teks pengacara majlis (seminar pemantapan aqidah)

9
TEKS PENGACARA MAJLIS (NURUL SYAZWANI BINTI NOR AZMAL) SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH 2013 CUE TEKS Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia, Pn Hjh.Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, diiringi Timbalan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan para pensyarah memasuki persada majlis .... Hadirin dipersilakan berdiri... Hadirin dipersilakan duduk... Kata-kata aluan Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum WBT... Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Seminar Pemantapan Aqidah bagi tahun 2013. Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian

Upload: nurul-syazwani

Post on 22-Oct-2015

185 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis (Seminar Pemantapan Aqidah)

TEKS PENGACARA MAJLIS (NURUL SYAZWANI BINTI NOR AZMAL) SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH 2013

CUE TEKS

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia, Pn

Hjh.Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPG Kampus

Perempuan Melayu Melaka, diiringi Timbalan

Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

dan para pensyarah memasuki persada majlis ....

Hadirin dipersilakan berdiri...

Hadirin dipersilakan duduk...

Kata-kata aluan Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum WBT...

Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran

tuan-tuan dan puan-puan ke Seminar Pemantapan

Aqidah bagi tahun 2013.

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan Majlis

Yang Berbahagia, Pn. Hjh Tumerah Binti Rosmin,

Page 2: Teks Pengacara Majlis (Seminar Pemantapan Aqidah)

Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus

Perempuan Melayu, Melaka

Yang Berbahagia, Tn. Hj Hassan Bin Pardi

Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru

Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Yang Berusaha, Pn Maimun binti Aziz

Pensyarah Kanan, Institut Pendidikan Guru Kampus

Perempuan Melayu, Melaka

Yang Berusaha, En. Mohd Ariffin bin Salleh,

Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan

Moral,

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan

Melayu Melaka.

Yang Berusaha, En. Mohd Ibrahim bin Md. Taha

Penyelaras 2 bagi Seminar Pemantapan Aqidah

Tahun 2013

Yang Dihormati, saudari Cik Nurul Syafiqah binti

Zailani, selaku Pengarah Program bagi Seminar

Pemantapan Aqidah Tahun 2013

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar Pemantapan

Aqidah bagi Tahun 2013

Seterusnya,

para pensyarah, sahabat-sahabat dari unit

Pengajian Agama serta sidang hadirin yang

dirahmati Allah sekalian.

Page 3: Teks Pengacara Majlis (Seminar Pemantapan Aqidah)

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pensyarah bagi

subjek PIM 3112, Pengajian Aqidah merangkap

penyelaras 1 bagi Seminar Pemantapan Aqidah

Tahun 2013 tidak dapat bersama-sama dengan kita

pada hari ini berikutan beliau sedang menunaikan

haji.

Ucapan Pengerusi Majlis Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t

kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah jua kita

bersama-sama berhimpun dan berkumpul untuk

menghadiri satu majlis ilmu iaitu Seminar

Pemantapan Aqidah bagi tahun 2013 anjuran

PISMP Pengajian Islam dan Al-Quran Ambilan

Januari 2011, IPG Kampus Perempuan Melayu

Melaka.

Bacaan doa Hadirin Sekalian,

Menadah tangan tanda keredhaan,

Lafaz bismillah memperkukuh tautan,

Doa dipohon penuh pengharapan,

Agar majlis mendapat keberkatan.

Semoga majlis terus diberkati dan dipermudah

olehNYA, majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan...................................................untu

k mengetuai bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Page 4: Teks Pengacara Majlis (Seminar Pemantapan Aqidah)

Ucapan Puan Pengarah

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang

Berbahagia Pn Hjh. Tumerah Binti Rosmin,

Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

seterusnya merasmikan Seminar Pemantapan

Aqidah bagi Tahun 2013. Majlis dengan segala

hormat dan takzimnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn Hjh.

Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPG Kampus

Perempuan Melayu Melaka atas ucapan dan

kesudian merasmikan Seminar Pemantapan Aqidah

bagi Tahun 2013 sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En.

Mohd Ariffin bin Salleh, Ketua Jabatan, Jabatan

Pendidikan Islam dan Moral dengan diiringi oleh

saudari Cik Nurul Syafiqah binti Zailani, selaku

Pengarah Program bagi Seminar Pemantapan

Aqidah Tahun 2013 untuk menyampaikan

cenderamata kepada Puan Pengarah. Dijemput

Yang Berbahagia Puan Pengarah untuk menerima

cenderamata. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Yang Berusaha En. Mohd

Ariffin bin Salleh, Ketua Jabatan, Jabatan

Pendidikan Islam dan Moral atas kesudian

Page 5: Teks Pengacara Majlis (Seminar Pemantapan Aqidah)

menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Ucapan pengerusi majlis

Sidang hadirin sekalian,

Dalam era teknologi yang serba canggih dan

mencabar ini, kita dapat lihat banyaknya berlaku

kepincangan aqidah dan salah faham yang berlaku

pada dunia Islam di masa kini. Oleh yang demikian,

PISMP Pengajian Agama Ambilan Januari 2011

melihat akan perlunya satu inisiatif program

berkaitan akidah dilaksanakan yang bertujuan untuk

memberi kesedaran berkenaan keperluan guru

pelatih dalam memperkasakan aqidah di samping

mengukuhkan asas-asas aqidah dan menjelaskan

salah faham yang berlaku di dalam dunia Islam hari

ini.

Slot 1 Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis dimulakan dengan slot pertama yang bertajuk

Ahli Sunnah Wal Jamaah: Kerelevenannya dalam

Masyarakat di Malaysia yang akan disampaikan

oleh saudari Cik Nurul Husna binti Mohamad

Afandi.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas slot

yang telah disampaikan sebentar tadi.

Slot 2

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan slot seterusnya iaitu

slot yang kedua yang bertajuk Pergolakan Isu

Semasa Tentang Fahaman Ajaran Sesat yang

Page 6: Teks Pengacara Majlis (Seminar Pemantapan Aqidah)

akan disampaikan oleh saudari Cik Izzati Hazirah

binti Mohd.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas slot

yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis berhenti rehat seketika untuk jamuan minum

pagi.

Para peserta dan hadirin dijemput untuk menikmati

jamuan yang telah disediakan di luar BISA.

Peserta diminta untuk kembali semula ke dalam

BISA pada jam 11 pagi untuk slot seterusnya.

Diminta semua peserta kursus untuk berada

di dalam BISA dengan kadar yang segera.

Terima Kasih.

Slot 3

Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan slot seterusnya iaitu

slot ketiga yang bertajuk Tauhid yang berkaitan

dengan Af’alullah yang akan disampaikan oleh

saudari Cik Farahanis binti Mohamed Yusop .

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas slot

Page 7: Teks Pengacara Majlis (Seminar Pemantapan Aqidah)

yang telah disampaikan sebentar tadi.

Slot 4 Hadirin Sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan slot keempat yang

bertajuk Pluralisme Agama Agenda Orientalis

Pesong Aqidah Islam yang akan disampaikan oleh

saudari Cik Nur ‘Ain Fatihah binti Jusoh untuk

menyampaikan slot beliau. Dengan segala

hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas slot

yang telah disampaikan sebentar tadi.

Diharap hadirin dapat mengambil input dan

pengajaran daripada bengkel yang disampaikan

serta memantapkan diri dengan ilmu aqidah kearah

menjadi insan yang baik budi pekerti, lengkap

dengan ciri islami, serta mempunyai jati diri, demi

menjadi seorang guru yang sejati duniawi dan

ukhrawi...insyaAllah..

Penyampaian cenderamata kepada

pembentang

Banyak duri perkara duri,

Tidak sama duri mengkuang,

Banyak budi perkara budi,

Tidak sama budimu seorang.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian

cenderamata kepada para pembentang seminar kita

pada hari ini.

Untuk tujuan itu, majlis mempersilakan Yang

Page 8: Teks Pengacara Majlis (Seminar Pemantapan Aqidah)

Berusaha En. Mohd Ariffin bin Salleh, Ketua

Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

dengan diiringi oleh saudari Cik Nurul Syafiqah binti

Zailani, selaku Pengarah Program bagi Seminar

Pemantapan Aqidah Tahun 2013 untuk

menyampaikan cenderamata.

Dengan rasa rendah hati, majlis mempersilakan

saudari Nurul Husna binti Mohamad Afandi untuk

menerima cenderamata.

Dipersilakan saudari Izzati Hazirah binti Mohd.

Dipersilakan saudari Farahanis binti Mohamed

Yusop.

Dipersilakan saudari Nur ‘Ain Fatihah binti Jusoh.

Terima Kasih diucapkan kepada En. Mohd Ariffin bin

Salleh atas kesudian menyampaikan cenderamata

sebentar tadi.

Majlis Penutup Bunga seroja di atas cemara,

Jatuh sekumtum di atas para,

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua yang saya pinta.

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Dikesempatan ini, saya mewakili semua

jawatankuasa pengelola Seminar Pemantapan

Aqidah tahun 2013 memohon ampun dan maaf

sendainya terdapat kekurangan dan kesilapan

sepanjang mengendalikan majlis ini.

Page 9: Teks Pengacara Majlis (Seminar Pemantapan Aqidah)

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan

kepada semua tetamu kehormat dan pensyarah

serta hadirin sekalian kerana sudi melapangkan

masa dan hadir untuk memeriahkan majlis pada hari

ini. Semoga Allah merahmati kita semua. InsyaAllah

Kita tangguhkan majlis kita pada hari ini dengan

bacaan surah al asr dan tasbih kafarah

Sekian terima kasih. Assalamualaikum WBT..

Majlis bersurai.