teks pengerusi majlis persaraan penolong kanan hem

8
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN PENOLONG KANAN HEM TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH Tarikh :10 JULY 2015 Masa : 10.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka, SK Seri Impian PERKARA/ PEMBACA BUTIRAN CATATAN Ketibaan Tetamu Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Kamariah bt Amrah dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan Pn Kamariah Bt Amrah Penolong Kanan HEM SK Seri Impian. Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Pulau Pinang Aman Jaya dan Salam SK Seri Impian Terus Maju. Hadirin yang dimuliakan, Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Zaini b. Salleh. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *********** (Doa) Ucapan Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

Upload: imtiyazfath

Post on 09-Sep-2015

839 views

Category:

Documents


59 download

TRANSCRIPT

TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN PENOLONG KANAN HEMTEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIHTarikh:10 JULY 2015Masa: 10.30 pagiTempat: Dewan Terbuka, SK Seri Impian

PERKARA/ PEMBACABUTIRANCATATAN

Ketibaan Tetamu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Kamariah bt Amrah dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan Pn Kamariah Bt Amrah Penolong Kanan HEM SK Seri Impian.

Bacaan Doa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Pulau Pinang Aman Jaya dan Salam SK Seri Impian Terus Maju.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Zaini b. Salleh. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

UcapanAlu-aluan

Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Zaini b. Salleh atas bacaan doa itu tadi.Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkatiMelayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Yang DiraikanPn Kamariah Bt AmrahPenolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En Ibrahim b. AriffinGuru Besar Sk Seri Impian

Yang DihormatiEn.Abdul Ghani B. JaafaYang Dipertua Pibg,Sk Seri Impian

Yang Berusaha Pn. Zainab Bt SaadPenolong Kanan Kurikulum

Yang Berusaha En. Mohd Shaharin B.KassimPenolong Kanan Kokurikulum

SeterusnyaBarisan guru, staf-staf SKSI murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan Yang DiraikanPn Kamariah Bt Amrah,Penolong Kanan HEM SKSeri Impian.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan Pn Kamariah Bt Amrah dalamMajlis Sanjungan Budi, Lambaian KasihJasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala dedikasi, bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Pn Kamariah Bt Amrahsepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Penolong Kanan HEM di SK Seri Impian

Ucapan Guru Besar

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput Yang Berusaha, Guru Besar SKSI yang kita sayangi En Ibrahim b. Ibrahim, untuk menyampaikan sepatah dua kata.. majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang BerusahaGuru Besar SKSI yang kita sayangi En Ibrahim b. Ibrahim n atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

UcapanYDP PIBGMajlis seterusnya menjemput dan mempersilakanYang DihormatiEn. Abdul Ghani bin Jaafa, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Seri Impian untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepadaYang DihormatiEn. Abdul Ghani bin Jaafa,atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Guru Bersara

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKhidmatmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan oleh Yang Diraikan Puan Kamariah bt Amrah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Kam sepanjang perkhidmatan beliau sebagai PK Hal Ehwal Murid di SKSI

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak berbicara

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan Kamariah bt Amrah. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. -

Persembahan Multimedia

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Kamariah bt Amrah , Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai Puan Kamariah bt Amrah untuk naik bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia

UcapanYang DiraiPK HEMItulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Kamariah bt Amrah . Terima kasih kepada team unit ict SKSI iaitu Pn Norliyana bt Kmaruddin serta Puan Saodah bt Musa yang telah menjayakan persembahan tersebut.Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Seterusnya,Majlis menjemput dan mempersilakan Puan Kamariah bt Amrah turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan.

Persembahan

Hadirin yang dimuliakan,Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada kumpulan Qasidah Shotul Habib. Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas kumpulan Qasidah Shotul Habibyang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. ______________________ Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Majlis seterusnya menjemput adik Sharifah Kamilia Ilyana dari 6S untuk mendeklamasikan Sajak buat Pn Kamariah Bt Amrah yang di kasihi, majlis mempesilakan.

**** persembahan

Terima kasih diucapkan buat adik Sharifah Kamilia Ilyana atas persembahan itu tadi.

Buah mengkudu buah bidaraMari disimpan didalam dulangHari ini Puan genap bersaraJasa baik puan tetap dikenang

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan Shotol Habib yang akan menyampaikan nasyid yang bertajukSerpihan Perjuangan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.*****PersembahanDemikianlahtadi persembahan nasyidyang sungguh syahdupenampilanpersembahan yang cukup istimewa

Persembahan seterusnya ialah persembahan pantun khas oleh Adik Sheikh muhd Ikmal dari 5I ditujukan untuk Yang Diraikan Puan Kamariah Bt Amrah Dengan segala hormatnya di persilakan.

*****Persembahan

Demikianlahtadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan untuk kita semua.

Seterusnya , Majlis menjemput bidadari-bidadari kecil dari tahun 5 untuk mempersembahkan Tarian Dikir Puteri buat tatapan yang diraikan Puan Kamariah bt Amrah dan kita semuanya.

Persembahan*****

Demikian lah tadi persembahan dari bidadari-bidadari kecil SKSI yang sungguh hebat.

Untuk persembahan yang terakhir marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan Koir Dari 2 Sarjana yang bertajuk Kupu-Kupu Syurga.. Majlis mempersilakan.

Persembahan****

Demikianlah tadi hebatnya persembahan koir adik-adik 2 Sarjana, majlis mengucapkan ribuan terima kasih

Penyampaian Hadiah

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaikan hadiah akan disampaikan oleh____________________________________. Untuk itu, majlis mempersilakanYang Dihormati______________________________naik ke pentas utama untuk menyempurnakan penyampaian hadia tersebut. Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan Pn Kamariah bt Amrah untuk menerima hadiah daripada____________________________. Dipersilakan.

Penyampaian Hadiah & cenderamata

JueMajlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Abdul Karim b. Munok.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan _________________________mengiringi Yang DiraikanPn Kamariah Bt Amrah untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah

Penutup

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan pn Kamariah bt Amrah

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Kamariah bt Amrah atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha_______________________ mengiringi Yang Diraikanpn Kamariah bt Amrah sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabulYang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.Untuk cikgu Kamariah.

Guru umpama bintang cemerlangWalau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup

Majlismengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan pn Kamariah bt Amrah kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan pn Kamariah bt Amrahbertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan pn Kamariah bt AmrahUntuk__________________________________________________________________________________***** Majlis perarakan PK HEM dgn paluan kompang

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh