teks ucapan

1
TEKS UCAPAN PERASMIAN PROGRAM EKSPLORASI 2012 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang berusaha, Pengerusi Guru Bimbingan dan Kaunseling, En Aziz, Guru-guru Bimbingan dan kaunseling Wilayah Bangsar dan Pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya sekalian. Alhamdulillah kerana pada hari ini kita telah dapat menjayakan satu program untuk pelajar-pelajar pembimbing rakan sebaya sekolah- sekolah wilayah bangsar. Usaha ini secara tidak langsung akan dapat menjayakan konsep ‘1 Malaysia’ dan membentuk jati diri yang unggul dalam kalangan pelajar. Ini kerana kesempatan seperti ini memberi peluang kepada para pelajar berkongsi pendapat, pengalaman dan kemahiran untuk sama-sama melaksanakan pelbagai program di sekolah demi untuk kebaikan dan masa depan para pelajar sekalian. Guru dan pelajar-pelajar sekalian, Objektif PRS ialah untuk membantu sekolah dan pelajar-pelajarnya membentuk keperibadian yang baik. PRS menjadi pembimbing utama kepada rakan sebaya lain dan secara tidak langsung, sebagai ‘role model’ kepada pelajar lain dalam membantu mereka menyelesaikan kesulitan dari aspek pembentukan sahsiah diri, pencapaian akademik dan kerjaya. Saya percaya para pelajar sekalian merupakan contoh terbaik kepada para pelajar yang lain dan mampu menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya dengan berkesan dan penuh tanggungjawab di sekolah masing-masing. Akhir sekali,saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru dan PRS yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Program Eksplorasi PRS ini dengan jayanya. Kalah atau menang di dalam sesuatu pertandingan adalah perkara biasa. Kepada yang menang diucapkan tahniah dan kepada yang belum lagi menang, masa masih panjang, belajar daripada kesilapan dan berazam untuk berjaya pada tahun hadapan. Semoga para pendidik dan para pelajar mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti diadakan sepanjang program ini bagi melahirkan modal insan cemerlang demi untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara yang tercinta ini. Dengan harapan tersebut, saya dengan rasminya sukacitanya merasmikan penutupan Program Eksplorasi PRS Wilayah Bangsar 2012.

Upload: asya-aisya

Post on 25-Jul-2015

132 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan

TEKS UCAPAN PERASMIAN PROGRAM EKSPLORASI 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang berusaha, Pengerusi Guru Bimbingan dan Kaunseling, En Aziz, Guru-guru Bimbingan dan kaunseling Wilayah Bangsar dan Pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya sekalian.Alhamdulillah kerana pada hari ini kita telah dapat menjayakan satu program untuk pelajar-pelajar pembimbing rakan sebaya sekolah-sekolah wilayah bangsar. Usaha ini secara tidak langsung akan dapat menjayakan konsep ‘1 Malaysia’ dan membentuk jati diri yang unggul dalam kalangan pelajar. Ini kerana kesempatan seperti ini memberi peluang kepada para pelajar berkongsi pendapat, pengalaman dan kemahiran untuk sama-sama melaksanakan pelbagai program di sekolah demi untuk kebaikan dan masa depan para pelajar sekalian.

Guru dan pelajar-pelajar sekalian,Objektif PRS ialah untuk membantu sekolah dan pelajar-pelajarnya membentuk keperibadian yang baik. PRS menjadi pembimbing utama kepada rakan sebaya lain dan secara tidak langsung, sebagai ‘role model’ kepada pelajar lain dalam membantu mereka menyelesaikan kesulitan dari aspek pembentukan sahsiah diri, pencapaian akademik dan kerjaya. Saya percaya para pelajar sekalian merupakan contoh terbaik kepada para pelajar yang lain dan mampu menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya dengan berkesan dan penuh tanggungjawab di sekolah masing-masing.

Akhir sekali,saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua guru-guru dan PRS yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Program Eksplorasi PRS ini dengan jayanya. Kalah atau menang di dalam sesuatu pertandingan adalah perkara biasa. Kepada yang menang diucapkan tahniah dan kepada yang belum lagi menang, masa masih panjang, belajar daripada kesilapan dan berazam untuk berjaya pada tahun hadapan. Semoga para pendidik dan para pelajar mendapat manfaat daripada aktiviti-aktiviti diadakan sepanjang program ini bagi melahirkan modal insan cemerlang demi untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara yang tercinta ini.

Dengan harapan tersebut, saya dengan rasminya sukacitanya merasmikan penutupan Program Eksplorasi PRS Wilayah Bangsar 2012.