teks pengerusi majlis gotong-royong perdana 2015

Upload: nurul-ilani-ilham

Post on 14-Jan-2016

1.471 views

Category:

Documents


78 download

DESCRIPTION

teks pengerusi majlis

TRANSCRIPT

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS GOTONG-ROYONG PERDANA ASRAMA 2015SABTU11 APRIL 2015DEWAN MAKAN, ASRAMA SMKSP1. KATA-KATA ALUAN

yanieKe Pekan Nilai membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Puan Zaharah Bin SaadPenolong Kanan

SMK Sungai Pusu

Encik Mohd Khir Bin Shafie

Penyelia HEM

PPD GombakDato Che Nor Azman Bin Yusof

Yang Dipertua PIBG

SMK Sungai Pusu

Pn Hjh Haraza Binti Hj Abdul Rahman

Naib Yang Dipertua PIBG

SMK Sungai Pusu

Tuan Haji Jamian Bin Basar

Pengerusi PEWARIS

Asrama SMK Sungai Pusu

Puan Akmal Fadzillah Binti Mohamad

Penolong Kanan HEM

SMK Sungai Pusu

Puan Maizatul Hasniah Binti Hasan

Penolong Kanan Kokurikulum

SMK Sungai PusuPuan Nor Aizan Binti Mohamad

Penolong Kanan Petang

SMK Sungai Pusu

Penyelia Asrama, para warden, ahli jawatankuasa pengurusan asrama dan para ibubapa yang dihormati sekalian.Selamat datang ke Hari Gotong-royong Perdana Asrama 2015. Saya selaku pengacara majlis mewakili pihak pengurusan asrama SMK Sungai Pusu ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibubapa kerana dapat meluangkan masa dan waktu untuk bersama-sama dengan warga asrama Sebestari bagi memperindahkan lagi kawasan asrama tercinta.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, objektif program gotong-royong perdana ini dijalankan adalah :

1. Merapatkan silaturrahim diantara guru, ibubapa dan murid asrama.

2. Memberi peluang kepada murid-murid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum.

3. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan asrama sekolah agar lebih terjamin keselamatan murid-murid sewaktu menginap.

2. BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa;Sepuluh jari kami menadah,Mohon berkat yang Maha Esa.Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Wan Baharuddin Bin Yusof bagi mengetuai bacaan doa. Majlis dengan ini mempersilakan.

Amin..amin..amin.. Ya Rabbal Al amin.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Wan Baharudin di atas bacaan doa itu tadi.

3. UCAPAN PENGERUSI PEWARIS

Hadirin sekalian,Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak berkat ilmu tanpa amalannya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Majlis seterusnya dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Jamian Bin Basar, Pengerusi PEWARIS untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Jamian di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

4. PENUTUP

Baiklah hadirin, nampaknya tugas saya terhenti di sini. Seterusnya, saya serahkan majlis kepada Puan Akmal Fadzillah Binti Mohamad, Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan taklimat berkenaan program kita pada hari ini. Majlis dengan ini mempersilakan.

Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah Wassalamualaikum w.b.t.

4