3 Berdasarkan Jadula 3,

a. Buat belanjawan bidangusaha tersebut dengan kos diluar jangkaan 10%b. Hitungkan pulangan setiap ringgit dilaburc. Berdasarkan jawapan (b), jika petani mempunyai modal RM20,000.00 , hitungkan keuntungan

yang boleh diperolehid. Jika seorang usahawan mempunyai kawasan seluas 25 hektar, hitingkan keuntungan yang

diperolehi.

JAWAPAN(a)

Perkara Amaun (RM)Pendapatan (4000 x RM 2.50) RM 10,000.00

13

Membersih kawasanMembajakBijibenihMenanamBaja NPKRacun seranggaRacun rumpaiUpah membajaUpah meracunMerumputMengutip hasilHasilHarga hasil sekilogram

RM300.00RM450.00RM200.00RM550.00RM600.00RM200.00RM450.00RM300.00RM300.00RM420.00RM600.004000 kgRM2.50

Page 15: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

Perbelanjaan-Membersih kawasan-Membajak-Bijibenih-Menanam-Baja NPK-Racun serangga-Racun rumpai-Upah membaja-Upah meracun-Merumput-Mengutip hasil

Jumlah Kos

Kos Diluar Jangkaan10 x RM4370.00100

Jumlah Perbelanjaan(RM 4370 + RM 437)

Keuntungan(RM 10,000.00 – RM 4807.00)

RM300.00RM450.00RM200.00RM550.00RM600.00RM200.00RM450.00RM300.00RM300.00RM420.00RM600.00RM 4370.00

RM 437.00

RM 4807.00

RM 5193.00

(b) Pulangan setiap ringgit dilabur = RM 10,000.00 RM 4807.00

= 2.08

(c) Pendapatan = RM20,000.00 x 2.08 = RM 41,600.00 Keuntungan = RM 41,600.00 – RM 20,000.00

=RM 21,600.00

(d) Keuntungan =RM 5193.00 x 25 = RM 129,825.00

14

BAHAGIAN CSOALAN NO.5 dan 6

Page 16: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Larutan tanah

pH5.5

pH

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 20131. Huraikan langkah menentukan pH tanah menggunakan barium sulfat/ larutan penunjuk

universal/kaedah Kuhn2. Huraikan langkah menentukan pH tanah menggunakan meter pH3. Huraikan langkah melakukan eksperimen membuat tut/ markot 4. Huraikan langkah melakukan eksperimen kesan kalsium karbida ke atas ke masakan buah.5. Huraikan langkah membuat kompos6. Huraikan langkah mengawal organisma perosak menggunakan kaedah kimia

1. Langkah menentukan pH tanah menggunakan barium sulfat/ larutan penunjuk universal/kaedah KuhnAlatan: Tabung uji, rak tabung uji, Carta pH, penutup getah, penitis, spatulaBahan: Sampel tanah, barium sulfat, larutan penunjuk universal, air sulingLangkah eksperimen:

1. Masukkan Barium Sulfat ke dalam tabung uji sebanyak 2.5sm (tinggi tabung uji)2. Masukkan sampel tanah sebanyak 2.5sm (tinggi tabung uji)3. Masukkan air suling sehingga ¾ penuh tabung uji 4. Titiskan 4-5 titisan larutan penunjuk universal5. Tutup tabung uji dengan penyumbat getah 6. Goncang tabung uji 7. Letakkan tabung uji pada rak tabung uji sekurangnya 20 minit 8. Perhatikan warna yang terhasil.9. Bandingkan warna yang terhasil dengan carta pH10. Tentukan pH tanah tersebut

Langkah Keselamatan:1. Kuantiti barium sulfat dan sampel tanah sama banyak2. Jangan gunakan ibu jari menutup tabung uji semasa mengoncang3. Goncang sehingga sebati4. Letakkan kertas putih di belakang tabung uji semasa membuat pemerhatian

2. Langkah menentukan pH tanah menggunakan meter pHAlat: Meter pH, Bikar, Rod kaca Bahan: Sampel tanah, air Langkah eksperimen:1. Uji meter pH dalam larutan tampan pH4.1 @ PH7.12. Hancurkan tanah3. Masukkan sampel tanah ke dalam ¼ bikar4. Masukkan air sehingga ½ bikar5. Kacau larutan hingga sebati6. Biarkan selama 20 minit7. Kacau semula larutan 8. Masukkan meter pH ke dalam larutan tanah9. Baca bacaan pada meter pH

15

JAWAPAN

Page 17: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013Langkah keselamatan:

1. Pastikan meter pH tidak rosak2. Pastikan kacau hingga sebati3. Kuantiti sampel tanah dan air betul

3. Langkah melakukan eksperimen membuat tut/ markot

Alatan : Plastik lutsinar, tali raffia/tali,pisau cantuman/sekateur.Bahan : Tanaman yang sesuai (puding/jambu mawar), campuran tanah (2:1)/ Jiffy-7,

hormon pengakaran.Langkah keselamatan:

1. Gunakan pisau yang tajam dan bersih2. Kikis lapisan kambium sehingga habis.3. Balut dengan ketat

Langkah amali:

1. Sediakan medium tut.2. Lembabkan medium dengan air sehingga melekit.3. Bentukkan menjadi satu bebola sebesar genggam tangan.4. Pilih dahan/ranting yang sesuai berdiameter 1-2 cm.5. Potong ranting kecil atau daun pada tempat yang hendak dilakukan tut.6. Buat 2 kelaran mengikut lilitan ranting berjarak 3-4 cm.7. Buat 1 potongan memanjang yang menyambungkan kedua-dua kelaran itu.8. Kopek kulit kayu 9. Kikis tisu/lapisan kambium 10. Sapu hormon pengakaran pada kelaran atas.11. Bahagikan bebola kepada dua dan lekapkan medium disekeliling kelaran.12. Padatkan medium13. Balut dengan plastik lutsinar.14. Ikat dengan tali rafia pada kedua-dua hujung gumpalan medium.

4. Langkah Eksperimen Kesan Kalsium Karbida (CaC2) ke atas kemasakan buah

Alat: Bekas plastik, kain Bahan: Pisang mentah, air, Kalsium Karbida

1. Pilih 4 biji pisang mentah (hijau) yang sama kematangannya 2. Masukkan 2 biji bagi setiap bekas plastik (Bekas A dan Bekas B)3. Bungkus seketul kecil kalsium karbida (CaC2) dengan kain 4. Masukkan kalsium karbida (CaC2) dalam bekas A5. Renjis sedikit air pada kain pembungkus kalsium karbida (CaC2) 6. Tutup Bekas A dan Bekas B7. Biarkan 2 hari pada suhu bilik 8. Lihat perbezaan warna kemasakan buah dalam Bekas A dan Bekas B

- Jauhi punca api dari kawasan eksperimen - Bekas berisi buah yang digunakan sebagai kawalan tidak diletak berhampiran dengan buah yang

dirawat dengan kalsium karbida

16

Page 18: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

- Gunakan buah yang bersih, kematangan yang sama, bebas penyakit / perosak dan tiada sebarang kecederaan.

5. Membuat Kompos

Alat: Skop, batang kayu, guniBahan: Reja kelapa sawit, kapur, tinja/najis haiwan, kapur, air

Langkah Amali:

1. Sediakan tapak kompos 1.0 x 0.5m2. Taburkan reja pelepah sawit setebal 10-15 cm3. Tabur lapisan kapur di atas pelepah 4. Taburkan reja pelepah sawit setebal 10-15 cm5. Tabur tinja ternakan setebal 2.5 cm6. Ulang langkah 3,4 dan 5 hingga timbunan setinggi 0.4 – 1.0m7. Siram timbunan hingga cukup basah 8. Tutup timbunan dengan pelepah kelapa/guni 9. Siram setiap pagi 10. Ambil suhu ditengah timbunan pada hari ke 411. Balikkan timbunan setiap 4-5 minggu

6. Mengawal Organisma Menggunakan Kaedah Kimia

Bahan : Racun kimia, air.Alatan : Tong penyembur, baldi, penyukat, batang kayu / rod kaca.

LANGKAH EKSPERIMEN:

a. Sebelum menyembur 1. Kenalpasti serangga perosak.2. Pilih racun yang sesuai.3. Pakai pakaian pelindung yang sesuai.4. Periksa alat penyembur dan pastikan berfungsi.5. Baca maklumat pada label racun kimia.6. Sukat racun kimia mengikut sukatan disyorkan7. Masukkan air ke dalam baldi mengikut sukatan.8. Masukkan racun yang telah disukat ke dalam baldi9. Kacau campuran sehingga sebati menggunakan kayu.10. Tuangkan campuran racun ke dalam tong penyembur.11. Tutup Tong Penyembur.

b. Semasa menyembur 1.Pamkan pengepam 2.Halakan muncung kesasaran/pokok.3.Lakukan penyemburan.

17

Page 19: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013b. Selepas menyembur

1. Bersihkan semua alatan.2. Simpan racun berlebihan di tempat selamat.3. Tanam bekas racun.4. Bersihkan diri.

Lampiran Tajuk soalan no.1 (SPM 2005-2012)

18

Langkah keselamatan :-1.Bancuh racun di tempat terbuka.2.Bersihkan semua alatan dan keringkan.3.Sukat racun dengan tepat.4.Jangan makan, minum, merokok semasa meracun.5.Jangan rasa atau hidu racun.6.Sembur ikut arah angin.7.Pakai pakaian pelindung semasa meracun.8.Bersihkan diri selepas meracun.

Page 20: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

34 Menghurai penggunaan mekanisasi ladang dalam aktiviti tanaman dan ternakan 20062011

35 Menghuraikan penggunaan komputer dalam pertanian36 Menerangkan penggunaan bioteknologi dalam pertanian 2011

Tajuk soalan no.2 (SPM 2004-2012)

Tajuk soalan no.3 dan 4 (SPM 2004-2012)19

Page 21: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

Tajuk soalan no.5 dan 6 (SPM 2004-2012)

20

Page 22: Soalan Target Spm 2013 Kertas 2

Soalan “Target” Kertas 2 Sains Pertanian 2013

21