teks ucapan perasmianangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/disember/...1 teks ucapan...

39
1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah & Standard dalam Koperasi 2019 14 Disember 2019 (Sabtu)

Upload: others

Post on 01-Nov-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

1

TEKS UCAPAN PERASMIAN

Dato’ Abdul Fattah Abdullah

Presiden ANGKASA

Seminar Pengurusan Anti Rasuah &

Standard dalam Koperasi 2019

14 Disember 2019 (Sabtu)

Page 2: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

2

3.00 petang

KLIH, KL

Bismillahirrahmaniirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1Koperasi

Page 3: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

3

Saudara Pengacara Majlis

- YBhg. Dato Haji Kamarudin Ismail

Timbalan Presiden ANGKASA

- YBhg. Naib-Naib Presiden ANGKASA

Datuk Haji Mohamad Ali Hasan

Dr. Mohd Azlan Yahya

Page 4: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

4

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che

Isa

Prof. Madya Dato’ Hj. Abdul

Rahman Abdul Razak Shaik

- YBhg. Datuk Ahmad Jamil Hashim

Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan)

Page 5: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

5

- Pegawai-Pegawai Bahagian

Pendidikan Masyarakat (PenMas)

Bahagian Perundangan &

Pendakwaan (DPP), Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM)

Page 6: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

6

- Pegawai - Pegawai dari

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

(SKM)

- Pegawai - Pegawai dari Jabatan

Standard Malaysia (JSM)

- Pegawai - Pegawai dari Institut

Koperasi Malaysia (IKM)

Page 7: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

7

- Pegawai - Pegawai-Pegawai

Kanan ANGKASA

- Anggota-anggota Koperasi Ahli

ANGKASA

- Dato’-Dato’ /Datin –Datin /Tuan -

Tuan/ Puan-Puan serta Para Hadirin

Sekalian.

Page 8: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

8

1. Terlebih dahulu marilah kita

bersama-sama memanjatkan

kesyukuran kehadrat Allah

Subhanahuwataala kerana

dengan limpah kurniaNya dapat

kita bersama-sama menghadiri

Majlis Perasmian “Seminar

Pengurusan Anti Rasuah dan

Page 9: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

9

Standard Dalam Koperasi 2019”.

Seminar ini juga adalah sempena

kerjasama di antara SPRM, Jabatan

Standard Malaysia dan ANGKASA.

2. Saya mewakili seluruh warga

kerja ANGKASA ingin merakamkan

ucapan setinggi penghargaan dan

Page 10: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

10

terima kasih yang tidak terhingga

kepada hadirin sekelian

terutamanya Pegawai-Pegawai

dari Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia kerana sudi

melapangkan masa, hadir bagi

merasmikan majlis perasmian

Page 11: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

11

seminar anti rasuah pada petang

ini.

3. Sekalung tahniah dan setinggi-

tinggi penghargaan juga

dirakamkan buat ahli jawatankuasa

dan kakitangan yang terlibat

dalam seminar ini baik secara

Page 12: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

12

langsung mahupun tidak langsung

sekaligus memastikan kejayaan

penganjuran “Seminar Pengurusan

Anti Rasuah & Standard dalam

Koperasi 2019” ini. Syabas dan

tahniah dari saya.

Page 13: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

13

4. Harapan saya, agar

penganjuran seminar seumpama ini

akan menjadi jambatan

penghubung antara ANGKASA

dengan Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) dan

Jabatan Standard Malaysia (JSM).

Insha Allah

Page 14: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

14

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Seiring dengan perubahan

dalam era globalisasi kini,

pembangunan lebih tertumpu

kepada kemajuan manusia,

kejayaan dalam bidang

ekonomi, kebendaan termasuk

Page 15: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

15

juga tahap penguasaan dalam

bidang teknologi semata-mata.

Penumpuan bagi pembangunan

kepada perkara yang saya

sebutkan tadi sebenarnya semakin

lama semakin mencabar integriti di

peringkat diri mahupun di

peringkat institusi sama ada dari

Page 16: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

16

segi moral mahupun undang-

undang. Pelan Antirasuah Nasional

(NACP), yang diperkenalkan

oleh kerajaan merupakan sebuah

pelan strategi yang penting

dalam melaksanakan dasar anti

rasuah di Malaysia. Pelaksanaan

Pelan Anti Rasuah Nasional bagi

Page 17: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

17

tempoh lima tahun akan datang ini

amat signifikan dalam

mencerminkan harapan rakyat

untuk membentuk sebuah negara

yang bebas rasuah dengan

warganya membudayakan

ketelusan, akauntabiliti dan

integriti.

Page 18: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

18

Para Hadirin yang saya hormati

sekalian.

5. Seperti semua sedia maklum,

rasuah merupakan isu kritikal yang

perlu ditangani secara sistematik

dan menyeluruh kerana ia boleh

menyebabkan berlaku

Page 19: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

19

peningkatan pada jumlah kos

modal dan pembangunan bagi

apa jua program atau projek yang

dilaksanakan. Ini sudah tentu

memberikan kerugian besar

kepada negara. Rasuah bukan

semata-mata kesalahan undang-

undang. Tetapi juga kesalahan

Page 20: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

20

sosial dan peradaban yang boleh

menjejaskan imej Malaysia di mata

dunia.

6. Menurut statistik yang telah

dikeluarkan oleh Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM), sebanyak 1049 tangkapan

Page 21: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

21

telah dibuat diatas kesalahan

jenayah rasuah sehingga Oktober

tahun 2019. Daripada jumlah ini

didapati 550 orang atau sebanyak

52.4% peratus adalah daripada

pihak swasta, orang awam dan

lain-lain lagi. Manakala penjawat

awam meliputi 47.6% atau 499

Page 22: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

22

orang. Angka ini semakin

meningkat dan membimbangkan

kerana jika dibandingkan dengan

tahun-tahun sebelumnya, ia

mencatatkan kurang daripada

tahun ini. Statistik ini merupakan

statistik daripada jumlah tangkapan

yang dibuat oleh SPRM. Bagaimana

Page 23: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

23

pula dengan kesalahan yang tidak

dapat dikesan oleh SPRM? Sudah

semestinya jumlah mereka yang

memberi dan menerima rasuah

adalah melebihi jumlah tangkapan

yang disebut di atas.

Page 24: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

24

7. Rasuah…..apa itu yang

dikatakan rasuah? Bagaimana

hendak klasfikasikan sesuatu

perbuatan tersebut adalah rasuah.

Rasuah ialah satu bentuk

pemberian berupa sogokan yang

diberikan kepada seseorang atas

sebab tertentu bagi membolehkan

Page 25: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

25

sesuatu perkara yang dihajati

dapat diperolehi atau dapat

disegerakan dan sebagainya.

Rasuah dalam perkataan lain

adalah sogokan, makan suap,

tumbuk rusuk yang merupakan

perkara haram dalam agama Islam

seperti firman Allah swt dalam surah

Page 26: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

26

Al-Baqarah ayat 188 yang

tafsirnya:- Dan janganlah kamu

makan atau mengambil harta

orang-orang lain di antara kamu

dengan jalan yang salah dan

jangan pula kamu menghulurkan

harta kamu (memberi rasuah)

kepada hakim-hakim kerana

Page 27: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

27

hendak memakan atau mengambil

sebahagian dari harta manusia

dengan berbuat dosa, pada hak

kamu mengetahui salahnya.

8. Malah Rasulullah SAW sendiri

melaknat mereka yang memberi

dan menerima rasuah seperti

Page 28: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

28

sabdanya yang bermaksud:- Dari

Abdillah bin Amru

Radiallahuanhuma ia berkata:

Rasulullah Sallallahu Alaihi

Wassallam melaknat pemberi

rasuah dan penerima rasuah –

(Riwayat Al – Imam At – Tarmizi).

Page 29: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

29

Hadirin-Hadirat yang saya hormati

sekalian.

9. Ingin juga saya menyentuh

tentang Pengurusan Tadbir Urus

dalam koperasi melalui Skim

Pensijilan Sistem Pengurusan Anti-

Rasuah (ABMS) yang berdasarkan

Page 30: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

30

standard ISO 37001:2016 di mana ia

diperkenalkan oleh SIRIM QAS

International dengan kerjasama

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) dan Persatuan

Pegawai Integriti Bertauliah

Malaysia yang dilihat mampu

membantu dalam memberi

Page 31: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

31

panduan kepada sesebuah

organisasi atau koperasi untuk

melaksana dan menambah baik

sistem pengurusan anti rasuah.

10. Berdasarkan kepada kaji selidik

yang dijalankan oleh Transparency

International (TI) pada tahun 2016,

Page 32: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

32

lebih dua pertiga daripada 176

buah negara dan wilayah

mempunyai indeks dibawah 50

dengan markah purata global

sebanyak 43. Daripada jumlah

tersebut Malaysia berada di tangga

ke-55 daripada 176 negara dengan

markah sebanyak 49. Oleh itu

Page 33: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

33

dengan pelaksanaan pensijilan

ABMS dalam sesebuah organisasi

atau koperasi diharap dapat

meningkatkan reputasi,

mengurangkan kos operasi,

mengukuhkan prestasi kewangan,

membudayakan integriti dan

meningkatkan moral pekerja.

Page 34: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

34

Sehubungan itu saya menyeru dan

berharap kepada koperasi-koperasi

ahli ANGKASA agar dapat

menyertai skim pensijilan ABMS ini

agar pencegahan (preventive)

rasuah dapat dibendung di

peringkat awal lagi.

Page 35: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

35

11. “Anda Boleh Lakukan

Perubahan, PERANGI Rasuah,

Integriti Amalan Kita”

12. PENUTUP

Akhir kata, sebelum mengakhiri

ucapan saya pada petang ini,

sekali lagi ingin saya rakamkan

Page 36: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

36

ribuan terima kasih yang tidak

terhingga kepada ANGKASA, pihak

SPRM serta Jabatan Standard

Malaysia yang sedia bekerjasama

menjayakan seminar pengurusan

anti rasuah ini.

Page 37: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

37

13. Harapan saya, dengan

penganjuran seminar ini juga akan

memberi sejuta makna seribu

manfaat dan dijadikan tauladan

serta sempadan buat kita semua

dalam mengharungi rutin

pekerjaan.

Page 38: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

38

Dengan lafaz

“Bismillahirrohmanirrohim” saya

merasmikan Seminar Pengurusan

Anti Rasuah dan Standard Dalam

Koperasi 2019 ini.

Page 39: TEKS UCAPAN PERASMIANangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/DISEMBER/...1 TEKS UCAPAN PERASMIAN Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA Seminar Pengurusan Anti Rasuah

39

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah

Wassalamu’alaikum warahmatullah

hitaala Hiwabarakatuh.