teks-ucapan-gurubesar-sempena-hari-sukan-2013.doc

4
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih pengerusi majlis, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA Yang Dihormati, En Harun Bin YDP SkDemit 2. Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa Pk 1 En Mohd Suhaimi B Abdullah Pk Hem Tuan Hj Mohd Razi Bin Jusoh Pkpk En Rizwan Guru Sk Demit 2. Serta anak-anak murid yang diraikan sekalian. Pertamanya,suka saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG SK Demit 2 di atas kesudian untuk bersama-sama dengan kami bagi menjayakan Majlis Perasmian Termaysa Sukan Tahunan Sk Demit 2 bagi tahun 2015. Sidang hadirin yang berbahagia. Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita. Dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain faktor sama

Upload: muhamad-yaacob

Post on 06-Nov-2015

206 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih pengerusi majlis,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIAYang Dihormati, En Harun Bin YDP SkDemit 2.

Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa

Pk 1 En Mohd Suhaimi B Abdullah

Pk Hem Tuan Hj Mohd Razi Bin Jusoh

Pkpk En Rizwan

Guru Sk Demit 2.

Serta

anak-anak murid yang diraikan sekalian. Pertamanya,suka saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG SK Demit 2 di atas kesudian untuk bersama-sama dengan kami bagi menjayakan Majlis Perasmian Termaysa Sukan Tahunan Sk Demit 2 bagi tahun 2015.

Sidang hadirin yang berbahagia.

Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita. Dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi dalam lain-lain faktor sama ada dalaman atau luaran akan membentuk seorang murid yang patuh dengan aturan dan secara tidak langsung mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan membina jati diri ke arah kepimpinan.

Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh ataurole modelkepada pelajar lain. Dalam sukan pelbagai perkara dipelajari dari patuh kepada arahan jurulatih sehinggalah membina kesepaduan pasukan menerusi kesabaran, ketetapan masa, bertolak ansur, bekerjasama dan sebagainya.

Murid2 sekalian,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang berkecenderungan memilihkerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan.Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi atau riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat, dan merupakan. Pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang berlari berkaki ayam di atas trek rumput tetapi pada satu hari nanti dengan bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada, murid tadi akan berlari di persada trek antarabangsa mengibarkan bendera negara.Dalam kejohanan sedemikian rupa kejayaan selalu menjadi pengukuran yang jitu. Selalunya juara menjadi kebanggaan semua pihak sama ada menerusi sanjungan, pujian dan pemberian insentif.Hadirin yang dihormati,

Kesinambungan untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi perlu disemat di hati sanubari setiap murid untuk menjulang nama sekolah.Untuk mencipta nama perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh tumpuan kepada latihan yang bersepadu. Dalam hal ini atlet Malaysia amat beruntung kerana kerajaan sentiasa memberi pelbagai imbuhan dan kemudahan.Dalam konteks sekolah semua murid amat bertuah sekali kerana pihak sekolah sentiasa memberi galakan dan dorongan yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk bergiat dalam bidang sukan.Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara, khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan juga dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah.Hadirin yang diraikan

Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini sekali saya ingin mengambil kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepadaYDP PIBG En Harun Bin kerana telah sudi menerima undangan kami pada Majlis Perasmian Temasya Sukan Tahunan kali 8 SK Demit 2.

Sekian Terima Kasih.