teks pidato rukun negara membentuk rakyat berkualiti

15
SK TEDONG TEKS PIDATO Tajuk: RUKUN NEGARA MEMBENTUK JATI DIRI 1

Upload: rashidibahari

Post on 18-Dec-2014

1.157 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

SK TEDONG

TEKS PIDATO

Tajuk:

RUKUN NEGARA

MEMBENTUK JATI DIRI

1

Page 2: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

Assalammualaikum Warahmatullahi

Wabarakatu dan salam 1 Malaysia

Teringat ketika tangan ini menyelak

sebuah buku atlas di perpustakaan,

mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang

terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan

disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah

menjadi sebuah negara yang gah di seantero

dunia. Bak kata orang tua-tua “ duduk sama

rendah, berdiri sama tinggi”. Fikir-fikirkan...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi

Maha Mengasihani

2

Page 3: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf

hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan

dan berintegriti, saudara penjaga masa yang

semestinya menjunjung prinsip Al-Asr,

barisan warga pendidik budiman, seterusnya

generasi pendukung wacana wawasan

negara.

.

Rukun Negara Membentuk Jati Diri,

begitulah murninya tajuk pidato yang akan

saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi

santapan minda di pagi yang ceria ini.

Keadaan negara Malaysia yang kita cintai ini

semakin dipandang tinggi oleh masyarakat 3

Page 4: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

dunia lantaran kejayaan Malaysia mencipta

nama dan mencorak mutiara berharga dalam

semua lapangan sama ada ekonomi, politik

dan sosial. Maka, pada hari ini, saya akan

mengetengahkan fenomena anjakan

paradigma Malaysia setelah 55 tahun setelah

merdeka.

Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,

Malaysia merupakan sebuah negara

yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat

berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup

sosial, kebudayaan dan kepercayaan yang

berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak

sukar dicapai kerana setiap orang mempunyai 4

Page 5: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

kepercayaan dan pandangan hidup yang

berbeza. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu

yang dapat mengeratkan perhubungan

sesama rakyat dan membolehkan kita hidup

bersama dengan aman dan harmoni di bawah

bumbung yang sama tidak kira sama ada dari

kaum atau status yang berbeza. Sehubungan

itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail

Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Antara

tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan

prinsip hidup semua rakyat negara ini dan

menjamin perpaduan kaum dan keamanan

5

Page 6: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan

panduan oleh setiap rakyat yang mengaku

dirinya sebagai warganegara Malaysia.

Sekiranya panduan ini sentiasa dipatuhi,

pastinya ia akan membentuk jati diri. Rakyat

yang punyai jati diri pasti warganegaranya

bermutu tinggi dan tinggi nilainya.

“Lima Prinsip Rukun Negara”

Hadirin sekalian,

Itulah lagu yang sering kali dimainkan

di corong-corong radio dan televisyen. Ianya

bukanlah sekadar untuk hiburan semata-mata

tetapi ada mesej yang ingin disampaikan.

6

Page 7: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

Mari kita tinjau apakah mesej yang ingin

disampaikan. Prinsip yang pertama iaitu

Kepercayaan Kepada Tuhan. Setiap agama

pastinya menyeru kepada kebaikan. Justeru,

bagi insan yang beragama, pastinya mereka

percaya bahawa melakukan perkara yang baik

adalah sangat dituntut. Di sini kita dapat

memahami bahawasanya prinsip yang

pertama ini akan dapat melahirkan rakyat

yang punyai jati diri terbaik untuk dirinya dan

masyarakat. Jadi, tidak dinafikan, rukun

negara dapat membentuk rakyat mempunyai

jati diri melalui prinsipnya yang pertama.

7

Page 8: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

“Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa,

itulah kasih mesra, sejati dan mulia”. Prinsip

yang kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan

Negara. Prinsip ini menyeru supaya rakyat

Malaysia sentiasa mengamalkan sikap taat

setia kepada pemimpin dan tanah air. Rakyat

yang taat dan sayang akan tanah airnya pasti

akan berusaha untuk memajukan

negara.Contohnya, pada tanggal 1 Mac 2013

yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan

pencerobohan di Sabah khususnya di Lahat

Datu oleh penceroboh dari Filipina.Pihak

keselamatan seperti anggota Polis Diraja

Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia

8

Page 9: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

telah berada dibarisan hadapan dalam

Operasi Daulat untuk mempertahankan

negara.Kesanggupan anggota pasukan

keselamatan berkorban mempertahankan

negara sangatlah dihargai. Ini menunjukkan

bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang

mempunyai jati diri. Prinsip kesetiaan inilah

yang akan memacu rakyat Malaysia untuk

berubah memajukan negara Malaysia. Rakyat

yang bersemangat seperti inilah yang akan

dapat memimpin negara kelak. Pepatah

Melayu ada mengatakan “di mana bumi

dipijak di situ langit dijunjung”.

Hadirin yang saya muliakan,

9

Page 10: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

Prinsip yang ketiga pula ialah

Keluhuran Perlembagaan. Maksudnya ialah

setiap warganegara hendaklah menghormati

perlembagaan negara yang juga merupakan

sumber perundangan tertinggi negara. Setiap

rakyat haruslah menghormati dan mematuhi

perlembagaan yang telah ditetapkan. Ia

bertujuaan untuk menjaga hak-hak

keistimewaan setiap rakyat Malaysia. Justeru,

dalam usaha membentuk rakyat yang punyai

jati diri, prinsip ini memainkan peranan yang

sangat penting. Setiap rakyat pastinya

dibawah naungan perlembagaan negara yang

semestinya menjaga hak-hak mereka.

10

Page 11: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

Masuk kandang kambing mengembek,

masuk kandang kerbau menguak. Kalau

sudah ditetapkan a, jangan pula dibuatnya b.

Maksud yang saya ingin sampaikan di sini

ialah setiap negara mempunyai undang-

undangnya tersendiri. Ia adalah berasaskan

kepada perlembagaan negara. Perkara ini

termaktub di dalam rukun negara yang

keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang.

Dengan adanya undang-undang, maka setiap

rakyat akan berdisiplin dan mematuhi segala

yang telah ditetapkan. Warganegara yang

berdisiplin akan membentuk rakyat punyai

jati diri yang tinggi.

11

Page 12: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

Hadirin yang disanjungi,

Prinsip yang terakhir iaitu Kesopanan

Dan Kesusilaan. Prinsip ke lima ini

menekankan perkembangan personaliti dan

tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya

ialah untuk membentuk warga negara yang

bersopan santun dan bersusila selaras dengan

kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang

diwar-warkan di media massa. Sifat individu

yang bersopan santun dan bersusila adalah

paling bermakna dan amat penting dalam

konteks perhubungan antara satu sama lain

dalam masyarakat pelbagai kaum di negara

ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut

12

Page 13: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

diamalkan bagi membentuk seseorang

individu dan masyarakat yang berdisiplin

serta bermoral tinggi yang akan membantu

mewujudkan negara memiliki jati diri yang

mantap.Masyarakat yang majmuk namun

hidup bersatu padu. Inilah yang menunjukkan

bahawa rakyat Malaysia sememangnya rakyat

yang berkualiti tinggi.

Di penghujung kalam, kita perlu sedar,

kematangan negara semakin menyerlah dek

semangat waja yang ditunjukkan oleh

pemimpin negara dan disepadukan dengan

keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya

mengajak seisi dewan sekalian, untuk sama-

13

Page 14: Teks Pidato Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti

sama menabur bakti, menghulurkan secebis

kekuatan untuk merealisasikan hasrat negara

dan menjadikan rakyat tinggi jati

dirinya.Tanamkan tekad di dalam hati,

bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara

Malaysia, Negara tersohor di mata dunia.

Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik

wal hidayah, assalammualaikum w.t.w.

14