teks pengacara majlis rasmi sekolah

5
Bi l AGENDA TEKS 1. Kata Alu-aluan Pengacara Majlis Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira. Bismilahhirahmanirahim... Yang Berusaha, Puan Fuziah bt Abdul Malek , Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, Yang Berbahagia,Datuk Helmy b Jaafar, Yang dipertua PIBG,SK Seremban 2A, Barisan Guru Penolong Kanan Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015 Barisan pendidik, Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 tahun 2015 ini. Pihak majlis serta seluruh warga SK Seremban 2A, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat kerana sudi

Upload: norzalina-mohamad-nor

Post on 05-Sep-2015

429 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

TEKS PENGACARAAN MAJLIS FORMAL UTK PROGRAM RASMI YANG DIADAKAN DISEKOLAH. DAPAT MEMBANTU GURU UNTUK MENGENDALIKAN MAJLIS YANG DIRANCANG SECARA SISTEMATIK

TRANSCRIPT

BilAGENDATEKS

1. Kata Alu-aluan Pengacara MajlisKompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berusaha, Puan Fuziah bt Abdul Malek , Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seremban 2A,Yang Berbahagia,Datuk Helmy b Jaafar,Yang dipertua PIBG,SK Seremban 2A, Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2014/2015

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 tahun 2015 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Seremban 2A, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

4. Bacaan DoaBagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Akramin b Ishak. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Akramin bin Ishak atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang cemerlang.

5. Ucapan Alu-aluan oleh Guru BesarSeterusnya, majlis menjemput Puan Fuziah bt Abdul Malek Guru Besar Cemerlang Sk Seremban 2A untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Fuziah bt Abdul Malek atas ucapan itu tadi.

6. Penyampaian anugerahTuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,Dalam majlis ini, kami mengambil kesempatan dan ruang yang ada untuk menyampaikan penghargaan kepada anak-anak didik sekolah ini yang tampil dengan kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR dan UPKK 2014 yang lalu. Bagi menyempurnakan majlis ini ,dipersilakan Yang Berbahagia Datuk Helmy bin Jaafar YDP PIBG SK Seremban 2A dengan diiringi Puan Fuziah bt Abdul Malek Guru Besar Cemerlang SK Seremban 2A untuk menyampaikan anugerah, dengan segala hormatnya dipersilakan. Berikut adalah penerima anugerah Cemerlang UPSR 2014Seterusnya penerima anugerah cemerlang UPKK 2014Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang Berbahagia Datuk kerana menyempurnakan acara sebentar tadi.

7. Majlis Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi 2014/2015Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil kepada AJK PIBG sesi 2014/2015. Untuk itu, majlis menjemput Puan Fuziah bt Abdul Malek Guru Besar SK Seremban 2A untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada AJK PIBG bagi sesi 2014/2015Dipersilakan....

Yang berbahagia YDP PIBG NYDP PIBG Setiausaha Bendahari

AJK Ibu Bapa1.2.3.4.5.6.

AJK Guru1.2.3.4.5.6.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas penyampaian sijil itu tadi.

8.Majlis PenutupHadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian sijil penghargaan itu tadi, maka selesailah sudah majlis kita pada kali ini.

Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua AJK PIBG bagi sesi 2014/2015 dan AJK pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12 serta mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kita pada kali ini.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Seterusnya,Majllis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 12 untuk itu saya serahkan majlis kepada Yang Berbahagia Datuk Helmy bin Jaafar untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 12..dengan segala hormat dipersilakan..