teks ucapan

5
Selamat sejahtera dan selamat datang saya ucapkan kepada tetamu kehormat, para jemputan dan ibu bapa ke Majlis Anugerah Cemerlang SMK Raja Perempuan Kelsom 2015. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang mendapat anugerah cemerlang, juga kepada Tuan Pengetua, para guru dan ibu bapa yang telah bertungkus lumus berusaha demi kejayaan anak-anak kita. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mengungkapkan kata-kata dan menyusun bicara pada hari yang penuh bersejarah ini. Sebaris kata P.Ramlee, tiada kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan, untuk dicurahkan perasaan. Syukur, setelah mengharungi segala rintangan dan cabaran, akhirnya kejayaan dapat dicapai oleh anak-anak kita yang cemerlang pada hari ini. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana ibu bapa menyaksikan kejayaan anak-anak dalam bidang akademik. Segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi, dengan penuh rasa tanggungjawab untuk berbakti kepada pertiwi. Tuan-tuan dan puan-puan merupakan ibu bapa dan penjaga yang berdedikasi dalam memastikan kebajikan dan

Upload: cupido-doodolls

Post on 22-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Hari Anugerah Cemerlang

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN

Selamat sejahtera dan selamat datang saya ucapkan kepada tetamu kehormat,

para jemputan dan ibu bapa ke Majlis Anugerah Cemerlang SMK Raja Perempuan

Kelsom 2015. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang mendapat

anugerah cemerlang, juga kepada Tuan Pengetua, para guru dan ibu bapa yang telah

bertungkus lumus berusaha demi kejayaan anak-anak kita. Terlebih dahulu izinkan

saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mengungkapkan kata-kata dan

menyusun bicara pada hari yang penuh bersejarah ini. Sebaris kata P.Ramlee, tiada

kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan, untuk dicurahkan perasaan.

Syukur, setelah mengharungi segala rintangan dan cabaran, akhirnya kejayaan

dapat dicapai oleh anak-anak kita yang cemerlang pada hari ini. Hari ini merupakan hari

yang bersejarah kerana ibu bapa menyaksikan kejayaan anak-anak dalam bidang

akademik. Segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan

para guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi, dengan

penuh rasa tanggungjawab untuk berbakti kepada pertiwi. Tuan-tuan dan puan-puan

merupakan ibu bapa dan penjaga yang berdedikasi dalam memastikan kebajikan dan

potensi diri anak-anak menjadi agenda utama tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih

saya ucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk meraih kejayaan yang

lebih besar pada masa akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Agenda pendidikan negara untuk mencapai taraf dan kualiti tinggi setanding

negara maju tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian oleh kerajaan. Peranan ibu

bapa dalam membantu pembelajaran anak tidak dapat dinafikan. Menurut Olsen &

Page 2: TEKS UCAPAN

Fuller (2008) apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah akan mendapat manfaat seperti,

keyakinan guru meningkat, pencapaian murid meningkat, ibu bapa merasakan mereka

sebahagian dari sekolah dan lebih menyokong program sekolah, kes disiplin dalam

kalangan murid berkurangan dan hubungan menjadi lebih baik antara pentadbir, guru

dan ibu bapa. Dengan kata lain, ibu bapa perlu mengikis tanggapan murid menjadi

tanggungjawab sekolah sahaja kerana sekolah perlu dilihat sebagai tempat

persefahaman dan muafakat.

Sepanjang lima tahun menuntut ilmu di sekolah ini, saya telah menjadi saksi

kepada segala usaha dan komitmen yang begitu jitu yang telah ditunjukkan oleh pihak

sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kualiti sekolah. Hal ini adalah bagi mencapai

visi dan misi sekolah ini yang selaras dengan matlamat negara kita dalam

menghasilkan generasi yang berjaya. Pelbagai jenis aktiviti-aktiviti telah dilakukan di

sekolah ini. Sebagai contohnya, Kem Kecemerlanagn bagi pelajar yang bakal

menduduki PT3, SPM dan STPM, Kelas Tambahan Terancang, pengenalan Buku

Komunikasi oleh Pengetua dan Kemahiran Belajar-I-Think telah dilakukan bagi

meningkatkan prestatsi murid-murid di dalam pelajaran mereka. Bukan itu sahaja,

pelbagai aktiviti juga telah dilakukan bagi memupuk minat belajar di kalangan murid-

murid di sekolah ini. Anataranya ialah, Program Bacaan NILAM pada setiap hari

Khamis dan juga Pertandingan Buku Kegemaran Saya. Selain daripada itu, sekolah ini

juga telah melakukan banyak usaha dalam meningkatkan taraf kokurikulum dalam

kalangan pelajar di sekolah ini. Sebagai contohnya, Karnival 1 Murid 1 Sukan, Merentas

Desa dan juga kejohanan hari sukan yang telah mencungkil bakat-bakat pelajar di

dalam bidang sukan. Bagi pengetahuan hadirin sekalian, SMK Raja Perempuan Kelsom

Page 3: TEKS UCAPAN

telah menjuarai Kejohanan MSSD yang telah diadakan baru-baru ini. Selain daripada

itu, saya juga amat berbangga kerana pihak sekolah juga mengambil berat akan

kesihatan warga-warganya. Pelbagai aktiviti seperti Ceramah Penyakit TB, Ceramah

Kanser Serviks HPV, Rawatan Pergigian dan juga Taklimat Penyakit Kencing Manis

telah diadakan bagi memastikan para pelajar di sekolah ini mengambil berat akan

kesihatan mereka.

Ingin saya ungkapkan betapa syukurnya dan bertuahnya kerana berpeluang

menerima didikan di SMK Raja Perempuan Kelsom ini. Para gurunya amat berdedikasi

dan komited dalam menjalankan tanggungjawab. Para guru juga sanggup berkorban

masa dan tenaga demi kejayaan anak-anak didikannya. Istilah jemu dan keluhan tidak

pernah menerpa ke cuping telinga kami. Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan dan adik-

adik sekalian untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru. Usahlahlah dihimpunkan

segala kesumat di dada walau sekelumit sekali pun.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada seluruh warga pendidik

dan pelajar yang telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan dan kecemerlangan

SMK Raja Perempuan Kelsom. Kepada ibu bapa murid dan AJK PIBG yang telah

menyumbang dan memberi sokongan secara langsung mahu pun secara tidak

langsung diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.