teks ucapan

4
SMK SEKSYEN 27 SHAH ALAM SAMBUTAN PERINGKAT SEKOLAH 2015 TEKS UCAPAN MAJLIS PENUTUPAN

Upload: melvin-martinez

Post on 27-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Page 1: teks ucapan

SMK SEKSYEN 27 SHAH ALAM

SAMBUTAN

PERINGKAT SEKOLAH2015

TEKS UCAPANMAJLIS PENUTUPAN

Page 2: teks ucapan

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1murid 1sukan

Yang saya hormati PK Kurikulum, En Mohd Rizal Bin Safaad,

PK Kokurikulum, Pn Siti Suaibah Bt S.Said

PK HEM Pn Akhtari Bee Bt Badru Duja Khan

PK PPKI Pn Nik Azmawati Bt Awang

Guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru dan pelajar yang saya kasihi sekalian

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan sempena sambutan hari sukan negara peringkat sekolah pada tahun ini. Seperti kita sedia maklum, sambutan Hari Sukan Negara sebagai satu agenda penting bagi membudayakan gaya hidup bersukan.

Hadirin sekalian,

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan hari ini iaitu 10 Oktober sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 selaras dengan langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan. Justeru itu, sambutan Hari Sukan Negara pada hari ini melibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara.

Hari Sukan Negara adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan Inspirasi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga menjadi satu budaya hidup bagi meningkatkan KESEDARAN , memupuk semangat PERPADUAN , meningkatkan PENGETAHUAN dan memberi

Page 3: teks ucapan

PENGIKTIRAFAN kepada mereka yang terlibat di dalam pembangunan sukan negara.

Hari Sukan Negara juga bukan sahaja dapat menggalakkan rakyat menjalani gaya hidup sihat malah ia juga menjadi penggalak kepada perpaduan pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, sukan merupakan satu wahana merapatkan hubungan kaum di negara ini.

Saya begitu kagum sekali dengan penglibatan anda semua di dalam aktiviti kesukanan dan kecergasan pada hari ini dan seterusnya memberi sokongan padu kepada penganjuran sambutan hari sukan negara peringkat sekolah pada tahun ini. Keadaan seumpama ini, perlulah dikekalkan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa di dalam kesedaran kita tentang amalan bersukan.

Harapan saya, supaya budaya bersukan di kalangan semua warga sekolah ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Aktiviti – aktiviti kecergasan dapat dipraktikkan selalu di samping memilih gaya hidup yang sihat, cergas dan selamat.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menganjurkan sambutan hari sukan negara peringkat sekolah pada hari ini. Sokongan padu yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh anda semua terhadap penganjuran sambutan ini amat saya hargai. Semoga objektif penganjuran sambutan hari sukan negara ini tercapai serta dapat diambil perhatian serius oleh setiap peserta di dalam merealisasikan kehidupan yang lebih berkualiti melalui amalan gaya hidup yang cergas, sihat dan bersatu.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.