teks ucapan kem membaca

Upload: arlida

Post on 03-Apr-2018

518 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 TEKS UCAPAN Kem Membaca

    1/3

    TEKS UCAPAN PENGETUASEMPENA KEMPEN MEMBACA 1 MALAYSIA 2010

    PERINGKAT SMK PALONG DUA (F), GEMAS

    Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera

    Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atasizin-Nya jua kita warga sekolah ini dapat bersama-sama menyempurnakan MajlisPelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2010 secara serentak dengan majlis pelancarandi peringkat kebangsaan dan juga di peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus pada hariini, tanggal 8 November 2010. Kem Membaca 1 Malaysia yang bertemakan MembacaMenjana Pemikiran 1 Malaysia merupakan program yang dilaksanakan bersama JPN,

    BTPN, PKG, dan sekolah dengan kerjasama agensi kerajaan seperti PNM, serta RakanPerkongsian Pintar KPM seperti Scholastics Malaysia dan MABOPA. Tujuan utamaprogram ini adalah untuk membina tabiat membaca dan budaya cinta akan ilmu dalamsemua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja selaras dengan hala tujukerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya maklumat.

    Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia peringkat kebangsaan akan dirasmikan olehYAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana MenteriMalaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, di SRJK (C) Tsun Sin, Jalan Perwira,Kg. Pandan, Kuala Lumpur. Manakala, di peringkat Negeri Sembilan pula akandirasmikan pelancarannya oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan di SK Serting

    (Felda). 1005 buah sekolah seluruh Malaysia, 50 buah daripadanya adalah dari NegeriSembilan, dan salah satu daripadanya ialah SMK Palong Dua (F) telah terpilihmenyertai program ini bagi memecah Malaysian Book of Records. Berikan tepukanyang bergemuruh kepada diri anda kerana telah terpilih untuk menyertai Kem Membaca1 Malaysia. Untuk pengetahuan kamu, sekolah yang terpilih akan ditaja 1 set buku olehScholastics Malaysia selaku penaja program ini. Secara tidak langsung akanbertambahlah koleksi buku di Balai Bestari. Bukan satu perkara mudah untuk terpilihmenyertai program ini, sudah tentu terdapat kriteria-kriteria tertentu yang perlu dipenuhibagi meyakinkan pihak penaja untuk memilih sekolah kita. Mudah-mudahan, dengankepercayaan ini, saya yakin dan percaya bahawa program ini akan menjadi momentumuntuk melonjakkan sekolah kita setanding dengan sekolah-sekolah lain yang telah lama

    mencipta kejayaan dalam membudayakan amalan membaca dalam kalanganwarganya. Tidak mustahil akan lahir Tokoh NILAM yang baharu sebagaimana yangtelah dibuktikan oleh pelajar sekolah ini pada tahun 2009, iaitu Saudari Nor Ashimahbinti Mohd Saleh yang telah terpilih mewakili Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan.Di mana kemahuan, di situ ada jalan. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapatsagunya.

  • 7/28/2019 TEKS UCAPAN Kem Membaca

    2/3

    Murid-murid yang dikasihi,

    Sifat suka membaca ialah satu amalan mulia dan seharusnya dijadikan budaya seumurhidup. Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu, memperkayakan maklumat, ilmupengetahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Dalam erti kata yang lain, melalui

    membaca kita boleh mendidik diri sendiri dalam pelbagai aspek. Ilmu pengetahuan danmaklumat membolehkan kita mempertingkatkan taraf hidup, mampu berdaya saing danbergerak maju dalam dunia kini yang semakin mencabar dan berteknologi tinggi.Rakyat yang suka membaca merupakan aset kerajaan yang tidak terhingga nilainyakerana kehidupan pada hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajaripada hari ini.

    Salah satu penekanan Wawasan 2020 adalah untuk membangun Malaysia sebagaisebuah negara yang kaya maklumat dan mempunyai ekonomi berasaskan ilmupengetahuan. Seiring dengan hala tuju Kerajaan ini, pihak Kementerian PelajaranMalaysia amat prihatin dan sentiasa memberi sokongan padu kepada program yang

    berfokuskan pembudayaan amalan membaca dan yang menitikberatkan hal-hal yangbercorak maklumat. Justeru, dalam tempoh Kempen Membaca 1 Malaysia, pihaksekolah ini akan mengadakan pelbagai aktiviti galakan membaca secara berperingkatdan berterusan yang meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan, dan aktiviti pengayaan.Pendekatan seperti ini perlu dilaksanakan untuk memperhebat lagi pencapaianProgram NILAM ke tahap yang lebih baik serta menyeluruh, dan seterusnya, membantumerealisasikan satu daripada KPI Kementerian Pelajaran Malaysia., iaitumengurangkan jurang pencapaian antara murid bandar dengan murid luar bandar.

    Murid-murid yang dikasihi,Penemuan kajian The Reading Profile of Malaysians, pada tahun 1996 menunjukkanbahawa rakyat Malaysia dari umur 10 tahun ke atas adalah celik huruf . Dalam kajiantersebut juga ada menyatakan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca2 buah buku dalam setahun. Namun, berdasarkan analisis pelaksanaan ProgramNILAM tahun 2009, kadar bacaan murid semakin meningkat. Kadar bacaan muridsekolah rendah ialah 15 buah bagi setiap murid, manakala kadar bacaan murid sekolahmenengah ialah 10 buah buku bagi setiap murid. Arah aliran ini jelas menunjukkanadanya anjakan paradigma dalam mentaliti rakyat negara ini. Oleh hal yang demikian,bagi meningkatkan tahap pembacaan berskala tinggi dalam kalangan masyarakat dibumi yang bertuah ini, saya yakin melalui program seperti Kem Membaca 1 Malaysiaini, akan dapat meningkatkan minat sekali gus mewujudkan budaya membaca dalamkalangan masyarakat seperti masyarakat di negara-negara maju.Sempena dengan Kem Membaca 1 Malaysia ini, saya menyeru kepada semua muriddan para guru agar sering berkunjung ke perpustakaan dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh PSS sekolah ini demi memenuhi objektif program iniyang berhasrat menjadikan kempen ini sebagai ruang untuk mengisi masa lapangkhususnya untuk murid tingkatan tiga yang telah selesai menduduki peperiksaan PMR2010. Selain itu, program ini juga berperanan sebagai penggerak aktiviti galakan

  • 7/28/2019 TEKS UCAPAN Kem Membaca

    3/3

    membaca dan pemupukan minat membaca secara berterusan dan sepanjang hayat.Tidak dapat dinafikan, program ini juga berusaha menjadikan PSS atau perpustakaanawam dan desa sebagai tempat rujukan bahan bacaan. Ingatlah pesanan pantun lamayang berbunyi:

    Berburu di padang datar,Dapat rusa berbelang di kaki;

    Berguru kepalang ajar,Ibarat bunga kembang tak jadi.

    Kesimpulannya, tiada jalan pintas untuk kita menempa kejayaan dalam apa-apa juabidang., melainkan dengan menyemai tabiat suka membaca dan keberanian menerokapelbagai cabaran dalam dunia ilmu yang penuh ranjau dan duri sebelum kita dapat

    mengecapi kemanisan kejayaan.Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepadaJawatankuasa Kempen Membaca 1 Malaysia SMK Palong Dua (F), serta semua yangterlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa dedikasi dan keringat yang telah kaliancurahkan, sudah barang tentu kejayaan pada hari ini sukar untuk kita peroleh.Dengan ini, saya dengan sukacita dan bangganya merasmikan Kempen Membaca 1Malaysia peringkat SMK Palong Dua (F) 2010. Sekian, terima kasih.Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.