teks pengacara.docx

5
1.PENDAHULUAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Pn Rafidah bt. Mohd Yussp, Guru Besar SK Kampong Pasir, Pn Hjh Maryani bt Omar GPK Pentadbiran, Pn Noraini bt Hashim GPK Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Annuar b Buran GPK Kokurikulum Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik. 2. UCAPAN GURU BESAR

Upload: nurulhuda-sharif

Post on 01-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sambutan bulan kemerdekaan

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PENGACARA.docx

1.PENDAHULUAN

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha Pn Rafidah bt. Mohd Yussp, Guru Besar SK Kampong Pasir,

Pn Hjh Maryani bt Omar GPK Pentadbiran,

Pn Noraini bt Hashim GPK Hal Ehwal Murid,

Encik Mohd Annuar b Buran GPK Kokurikulum

Rakan-rakan guru

dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk

sama-sama berkumpul bagi Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan

penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa

negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk

hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda

bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah,

dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk

menjadi warganegara yang patriotik.

2. UCAPAN GURU BESAR

Tuah tersenyum pada Si Teja,

Duduk bersimpuh sambil bersila;

Kain ditenun bersama Reja,

Ucapan Guru Besar dijemput sila,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Rafidah bt Mohd

Yussup, Guru Besar SK Kampong Pasir untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang disampaikan

sebentar tadi.

Page 2: TEKS PENGACARA.docx

3. PERSEMBAHAN MURID

Bendera berkibar di rumah Pak Agos,

Di halaman rumah pasang pelita;

Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,

Tarikh kemerdekaan negara kita.

Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak yang akan

dideklamasikan oleh Adik Umairah bt. Omar daripada kelas 5 Rajin. Dipersilakan.

*LAGU WARISAN

Terbang tinggi si burung helang,

Berkicau kenari sambil berterbangan;

Insan cemerlang negara terbilang,

Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan koir lagu patriotic oleh murid Tahun 4.

Mereka akan menyanyikandua buah lagu iaitu Johor Negeriku dan Perwira.

Dipersilakan

* LAGU JOHOR NEGERIKU

* LAGU PERWIRA

Untuk makluman, persembahan koir itu tadi adalah dibawah bimbingan En. Aliff b.

Omar.

Page 3: TEKS PENGACARA.docx

4. PENYAMPAIAN HADIAH

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,

Bumi bertuah indah permai;

Lima puluh lima tahun kita merdeka,

Rakyat hidup aman damai.

Hadirin sekalian,

Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan

Kemerdekaan 2015. . Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah.

Oleh itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Rafidah bt. Mohd Yussup,

Guru Besar SK Kampong Pasir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

* LAGU SELAMAT HARI LAHIR

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn Guru Besar di atas 

penyampaian hadiah kepada para pemenang itu tadi.

5. GIMIK PELANCARAN

Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,

Bersama kita menyambut merdeka;

Bersatu berazam penuh semangat,

Mari pertahankan kemerdekaan kita.

*BUNYI LOCENG

Dengan penyampaian Kad Ucapan Kemerdekaan kepada Guru Besar itu tadi, maka

Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan ditutup dengan rasminya.

*POP UP

6. PENUTUP

Page 4: TEKS PENGACARA.docx

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon

mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan

bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis

Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat sekolah ini dapat

dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas

kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Tenang-tenang air di kali,

Tempat mandian putra puteri;

Sempurna sudah majlis dirai,

Salah dan silap harap dimaafi.

Semua murid  dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan dua buah lagu

iaitu

1.Sehati Sejiwa

2.Negaraku

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,

Wabillahi Taufik Walhidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

*LAGU SEHATI SEJIWA & NEGARAKU