teks pengarah

14
Page | 1 TEKS UCAPAN OLEH TUAN HJ AHMAD SOBRI BIN SAAD PENGARAH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK ZON UTARA 2015/2016 PADA 24 MAC 2015 (ISNIN) DI DEWAN MUNSYI IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 1

Upload: avralinetine-epin

Post on 10-Nov-2015

140 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Teks Ucapan pengarah, ucapan, majlis, formal, bahasa melayu, contoh teks, ipg

TRANSCRIPT

Page | 1

TEKS UCAPAN

OLEH

TUAN HJ AHMAD SOBRI BIN SAAD PENGARAH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPGK ZON UTARA

2015/2016

PADA 24 MAC 2015 (ISNIN)

DI DEWAN MUNSYI

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Bismillahhirramanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang berbahagia Tuan Sulaiman bin Wak, Rektor Insitut Pendidikan Guru Malaysia

Yang berusaha Puan Hajah Latifah binti Hj Mahmud Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar IPGM,

Yang berusaha Tuan Pengarah-Pengarah IPGK Zon Utara,

Timbalan-Timbalan Pengarah IPGK Zon Utara,

Ketua-Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK Zon Utara,

Jawatankuasa-Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGK Zon Utara

1.Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan rektor ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim pada pagi ini.Sesungguhnya kehadiran tuan ke majlis ini membawakan seribu pengertian bukan sahaja kepada pihak pengurusan IPGKSAH dan warga IPGKSAH malah juga kepada pemimpin-pemimpin pelajar baru Zon Utara,yang buat pertama kalinya dipilih secara demokrasi melalui proses pemilihan undi yang telah diadakan pada akhir Januari 2015 yang lalu.

2Kami berdoa kepada Allah S.W.T agar Tuan Rektor sentiasa berada dalam keafiatan dan diberi ihlam, untuk terus berperanan untuk memantapkan kepemimpinan IPGM. Semoga tuan rektor dikurnia dan dilimpahkan oleh Allah S.W.T segala kerahmatan, keberkatan dan kesejahteraan jua hendaknya.

Tuan Rektor izinkan untuk saya memberi ucapan,

3.Selamat datang kepada semua dif kehormat ke Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar IPGK Zon Utara sesi 2015/2016 IPGKSAH Sungai Petani Kedah.4.Pertama sekali, marilah kita bersama-sama menadah tangan memanjatkan rasa kesyukuran di atas keizinan-Nya pada hari ini, membenarkan kita bersama-sama dalam satu majlis yang bakal melakarkan sejarahnya yang tersendiri dalam catatan kenangan IPGKSAH iaitu Majlis Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2015/2016 yang dihadiri sendiri oleh tuan rektor IPGM.Tuan-Tuan dan Puan-Puan,5.Suruhanjaya Pilihan Raya peringkat IPGK Zon Utara, telah mengadakan Pilihanraya Kampus bagi memilih 30 calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), yang Ahli Majlis Tertinggi seramai 5 orang dan seramai 20 orang lagi mewakili Majlis Mesyuarat bagi sesi 2015/2016.6.Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana pilihanraya yang diadakan itu tidak mengalami sebarang kekecohan dan pemilihan anak-anak muda di hadapan saya ini adalah pemilihan yang dilakukan oleh para pelajar kita. Saya yakin bahawa pemilihan secara demokrasi ini, adalah satu pilihan yang terbaik kerana para pelajar IPGK yang arif lagi bijaksana akan dapat menentukan pemimpin-pemimpin mereka. 7. Barisan pemimpin-pemimpin yang berada di hadapan saya ini merupakan siswa pendidik yang berkaliber dan mampu memimpin Jawatankuasa Perwakilan dengan baik dan lancar.Para JPP sekalian,8.Sebagai pemimpin pelajar yang dipilih, saya mengharapkan JPP kali ini akan terus mengekalkan semangat kerja berpasukan yang diamalkan sebelum ini. Saya juga menyeru agar anda, JPP akan menjadi barisan pemimpin yang mesra pelajar serta mudah didekati. 9.Kepada kepimpinan baru JPP, tanggungjawab anda selepas dilantik adalah semakin bertambah. Hal ini kerana, selain dari tanggungjawab terhadap diri sendiri yakni dalam memastikan pengajian yang dilalui ditamatkan dengan jayanya, anda juga sebenarnya memegang amanah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada semua pengundi yang percaya dan memilih anda sebagai pemimpin mereka.10.Tentunya harapan mereka,agar anda akan memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang kepada mereka. Oleh itu, diharap agar semua JPP telah menyiapkan diri secara mental dan juga fizikal.

Hadirin sekalian,11.Saya menyedari bahawa banyak usaha-usaha murni untuk memantapkan JPP dan pelajar-pelajar yang bakal dilaksanakan kelak. Kemungkinan besar segala yang direncanakan tidak mendapat sokongan dan sambutan yang sepenuhnya daripada khalayak siswa pendidik.

12.Di sinilah terletaknya peranan dan cabaran sebenar JPP IPGK Zon Utara untuk membuktikan kemampuan kepemimpinan JPP serta mengurangkan jurang yang ada melalui cetusan idea yang lebih kreatif, inovatif dan juga menarik. Pada masa yang sama, jadilah seorang pemimpin yang berilmu serta mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan barisan kepemimpinan cetusan idea yang lebih kreatif, inovatif dan juga menarik.

13.Seiring dengan teras misi IPGM untuk melahirkan kepemimpinan yang cemerlang ke-2015 iaitu melahirkan Siswa Guru Berbakat Istimewa, saya mewakili pengurusan tertinggi IPGK Zon Utara sememangnya akan menyokong penuh setiap pandangan, program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sekiranya oleh JPP bakal memberikan impak serta imej yang baik kepada IPGK Zon Utara.

14.Siswa pendidik adalah pelanggan utama dan bakal menjadi agen pelaksana kepada sistem pendidikan negera. Anda merupakan agen transformasi pendidikan dalam melaksanakan salah satu daripada pelan pendidikan 2013-2025.

15.Sejajar dengan itu sebagai pemimpin kepada siswa pendidik yang lain jadilah seorang pemimpin yang berilmu serta mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan barisan kepimpinan IPGK yang lain. diterjemahkan oleh barisan JPP yang dilantik.

16.Mungkin ada diantara anda tidak sedar bahawa tanggungjawab JPP adalah sebagai medium untuk menyampaikan hasrat IPGM kepada para pelajar. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi apa yang bakal tergalas dibahu anda sekalian bagi merealisasikan hasrat IPGM untuk melahirkan siswa guru berbakat istemewa berakhlak, bermoral dan berketrampilan peragaan diri yang baik dan menarik.

Para hadirin yang saya hormati,17.Saya harap anda dapat menghayati dan memahami teras IPGM untuk memilih calon-calon guru yang cemerlang dengan sebaik-baiknya. Insyaallah anda akan mampu menjadi pemimpin yang hebat pada masa hadapan kelak. Jika berjaya mengaplikasi teras dengan merencana, merancang dan menterjemahkannya melalui program dan aktiviti yang akan dibuat sepanjang tempoh perkhidmatan anda sebagai JPP IPGK Zon Utara 2015/2016 nanti.

Para JPP sekalian,18.Tahniah kepada kepimpinan JPP sesi 2015/2016 kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan begitu cemerlang sepanjang tempoh pelantikan ini.

19.Selamat berkhidmat dan semoga barisan JPP kepimpinan baruini akan lebih menyerlah dan fokus dengan matlamat dan perancangan yang dibuat dan bersama-sama memahami dan menghayati hasrat IPGM

Sekian, terima kasih.Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

1