teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011

7
<Penerangan kepada hadirin tentang protokol sambutan tetamu kehormat> <Hadirin diminta berdiri apabila YBhg Datin dan rombongan masuk ke dalam dewan> <Hadirin akan terus berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku> Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh. <Tunggu sehingga YB Dato’ dan rombongan masuk ke dewan mesyuarat> Majlis kita akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Sebagai menghormati lagu Negaraku, diminta semua hadirin berdiri dan bersama- sama menyanyikan lagu kebangsaan kita ini. <Nyanyian lagu Negaraku> Terima kasih dan dipersilakan hadirin duduk semula di tempat masing-masing untuk kita memulakan majlis. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu wassalamu ‘ala ashrafil anbiyai wal mursalin Wa’ala alihi wasahbihi ajmain Rabbishrahli shadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli. Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh sebagai Tetamu Khas majlis Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara. Yang Dimuliakan Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK FBRU, Encik Abdul Talib Ahmad Yang Berusaha ..............................................................................., Penyelia Kemas Daerah Tampin Dihormati Tuan Pengurus FELDA BRU, Encik Abd Jalal Bin Ajat

Upload: abdullah-musa

Post on 11-Jul-2015

5.637 views

Category:

Business


36 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011

<Penerangan kepada hadirin tentang protokol sambutan tetamu kehormat><Hadirin diminta berdiri apabila YBhg Datin dan rombongan masuk ke dalam dewan><Hadirin akan terus berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku>

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh.

<Tunggu sehingga YB Dato’ dan rombongan masuk ke dewan mesyuarat>

Majlis kita akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Sebagai menghormati lagu Negaraku, diminta semua hadirin berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan kita ini.

<Nyanyian lagu Negaraku>

Terima kasih dan dipersilakan hadirin duduk semula di tempat masing-masing untuk kita memulakan majlis.

BismillahirrahmanirrahimAlhamdulillahi Rabbil ‘AlaminWassalatu wassalamu ‘ala ashrafil anbiyai wal mursalinWa’ala alihi wasahbihi ajmain

Rabbishrahli shadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh sebagai Tetamu Khas majlis Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara.

Yang Dimuliakan Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK FBRU, Encik Abdul Talib Ahmad

Yang Berusaha ..............................................................................., Penyelia Kemas Daerah Tampin

Dihormati Tuan Pengurus FELDA BRU, Encik Abd Jalal Bin Ajat

Page 2: Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011

Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, Encik Abd Manap Kahar

Tuan Imam Masjid FBRU, Ustaz Shahidi Bin Ahmad

Ahli-ahli Jawatankuasa Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara

Ibu-ibu, Bapa-bapa, Kakak-kakak, Adik-adik dan seterusnya para hadirin sekelian

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rezeki dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di petang yang mulia ini untuk kita bersama-sama melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara.

Jawatankuasa Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak – ahli-ahli Jawatankuasa Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, tuan-tuan, puan-puan, adik-adik dan kakak-kakak yang telah bersama-sama bertungkus-lumus sejak lebih seminggu yang lalu untuk membuat persiapan majlis ini, bersesuaian dengan motto Kemas iaitu “Komuniti Berdaya, Desa Berjaya”. Sekalung tahniah buat semua. Diharapkan kerjasama dan semangat berpasukan ini akan dapat diteruskan dengan lebih cemerlang selepas ini, terutamanya di kalangan generasi pewaris kita.

<Break – 5 Seconds>

Page 3: Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011

Untuk tidak melengahkan masa dan bagi memohon hidayah dan keberkatan majlis Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara 2011 ini, saya dengan hormatnya menjemput Tuan Imam Masjid Kariah FBRU, Ustaz Shahidi Bin Ahmad untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

<Bacaan Doa oleh Tuan Imam Masjid FBRU>

Terima kasih kepada Tuan Imam Masjid Kariah FBRU di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita hari ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah s.w.t.

<Break – 5 seconds>

Majlis kita akan dimulakan dengan ucapan-ucapan tetamu jemputan diikuti ucaptama dan perasmian majlis Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara oleh Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abdul Aziz.

Ia akan diikuti dengan jamuan ringan kepada semua para hadirin.

Setelah selesai menjamu selera, kita akan memulakan Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara 2012 dengan melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat. Pengerusi Sementara ini akan mempengerusikan mesyuarat ini sehingga selesai perlantikan AJK baru untuk tahun 2012.

Selesai mesyuarat, akan diadakan majlis penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan serta penyampaian cenderahati. Ini akan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada yang pemenang pertandingan mewarna pelajar Tabika.

<Break – 5 seconds>

Page 4: Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011

Bagi meneruskan aturcara, saya dengan hormatnya menjemput Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, Encik Abd Manap Bin Kahar untuk menyampaikan sedikit ucapan. Dipersilakan.

<Ucapan Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara>

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Abd Manap yang telah menyampaikan amanat dan harapan beliau untuk Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara ini. Di antara isi kandungan ucapan beliau tadi:

<Rumusan Ucapan>

Seterusnya, saya mempersilakan Pegawai Kemas Daerah Tampin, Puan Azahanim Binti Othman untuk memberikan sedikit ucapan. Dijemput dengan hormatnya.

<Ucapan Pegawai Kemas Daerah Tampin>

Page 5: Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011

Terima kasih kepada Puan Azahanim Binti Othman yang telah menyampaikan ucapan beliau. Di antara isi kandungan ucapan beliau tadi:

<Rumusan Ucapan>

Meneruskan majlis, dijemput Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung, Encik Abd Talib Ahmad untuk memberikan sepatah dua kata. Silakan.

<Ucapan Pengerusi JKKK>

Terima kasih di atas ucapan Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung sebentar tadi. Antara lain beliau ada menyebut:

<Rumusan Ucapan>

Page 6: Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011

Seterusnya, saya dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Abd Manap Bin Kahar untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh untuk tampil menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9 Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara Kemas FBRU ini. Dipersilakan.

<Ucapan Perasmian oleh YB Dato’>

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh di atas ucapan dan perasmian beliau sebentar tadi. Sedikit ulasan dan intipati ucapan beliau tadi:

<Rumusan Ucapan>

Page 7: Teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011

Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh. Dengan selesainya ucapan perasmian tadi, kita akan memulakan Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara.

Sebagai penghargaan kepada YB Dato’ dan tetamu-tetamu jemputan sekalian, pihak Tabika Kemas ingin menyumbangkan sedikit cenderahati dan tanda ingatan. Oleh itu, saya dengan hormatnya mempersilakan Pengerusi Tabika Kemas, Encik Abd Manap Kahar untuk menyampaikan cenderahati kepada YB Dato’. Silakan.

<Penyampaian Cenderahati kepada YB Dato’>

Seterusnya, saya menjemput semua tetamu dan para hadirin sekalian untuk menjamu selera dengan juadah ringan yang telah disediakan. Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas akan kita mulakan sebaik sahaja selesai jamuan ringan nanti.

<Break – 5 minit>

Majlis kita teruskan lagi dengan memulakan Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara. Untuk itu, saya akan mengendalikan proses perlantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat. Dan saya buka kepada semua ahli untuk memberikan cadangan nama dan seorang ahli lain menyokong cadangan tersebut. Jika terdapat lebih daripada seorang calon, proses undian akan dijalankan.

<Proses Undian>

Dengan keputusan undian/sebulat suara ahli-ahli mesyuarat yang telah melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat, maka saya dengan ini menyerahkan majlis kepada beliau. Silakan.