teks ucapan

8
TAJUK KURSUS: PENGUCAPAN AWAM KOD KURSUS: MDPM 3083 TAJUK TUGASAN: TEKS UCAPAN DISEDIAKAN UNTUK: PN. NURUL JAMILAH ISMAIL RANI DISEDIAKAN OLEH: KHAIRUL ANWAR MOHD SAFA’AI ( 1441027) DIPLOMA KOMUNIKASI SESI I 2015/2016

Upload: khairulanwarmohdsafaai

Post on 11-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh teks ucapan

TRANSCRIPT

Page 1: teks ucapan

TAJUK KURSUS:

PENGUCAPAN AWAM

KOD KURSUS:

MDPM 3083

TAJUK TUGASAN:

TEKS UCAPAN

DISEDIAKAN UNTUK:

PN. NURUL JAMILAH ISMAIL RANI

DISEDIAKAN OLEH:

KHAIRUL ANWAR MOHD SAFA’AI

( 1441027)

DIPLOMA KOMUNIKASI

SESI I

2015/2016

Page 2: teks ucapan

Bismilahirohmanirohim,

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malysia.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Ketua Menteri Selangor

Yang Berusaha Encik Mua’amar Ghadafi  Jamal  Datuk Wira Jamaluddi

Presiden Majlis Belia Malaysia

Yang Berbahagia Dato' Irmohizam Bin Ibrahim

Pegawai-Pegawai Utama KUIS

Dekan-Dekan dan Ketua-Ketua Jabatan KUIS

Para peserta Forum,

Tuan-tuan dan Puan-puan, para hadirin sekalian.

Pertama sekali saya ingin menyampaikan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah

kurnian-Nya kita dapat dipertemukan di dalam Majlis Perasmian Penutupan Forum Panduan

Mahasiswa dalam menggunakan teknologi maklunat 2015. Saya juga mengambil

kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Datuk Seri

Mohamed Azmin Ali, Ketua Menteri Selangor, yang sanggup hadir bersama-sama kita di

dewan yang indah ini. Walaupun dihimpit dengan jadual kerja yang padat, Yang Amat

Berhormat Datuk Seri masih sanggup meluangkan sedikit masa untuk bersama dengan kita

pada majlis yang cukup bermakna hari ini. Saya dahulukan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk.

YAB Datuk Seri, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Page 3: teks ucapan

Sesuai dengan peningkatan pesat perkembangan sektor teknologi maklumat sebuah forum

telah dianjurkan untuk golongan mahasiswa. Saya percaya dengan penganjuran forum

seperti ni mampu untuk memberi pengalaman dan pededahan kepada para mahasiswa

dalam menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan seiring dengan peredaran masa.

Oleh itu, Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi KUIS

yang telah terlibat bersama-sama dalam mengikuti forum yang berlangsung selama dua hari

ini. Komitmen yang tinggi telah dutunjukkan oleh para peserta dalam semua aktiviti yang

diadakan sepanjang forum ini berlangsung. Tanpa sambutan dan kerjasama daripada kalian

semua sudah tentu forum ini tidak dapat berjalan dengan baik dan objektif utama forum ini

tidak akan dapat dicapai.

Saya ingin berpesan kepada para mahsiswa dan mahasiswi agar mengaplikasikan segala

pengalaman yang diperoleh di dalam forum ini didalam kehidupan seharian. Sesungguhnya

kalian lah yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Saya ingin tegaskan

bahawa kamu semua memegang peranan yang sangat penting dalam melakukan

perubahan serta melahirkan suasana positif negara ke arah mencapai aspirasi kerajaan

Malaysia. Usaha untuk merealisasikan harapan negara terletak di dalam tangan anda

semua.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Dunia pada hari ini telah mengalami pelbagai perubahan hasil dearipada perkembangan era

globalisasi dunia yang mencetus kepada perubahan gaya hidup yang berteraskan teknologi

Page 4: teks ucapan

dan kemajuan maklumat yeng memberi kesan dan cabaran kepada perlaku, sikap,

pemikiran dan penghayatan agama seseorang.

Teknologi maklumat memudahkan penyebaran maklumat secara pantas dan tepat. Tidak

dapat dinafikan teknologi maklumat juga mampu memberi impak negatif terhadap kehidupan

manusia. Namun disinilah perlunya ilmu dan pengetahuan dalam menggunakan teknologi

maklmuat agar tidak mudah percaya terhadap agenda-agenda pihak tertentu yang bertujuan

merosakkan pemikiran golongan muda.

Forum ini memfokuskan golongan muda kerana kepentingan mereka sebagai aset negara

dan kebanyakkan keruntuhan moral melibatkan golongan ini. Ledakan maklumat yang tidak

terkawal sedikit sebanyak mempengaruhi golongan muda melakukan gejala sosial yang

tidak sihat yang berleluasa pada hari ini.

Ini disebabkan segala pembangunan Negara pada masa depan adalah bergantung kepada

sikap mahasiswa pada hari ini. Sehubungan dengan itu, penerapan nilai-nilai murni haruslah

terus ditanam dalam setiap golongan mahasiswa. Ini disebabkan kepesatan arus

permodenan melalui kemajuan teknologi maklumat mampu untuk menghanyutkan golongan

ini sekiranya mereka tidak mendapat panduan yang betul.

Aspek pembangunan minda ke arah melahirkan modal insan kelas pertama juga haruslah

diteruskan selaras dengan agenda pembangunan nasional. Jangan cuma menilai dari sudut

pencapaian akademik semata-mata, tetapi ingin saya tekankan bahawa pembangunan jati

diri haruslah dipandang tegas dalam membentuk generasi yang cemerlang , gemilang ,

terbilang pada masa akan datang. Melalui barisan kepimpinan yang telah dibentuk melalui

Page 5: teks ucapan

pendedahan awal di peringkat mahasiswa ini mampu untuk membentuk masa depan negara

yang lebih cerah.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Penganjuran forum seperti ini bukan sahaja meberi manfaat kepada para peserta malah ia

turut memberi pengalaman yang berharga kepada ahli jawatankuasa yang turut melibatkan

para pelajar KUIS. Saya percaya, degan penglibatan ini dapat memberikan mereka

pengalaman dalam menganjurkan program yang lebih besar dan menjadikan program

seperti ni sebagai panduan mereka untuk melakukan penambah baikan dalam

menganjurkan program pada masa akan datang.

Penganjuran forum ini juga berjaya memberi penerapan dalam aspek kepimpinan , kerja

berpasukan dan kemahiran komunikasi yang berkesan di antara ahli jawatankuasa. Bagi

para mahasiswa, ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran insaniah dan

kebolehpasaran mereka, dan bagi kakitangan pula, ia mengeratkan hubungan yang telah

sedia ada di antara KUIS dengan Majlis Belia Selangor (MBS).

Sesungguhnya, mewakili pihak KUIS amat berterima kasih dengan MBS kerana telah

memilih KUIS sebagai rakan penganjur bagi forum ini. Kami di pihak KUIS sangat gembira

dan setiasa mengalu-alukan kerjasama program dan aktiviti seperti ini di masa akan datang.

Para Hadirin sekalian,

Page 6: teks ucapan

Sebelum mengakhiri ucapan saya hari ini, saya bagi pihak KUIS dan seluruh jawatankuasa

penganjur sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana sudi meluangkan

masa bersama-sama dengan kita pada hari ini, sekaligus merasmikan penutupan Forum

Panduan Mahasiswa dalam menggunakan teknologi maklumat 2015 sebentar lagi.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua yang terlibat sepanjang menjayakan

program ini. Kepada semua para peserta, gunakanlah setiap ilmu dan pengalaman yang

diperoleh sepanjang mengikuti forum ini sebaik-baiknya. Biarlah ia sentiasa tersemat dan

gunakanlah dalam kehidupan seharian anda.Jadikan setiap apa yang dipelajari sebagai

panduan dalam menjadi generasi mahasiswa yang berpendidikan dan mengamalkan nilai

nilai murni dalam kehidupan seharian.

Dengan itu saya akhiri ucapan saya dengan Wabilahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum

Warahmatulahi Wabarakatuh, Sekian, Terima Kasih.

Page 7: teks ucapan