teks ucapan majlis kunjungan & penyampaian sumbangan ... sumbangan ini, masyarakat akan melihat

Download TEKS UCAPAN MAJLIS KUNJUNGAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN ... sumbangan ini, masyarakat akan melihat

Post on 16-Mar-2019

223 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1

TEKS UCAPAN

MAJLIS KUNJUNGAN &

PENYAMPAIAN SUMBANGAN

PROGRAM KHIDMAT SOSIAL

KORPORAT ANGKASA (CSR)

BERSAMA PESAKIT DAN WARGA

KERJA,

2

HOSPITAL PEKAN, PAHANG

13 JUN 2017 (SELASA)

5.00 PTG

HOSPITAL PEKAN, PAHANG

3

DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

YANG BERHORMAT (YB)

DATO SRI SH MOHMED PUZI BIN SH ALI

ADUN PERAMU JAYA

4

YANG BERHORMAT (YB)

DATO MOHAMMAD FAKHRUDDIN

BIN MOHD ARIFF

ADUN BEBAR

BERBAHAGIA

5

TN HJ. MOHD ZAHIDI HJ HUSSAIN

PENGERUSI PERHUBUNGAN

ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 1

6

YANG BERBAHAGIA

DATO DR. HJ. DAUD BIN OTHMAN

PENGARAH HOSPITAL PEKAN,

PAHANG

7

BARISAN JAWATANKUASA

PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI

PAHANG ZON 1,

WARGA KERJA HOSPITAL PEKAN,

PAHANG DAN PETUGAS

SUKARELAWAN KOPERASI ANGKASA

8

YB, DATO-DATO, TUAN PUAN YANG

DIHORMATI SEKALIAN,

TERLEBIH DAHULU, SAYA

MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DAN

SYUKUR KERANA DENGAN LIMPAH

RAHMAT YANG MAHA ESA, DAPAT

9

KITA BERKUMPUL PADA PETANG

DENGAN KEHADIRAN DATO YB

ADUN PERAMU JAYA DAN DATO YB

BEBAR SERTA WARGA HOSPITAL

PEKAN PAHANG.

10

YB, DATO-DATO, TUAN PUAN YANG

DIHORMATI SEKALIAN,

ANGKASA SECARA TERUS MENERUS

MEMBERI BAKTI KEPADA GERAKAN

KOPERASI DAN JUGA MASYARAKAT

DI NEGARA KITA INI. PELBAGAI

11

PROGRAM, PROJEK DAN KEGIATAN-

KEGIATAN TELAH DILAKSANAKAN

SEMENJAK DARIPADA PENUBUHAN

ANGKASA 46 TAHUN YANG LALU.

SAMA ADA PROGRAM BERBENTUK

PENDIDIKAN DAN KEPIMPINAN,

12

PEMBANGUNAN DAN KHIDMAT

NASIHAT PERNIAGAAN,

RANGSANGAN KEUNTUNGAN,

PENGENALAN DAN PEMASARAN

PRODUK KOPERASI DI DALAM

NEGARA DAN LUAR NEGARA.

13

USAHA TANPA JEMU INI BERMULA

SAMA ADA DARIPADA KOPERASI

SEKOLAH SEHINGGA KEPADA

KOPERASI KELUARGA DAN KOPERASI

DEWASA.

14

USAHA INI ADALAH BERDASARKAN

MATLAMAT ANGKASA UNTUK

MELIHAT GERAKAN KOPERASI MAJU,

BERPENDAPATAN, BERDAYA SAING

DENGAN ENTITI PERNIAGAAN SEPERTI

SYARIKAT-SYARIKAT DAN SECARA

TIDAK LANGSUNG MEMBERI

15

KEMAJUAN KEPADA RAKYAT DAN

NEGARA MALAYSIA.

YB, DATO-DATO, TUAN PUAN YANG

DIHORMATI SEKALIAN,

16

USAHA ANGKASA INI JUGA BUKAN

SEKADAR KEPADA ASPEK

PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN

EKONOMI SEMATA-MATA, BAHKAN

ANGKASA JUGA TURUT MEMBERI

KHIDMAT BAKTI DAN

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KEPADA

17

SEMUA MASYARAKAT DAN GERAKAN

KOPERASI.

USAHA INI DIPERKEMASKAN LAGI

MELALUI PENUBUHAN SUKARELAWAN

KOPERASI YANG TELAH DIRASMIKAN

OLEH YG BERBAHAGIA DATO SRI

18

ISMAIL SABRI YAAKOB, MENTERI

PERDAGANGAN DALAM NEGERI,

KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

PADA TAHUN 2010.

SEMENJAK DARIPADA ITU, ANGKASA

TELAH MEMPERUNTUKKAN BERJUTA

19

RINGGIT PERUNTUKAN KEPADA

PROGRAM-PROGRAM DIBAWAH

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

ANGKASA. TAHUN 2014 MISALNYA,

ANGKASA TELAH MEMPERUNTUKKAN

SEKITAR RM 1 JUTA KEPADA

MANGSA-MANGSA BANJIR

20

TERBURUK YANG TELAH MELANDA

MALAYSIA TERUTAMA NEGERI-

NEGERI DI PANTAI TIMUR, KELANTAN,

TERENGGANU, PAHANG DAN

NEGERI-NEGERI LAIN.

21

SELAIN ITU, ANGKASA TERUS

MENERUS MENYEMAI KHIDMAT BAKTI

KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

SAMA ADA MELALUI PROGRAM-

PROGRAM KEMASYARAKATAN,

KEMUDAHAN BAYARAN ZAKAT

KOPERASI, PENUBUHAN PUSAT

22

DIALISIS ANGKASA, BANTUAN

PEMASARAN PRODUK-PRODUK

KOPERASI DAN LAIN-LAIN.

TANGGUNGJAWAB ANGKASA

ADALAH SELARAS DENGAN PRINSIP

KE 7 KOPERASI IAITU PERIHATIN

23

TERHADAP ANGGOTA DAN

MASYARAKAT MALAYSIA. KOPERASI

SECARA AMNYA DIWUJUDKAN

ADALAH UNTUK MENAMBAH NILAI

DARI SEGI NILAI KEMANUSIAAN,

PEHUBUNGAN KEAKRABAN, NILAI

EKONOMI BERTERAS KEJUJURAN,

24

KEBAJIKAN ANGGOTA DAN

KETELUSAN PUCUK PIMPINAN

KOPERASI.

YB, DATO-DATO, TUAN PUAN YANG

DIHORMATI SEKALIAN,

25

ANGKASA AKAN TERUS BERSAMA-

SAMA DENGAN PIHAK KERAJAAN

MALAYSIA DI BAWAH KEPIMPINAN

PERDANA MENTERI MALAYSIA, DATUK

SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK DALAM

MEMBANGUNKAN SOSIOEKONOMI

DAN JUGA BERSAMA-SAMA DALAM

26

TANGGUNGAWAB SOSIAL KEPADA

MASYARAKAT.

PERANAN INI SEHARUSNYA TIDAK

HANYA DILETAKKAN DI BAHU

KERAJAAN SEMATA MATA,

SEBALIKNYA PIHAK KOPERASI JUGA

27

DISERU UNTUK BERSAMA-SAMA

DALAM MENYUMBANG KEPADA

KERJA-KERJA SOSIAL KEPADA

MASYARAKAT.

SEKTOR KOPERASI JUGA PERLU

MELETAKKAN KERJA-KERJA KOMUNITI

28

DAN JUGA KEPERIHATINAN KEPADA

MASYARAKAT AMNYA SERTA

ANGGOTA KHASNYA. MELALUI

SUMBANGAN INI, MASYARAKAT

AKAN MELIHAT SEKTOR KOPERASI

SEBAGAI SEKTOR YANG TURUT SAMA

DALAM MENGAMBIL BERAT KEPADA

29

INSAN-INSAN YANG TIDAK BERNASIB

BAIK.

INI SUDAH TENTU AKAN MENARIK

MINAT MASYARAKAT UNTUK

MENGGANGGOTAI KOPERASI

ATAUPUN MENUBUHKAN KOPERASI.

30

INI ADALAH SATU KEADAAN YANG

SIHAT KERANA KOPERASI AKAN TERUS

BERKEMBANG DAN BANYAK IDEA-

IDEA BARU SERTA PEMBAHARUAN

DALAM ILMU KOPERASI DAPAT

DISEBARLUASKAN.

31

YB, DATO-DATO, TUAN PUAN YANG

DIHORMATI SEKALIAN,

AKHIR KATA, SEMOGA USAHA

ANGKASA PADA PETANG INI DAPAT

SEDIKIT SEBANYAK MENYUMBANG

DAN MERINGANKAN BEBAN PESAKIT

32

DI HOSPITAL PEKAN INI. ANGKASA

JUGA MENGHARGAI JASA PARA

JURURAWAT, DOKTOR DAN SEMUA

PETUGAS DI HOSPITAL PEKAN

PAHANG DALAM MEMBERIKAN

KHIDMAT BAKTI KEPADA KESIHATAN

PENDUDUK PEKAN PAHANG.

33

ANGKASA JUGA MENGHARGAI

SOKONGAN DENGAN KEHADIRAN

DATO YB PADA PETANG INI DAN

JUGA KESUDIAN PIHAK PENGARAH

HOSPITAL PEKAN MENERIMA

SUMBANGAN DAN KUNJUNGAN

ANGKASA.

34

DENGAN LAFAZ BISMILLAH

HIRRAHMAN NIRAHIM SAYA

MERASMIKAN PROGRAM

KUNJUNGAN DAN PENYAMPAIAN

SUMBANGAN KHIDMAT SOSIAL

KORPORAT ANGKASA BERSAMA-

35

SAMA DENGAN HOSPITAL PEKAN,

PAHANG.

SEKIAN,

WABILAHITAUFIK WAL HIDAYAH,

ASSALAMUALAIKUM W.B.T