teks ucapan aluan ybhg. dato’ abdul fattah...

34
1 TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN

Upload: others

Post on 08-Jan-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

TEKS UCAPAN ALUAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PERASMIAN

ANUGERAH KECEMERLANGAN

2

KOPERASI SEKOLAH (AKKS)

PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

5 DISEMBER 2019 (KHAMIS)

HOTEL HOLIDAY VILLA, SUBANG,

SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim.,

3

Assalamualaikum wr. wbth. dan

Salam Malaysia Baharu.

Terima Kasih Pengacara Majlis

(SALUTASI TERKINI AKAN DILETAKAN

DI ATAS ROSTRUM SEMASA MAJLIS

PERASMIAN)

4

Wakil-Wakil Agensi

Pengetua-Pengetua, Guru-Guru

Koperasi, Pelajar-Pelajar Yang

Dikasihi Serta Rakan-Rakan Media

Yang Saya Hormati Sekalian.

5

1. Marilah kita bersama-sama

memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah S.W.T. kerana sekali lagi

memberi kesempatan kepada kita

untuk berhimpun bagi meraikan

dan memberi pengiktirafan kepada

gerakan koperasi sekolah dalam

pelbagai kategori yang

6

menunjukkan pencapaian dan

prestasi yang membanggakan bagi

tahun 2019.

2. Hari ini merupakan hari ketiga

dan kemuncak pengiktirafan

kepada kejayaan koperasi-koperasi

sekolah, koperator-koperator muda

7

dan guru-guru koperasi terpilih dari

seluruh negara yang telah memberi

sumbangan membanggakan

dalam pembangunan dan

kejayaan koperasi sekolah. Selamat

datang ke majlis ini, tahniah dan

syabas kepada semua yang

8

berjaya dan bakal menerima

anugerah pada pagi ini.

3. Saya bagi pihak ANGKASA

dan Jawatankuasa Tadbir

Kebangsaan mengucapkan

penghargaan dan terima kasih

kepada semua yang memberi

9

sokongan dan hadir menjayakan

majlis ini, terutamanya - KPM, MARA,

SKM, BPLTV dan ANGKASA yang

tidak pernah jemu memberi

sokongan padu dalam

membangunkan gerakan koperasi

sekolah di negara ini sehingga

berada pada tahap sekarang.

10

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

4. Untuk makluman, statistik

pertumbuhan koperasi sekolah

meningkat dengan ketara sejak

diasaskan pada tahun 1969, selaras

dengan usaha-usaha yang

dilaksanakan ANGKASA yang

11

mendapat sokongan padu

daripada KPM, Jabatan-Jabatan

Pendidikan Negeri,MARA, SKM dan

sekolah-sekolah. Sehingga 30 Jun

2019, koperasi sekolah berjumlah

2,433 buah dengan keanggotaan

1.6 juta orang, syer/yuran berjumlah

RM26.84 juta, aset berjumlah

12

RM354.13 juta, menyumbang

perolehan sebanyak RM274.63 juta.

5. Daripada 2,436 bilangan

sekolah menengah yang ada di

negara kita 2,433 telah

menubuhkan koperasi sekolah atau

bersamaan 99 %. Ini bermakna 1%

13

belum menubuhkan koperasi. Saya

yakin menjelang 2020 sasarannya

mencapai 100 peratus seperti yang

diharapkan Dasar Koperasi Negara.

6. Sehingga kini terdapat 9 buah

koperasi sekolah yang berjaya

14

mencapai perolehan melebihi RM 1

juta iaitu:

i) Koperasi MRSM Kepala Batas Pulau

Pinang Berhad (Pulau Pinang)

ii) Koperasi MRSM Kubang Pasu Kedah

Berhad (Kedah)

15

iii) Koperasi Kolej Vokasional Tanah

Merah Kelantan Berhad (Kelantan)

iv) Koperasi MRSM Taiping Perak

Berhad (Perak)

v) Koperasi MRSM Batu Pahat Johor

Berhad (Johor)

vi) Koperasi MRSM Tunku Abdul Razak

Pekan Pahang Berhad (Pahang)

16

vii) Koperasi SMK Kota

Berhad.(Kelantan)

viii) Koperasi SMK Tansau Berhad

(Sabah)

ix) Koperasi SM Agama Kuala Lumpur

Berhad (KL)

17

7. Untuk makluman, daripada

maklumbalas yang diterima

ANGKASA penurunan ini

disebabkan salah satunya oleh

pekeliling yang dikeluarkan KPM ke

sekolah-sekolah yang tidak

membenarkan koperasi sekolah

menjual makanan dan minuman. Ini

18

menyebabkan jualan koperasi

sekolah menurun. Kita mohon KPM

meneliti dan mempertimbangkan

semula perkara ini.

8. Dalam kesempatan ini, kita

juga mohon jasa baik KPM meneliti

semula untuk membantu koperasi

19

sekolah mendapat pengecualian

cukai daripada pembekal seperti

yang sekolah dapat. Untuk

makluman, koperasi sekolah

dikenakan cukai oleh pembekal

yang sama membekalkan

barangan ke sekolah.

Pengecualian cukai ini akan

20

membantu koperasi menjual

barangan pada harga yang lebih

murah kepada pelajar-pelajar.

9. Kita juga berharap proses dan

prosedur yang melibatkan koperasi

sekolah yang memerlukan kelulusan

KPM boleh dipercepatkan.

21

Contohnya dalam hal

pembangunan perniagaan kios,

koperasi perlu memohon kelulusan

daripada KPM. Dalam hal ini,

mohon dapat dipertimbangkan

untuk dipercepatkan

memandangkan ada negeri yang

cepat mendapat kelulusan dan

22

ada yang lambat. Kita faham ini

masalah pengurusan sahaja tetapi

kita mohon supaya dapat

diperhalusi kerana ia memberi

kesan kepada perniagaan koperasi

sekolah.

23

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

10. Dalam hal pembangunan

koperasi sekolah, ANGKASA kekal

dengan pendirian sebagai tempat

untuk membina jati diri bangsa

Malaysia yang bersatu padu,

bekerjasama, bantu membantu,

24

sayang menyanyangi di samping

tempat untuk pelajar-pelajar

mendapat latihan keusahawanan

di peringkat awal. Malahan

gerakan koperasi sekolah Malaysia

merupakan jenama terbaik di

peringkat dunia yang berjaya kita

bangunkan. ANGKASA

25

berpandangan koperasi sekolah

berpotensi menjana pendapatan

tanpa mengganggu pembelajaran

dalam kelas, malah terbukti mampu

memberi latihan pembelajaran

yang berkesan di luar kelas.

26

11. Penjanaan pendapatan ini

bukan untuk keuntungan semata-

mata, malah koperasi dapat

menjual keperluan-keperluan

pelajar-pelajar, guru-guru dan

sekolah pada harga yang lebih

murah. Ini dapat membantu

mengurangkan beban pelajar-

27

pelajar dan kos sara hidup.

Keuntungan yang diperolehi juga

akan dipulangkan kepada pelajar-

pelajar dalam bentuk dividen atau

membantu sekolah menyediakan

kemudahan-kemudahan untuk

pelajar. Ini dapat mengurangkan

kebergantungan sekolah kepada

28

kerajaan untuk pembiayaan

prasarana sekolah.

12. Justeru, untuk

memperkasakan lagi koperasi

sekolah di negara ini, saya

memohon KPM/MARA memastikan

semua jabatan-jabatan pendidikan

29

dan pengetua-pengetua sekolah

menyokong penuh semua

program-program pembangunan

dijalankan ANGKASA dengan

memberi pelepasan kepada guru-

guru koperasi dan murid-murid,

mengurangkan waktu mengajar

guru koperasi, memberi ruang

30

operasi, menggalakkan perluasan

perniagaan koperasi dan

kelonggaran menjual makanan

dan minuman yang tidak bermasak

semasa kantin beroperasi.

Sokongan mereka ini amat penting

dalam memacu kejayaan koperasi.

31

13. Dalam hal ini, ANGKASA

mengharapkan SKM dapat

menambah bajet KWAP untuk

pembangunan koperasi sekolah

bagi tahun hadapan dan semua

program pembangunan koperasi

sekolah diserahkan sepenuhnya

32

kepada ANGKASA selaras dengan

Dasar Keusahawanan Negara 2030.

14. Akhir kata, marilah kita

terus mengekalkan prestasi koperasi

sekolah negara di persada dunia

dan negara. Semoga usaha yang

dilakukan ini menjadi platform

33

terbaik membangkitkan nilai-nilai

keusahawanan dalam diri generasi

muda bagi melahirkan lebih ramai

usahawan berjaya untuk

kemakmuran bersama dan selaras

dengan Dasar Keusahawanan

Negara 2030.

34

Sekian, wabillahi tawfiq wal

hidayah. Wassalamualaykum wrh.

wbth.