teks pengacara majlis malam kesenian islam- edit

10
TEKS PENGACARA MASA/ AGENDA SKRIP PENGACARA CATATAN Ketibaan tetamu dan penceramah Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Saya bagi pihak majlis mengalu- alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Program Iman : Sekolah Bebas Dadah Anjuran bersama PEMADAM Daerah Kudat dan KSIB SK Muhibbah Kudat. Ceramah Anti Dadah Bismillahir rahmanir rahim, Tanpa membuang masa lagi, kita akan memulakan program kita dengan mendengar ceramah yang pertama, iaitu ceramah anti dadah daripada penceramah jemputan kita iaitu __________________ mewakili ________________________________. Majlis, dengan segala hormatnya mepersilakan. .............................. ................... Terima kasih diucapkan kepada penceramah kita _______________ atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. 1

Upload: kai-d-kailue

Post on 08-Apr-2016

134 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mantap

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Malam Kesenian Islam- Edit

TEKS PENGACARA

MASA/AGENDA

SKRIP PENGACARA CATATAN

Ketibaan tetamu

dan pencerama

h

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Program Iman : Sekolah Bebas Dadah Anjuran bersama PEMADAM Daerah Kudat dan KSIB SK Muhibbah Kudat.

Ceramah Anti Dadah

Bismillahir rahmanir rahim, Tanpa membuang masa lagi, kita akan memulakan program kita dengan mendengar ceramah yang pertama, iaitu ceramah anti dadah daripada penceramah jemputan kita iaitu __________________ mewakili ________________________________. Majlis, dengan segala hormatnya mepersilakan.

.................................................

Terima kasih diucapkan kepada penceramah kita _______________ atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.

1

Page 2: Teks Pengacara Majlis Malam Kesenian Islam- Edit

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Di kesempatan ini, Pihak sekolah berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan program Iman: sekolah bebas dadah pada kali ini. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Pn. Lorita Kuntahang, PK Hem SK Muhibbah untuk menyempunakan penyampaian cenderamata. Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput ________________________________ untuk menerima cenderahati penghargaan dipersilakan.Dewa sakti melayang ke DaikHendak mencari Dewa JarugaKalau ada budi yang baikSampai ke mati orang tak lupa

Ceramah Keselamatan

Hadirin sekalian,Kita akan menyambung sesi ceramah kita, dengan mendengar ceramah kedua, iaitu ceramah keselamatan.Dengan itu, dijemput tuan penceramah kita, ___________________ dari ____________________Untuk meneruskan acara.Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

2

Page 3: Teks Pengacara Majlis Malam Kesenian Islam- Edit

Terima kasih diucapkan kepada penceramah kita _______________ atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, Pihak sekolah berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan program Iman: sekolah bebas dadah pada kali ini. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Pn. Saidatul Badriah, PK KOKUM SK Muhibbah untuk menyempunakan penyampaian cenderamata. Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput ________________________________ untuk menerima cenderahati penghargaan dipersilakan.Tinggi bukit gilang-gemilang,Air di laut tenang-tenangan;Budi sedikit tak akan hilang,Tetap menjadi kenang-kenangan.

Hadirin sekalian, kita akan berehat seketika untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Dengan itu, dijemput tetamu VIP ke kelas 5 Inovatif untuk menikmati juadah. Hadirin yang lain, diminta tunggu di dewan ini untuk menikmati hidangan ringan.

3

Page 4: Teks Pengacara Majlis Malam Kesenian Islam- Edit

Ceramah kesihatan

Hadirin sekalian,Kita akan menyambung program kita dengan mendengar ceramah kesihatan. Tanpa melengahkan masa lagi, dijemput tuan penceramah kita _______________________ mewakili ________________ untuk menyampaikan ceramah beliau. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah kita _______________ atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Pihak sekolah berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan program Iman: sekolah bebas dadah  pada kali ini. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Pn. Fatimah Nuhan, PK 1 SK Muhibbah untuk menyempunakan penyampaian cenderamata. Majlis mempersilakan,

Majlis dengan segala hormatnya

4

Page 5: Teks Pengacara Majlis Malam Kesenian Islam- Edit

menjemput ________________________________ untuk menerima cenderahati penghargaan dipersilakan.tenang-tenang air lautsampan kolek mudik ke tanjonghati terkenang mulut menyebutbudi baik rasa nak junjung.

Kita akan menyambung program kita dengan majlis Perasmian Penutupan selepas ini.

Ketibaan perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berusaha _________________ , Pegawai Daerah Kudat, dengan diiringi oleh Abdul Ham Bin Jamalu YDP PIBG SK Muhibbah, En. Jamail Masador, Guru Besar SK Muhibbah, Guru-guru Penolong Kanan, dan AJK PIBG SK Muhibbah Kudat. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Nyanyian lagu

Sidang Hadirin yang dihormati,Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya

5

Page 6: Teks Pengacara Majlis Malam Kesenian Islam- Edit

menyayikan lagu Negaraku, dan lagu Sabah Maju Jaya.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Kata aluan pengerusi

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia, ______________________________ Pegawai Daerah Kudat

Yang Berusaha En. Jamail MasadorGuru Besar SK Muhibbah

Yang  Dihormati  En. Abdul Ham bin Jamalu Yang Dipertua PIBG SK Muhibbah

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Program Iman : Sekolah bebas dadah ini.

6

Page 7: Teks Pengacara Majlis Malam Kesenian Islam- Edit

Bacaan doa

Kalau pergi tanjung keramatAnak manis jangan diangkatBersama kita memohon rahmatMoga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Faizal Ebnu Salleh. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Faizal atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan YDP PIBG

Seterusnya, majlis menjemput En. Abdul Ham Bin Jamalu, YDP PIBG SK Muhibbah untuk menyampaikan sepatah dua kata / ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan ……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Makluman Sedikit makluman, untuk pengetahuan semua, terdapat 208 jumlah murid di SK Muhibbah, Kudat, namun demikian hanya tahap 2 sahaja yang berada di sini kerana kekangan tempat dan lokasi. Pelajar tahap satu berada di pusat sumber dan beberapa aktiviti telah dirancangkan untuk mereka.

Ucapan perasmian

Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan

7

Page 8: Teks Pengacara Majlis Malam Kesenian Islam- Edit

disampaikan oleh Yang Berhagia ______________________, Pegawai Daerah Kudat dan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Iman : Sekolah Bebas Dadah anjuran PEMADAM Daerah Kudat dan KSIB SK Muhibbah Kudat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada _______________________ atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan beliau itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

Cenderahati perasmi

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi. Untuk itu, majlis menjemput En. Jamail Masador, diiringi oleh En. Abdul Ham Jamalu untuk menyampaikan cenderahati kepada ______________________. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Program Iman:

8

Page 9: Teks Pengacara Majlis Malam Kesenian Islam- Edit

sekolah Bebas Dadah SK Muhibbah, 2015.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Muhibbah, Kudat merakamkan penghargaan terima kasih kepada ___________________________ atas kesudian meluangkan masa bersama kita. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan semua hadirin. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang. Yang baik datangnya dari Allah, manakalah yang cacat celanya itu datangnya dari kami sendiri.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

9