teks ucapan kpp majlis penutupan kursus individu dan organisasi an awam berintegriti

3
TEKS UCAPAN KPP DALAM MAJLIS PENUTUPAN KURSUS INDIVIDU DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN AWAM BERINTEGRITI Terima kasih Saudari pengacara majlis, Yang Berbahagia Datin…………………………………………………………… Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin Hj Ayob Timbalan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NS Para penceramah, peserta-peserta kursus, tuan- tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Tuan-tuan dan puan-puan, Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan izinnya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Penutupan Kursus Individu Dan Organisasi Perkhidmatan Awam Berintegriti Tahun 2010 anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Yang Berbahagia Datin bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus pada kali ini. Saya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penceramah kerana sudi menerima jemputan dan seterusnya menjayakan kursus ini.Tak lupa juga kepada semua peserta kursus yang terdiri

Upload: azie

Post on 25-Jun-2015

1.107 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Kpp Majlis Penutupan Kursus Individu Dan Organisasi an Awam Berintegriti

TEKS UCAPAN KPP DALAM MAJLIS PENUTUPAN

KURSUS INDIVIDU DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN

AWAM BERINTEGRITI

Terima kasih Saudari pengacara majlis,

Yang Berbahagia

Datin……………………………………………………………

Timbalan Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin Hj Ayob

Timbalan Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, NS

Para penceramah, peserta-peserta kursus, tuan-tuan dan

puan-puan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Tuan-tuan dan puan-puan,

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan izinnya dapat kita

bersama-sama berkumpul dalam Majlis Penutupan Kursus

Individu Dan Organisasi Perkhidmatan Awam Berintegriti

Tahun 2010 anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

Sembilan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas

kehadiran Yang Berbahagia Datin bagi menyempurnakan

Majlis Penutupan Kursus pada kali ini. Saya turut ingin

merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penceramah

kerana sudi menerima jemputan dan seterusnya menjayakan

kursus ini.Tak lupa juga kepada semua peserta kursus yang

terdiri daripada semua pegawai BTPNNS dan PKG, staff

sokongan serta beberapa pegawai dari SPRM.

Yang Berbahagia Datin, tuan- tuan dan puan-puan yang saya

hormati sekalian,

Kursus Individu Dan Organisasi Perkhidmatan Awam

Berintegriti yang dianjurkan ini adalah amat bertepatan

Page 2: Teks Ucapan Kpp Majlis Penutupan Kursus Individu Dan Organisasi an Awam Berintegriti

dengan kehendak semasa. Malaysia merupakan sebuah

Negara yang sedang membangun dan akan menjadi sebuah

Negara maju menjelang 2020. Hasrat murni ini pastinya akan

dapat direalisasikan oleh semua anggota masyarakat yang

kukuh ciri-ciri moral dan etikanya serta mempunyai nilai

keagamaan dan kerohanian yang utuh, ditunjangi oleh budi

pekerti yang luhur.

Hadirin, hadirat yang dihoramati,

Berdasarkan kepesatan teknologi dan persekitaran yang

sangat dinamik hari ini, sebagai penjawat awam kita tiada

pilihan dan perlu segera melengkapkan diri dengan kemahiran

dan pengetahuan baru, pemikiran yang kreatif dan inovatif

serta sikap yang lebih positif dan reaktif agar kita terus kekal

relevan, berdaya saing, boleh beradaptasi dengan perubahan

sekeliling. Selain itu, kita juga perlu mengamalkan etika tadbir

urus yang baik dengan menekankan konsep kerja yang

berintegriti, amanah, telus, bijaksana, adil dan berdisiplin agar

dapat membentuk budaya perkhidmatan yang unggul.

Walaupun kemahiran dan kompetensi seseorang anggota

adalah merupakan asas yang menggerakkan sesuatu

tugasan, namun ia tidak memadai sekiranya anggota tersebut

tidak mempunyai integrity.

Selaras dengan itu, BTPNNS sama-sama mengambil peranan

dalam memperkukuhkan nilai, integrity dan akauntabiliti

semua pegawai dan staf dengan mengadakan kursus ini.

Akhir kata , sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih

kepada Yang Berbahagia Datin dan para tetamu yang

bersama-sama menjayakan program ini. Diharapkan

pengalaman dan ilmu yang telah diperoleh selama dua hari

berkursus di sini dapat membantu usaha-usaha ke arah

memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam setiap tugasan

yang diberikan.